Friday, January 16, 2009

Cuba.. itulah aku padamu

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Lirik ini ada kisah benar!! Tu smua kisah yang aku alami sekarang. Sakit… memang sakit. Hanya sekadar kawan!! Aku hanya layak diberi gelaran “PENDENGAR SETIA” … Aku punya cerita yang ingin dikongsikan kepada kalian semua..

Aku kenal dengan seseorang. Dah tentulah seorang lelaki. Kitorang memang rapat. Rapat sangat-sangat. Macamana aku leh jumpa dia ek?? Hmmm.. bertemu dalam satu “peristiwa”. Takmo la cerita. Biarlah jadi kisah aku. Mula² aku ngan dia just tegur2 gitu je. Tak berapa rapat sgt sbb aku tak suka tgk muka dia. Roh tak serasi ar. Memang aku nk marah je bila cakap ngan dia. Tapi dia tetap cool je bila cakap ngan aku. Ok… Lama2 aku ‘quite close’ each other sbb aku slalu borak ngan dia. Tukar2 pendapat. Tanggapan aku terhadap dia yang menyatakan dia ni poyo ternyata meleset lepas aku dah kenal dia dengan lebih mendalam. Syok.. Banyak yang aku belajar dari dia. Dia seorang yang memandang masa hadapan. Aku mula sukakannya. Sunyi klo aku tak borak ngan dia satu hari. Dia tak penah merahsiakan apa2 dari aku. Dia selalu bercerita tentang msalahnya. Aku menjadi pendengar yang paling setia. Suatu hari dia mengajak aku untuk temankan dia pergi shopping.. Wowww.. Aku gembira bukan kepalang. Aku dengan bersemangatnya ikut dia dengan perasaan gembira. Tapi ms dalam perjalanan nk menuju ke destinasi, handphone dia asik berbunyi. Tak lekang dengan ‘sms’. Bila hp berbunyi, dia jawab. Tapi yang buat aku sakit bila ayat2 yang dituturkan sungguh……………!! Huhh…Hancur beb hati gua. Hilang mood aku tapi stay steady lagi sbb aku gembira dapat temankan dia. Aku hanya simpan dlm hati walaupon jeles. Sampai ke shopping complex tu, dia bawa aku jumpa seseorang. PEREMPUAN!!! Ya Allah Ya Rabbi… Macamana aku nk cover muka aku?? Memek muka mcamana kah yang sepatutnya aku buat?? Air mata dah bertakung.. Relax… Erfiza kuat!! Yaaa!! Aku jalan sorang2 kat belakang. Macamana aku bleh jadi setabah ini dengan melihat dorang jalan bsama? Hmm.. Takpe. Aku bagi chan. Memang mesra…mesra..mesra.. Masa perjalanan balik, aku berubah menjadi seorang yang pendiam dan menjadi orang yang banyak berfikir. Dia tegur aku baru aku bercakap. Sekali lagi aku menjadi pendengar yang setia. Aku dengar segala kegembiraannya… aku mengambil tindakan dengan ‘IGNORE’ perasaan sendiri. Aku happy bila melihat dia happy.. tapi lama kelamaan, aku tengok dia berubah sedikit demi sedikit. Aku kehilangan teman yang paling rapat secara perlahan-lahan. Dah takde main ‘sms’. Dia dah lupakan aku. Sedihhh…..dia hanya msg aku bila dia ada msalah. Aku tetap menjadi pendengar setia dan penasihat terhormat. Takpe.. Aku hanya nak dia rasa senang… aku hanya nak melihat ‘teman sayang’ aku gembira. Aku tak kesah janji aku dapat melegakan hatinya bila dia susah. Tapi, klo la ko tahu wahai ‘anak ibu’, aku sakit… Sakit sangat.. Aku benci ko.. Confirm!!! Aku benci.. benci.. benci… Bila aku cakap, ko tak penah nak dengar. Ko dengar sambil lewa. Ko tak penah nk tengok mata aku secara mendalam. Ko bodoh sebenarnya. Kita dua-dua bodoh. Tapi aku bodoh skit la dari ko sbb ko bodoh banyak!! .. hahahaha….. bila ko gembira, ko tinggalkan aku. Ko campak aku ke tepi. Bila ko ada mslah, ko datang cari aku. Kenapa aku lembut hati sangat?? Napa aku sentiasa nak tolong ko walaupon aku benci ko?? Tak paham aku….


(pesanan dariku: JAGALAH PERASAAN ORANG YANG MENGAMBIL BERAT TERHADAP DIRI ANDA. JAGALAH ORANG YANG MENYAYANGI KITA MCM KITA SAYANG DIRI SENDIRI. JANGAN ABAIKAN MEREKA. HARGAILAH MEREKA SELAGI MEREKA SETIA DENGAN KITA KERANA KITA BAKAL KEHILANGAN MEREKA BUAT SELAMANYA KERANA MEREKA BUKANLAH MILIK KITA SECARA MUTLAK!!)

Wednesday, January 7, 2009

Pantang nampak 'promotion' (tester)

Haaa…. Aku ada satu cerita yang nk dkongsikan dengan korang smua. Ni kisah ayah aku. Ayah aku ni memang punya satu kepantangan. Nak tau dia pantang apa?? Ayah aku ni pantang nmpak promotion (tester utk mknan). Alaa…. Korang penah pi Giant ke, Tesco ke, Jasco ke? Korang akan nmpak ada gegirl yang bawak tepaware & dlm tu ada mknan utk customer tester. Ada kan?? Ayah aku pantang je nmpak klo org tu suruh dia tester. Dia mesti amik tak kesahla brapa kali skalipun. Dah dpt mknan, nak amik tester utk minuman plak. Yang tak bestnyer, dia paksa kitorg amik sama. Aduhh… malu she. Tapi aku jenis muka yang tak malu. Aku pon amik sama. Aku ni kan ‘duta makanan’. So, memang pantang nmpak mknan. Aku bedal jela. Heheh… korang jangan plak tiru style aku klo korang rasa korang nk cover cun n cover macho. Klo korang jenis yang extreme & gamble, korang bleh ikut cara aku.. waaa laaaa…!!



(Note: Tak payah la nk cover2 cun or macho. Be your self la. Klo korang nk kutuk aku, aku terima je. Atlease aku bukan “pompuan plastic”. Aku pelik la nk cover2 cun ni. Apa yang dorang dapat ek?? Mungkin klo dengan cover2 tu, mungkin akan disukai oleh jejaka2 hensem tp bg aku, biarla lelaki tu terima korang seadaanya. Baik time korang wangi mahupun time korang busuk..!!! Klo lelaki2 yang suka korang time wangi tu, mesti ‘something wrong some where’…..!!!)

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...