Friday, November 19, 2010

Tolong Ikut Ini Harga La Hoh!!



Zaman sekarang... Nak masuk tandas pon kena bayar over than 20 cent. Tengok tempat jugak. Kalau yang agak exclusive, kena bayar RM2 per entry. Siap ada perfume untuk sembur kat badan korang. Mana tau kot lepas 'melabur', ada bau yang kurang enak melekat kat baju korang ke kan?? Perfume jenama 'bodyshop' tau. Bukan cekai2 punya. Hahahah... Tapi aku bukan nak cerita pasal bayaran untuk masuk tandas. Nak cerita pasal lain sebenarnya. Tapi saja selitkan TANDAS sebab hari ni kan 'HARI TANDAS SEDUNIA'. Memang dah diistiharkan Hari Tandas Sedunia jatuh pada 19 November setiap tahun. 


Hahhhhhh...
Sila tengok foto di atas. Baca! Tu semua kena baca sebab tu la syarat2 yang dikenakan sebelum nak fotostat kat kedai fotostat. Not bad gak la. Wa salute kat owner kedai ni. HikHik... 


1) Fotostat sekeping berharga 10sen.
Ni kira memang harga standart la. Kat mana2 kedai fotostat pon akan letak harga yang sama. 
= LULUS.


2) Fotostat depan belakang berharga 20sen.
Ni pon sama. Depan belakang dah kira 2 keping gak la. Takde masalah dengan syarat ni. 
= LULUS.


3) Fotostat i/c berharga 20 sen.
Yang ni aku agak musyhkil skit sebab i/c kecik je. Tapi boleh la. I/c agak susah nak fotostat. Kadang2 sampai 3-4 kali untuk sama shape depan & belakang. Itu pon klo depan belakang la.
= LULUS.


Dah mula lain macam secara perlahan-lahan....

4) Dalam 1 kertas, ada banyak gambar dikira 10 sen untuk 1 gambar.
Haaa.. yang ni aku rasa macam, "Ohhh.. crap!!".. Apa masalahnya?? Guna banyak ink eh?? Kalau fotostat sekeping tapi gambar besar, bukan ke kena charge 10 sen je? Sama dengan kan??
= GAGAL sebab tak adil dalam pemberian harga.


5) Dalam 1 kertas, fotostat 2-3 atau lebih, dicaj 10sen sekeping.
Aku dah baca banyak kali tapi still tak paham. 
= GAGAL sebab wacana bahasa tak sampai.


6) Tulisan/gambar dibesarkan atau dikecilkan akan dikenakan bayaran 20sen.
Aku rasa yang ni sama kes macam (4) tadi kot. Tapi aku tak puas hati. Kalau besarkan gambar mungkin dia boleh caj la sebab banyak guna ink. Tapi kalau dikecikkan, apa masalahnya?? Lagi dia untung kot sebab takde la gunakan ink yang banyak!!
= GAGAL!!


Pesanan penaja:::


1) MOHON JANGAN BAYAR GUNA DUIT 5 SEN.. 
Yang ni memang patut kot. Kadang-kadang ada gak customer yang tak nak guna duit 5 sen, dorang suka lambak kat kedai fotostat. Kesian.. Tapi as long as customer nak bayar, kira ok la.


2)  Sila bawa plastik dari rumah untuk bahan fotostat.
Nasib baik dia tak suruh bawa kertas A4 sendiri. Yang ni tak patut sebab plastik memang patut ada apa. Tapi kira ok gak sebab perkara macam ni boleh menjaga alam sekitar. Dunia tanpa BEG PLASTIK!! Yeahhh~


Kalau logik, ikut. Kalau tak logik, abaikan je. 





Sunday, November 14, 2010

Selamat bertunang!! (1st Trial)

Selamat bertunang yea!!
Selamat bertunang buat aku?? Hohohooo~
Best jugak kan?? Tapi naa... bukan aku la.. Yea.. Please!! Tolong la percaya kat aku kali ni.. =)
Aku yang tangkap gambar benda alah ni semua tau. Bukan profesional tapi kira sedap la jugak mata aku memandang. Itu sudah cukup buat aku. Usaha sendiri okay!

Hantaran daripada pihak perempuan untuk pihak lelaki:






























Dari pihak lelaki untuk diberikan kepada pihak perempuan:















Selamat bertunang buat kamu berdua . Semoga dipanjangkan jodoh dan cinta mekar sehingga ke langit ke-7.

Amin Ya Rabbil Alamin {^_^}

Thursday, November 11, 2010

Iklan kali kedua!!!

Grrrrr~

Ohhhh... hati aku hangat lagi. Tapi hari ni bukan kena sound. Ni hal lain plak.. korang bacalah perbualan ini:


Aku & kawan baik aku balik dari kedai makan. Bruurrppp! Kenyang. Alhamdulillah.. Sampai kat tempat aku, tetiba aku nampak 'senior' duduk kat tempat aku. Dia duduk kat tempat aku sebab budak IT tengah betulkan PC dia.


Senior: Alamak.. Ko dah sampai?? (Dia cakap dengan slumber sambil main internet guna PC aku!)


Aku: Hmmmm.... (terkebil-kebil mata sambil berkata dalam hati, "Bila aku nak duduk ni?".)


Senior: Ala dik! Ko pi la borak-borak kat belakang. (Dia cakap macam ni sebab nak main internet lagi.)


Aku: Alaaa kak. Saya nak guna internet. (Aku jawab sambil sengih-sengih kambing gurun.)




Dalam hati aku:::
Kepala hotaknya!! Dah la time keje ko tak kasi aku main internet. Kata aku banyak iklan la apa la. Heii.. sabar jela aku. Nak ke aku bongkarkan segala IKLAN  ko? Ko lagi banyak iklan. Iklan DiGi, celcom, maxis, baskin robbin... apa lagi??? Time keje ko boleh pulak baca utusan online?? Boleh pulak ko belek-belek website Airasia!! Terpampang tanpa sorok! Pergi makan kedai mamak berjam-jam. Kira orang bleh maafkan ko la yea sebab buat iklan tanpa orang nampak?? Huhhh... memang macam CA YA BA ALIF YA!!!

Wednesday, November 10, 2010

Iklan

Eiiii... tak pasal2!!

Aku kena sound seh ngan senior aku.. 

"Amboi, banyaknya iklan!!"

Aku just senyum kambing kat dia. Yela. Cuba bayangkan dengan perasaan yang memahami situasi pekerja. Mengantok siot!!! Aku dah la tak cukup tidur. So, aku perlukan entertainment sebentar.

Yang aku geramnya ayat dia apa tau??

"Padanlah kerja lambat siap!"..

Mak tiriku, aku baru je hari ni buat iklan. Sebelum ni aku buat keje dengan jujurla.. Huhhh!!

Ni la iklan yg aku cakap tu!! (nk tgk dekat2, sila click kat gambar ni!

Muahahahahahahahahaaaa~
Aku maafkanlah dia!!

Tuesday, November 2, 2010

Bukti Bahawa Aku Tidak Menipu

Aku tak tipu.. Aku serius.. Aku kata tak tipu, tak tipu laaa!! Grrrrr~

Aku tak tipu klo aku kata aku ni terror. Dah memang aku terror. Nak buat macamana??? Tak percaya?? Weehh.. aku ada bukti la. Haaa laaaaa....

Nampak tak???? Rajin sampai lipat baju atas laptop!

Terror kan aku??
Aku boleh lipat baju sambil main FB.
Korang ada????
Huhhhh... pandai je ckp aku penipu. And the same time, aku rajin la wpon suka melangok main fb!!

Monday, November 1, 2010

Pak Ustaz Mau Pulang!!

Yeaaa yeahhhhhh...


Pak ustaz aku dah nak pulang ke tanah air... 
Aduhh.. rasa lama sangat dia pi merantau.
Nasib baik bukan 5 tahun. Thanks Allah sebab makbulkan doa aku.
Untung nasib sebab dia ubah fikiran untuk tolak job tu. Fuhhh~ 


Aku dah tak sabar dah nak tunggu pagi esok.. 


Weehhhh... lamanya masa ni bergerak???!!!!

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...