Saturday, February 26, 2011

Ketika mencari ilmu..

Sebelum itu, marilah kita beramai-ramai mendengar sambil berselawat ke atas Nabi.. Sambil kita mendengar, korang juga boleh menonton video klip ni yg mempunyai sedikit info yang berkaitan Nabi Muhammad S.A.W..



Mengenai tajuk aku hari ni, aku saja nak share sesuatu yang mungkin berguna & mungkin dapat membantu kita sesama manusia untuk mengingati apa yang aku rs boleh kita share bersama. Pada 17 RabiulAwal yang lepas, aku tak sempat nak buat post mengenai Maulidur Rasul ataupun nak bercerita tentang kisah-kisah Nabi Muhammad S.A.W. Bukan senang nak buat post mengenai perkara atau peristiwa-peristiwa yang macam ni sebab kalau kita salah cakap, lain plak ceritanya. Aku kena tundakan niat aku tu dan buat post Maulidur Rasul pada hari yang lain. 


Jadi, aku fikir aku nak buat sedikit research mengenai kisah-kisah yang menarik tentang Nabi dan hidangkan untuk korang semua. Haaaa... Ni yang aku nak share dengan korang ni. Untuk buat post yang mantap, kita mesti kena banyak membaca. Btol tak?? So, aku buat la. Macam biasa.. Aku ni kalau nak buka buku memang malas. So, gunalah kaedah teknologi. Aku search dengan menaip 'kisah-kisah Nabi Muhammad S.A.W' kat Google. Dia keluar banyak website2 yang kita bleh terjah. Tetiba aku memilih 1 page tu. Aku tak ingat website apa. Kat situ ada banyak kisah-kisah nabi. Kita boleh pilih mengikut abjad dihadapan. Contoh: 'M' - Muhammad dan Khatijah (klu kita klik kat situ, kita akan dapat cerita penuh pasal Muhammad & Khatijah). Tengah syok-syok tengok tajuk, tetiba mata aku ternampak 1 tajuk. 


Tajuk tu berkisahkan tentang Nabi Muhammad mengahwini Aishah ketika Aishah berusia 6 tahun. Aku baca cerita penuhnya. Tetiba aku baca sesuatu yang kurang menarik. Cerita dalam tajuk tu seperti telah diubah!! (Macamana aku nak terangkan yea??).. Si pencerita/penulis kisah tu seperti berada dalam keadaan yang KELIRU. Dia mempersoalkan tentang kesahihan Al-Quran?! Something like that la.. Dalam hati aku berkata, "Sebagai umat Islam/Muslim sepatutnya mempercayai kandungan Al-Quran yg diturunkan oleh Allah untuk hamba-hamba-Nya sebagai panduan hidup". Aku tak faham kenapa penulis itu seperti dalam kekalutan. Aku tak berani nak komen lebih-lebih. Syyhhh..


Aku cuma nak menasihatkan kawan-kawan yang mencari ilmu melalui internet atau melalui apa sekalipun, SILA BERHATI-HATI DENGAN INFO-INFO YANG KITA CARI. Nak-nak pulak yang berkaitan bab agama ni. Sangat sensitif! Kena sangat berhati-hati sebab bila banyak pandangan orang luar, kita yang membacanya mungkin akan tersesat tanpa kita sedari. Nauzubillah!! Mudah-mudahan kita sebagai umat Islam dilindungi oleh ALLAH S.W.T dengan anasir-anasir yang bisa menyesatkan hati kita dengan perkara-perkara yang tidak benar. Aminn.. 


Aku percaya pada Allah yang satu dan aku sangat percaya pada apa sahaja rencana-Nya yang berlaku di muka bumi ini sejak dari azali sehingga dunia ini menjadi tua kelak. 

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...