Sunday, March 7, 2010

Scandal dengan suami orang?? Tolong skit!

Hahhhh.. Bikin gue marah bila ingat balik kisah ni. Benda ni berlaku masa keje kat satu company ni. Kira 1st time kerja. Kat office tu memang ramai lelaki. Kira aku dengan sorang kakak tu je yang ada kat office tu. So, tumpuan lebih kepada aku dengan akak tula. Memang best bila jadi tumpuan.

Aku kan gila glamour.. Hahaha..

So, nak dipendekkan cerita semua 'abang2' kat situ aku layan macam officemate. Biasalah. Setakat gurau senda tu dah kira jadi makanan kitorang. Bos kitorg pon baik. Kira mesra tu memang jadi perkara utama. Nak-nak pulak aku staff yang paling muda kerja kat situ. Lagilah aku dilayan macam puteri dong.. Heheh..

Mesra?? Kemesraan aku dengan abang2 kat office tu macam aku layan abang sendiri. Takde maknanya aku nak cover2. Buat hal aku sendiri. Paling aku rapat pon dengan seorang abg ni je. Nama dia Imran. Waahh.. dia memang best. Giler-giler. Klakar pulak tu. Suka menyakat aku. Tapi hubungan tu memang setakat abg dengan adik sebab adik dia baya aku. So, dia jaga aku macam adik dia ar. Dia banyak ar tolong aku dan hiburkan hati aku ni. :) ... Rindu kat dia.

Tapi, dalam banyak2 dikalangan diorang tu, ada gak yang gatal tahap gaban. Menyampah pon ada. Kebanyakkannya pakcik2 ar yang menggarik lebih. Dia tak tau ke yang aku ni sama baya dengan anak dorang?? Haiisshh~ 

Baru keje beberapa bulan, aku terpaksa letak jawatan sebab aku dapat sambung belajar. Memang susah nak berenti sebab aku dah selesa keje kat situ dan happy.. Tapi demi masa depan, terpaksa jugak la aku berenti.

Macam ni la kot keadaan yang ada dalam fikiran akak tu!!

Dalam 2 minggu lepas aku berenti, aku dapat panggilan telefon dari seorang perempuan. Yang kurang ajarnyer, aku baru je say hello dia dah bagi aku 'machine gun' (betul ke eja tu). Dia tu bleh kata aku ni perempuan tak guna. Rampas suami dia. Menggatal macam dah takde lelaki lain kat dunia ni... "Stoooooopp!!! What the hell??

Wahhh.. melampau. Soalan pertama yang terkeluar dari mulut aku apa tau? "Sapa nama suami awak yang saya nak rampas tu?" ... "Raja Ismail??? Hellooo.... Saya tak penah nak flirting2 dengan dia okay! Dia memang penah call or message tapi saya tak penah layan sebab dia tak hensem pon!!!" 

Aku terus pass handphone aku tu kat akak aku. Akak aku cakap la " adik saya takde masa nak layan laki orang ni kak oi. Dia sibuk belajar. Daripada dia layan dengan laki orang, baik dia layan kawan2 dia. Macam dia takde kawan lelaki yang lain. Apa buktinya yang akak yakin sangat yang adik saya ni ada hubungan dengan laki akak?"... jawapan ringkas akak tu, "Saya yakin sebab nombor adik awak ni ada dalam handphone suami saya".. Laaaa... sebab tu dia tuduh aku?? Tak munasabah betul... 

Aku siasat. Aku tanya akak office aku tu. Dia cakap abg raja tu memang ada scandal tapi dengan perempuan Indon. Adooiiyaaii.. Tak pasal2 aku yang kena. Nangis2 aku call abang Imran. Aku tak buat salah apa2 pon. Last2, abg Imran tu yang tolong aku settlekan. Dia jumpa abg Raja dan akhirnya akak yang hentam aku tu call aku dan mintak maaf. 

Lain kali nak attack orang tu biar cukup segala maklumat. Jangan main 'boohh' je!!! 

Tengok laki dia pon aku tak selera ar. Ramai lagi member tempat aku belajar tu yang hensem2. Malah lebih baik sifat dan sikap dorang berbanding 'org' tu.. Cehhh~

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...