Thursday, December 30, 2010

Aku Masih Bernyawa Rupanya

Waktu malam..........

Meleleh air mataku...
Tengok cermin. Muka bengkak dan bercalar-balar. Mata kecik sebelah. Aku menangis.
Tengok tangan kiri yg berbalut, aku menangis.
Tengok tangan kanan yg dicucuk tiub ubat, aku menangis.
Tengok orang tua yang menyerang kesakitan, dalam keadaan kaki digantung dan tiang-tiang besi mengikat kakinya, aku menangis.



Bunyi mesin nadi tit.. tit.. tit.. aku menangis.
Mendengar kakak yang tidur selang 2 katil dari katil aku menangis kerana menahan sakit, aku menangis.

Dunia aku berpusing... Mata aku berpinar. Telinga aku mendengar pelbagai bunyi. Aku pejamkan mata aku sejenak dan membukanya secepat mungkin. Jelmaan keadaan gaung & ranting-ranting muncul dalam pandanganku. Ya Allah.. Takutnya aku Ya Allah.. Aku menutup mukaku dengan bantal dan nangis sepuas-puasnya. Dr. Omar datang bila mendengar suara aku menangis sedu-sedan. Dia tanya adakah aku sakit?? Sakit bahagian mana?? Aku jawab aku tak sakit tapi takut. Dia mengambil tekanan darahku. Tekanan darah aku naik mendadak. Aku disuntik ubat penenang dan tekanan darahku menurun sedikit demi sedikit. 

Otak aku masih ligat berfikir. Aku pandang nurse yang ke hulu-hilir lalu sebelah katil aku. Aku masih hidup???  Aku masih boleh jumpa ibu & ayah aku?? Masih boleh jumpa akak, fyzam, ewan, ju & adam?? Jumpa busu?? Makteh?? Mak lang?? Semua pakcik & makcik2 aku?? Aku boleh jumpa Giha?? Aku boleh jumpa Daeng, Nana yang mungkin menjadi orang terakhir yang bersama denganku sebelum aku menghembuskan nafas terakhirku?? Mateen?? Harith?? Ya Allah.. Menitis air mata aku selaju air terjun. 

Astaghfirullah.. Apa yang aku fikirkan ni?? "Kau masih hidup wahai Erfiza, kata hatiku".



Aku masih terbayang-bayang keadaan aku jatuh menjunam. Mata aku terpejam. Aku dengar suara orang memanggil-manggil nama aku. Sayup-sayup kedengaran. Aku tersedar dan terus bangun. Hentakan yang kuat di kepala membuatkan kepala aku pening dan aku bersandar sebentar kat tebing gaung. Aku masih terperanjat. Aku masih mampu melihat kehijauan hutan. Syukur Ya Allah!!

Allah masih mahu membenarkan aku menikmati kehidupan aku di dunia ini. Aku insaf Ya Allah! Dalam hati aku hanya Engkau yang tahu. Jika aku terjatuh dan terlajak ke depan dari tempat aku jatuh, mungkin umur aku tidak panjang. Dihadapan penuh dengan ranting-ranting yang terpacak-pacak. Mungkin aku kehilangan pancaindera yang paling berharga yakni mata aku. Mungkin otak aku terpasak!! Ya Allah.. Takutnya aku waktu tu. 

Aku masih belum sempat nak mintak maaf kat semua orang. Aku belum peluk cium kedua ibubapaku. Janganlah Engkau mencabut nyawa aku sebelum aku melakukan perkara-perkara tersebut Ya Allah. 
o(╥﹏╥)o

Aku mencapai handphone dan mesej kat akak aku. 
Aku :: Bosanlah duduk kat hospital ni. Sorang-sorang..  wuwuu~
Akak :: Aku pun bosan sebab takde member nak borak. Tak  dengar apa-apa cerita dari kau.
Aku :: Ayu sayang ibu, ayah, akak, fyzam, ewan Nak tengok & cium adam.  Cakap dengan ibu, ayu rindu. 

Aku menangis..

Dugaanmu ini membawa 1000 kebaikan. Aku insaf dan sedar. Masih ada benda yang harus aku lakukan. Aku dapat kasih sayang Ya Allah. Kasih sayang yang aku tak sedar selama ni. Aku nyaman. Terima Kasih Ya Allah..

Aku cintakan Kau Ya Allah.. Luv U so much!!


1 comment:

aYu^NiA said...

Alhamdulillah..cite Er sgt tersentuh ni..sbr la yea..setiap apa yg trjdi psti ade hikmah... ;)

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...