Weehhhh.. dah lama giler aku tak tulis blog!!! Sibuk ar... Byk benda lain yang aku kena buat daripada update blog ni.. Haiisshh... macam2 dah berlaku dalam masa sebulan ni... Letih!! Tapi aku ada satu kisah yang aku nak share sesama kita.. Mana tau benda ni bleh hilangkan rasa letih korang pulak kan??
Aku nak citer pasal kisah ayam.. (bukan bapak ayam, ayam thailand ke what eva~)
Sekumpulan ayam..
Kisahnya bermula...
Aku lepak dengan someone.. Lepak2 kat kampung2 je... Macam biasa.. Dah nama pon lepak. Mulut tu ada je benda yang nak dikunyah.. Ingat tengok movie je ke nak berkunyah??? So, kitorg pon bukak la 'chikedis' untuk bagi perisa skit lidah ni..
Aku makan sambil perhatikan 'someone' ni makan chikedis tu.. comel! Tengok dia macam melayan kehidupan dia sorang je.. Buat hal sendiri.. Aku tengok, tangan dia tu ambil chikedis, masuk mulut.. Ambil chikedis, lempar kat sekumpulan ayam... Aku nak marah gak kan sebab aku baru makan 1 suap, dia dh sedekahkan kat ayam.. Tapi tak jadi sebab kebaikan dan kemurahan hati budak ni buat aku tak jadi nak marah..
Hahhh... Apa lagi?? Ayam2 tu berebut2 nak makan chikedis yang dia lemparkan tadi.. Aku tengok ayam tu dah berubah dan bertukar menjadi PIRANNA!!!!! Oooohhh my God!!
Tengah syok2 layan ayam tu makan chikedis, member aku ni tetiba ketawa.. Ketawa sampai nangis lak tu... Tetiba dia bercakap dengan nada sinis, " Hahh.. ni la dia. Ni la dia dikatakan 'kawan makan kawan'.. Tak guna!!!"... Sambung ketawa...
Aku tanya la, "Asal ko cakap macam tu?? Aku tak buat apa2 pon. Ko nak carik gaduh dengan aku ke Adam??" Tetiba perasaan gengster aku datang.. Memang tunggu nak tumbuk je muka dia walaupon tanpa sebab..
Lepas aku cakap macam tu, dia pandang anak mata aku.. Tepat!!! Terus menusuk ke hati.. dannn...
Nahhh... amik ni.. Lain kali jangan main makan je.. Tengok dulu apa benda yang ko makan!!!
Rupa-rupanya...............
Chekedis perisa ayam..
Padanlah 'kawan makan kawan'.. Ayam makan ayam.. Kalau la ayam tu tau perkara sebenar... wakakahh!!
Semua orang dah terbiasa dengar ayat macam tajuk post aku kali ni iaitu "ORANG BAIK UNTUK ORANG YANG BAIK". Tapi bila aku fikir-fikir balik, ayat tu buat aku macam nak bangkang! Ada 2 sebab..
a) Sebab masyarakat.
b) Sebab aku.
MASYARAKAT.
Aku dah muak baca suratkhabar. Tak payah tengok jauh-jauh. Dalam paper pon dah melambak2 keluar pasal cerita tentang perkara2 yang menunjukkan 'ayat' tu tak boleh dipakai 100% mengikut situasi dan NASIB!! Kadang-kadang aku dengar kes2 mcm isteri/suami yang setia dengan pasangannya tapi dalam masa yang sama pasangannya pulak yang buat hal.. itu tak berapa malang la kalau takde perpisahan.. hmm..
AKU.
Pasal aku ni agak mengecewakan. Mungkin ini luahan perasaan tapi aku nak korang tau tentang perkara ni. Aku berkenalan dengan seorang hamba Allah. Bagi aku, dia boleh dikatakan seorang insan yang nak ke arah PERFECT. Bagi aku, dia seorang yang boleh dijadikan contoh. Napa aku cakap mcam tu? Sebabnya, dari segi kehidupannya, seperti teratur dan dia cukup pandai mengatasi masalah peribadinya dengan baik. Urusan rumahtangga yang dijaga dengan penuh keikhlasan. Yang paling aku suka, kekuatannya untuk berpegangan pada agama Allah yakni Islam. Jadi, aku sebagai insan yang serba kekurangan, aku teringin untuk mendampinginya. Pada mulanya, dia menerima aku seadaanya. Dia selalu bagi aku nasihat2 yang baik dan bernas. Aku selesa..
Perkara yang terdetik dalam hati aku.......
Aku layan dia seperti biasa sebab best. Bagi aku, aku rasa selamat kalau dia ada sebab bab agama ni, aku mengaku aku bukanlah hamba-Nya yang terbaik. Jadi, aku nak mendampingi orang yang boleh menyeret aku ke arah itu. Tapi perkara tu best sebelum dia mengenali aku sebab mungkin pada pandangan dia, aku adalah orang yang boleh duduk sebaris dengannya. Maksud aku, orang yang alim, pakai purdah mungkin. Tapi bila dia dapat tau yang aku ni jenis huha-huha, dia mendiamkan diri. Bila aku message or cuba untuk berinteraksi dengan dia, dia tak layan aku mcm dulu.. Ehh.. sedih tau tak!! Mungkin dia menjauhkan diri dari aku sebab dia berpegang pada AYAT tadi tu kot!!
Jadi aku pikir benda ni tak masuk akal.
Orang yang baik untuk orang yang baik. Tapi orang jahat, takkan dengan orang yang jahat?? Sampai bila orang jahat akan terus jadi jahat??? Takde keadilan di situ. Baru aku paham. Patutlah budak2 yang nakal akan terus nakal sampai ke besar. Rupanya takde orang yang baik untuk mengubahnya. Atlease cuba.. Cuba mendampingi orang seperti kami supaya sama-sama jadi baik. Kesian!!
Aku benci orang yang pilih kasih!! Aku tak rugi sebab Allah masih bersama dengan aku!!
Aku mengambil masa yg agak lama untuk ambil mood nk post kan entry aku kali ni. Masuk ni dah 4 hari arwah Mior Ahmad Fuad B. Mior Badri atau lebih dikenali Din Beramboi meninggalkan kita dan dunia yang fana ini.
Pada hari isnin bersamaan 29 Mac 2010, aku dapat berita yang menyatakan abg din sakit terlantar di hospital. Itu pon member baik aku yg kabarkan. Aku agak terperanjat sebab takkan tiba-tiba dia sakit. Member aku cakap dia demam dan doktor suspek ia berkaitan dengan kencing tikus. Tapi bila di reseach balik, rupa-rupanya dia terkena demam denggi berdarah. Tapi keadaannya ketika itu agak kritikal hingga dimasukkan ke wad ICU.
Pada 2 april 2010, perkara yang tidak dijangka telah berlaku. Perkara yang tidak diingin oleh semua golongan manusia tetap berlaku. 12.30am, Allah telah menjemput abg din utk bersama dengan-Nya. Ya Allah.. Kau lebih menyayangi orang yang kami sayangi.
Masa pagi tu dalam pukul 7.30am, ibu aku call dan cakap yang din beramboi dah meninggal. Aku macam tenang sebab mungkin aku tak percaya. Aku lari dan terus terjah bilik akak aku dan akak aku cakap benda yang sama. Member dia yang call bagitau abg Din dah takde. Aku tak nangis. Tak tahu kenapa aku tak boleh nangis.
Aku halfday. Amik MC sebab sakit perot. Arini memang takde mood nak kerja. Tak tahu..
Malam aku tengok berita. Abg Din dah selamat dikebumikan. Asal lak tetiba perasaan sebak tu muncul dalam hati aku? Ehh.. aku tak boleh tahan. Aku lari masuk bilik. Nangis sepuas-puasnya. Sebak betol hati aku. Aku dah tak bleh jumpa din beramboi. Aku dah tak boleh dengar suara dia dan jadi tukang ketawa pada lawak-lawaknya. Aku tak boleh tahan bila fikirkan keadaan Pak Nil yang terpaksa meneruskan hidupnya tanpa rakan seperjuangannya. Aku sebak bila fikirkan abg Afdlin Shauki tanpa teman karibnya untuk muncul dalam segmen SPONTAN.. Hilangnya dia seperti hilang ahli keluarga.
Macam biasa aku pi keje, Selalunya Pak Nil dengan abg Din selalu temankan aku dalam kesesakkan lalu lintas. Selalu buat aku tersengih-sengih sorang2. Selalu buat aku kelihatan macam orang kurang siuman sebab ketawa tanpa sebab. Tapi kenapa arini dorang semua takde dengan aku? Aku sorang2??
Tengok Anugerah Bintang Popular... Aku nangis! Tengok MELODI.. Nangis sampai tersedu2.. Riuh pagi di ERA dah tak dengar keriuhan suara dia. Suara 'shasha', watak abg din dlm DRAMA SEBABAK.. Sedihnya tak terhingga!
Arwah yang menghidupkan 'drama sebabak'..
Dia buat lawak adalah untuk melihat orang ketawa. Dia suka melihat bila orang happy.. Walaupon dalam keadaan susah mana sekalipun, niatnya hanyalah untuk melihat orang senang hati.
Arwah penah berpesan, "Kalau kita menangis dan sedih sekalipon, takkan boleh menyelesaikan masalah".
Astaghfirullah al-azim.. Sunyi~
Arwah adalah orang yang telah membuat ramai orang ketawa disepanjang hayatnya tapi dalam masa yang sama, dia telah membuat ramai orang menangis semasa pemergiannya.
Aku dah kembali normal.. Yeyeahh~ Aku dah ada mood nak tulis blog lagi yoo...
mimpi hanyalah mainan tidur sahaja..
Aku ada satu cerita yang kadang-kala buat aku banyak berfikir. Aku keliru. Adakalanya buat aku rasa macam takut pon ada.
Baru-baru ni aku telah dikurniakan satu benda yang dipanggil deria ke-6. Aku dapat tahu perkara-perkara yang akan berlaku sebelum perkara tu berlaku dengan hanya mendapat mimpi. Paham tak maksud aku? Aku ni dah kira macam psikik!! Ceewaaahh~
Ohh God...
Aku sangat takut. Korang mesti tak percayakan??? Tapi sebenarnya aku pon tak berapa nak percaya sebab aku confuse sama ada benda ni 'kurniaan' atau 'kebetulan'..
Biar aku citer dari mula sampai abis. Aku buat ujian ni dalam masa 3 hari berturut-turut.
Hari yang pertama.
Aku mimpi yang aku dilamar seorang lelaki yang memang aku tak kenal. Dia sebut nama dia tapi aku tak berapa nak dengar. Dia sebut nama saya *&%^&$&% bin Dato' Y (Y tu aku tak ingat la nama dia). Dia kata, "tolong nikahi saya. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk membahagiakan awak".. (kalaulah relitikan best.. huuhu). Lepas dia cakap mcm tu, ayah dia iaitu Dato' Y datang untuk bawa rombongan masuk meminang tapi aku menangis sebab aku tak nak kawin. Bila anak dato' tu tanya apa kekurangan dia, aku cakap aku masih menunggu seseorang. Huwaaaa... giler. Klo realiti, memang confirm aku tak tunggu dah.. Kawin terus.. kihkih.. Tetiba aku terjaga.. Belum pukul 4am. Wowww.. Pagi-pagi masa nak breakfast, aku citer benda ni kat ibu aku. Ibu aku ckp, ntah2 nak kawin dengan anak dato' tak??? Aku cakap la anak dato mana pulak yang nakkan anak ibu ni?? Huhuh.. Mimpi slalunya terbalik. Aku bertolak pi keje dalam kul 8am. Mcm selalu, aku dengar hotfm. Tetiba, fafau & FBI cakap yg hotfm arini ada tetamu undangan dalam studio. Nak tau sapa????
Aku mimpi yang aku buat segala aktiviti dengan mak usu aku. Best... Aku pergi masuk hutan dan buat segala aktiviti mcm jungle tracking. Kira terubat sikit rindu aku kat mak usu.. Tetiba, keesokkan harinya, mak usu aku call mak aku.. Ada benda yang nak diborakkan.. Aku teringat yang malam tadi aku baru je mimpi dia.. Hmmm... Pelik!
Hari ketiga.
Aku bermimpi yang aku pergi ke satu tempat ala2 istana english. Aku dengan beberapa member ternampak satu kawasan perkuburan yang sangat malap dan lama!! Macam rumah hantu pon ada. Huhu.. Tetiba keesokkan harinya, aku nampak ayah aku bukak discovery channel. Aku tanyalah ayah aku, "ni kisah apa yah??".. Ayah aku jawab dorang tengah korek kubur lama!!!
Ohhh noooo... Apa ni??? Semua yang berkaitan dengan mimpi aku akan kuar pada keesokkan harinya..... Hmm..
Nota yg keluar dari otak: Aku rasa bahasa aku mcm tunggang terbalik sebab otak aku masih belum stabil utk tulis entry dengan ayat yang lebih sedap.. Sorry guys!
Sila tunggu 'new post' dari aku kerana aku masih menunggu keberadaan hati aku untuk menulis new entry..
Yang aku tau, otak aku serabut lately walaupon aku tau otak korang kemas tanpa ada masalah yang memberi tekanan pada SEREBERUM, SEREBELUM & MENDULA OBLOGATA pada otak masing²..
Sabar yea sbb aku pon tengah bersabar..
Tolong sayang aku sebab aku saaaaaaayanggg kat follower aku yang sentiasa nak baca blog aku yang cekai ni..
"Haaaa... Yang tu.. Tu yang besar tuu.. Tolong ke tepi!! Saya nak lalu."
Huhuhuuuu...
Tengoklah kalau lori macam ni. :-(
Tajuk aku arini tak ada kena mengena dengan orang yang berbadan besar atau nama sedapnya SASA.
Aku tujukan tajuk ni pada LORI² yang yang menyemak depan mata aku masa aku nak pi kerja. Adoiyaii.. Aku tak boleh la ada benda yang oleh menghalang mata aku untuk melihat keadaan di depan semasa memandu. Buat tambah dosa aku je.
Dah la nak cepat. Time nak naik bukit lagi hangin.. Tunggu dengan penuh kesabaran. Kalau aku turun dari keta & jalan kaki, memang confirm aku sampai dulu dari lori tu..
Tu kalau aku bawa keta. Time aku merempit?? Mahu menangis aku... Sesuka hati dia nak cilok..
Aku bukan nak promotekan diri, tapi aku terpaksa katakan benda ni...
Aku bukan kehilangan orang yang tersayang tapi aku kehilangan deria rasa untuk seketika.. Ni yang buat jadi tak best ni. Ni yang buat aku tak enjoy ni.. Nyampah!!!
Aku dah tak enjoy nk makan. Tetiba semua makanan sedap jadi tak sedap.
Nak nangis... Nak tau kenapa???
Buah jambu batu yang aku makan tetiba rasa AIR PAIP!!!! Kopok leko rasa mcm................. Ahhh.. Tak mampu untuk berkata-kata.
I'm speechless!!!
Detik hatiku yg sedih : Memang sengaja tak nak kasi aku gemok ke apa??? Boring ar mcm ni.... (kataku sambil meletakkan plastik kopok leko di tepi paper tray dengan perasaan hampa!)
Adalah satu 'benda alah' yang sangat menyemakkan mata aku ni. Setiap kali aku surf internet, 'benda' ni mesti ada..
"This page is in MALAY. Would you like to translate it?"
TRANSLATE
NOPE
Selalunya aku akan pilih [NOPE].. Tapi dia asik kuar je tu yang buat aku hangin satu badan.. Aku geram, aku klik [TRANSLATE].
Tiba-tibaaaaaaaaaaaaaaa....... Oh My God!!!
Abis semua aku punya blog!!! Semuanya dah kena translate 'english language'!!! Tapi kan... wakakahhh. Aku ketawa tergolek-golek ni.. Korang baca la sendiri. Aku tak boleh nak ceritakan.. Tak sanggup!!
Kahkahkahkahkahkahkahkah~
Atok.. ketawa pon agak-agak ar... :))
________________________________
(Blog ni adalah sedutan dari blog yang aku post sebelum ni!!!)
I am not I talk big but this is reality. Actually I am a rich. I do macam2 keje and business that I ceburi. I am a farmer .. I am a farmers .. I taukeh a cafe in the world ..
Aku bukan nak cakap besar tapi ini kenyataan. Sebenarnya aku adalah seorang yang kaya. Aku buat macam2 keje dan bisnes yang aku ceburi. Aku seorang petani.. Aku seorang penternak.. Aku seorang taukeh cafe yang terunggul di dunia..
Tapi semenjak 2-3 menjak ni aku dah kurang berminat nak jadi petani. Aku terlalu sibuk sampai kadang2 abis semua hasil cucuk tanam aku tu mati kekeringan. Aku sangat sibuk menghabiskan masa aku kat cafe. Jiwa aku lebih kepada masakan sekarang.. Pelanggan ramai yang datang. Aku kelam kabut di dapur cafe. Kalau aku takde, sapa yang nak jadi chef?? Nampak gayanya, aku bakal setanding dengan chef wan malah aku kini sudah punya cafe termasyur seh di dunia. woohooooo~
Entah macamana, baru sekarang aku perasan. Rupanya cafe aku ni mengandungi masakan yang tidak HALAL!!!! Aku jual 'ginger plum pork chops'??????? Ohhh nooo..........
Tapi aku tak takut sangat kena serbu dengan pihak JAIS sebab aku hanya kaya dalam FACEBOOK je. Benda yang tak halal tu hanya ada dalam 'cafe world'. Kihkihkih...
Ni la cafe aku..
Ni farm aku.. sedey~
Sekarang aku dah balik berpijak di bumi yang nyata... Kembali bekerja seperti sediakala di company terbesar di Malaysia (huhuuhu.. besar ke??!) ... Ahhh.. ada aku kesah??!
Asal aku cakap macam ni?? Pagi-pagi lagi aku bertolak awal pastu pi beli kuih kat kedai makcik kat kawasan rumah aku tu. Huhhh...
Kuih keria kat cafe office aku tu, 3pcs=RM1.80??? Nak mampos mahal... Arggghhhhh!!!
Disebabkan perbelanjaan aku RM17 sehari, aku terpaksa memikirkan perkara² yang membolehkan aku mengawal dan mengurangkan kos.
Wa terpaksa ikat perot beb. Kalau aku beli kuih kat mak cik tu, aku cuma tambah RM0.20 je untuk dapat 6 bijik kueh. Mana lebih menguntungkan??? Lagi kenyang kot aku sampai ke petang. Siap dapat 1 set sandwich lagi..
Malam yang suram ni menimbulkan sedikit kesugulan dan kekecewaan.
Mungkin aku tak cukup solehah untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku tak cukup baik untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku tak cukup menjaga solatku untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku tak cukup layak untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku bukan anak yang baik untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku banyak melakukan dosa-dosa sesama manusia sampai Kau tak mampu untuk memakbulkan doaku...
Mungkin aku banyak melakukan dosa-dosa yang sengaja mahupun tak sengaja sampai Kau tak mampu untuk memakbulkan doaku...
Mungkin aku kejam terhadap kucing dengan tak bagi dia makan kerana aku tak cukup duit untuk beli makanan kucing sampai Kau rasa aku tak layak untuk dimakbulkan doa..
Mungkin aku tak selalu mengaji Al-Quran untuk Kau makbulkan doaku..
Mungkin aku tak ikhlas dengan kehidupan aku untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku tak istiqamah dalam meminta sesuatu hal sampai Kau tak mampu untuk memakbulkan doaku..
Mungkin aku tak bersungguh-sungguh dalam berdoa sehingga Kau tak mampu memberi keizinan untuk memakbulkan doa ku..
Mungkin aku tak cukup berzikir untuk Kau makbulkan doaku Ya Allah..... ಥ_ಥ
" Ya Allah Ya Rahman Ya Allah Ya Rahim.. Subhanallah wabihamdihhi Subhanallahhil Azim..Ya Allah Ya Rahman Ya Allah Ya Rahim.. Subhanallah wabihamdihhi Subhanallahhil Azim.."
Maafkan aku Ya Allah kerana aku kini berada di hujung kekuatan..
Maafkan aku Ya Allah kerana aku berasa sedikit ragu tanpa sebab..
Maafkan aku Ya Allah kerana aku tahap kesabaran aku semakin menipis dan ketidakpuasan hati kian menebal..
Maafkan aku Ya Allah kerana hatiku sedikit terusik dan ingin menyalahkan-Mu. Maafkan aku.. Ampunkan aku..
Maafkan aku Ya Allah kerana tidak sabar untuk mendapat hadiah daripada-Mu sebagai pembalasan kesabaran dari setiap penderitaan aku sekeluarga..
Aku mahu minta daripada-Mu....
Aku mahu sedikit kekuatan dari kekuatan-Mu..
Aku mahu Kau sentiasa mencintai aku walaupon adakalanya aku melupakan-Mu..
Aku mahu Kau indahkan kehidupan aku sekeluarga..
Aku mahu Kau kurniakan kami rezeki yg melimpah-ruah walaupon ada diantara kami tidak punya hati untuk mengingati-Mu.. Sesungguhnya dia tidak lupa tapi dia tidak dibimbing sehingga dia tidak percaya ada sesuatu yang lebih baik akan Kau kurniakan padanya.. Maafkan dia Ya Allah..
Ya Allah, aku penat Ya Allah..
Jika kau cabutkan nyawa aku demi kebaikan semua, aku sanggup.. Tapi, Kau ampunkanlah segala dosaku Ya Allah. Aku bukan hamba-Mu yang baik...
Arini punya HOTCHAT kat hotfm memang best. Aku rasa nak kol je Fafau dengan Faizal pasal cerita aku ni.. Tajuk dia arini kisah kisah zaman sekolah. Aku ada gak cerita yang menarik untuk korang. Kisah ni berlaku masa aku sekolah rendah...
Masa time sekolah rendah dulu memang confirm ar 'buku biodata' paling popular. Tak payah cakap budak baya2 aku. Akak aku pon sama gak. Siap buat buku lirik² lagu. Sampai kena rampas sampai balik rumah nangis2. Ingat kena rotan ke kemenda. Nangis sebab buku lagu kena rampas. Hampeh!!
So, buku biodata aku memang best. Macam2 ada!! Hehehe... Aku pas kat semua geng2 aku kat dalam kelas. Mana yang aku tak berkenan, mintak maaf laa.. Identiti anda tak diperlukan dalam buku biodata ini.
Dah nama buku biodata. Mestilah kena tulis nama, makanan kegemaran, peristiwa manis/pahit or what ever kan?? Haaaa.. Tetiba adalah sorang hamba Allah ni yang berjaya menarik perhatian aku. Korang baca nih....
(Ini semua hanya sekadar contoh)
Nama Indah ku : Indah Andika Insani Pet Name : Indah Alamat surat untuk kau pos: Blakang umah atok aku. Minuman kegemaran: RAHSIA Makanan kegemaran: RAHSIA Kenangan manis : RAHSIA Kenangan pahit : RAHSIA Filem paling aku minati : RAHSIA
Wahhhh... Hati aku panas!!!
Kalau macam ni, baik ko tak payah tulis biodata ngok!!!! Buang kertas buku aku je!!!!
Jam di tangan menunjukkan pukul 8.16am. Waahhhh... Awal giler aku datang keje. Sungguh menakjubkan!! Arini adalah hari aku 'set time' untuk tahu aku amik masa berapa lama dari rumah aku ke office.
Nampak gayanya dari rumah aku ke opis hanya mengambil masa selama 15-20min (kalau tak jammed). Cepat tu. Naik mountain bike pastu kayuh laju-laju. Mahunya tak sampai awal??!! Hahahahhahaha~
Arrrgghhhh... prap prap!! ( bunyi aku letupkan jari-jemari aku ni ). Fuuhh.. Ini menunjukkan yang aku betol-betol penat. Bukan penat bersenaman, tapi penat dok depan tv memanjang sempena cuti hujung minggu ni. Saja nak balas dendam. Hehehehe!!
Aku tengok movie 'SYURGA CINTA'. Dah lama tak tengok. Bagi aku, citer ni memang best. Tu yang aku nak tengok balik cd dia tu. Tapi ada satu benda yang menarik minat aku dalam skrip citer ni. Skrip ni adalah skrip yang diungkapkan oleh atok kepada Syuhadah. Atok dia ckp tentang jenis jodoh. Ni yang aku nak kongsikan dengan korang yang suka baca blog aku. Bagi mereka yang tak suka baca blog aku, dorang takkan tau apa jenis2 jodoh yang aku nak bagitau nanti.. Segala maklumat yang aku tulis ni adalah dari dasar fikiran yang bernas. Jadi, bagi mereka yang tak berapa nak setuju, aku mintak maaf. Okay! Jom baca page seterusnya...
3 jenis jodoh yang wujud pada masa sekarang ni adalah:
1. JODOH DARI SYAITAN.
Haaaa... aku rasa, jodoh jenis ni la yang melambak-lambak dalam dunia kita ni sekarang. Kat mana-mana kita boleh tengok. Biar aku tafsirkan dulu apa yang dimaksudkan 'jodoh dari syaitan' ni. Dah nama pon nafsu. Cinta kita indah tapi terselitnya benda2 yang tak sepatutnya kita buat. Contohnya, dah nama pon orang tengah bercinta. Mesti ada pegang2 tangan sikit kan?? Mula2, tersentuh. Lepas tu?? Pegang terus. Nak pilih baju pon tangan still pegang tangan bf/gf. Sampai nak pilih baju guna 1 tangan. Huhh... Pastu mesti ada adegan2 nak peluk each other. Btol tak??? Tok sah nak menipu diri sendiri. Nak pulak bila tengok citer hantu kat cinema. Dah la takut, sejuk pulak tu.. So, peluk pasangan supaya ketakutan & kesejukan tu reda skit. Btol kan kan kan??? Aku tau.. Aku pon manusia biasa. So, aku tau benda2 tu agak normal waktu sekarang dan teringin gak kan aku nak mengalami macam tu tapi takde kesempatan sebab nak pegang sapa kan? Ada gak hikmahnya. Allah masih sayangkan aku sebab dia tak nak aku terjebak perkara2 macam tu.. Mudah2an, aku dapat pertahankannya. Bila nafsu menguasai cinta, semuanya manis dan indah. Tapikan, perasan tak? Cinta sebegini hanya manis dan indah pada awalnya sahaja. Hanya sesetengah yang bernasib baik dapat kekalkan keindahan dan kemanisan tu sampai akhir hanyat. Nisbahnya sangat sedikit. Itu yang berlakunya pembuangan bayi di merata-rata tempat. Kalau boleh, aku nak je cadangkan kat kerajaan cipta satu lagi papan tanda untuk diletakkan kat setiap tong sampah besar atau sungai2 di Malaysia ni dengan papan tanda 'DILARANG MEMBUANG BAYI DI SINI!!'. Boleh ke?? Hmmm... Itu bagi mereka yang terlalu mengikut sangat hawa nafsu dan hasutan syaitan. Bagi mereka yang berjaya sampai ke jinjang pelamin, Alhamdulillah.. Tapi bila anak dah masuk 3, figure badan suami/isteri dah lari, mula la lari cinta yang mekar dulunya. Kesian... Nak ke kita dapat jodoh yang macam tu?? Fikirkanlah..
2. JODOH DARI JIN.
Jodoh dari jin ni mungkin popular dikalangan orang-orang berbudaya melayu. Aku bagi contoh yang mudah untuk korang faham. Si Senah suka kat si Ahmad ni. Disebabkan Ahmad takde perasaan kat Senah, Ahmad buat bodoh je walaupon Senah cuba goda Ahmad. Senah rasa marah bila cintanya tak dibalas. Dia mengambil tindakan yang salah dari sisi agama dan aqidah. Dia jumpa bomoh yang paling terhandal di Thailand dan amik minyak dagu utk dijadikan minyak pengasih. Bila minyak tu dah diceletkan kat tangan Ahmad, tetiba Ahmad jatuh cinta kat Senah dan mereka mendirikan rumahtangga dalam keadaan Ahmad yang tak berapa pasti apa yang berlaku. Kan ke kesian si Ahmad?? Dia adalah mangsa teraniaya.. Janganlah kita nak merebutkan cinta seseorang dengan cara yang macam tu. Kita takkan hidup senang & lapang selamanya. Perasaan takut akan menyelubungi hati kita sampai bila2 walaupon orang yang kita cintai itu sudah menjadi milik kita kekal... Percintaan itu memerlukan keikhlasan & kewarasan.. Fikirkanlah...
3. JODOH DARI ALLAH S.W.T.
Jodoh inilah yang dicari-cari oleh segelinap manusia. Bermula daripada pandangan mata yang terus menusuk ke kalbu tanpa ada sebarang alasan yang susah untuk diulaskan. Benda-benda sebegini tak semestinya berlaku pada pandangan pertama. Orang yang telah berkenalan selama 1 tahun, 5 tahun, 13 tahun, 25 tahun pon boleh mengalami peristiwa misteri ini. Kadang-kadang Allah itu tidak memberi petunjuk-Nya dalam masa yang terdekat. Dia ingin menguji kita sama ada kita sesuai atau tidak dengan pasangan yang telah diukirkan namanya dengan kita sejak azali lagi. Selepas melalui saat-saat bertentang mata dan debaran demi debaran, pasangan itu memutuskan untuk bernikah. Si lelaki masuk meminang dan si perempuannya menerima pinangan dengan hati yang rela dan terbuka. Lalu, kedua2 hambaAllah ini disatukan dengan pernikahan yang suci. InsyaAllah dengan izin Allah, jodoh sebeginilah yang akan kekal selamanya. Aku adalah salah seorang yang masih menunggukan jodoh yang ada pada list no.3..
" Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Permudahkanlah jodohku dan jodohkanlah aku dengan insan yang baik hati dan menyintai aku selamanya secepat yang mungkin Ya Allah!! Aminn.."
Arrrgghhhh... Biar aku bagitau korang.. Aku kini still lagi berada di company baru aku. Kenapa ek? Aku sendiri tak tahu kenapa aku masih di sini.. Sengal yang tiada pengabisan!!
Aku rasa aku yang gila kot. Yang tak boleh menerima kenyataan bahawa aku harus kerja dan tempat kerja aku adalah di sini..
Hari-hari nangis. Tiap-tiap malam nangis bagai nak giler. Tak tahu kenapa gatal sangat hati aku ni nak sebak2 bagai..
Napa aku tulis entry ni pon aku 'no idea'..
Apa aku merepek ni?? Aku rasa bukan topik ni yang aku nak luahkan sebenarnya.. Lain kali je ar.. Bye!!
Hahhhh.. Bikin gue marah bila ingat balik kisah ni. Benda ni berlaku masa keje kat satu company ni. Kira 1st time kerja. Kat office tu memang ramai lelaki. Kira aku dengan sorang kakak tu je yang ada kat office tu. So, tumpuan lebih kepada aku dengan akak tula. Memang best bila jadi tumpuan.
Aku kan gila glamour.. Hahaha..
So, nak dipendekkan cerita semua 'abang2' kat situ aku layan macam officemate. Biasalah. Setakat gurau senda tu dah kira jadi makanan kitorang. Bos kitorg pon baik. Kira mesra tu memang jadi perkara utama. Nak-nak pulak aku staff yang paling muda kerja kat situ. Lagilah aku dilayan macam puteri dong.. Heheh..
Mesra?? Kemesraan aku dengan abang2 kat office tu macam aku layan abang sendiri. Takde maknanya aku nak cover2. Buat hal aku sendiri. Paling aku rapat pon dengan seorang abg ni je. Nama dia Imran. Waahh.. dia memang best. Giler-giler. Klakar pulak tu. Suka menyakat aku. Tapi hubungan tu memang setakat abg dengan adik sebab adik dia baya aku. So, dia jaga aku macam adik dia ar. Dia banyak ar tolong aku dan hiburkan hati aku ni. :) ... Rindu kat dia.
Tapi, dalam banyak2 dikalangan diorang tu, ada gak yang gatal tahap gaban. Menyampah pon ada. Kebanyakkannya pakcik2 ar yang menggarik lebih. Dia tak tau ke yang aku ni sama baya dengan anak dorang?? Haiisshh~
Baru keje beberapa bulan, aku terpaksa letak jawatan sebab aku dapat sambung belajar. Memang susah nak berenti sebab aku dah selesa keje kat situ dan happy.. Tapi demi masa depan, terpaksa jugak la aku berenti.
Macam ni la kot keadaan yang ada dalam fikiran akak tu!!
Dalam 2 minggu lepas aku berenti, aku dapat panggilan telefon dari seorang perempuan. Yang kurang ajarnyer, aku baru je say hello dia dah bagi aku 'machine gun' (betul ke eja tu). Dia tu bleh kata aku ni perempuan tak guna. Rampas suami dia. Menggatal macam dah takde lelaki lain kat dunia ni... "Stoooooopp!!! What the hell??"
Wahhh.. melampau. Soalan pertama yang terkeluar dari mulut aku apa tau? "Sapa nama suami awak yang saya nak rampas tu?" ... "Raja Ismail??? Hellooo.... Saya tak penah nak flirting2 dengan dia okay! Dia memang penah call or message tapi saya tak penah layan sebab dia tak hensem pon!!!"
Aku terus pass handphone aku tu kat akak aku. Akak aku cakap la " adik saya takde masa nak layan laki orang ni kak oi. Dia sibuk belajar. Daripada dia layan dengan laki orang, baik dia layan kawan2 dia. Macam dia takde kawan lelaki yang lain. Apa buktinya yang akak yakin sangat yang adik saya ni ada hubungan dengan laki akak?"... jawapan ringkas akak tu, "Saya yakin sebab nombor adik awak ni ada dalam handphone suami saya".. Laaaa... sebab tu dia tuduh aku?? Tak munasabah betul...
Aku siasat. Aku tanya akak office aku tu. Dia cakap abg raja tu memang ada scandal tapi dengan perempuan Indon. Adooiiyaaii.. Tak pasal2 aku yang kena. Nangis2 aku call abang Imran. Aku tak buat salah apa2 pon. Last2, abg Imran tu yang tolong aku settlekan. Dia jumpa abg Raja dan akhirnya akak yang hentam aku tu call aku dan mintak maaf.
Lain kali nak attack orang tu biar cukup segala maklumat. Jangan main 'boohh' je!!!
Tengok laki dia pon aku tak selera ar. Ramai lagi member tempat aku belajar tu yang hensem2. Malah lebih baik sifat dan sikap dorang berbanding 'org' tu.. Cehhh~
Aku rasa aku sekarang dirundum dengan perasaan yang tak tahu mana halanya. Emosi aku tak tetap buat masa sekarang. Aku macam mencari sesuatu yang masih belum aku jumpa. Semua benda tergantung. Apa yang boleh puaskan hati aku ni pon aku tak pasti.
Bosan!!
Suasana bosan tu mudah mendampingi aku walaupun aku dikelilingi entertainment yang tiada kurangnya.
Happy...
Kadang-kadang suasana bosan tu terselit gak perasaan happy. Tapi itupon kadang-kadang la si 'happy' ni menyapa.
Menjerit!!
Bila suasana yang 'kurang menyenangkan hati' aku mula nak dekat2 dengan aku, aku rasa macam nak menjerit sepuas-puasnya. Tapi mana nak dapat bukit yang kita boleh jerit kuat-kuat macam dalam citer 'sembilu' tu. Semua bukit dah ditarah. Tak pon bukit semua dah ada orang duduk. Kang jerit kang, tak pasal-pasal aku buat lirik lagu dalam lokap. Cehh!!!
Separuh gila..
Bila jiwa tak tenang, hati memberontak. Aku separuh gila. Duduk di tepi sudut keseorangan dan buat macam ni. Dalam keadaan bilik yang malap dengan lampu neon yg bersalut 'cengkerang lady bird'. Sangat menjiwai. Tapi itu tetap tak buat aku tenang..
Kesedihan..
Kesedihan datang bertimpa-timpa tanpa sebab. Apa yang aku fikirkan??
Air mata bertakung..
Aku cuba menahan. Biar sedih janji jangan nangis. Tapi sebagai perempuan yang tak terkecuali, macamana aku nak memampukan diri dari takungan air mata??
Menangis!
Menangis mungkin boleh memuaskan mental aku yang sarat dengan macam-macam fikiran. Aku nak nangis puas-puas. (Kalau aku diberi peluang menangis, aku mungkin akan menangis dengan mengeluarkan suara yang kuat).
Penat!
Aku penat dengan pilihan hidup aku sekarang. Penat untuk segala-galanya dengan keadaan hidup seumur ini yang tidak mempunyai sebarang wawasan!!
Leave me alone!!
Bila keadaan mendesak, aku rasa nak halau semua orang. Bagi aku bernafas dengan tenang. Aku rasa rimas!! Jauhi aku....
But, please don't leave me alone!! I'm so scared!!
Mengenang nasib..
Aku masih termenungkan dan masih berfikir apa yang aku nak? Apa tindakan yang harus aku buat? Apa langkah pertama aku? Adakah aku berwawasan sampai tahap boleh majukan diri sendiri dalam masa yang terdekat??
Peluklah aku..
Dalam keadaan yang tidak stabil, aku memerlukan somebody untuk peluk aku supaya hilang sedikit keresahan. Kalaulah aku boleh memeluk Allah... Aku nak nangis puas-puas dalam pelukannya. Tapi apakan daya. Aku hanya mampu menangis sambil berteleku di atas sejadah.. (Nak peluk ibu tapi takut dia ingat aku buang tebiat plak. Lupakan hasrat aku tu).
Menunggu..
Apa yang masih aku tunggukan?? Aku menunggu jawapan. Aku menunggukan ilham. Aku perlukan sesuatu petunjuk yang lurus dari-Mu Ya Allah..
Soalan?
Soalan yang selalu bermain dalam hati aku. Soalan yang selalu aku tanya pada diri aku setiap masa. Selagi aku tak dapat jawapan aku, selagi tu aku akan merugikan masa, usia, usaha dan rugi segalanya.
Aku tak nak!!! I need to move on!!!!!
Pesanan tragis aku:Tak ada siapa yang mampu mengubah kita selain kita sendiri yang mengubahnya. Kita mampu mengubahnya. Dari yang tak baik, bertukar kepada baik. Dari baik, bertukar kepada yang leebiihhh baik!!
Solat memberi ketenangan yang hakiki. Percayalah...