Sunday, February 28, 2010

Kasihannya Jadi Kucing..

'Aku takut pada kucing'. Itu adalah ayat sulung untuk post kali ni. Ayat tu kini dah berubah. Walaupun ketakutan tu dah takde, tapi aku tak terbuka hati nak bela kucing sepenuh masa sebab family aku agak alah pada kucing sebab ada yang semput. Tak boleh hidu or kena bulu kucing. Sangat bahaya untuk kesihatan mereka!!
Dalam 2 bulan lepas, rumah aku didatangi seekor kucing yang aku senditi tak tahu dari mana asalnya. Setiap kali aku balik rumah, aku mesti disambut oleh kucing belang yang berumur dalam lingkungan setahun. Setiap kali aku jengok kat pintu luar, aku mesti nampak kucing tu seolah-olah dia sedang menjaga rumah aku ni. Bila aku keluar untuk ke mana2, dia akan jaga rumah aku dan tunggu dengan setia sampai kitorang balik. Yang peliknya, bila kitorang dah balik, dia pun blah macam tu je. Hilangkan diri. Lama-lama aku rasa kucing ni macam ada satu keistimewaan. Tak tahu kenapa. 

Aku sebenarnya berminat nak bela kucing or binatang-binatang lain tapi aku tak mampu sebab aku takut aku akan jadi tuan yang tak dapat nak bagi kesempurnaan untuk binatang-binatang yang bakal aku bela. So, aku tak nak. Tapi disebabkan si kucing ni tadi asik menempel je, aku berniat dalam hati untuk memberi dia bekalan makanan selama aku mampu. Orang kata kucing ni bawa rezeki. Jadi, tiap-tiap hari aku bagi dia makan. Tiap-tiap pagi dia dah mintak breakfast. Pandai pulak tu.. Haiishhh...

Tapi lama-kelamaan, jadi tak best plak sebab makin lama, makin banyak pulak kucing bertandang kat rumah aku. Aku ingat makanan yang aku bagi tu si kucing yang makan, rupanya yang 'abg' dia yang makan. Bkn abg dia je, dengan bini-bini dia skali jamah makanan tu. Padanlah cepat abis. Aku merajuk sebab dia dah pandai nak bawa sanak-saudara dia datang rumah aku buat party plak. Cehhh...

Terima hukuman!! Aku nak ajar kucing ni. Aku bagi dia hukuman. Selalunya tiap-tiap pagi dia dapat breakfast. Aku buka je pintu, dia dah terconggok. Aku buat2 tak tahu je. Aku nak hukum dia dengan tak bagi dia makan. Aku nak kasi skip breakfast and aku akan bagi dia time lunch je. Kejam tak?? Biarkan dia.. Biar dia sedar sikit. Baru dia tahu yang tuan dia ni emo semacam...

Jap lagi aku terlupa daaaa..... Aku terlupa nak bagi dia makan sampai malam. Jap lagi akak aku jerit, " Errr.. Ko dah bagi anak kau ni makan ke belum??"... "Astagfirullah al-azim. Aku terlupa".. Aku terus lari ke luar. Cepat-cepat aku ambil makanan and skyjus (baik untuk kesihatan dia. hehe) bagi kat si kucing tadi. Masa aku tuang makanan dalam bekas, aku pandang muka dia. Adoooiiiyaiii.............. Sedih giler aku tengok memek muka dia. Aku tengok mata dia. Sayup hati aku jah!!! Kalau la dia boleh bercakap, mesti dia akan cakap kat aku, "sampai hati kau tak bagi aku makan. Aku lapar. Kucing-kucing lain yang datang tu bukan salah aku. Dorang yang datang sendiri".. Kesiannya. Aku minta maaf. Aku tak sengaja. :-(

Haaaa.. sebab ni la aku tak sanggup nak bela binatang-binatang. Aku tak sampai hati laa.. Baru-baru ni adik aku pindahkan canvas motor (tempat dia berteduh). Dia macam dah tak tahu nak duduk mana. Masa hujan.. Aduhh.. Aku macam nak kaitkan dia baju sejuk. Kesian sangat sebab dia sejuk. Kalau dia boleh berpeluk tubuh dia sendiri takpe, Ni dia hanya seekor kucing. 

Aku tak boleh la bab-bab macam ni.. Aku ni minah penyedih. Nak tulis post ni pon bleh sakit hidung aku,bergenang air mata aku menahan nangis. Bangang betul!! 

Bagi mereka yang tak bersedia untuk ada tanggungjawab macam bela-membela ni, baik jangan buat tindakan yang melulu. Nak beli kucing parsi la, nak beli hamster la, nak buat anak sendiri laa.. Pikir dulu sama ada kita mampu ke tak!!! Jangan tambah dosa yang berlonggok-longgok macam musim durian ni okay??!!


2 comments:

miza said...

you are just like the er that i know. lembut hati.

you are so cute!

(hug)

indah andika said...

tima kasih mek sb kat aku cute.. hehe~ tulaa.. klo la smua org perasan mcmana ko perasan aku, mst aku dh kawin skrg. aku keras diluar tp lembut di dlm. heheh. nak peluk ko jugakk!!! winduu~

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...