Semua orang dah terbiasa dengar ayat macam tajuk post aku kali ni iaitu "ORANG BAIK UNTUK ORANG YANG BAIK". Tapi bila aku fikir-fikir balik, ayat tu buat aku macam nak bangkang! Ada 2 sebab..
a) Sebab masyarakat.
b) Sebab aku.
MASYARAKAT.
Aku dah muak baca suratkhabar. Tak payah tengok jauh-jauh. Dalam paper pon dah melambak2 keluar pasal cerita tentang perkara2 yang menunjukkan 'ayat' tu tak boleh dipakai 100% mengikut situasi dan NASIB!! Kadang-kadang aku dengar kes2 mcm isteri/suami yang setia dengan pasangannya tapi dalam masa yang sama pasangannya pulak yang buat hal.. itu tak berapa malang la kalau takde perpisahan.. hmm..
AKU.
Pasal aku ni agak mengecewakan. Mungkin ini luahan perasaan tapi aku nak korang tau tentang perkara ni. Aku berkenalan dengan seorang hamba Allah. Bagi aku, dia boleh dikatakan seorang insan yang nak ke arah PERFECT. Bagi aku, dia seorang yang boleh dijadikan contoh. Napa aku cakap mcam tu? Sebabnya, dari segi kehidupannya, seperti teratur dan dia cukup pandai mengatasi masalah peribadinya dengan baik. Urusan rumahtangga yang dijaga dengan penuh keikhlasan. Yang paling aku suka, kekuatannya untuk berpegangan pada agama Allah yakni Islam. Jadi, aku sebagai insan yang serba kekurangan, aku teringin untuk mendampinginya. Pada mulanya, dia menerima aku seadaanya. Dia selalu bagi aku nasihat2 yang baik dan bernas. Aku selesa..
Perkara yang terdetik dalam hati aku.......
Aku layan dia seperti biasa sebab best. Bagi aku, aku rasa selamat kalau dia ada sebab bab agama ni, aku mengaku aku bukanlah hamba-Nya yang terbaik. Jadi, aku nak mendampingi orang yang boleh menyeret aku ke arah itu. Tapi perkara tu best sebelum dia mengenali aku sebab mungkin pada pandangan dia, aku adalah orang yang boleh duduk sebaris dengannya. Maksud aku, orang yang alim, pakai purdah mungkin. Tapi bila dia dapat tau yang aku ni jenis huha-huha, dia mendiamkan diri. Bila aku message or cuba untuk berinteraksi dengan dia, dia tak layan aku mcm dulu.. Ehh.. sedih tau tak!! Mungkin dia menjauhkan diri dari aku sebab dia berpegang pada AYAT tadi tu kot!!
Jadi aku pikir benda ni tak masuk akal.
Orang yang baik untuk orang yang baik. Tapi orang jahat, takkan dengan orang yang jahat?? Sampai bila orang jahat akan terus jadi jahat??? Takde keadilan di situ. Baru aku paham. Patutlah budak2 yang nakal akan terus nakal sampai ke besar. Rupanya takde orang yang baik untuk mengubahnya. Atlease cuba.. Cuba mendampingi orang seperti kami supaya sama-sama jadi baik. Kesian!!
Aku benci orang yang pilih kasih!! Aku tak rugi sebab Allah masih bersama dengan aku!!
1 comment:
indah! aku bg hang award! sila amek di blog aku. hehe
congrats!
Post a Comment