Pertemuan tidak disengajakan yang buat kita jadi rapat. Dari musuh, jadi kawan. Dari kawan jadi lebih daripada kawan. Dari lebih daripada kawan jadi separuh daripada kehidupan aku. Pada mulanya, aku benci kau. Aku lagi suka kawan dengan kawan baik kau. Apa aku cakap, semua kau bangkang. Apa aku buat, semuanya tak betul. Kau jela yang baik, bagus. Aku ni jahat. Suka buat benda-benda tak senonoh bagi pandangan mata kau. Eiii.. Menyampah gila!!
Dari hari ke minggu. Dari minggu ke bulan. Dari bulan ke tahun. Rupanya kau begini orangnya. Setelah lama berkawan, baru aku kenal sapa kau sebenarnya. Ego kau bertempat. Apa yang kau buat, apa yang kau marah, apa yang kau tak suka semuanya bersebab. Aku dah faham dengan pe'el kau dan Alhamdullillah sebab kau sangat memahami aku.
Mana nak dapat seorang lelaki yang macam kau?? Aku sangat happy...
9th February 2011 : 12.52am
Telefon berdering...
M: "Hello. U dah tido??"
F: "Belom lagi. Tu sebab i kasi u call i". (senyum)
M: "Okay. Hmm.. I need to tell u something."
F: " Apa benda yang nak cakap sampai tak bleh tunggu esok??"
M: " Mmmm.. U, i.................."
F: (Patut ke aku letak telefon?? Takpe. Aku akan dengar penjelasan dia dengan baik & aku terima apa pun yang jadi)
Few minutes...
M: Tapi i tak nak.
F: Takpe. U cuba dulu. U cuba kenal dia. Mana tau tu jodoh u. Jumpa jela. Ntah-ntah cantik. Apa salahnya? Sesuai dengan u. Hmm.. I rasa i nak lepaskan u.
M: Nooo.. Pls say no!!
F: Yess i will. Kitakan kawan dari dulu.
M: Kita bukan special??
F: No laa. U je perasan.
M: U ni.
F: Are u crying??
M: No I'm not!
F: Please don't. Kita kan still bestfriend?! (Aku tau. Suara dia dah lain & dengar bunyi soksek2 air hingus. Damn sad!!!)
Hahahahahahahahaaaaaa... Hati aku nak ketawa sampai bila2. (Sedihnya!)
Dup dap dup dap jantung tak berhenti berdegup. Ni semua salah aku. Aku mengaku. Apa puncanya aku sudah kenal pasti.
Confession:
Wahai M, maafkan aku. Aku baru sedar selepas mendengar penjelasan kau. Aku tau aku salah. Aku bodoh. Aku biarkan kau. Aku tak layan kau. Aku dengan kau macam 'kita' dulu. Happy-happy macam kawan rapat. Takde romantika langsung. Bosankan?? Babe, memang aku sengaja. Semuanya bersebab. Aku ada alasan aku sendiri untuk berbuat demikian.
M adalah seorang lelaki yang cukup sempurna dari pandangan mata orang yang macam aku.
Agama = Seorang Islam yang sejati. Tahu hukum-hakam. Solatnya lengkap, insyaAllah. Layak menjadi imam kepada keluarga.
Akademik = Tip top!! Seorang yang bijak macam Pungsukh Wangdu (3 idiots).
Paras rupa = Alhamdulillah sempurna.
Sikapnya = Seorang yang mementingkan kekeluargaan. Baginya, apa yang dia buat, mesti nak macam keluarga. Sayangnya pada kawan2 macam sayangnya dia pada adik-beradiknya. Adik-beradiknya dijaga segala keperluannya. Ummi & Walidnya tidak pernah diketepikan walaupun dia sudah berjaya. Tegas tapi sangat mudah lembut hati. Dalam banyak-banyak manusia, dia salah sorang manusia yang kebal dengan kesabaran. Sangat utuh!! Sakit, dicaci, dibenci, dimarah, dia tetap sabar. Sabar melayan karenah-karenah manusia yang menyakitkan hati dan salah sorangnya adalah aku.
Kerana kamu terlalu sempurna, aku terpaksa melepaskan kamu. Aku bukan orang yang baik, yang setanding dengan kamu. Mulai dari saat ini, aku relakan kamu untuk bersama orang lain. Aku okay! You don't worry. =)
Serius lagu ni memang TAK SESUAI untuk aku langsung!!!
Aku tipu.
Sebenarnya aku tak okay. Aku sedih sangat. Aku sedih sebab kenapa aku tak sama taraf dengan kau. Nampak tak perbezaan kita?? Orang tengok kita pon dorang akan tanya banyak kali. Macam tak percaya kau dengan aku. Aku tak pandai macam kau. Perempuan yang kau nak dijodohkan itu belajar tinggi. Sama macam kau. Aku ni apa la yang ada. Degree?? Apa la sangat. Kerja pun cikai-cikai je. Aku bukan golongan profesional. Tak macam kalian berdua. Orang tak happy bila tengok kau dengan aku. Tak matching langsung. Macam gagak dengan merak. Banyak benda yang buat kita jadi tak sama!! Aku penat. Aku penat sangat. Letih seletih letihnya.
Aku okay. Aku cuma nangis sikit je. (Lepas ni aku kena terima kenyataan bahawa kau takkan ada untuk pujuk kalau aku nangis. Kau kan dah ada perempuan tu). Kau sanggup terbang jauh untuk jumpa perempuan tu. Okay! Aku terima. Aku dengar dia medical student?! Really?? Okay, aku terima. So, apa tunggu lagi??
I'm okay!!! Aku ada family. Jangan risau okay! Bagi aku nangis untuk hari ni je! Thanks.
Ya Allah, aku berbohong pada diri sendiri. Sedih aku berpanjangan. Kuatkan iman aku. Selalulah bersama denganku Ya Allah. Aku mohon!!
Bingkisan:: Kesian kan gadis di atas?? Tula. Orang kata, apa yang kita nak tak semestinya kita akan dapat. So, ada jodoh insyaAllah apa rintangan pun kita akan tetap bersama. Biar masa yang menentukan mengikut kehendak Allah. Hmmm.. Redha je la. =) (Masih mampu tersenyum)
3 comments:
mcm kisah aku je dik...takpa2....ada jodoh tak kemana
sama eh kak?? sian kan. hmm.. tula. klo ada jodoh tak ke mana. akak pon jgn risau2. ada yg DA BEST punya kt luar sana.. :)))
ada ke?im not prefect+beutiful utk dpt yg terbaik....hurm
Post a Comment