Monday, February 28, 2011

Batak!!!

Menurut 'Wikipedia', perkataan 'Batak' ini merupakan salah satu suku kaum atau lebih dikenali sebagai golongan etnik yang terdapat di tanah tinggi Sumatera Utara, Indonesia. Dan untuk pengetahuan korang semua, kumpulan batak tu dipecahkan kepada beberapa lagi suku kaum. Kalau nak terangkan, memang panjang. Korang baca la sendiri kat sini pasal orang Batak ni kat sini. Sila klik info yang baik untuk pengetahuan am anda Kaum Batak.


Gambar kaum batak. (Made in unavailable sbb mana nak cari? Aku tak jumpa. :D )




Macam kat Malaysia pun ada gak kaum Batak. Korang penah perasan tak?? Golongan batak kat  sini pun ada macam-macam jenis. Contoh terdekat: AKU!!!!! (Korang pon kadang2 bertukar jadi golongan ni gak kan?? Jangan la nak kelentong aku!!)


Aku ngaku la aku ni batak. Tapi aku golongan batak yang comel (Jangan salah sangka yea. Ni takde kena mengena dengan keturunan parent aku okeh. Aku sorang je).  Eh, nak tau macamana aku boleh bertukar jadi batak??? Meh aku citer.


Kalau korang tengok blog aku, korang cuba-cuba la untuk perasan yang kat blah tepi (blah kanan) ada 1 widget yg aku letak nama 'world traffic'. Haaaaa... menda alah tu aku baru je letak last week. Aku punya la batak & rasa happy gila sampai terlompat-lompat macam monyet sebab.... rupa-rupanya pembaca blog aku ada gak yang baca dari daerah Riau, Indonesia, Penang, K.Lumpur (batak la sangat!!)..


Sebagai penulis blog, maunya aku tak rasa bangga??!! Pehh.. gila batak!! Dasyatttt~


Note:::
Ni bukan salah mak bapak aku kalau mereka ada anak macam aku.. huhuhuuu~

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...