Tajuk dia '3 Idiots' je dah boleh buat kita fikir cerita ni kisah 3 orang budak bodoh. Tula fikiran aku sebelum aku nonton cerita ni tapi bila dah tengok, aku rasa cerita ni cerita paling bijak & buat aku tak jemu. Nonton banyak kali pon takpe. Aku jatuh cinta dengan cerita ni!! ♥‿♥
Haaa.. Ni la '3 Idiots'nya. Kebijaksaan mereka sebenarnya yang buat orang panggil Idiots. Bengang punya pasal la! Orang lain semua jeles dengan kebijaksanaan dorang. Dorang ni merupakan Engineering's student di sebuah kolej yang terkenal. Hanya pelajar yang layak sahaja yang boleh masuk kolej tu.
Yang ni RANCHO. Dia mempunyai IQ yang sangat tinggi. Dia memang suka belajar dan suka sangat pada mesin. Pantang nampak apa-apa mesin, mesti dia nak godek. Buka itu, buka ini. Rancho seorang pelajar yang suka memahami sesuatu perkara, bukan dengan menghafalnya. Semua orang di kolej tu ingat dia ni anak orang kaya tapi disebalik kisah hidupnya, dia merupakan anak yatim yang cool..
FARHAN ni pulak suka sangat bidang fotografi. Dia suka tangkap gambar binatang liar tapi dia dipaksa oleh bapanya untuk mempelajari bidang Engineering. Dia terpaksalah turutkan kata bapanya.
Yang cute ni namanya RAJU. Haaaaa.. yang ni aku cop yea sebab muka dia sweet dari pandangan mata aku la. Korang aku tak tau la kan. Raju ni berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya uzur, mak yang tidak bekerja dan mempunya seorang adik perempuan yang masih belum berkahwin kerana pihak lelaki yang ingin mengahwini adiknya itu telah meminta dowry yang sangat tinggi dan keluarganya tak mampu untuk memenuhi permintaan mereka. Itu yang membuatkan Raju sekeluarga susah hati. Dia bercita-cita nak menjadi Engineer sebab dia nak mengubah nasib keluarganya.
Mereka melakukan segalanya bersama. Tinggal satu bilik lagi. Mereka saling bantu-membantu kalau ada masalah. Ni baru dikatakan sahabat sejati. ^_^
Musuh utama!! Ni la dia CHATHU @ SILENCER. Dia ni seorang pelajar yang bijak dan selalu dapat point yang tinggi dikalangan pelajar yang lain tapi dia tak boleh nak lawan Rancho sebab Rancho lagi pandai. Tu sebab dia menyampah dengan geng 3 Idiots ni.
Mr. VIRU SAHASTRABUDHHE ni merupakan dekan/pengarah kolej. Dia sangat tegas dan terlalu mengikut sangat prinsip dia. Tu sebab dia punya nama baru kat kolej tu. Dorang semua panggil dia dengan nama VIRUS. Dia ni memang tak suka dengan Raju, Farhan dan terutama sekali Rancho sebab Rancho selalu bangkang apa je dia cakap.
Ini PIA. Buah hati Rancho. Dia seorang doctor dan merupakan anak kepada Virus. Aduhhh... lagi kabut!!
Pada mulanya mereka berdua selalu bertengkar. Pia sangat benci pada Rancho tapi dengan sikap Rancho yang sanggup berkorban demi kawan tu la yang buat Pia jatuh cinta. Fuhhh.. Time tula dia rasa dirinya terbang dan selendangnya ditiup angin..
Mereka mula jatuh cinta tanpa mereka sedari.. Menyanyi dan menari. (korang bleh klik kat video klip kat bawah ni ye. Best lagu ni.)
Virus ni tak habis-habis dengan sikapnya yang ego dan terlalu straight dengan pelajar-pelajarnya. Tak mesra alam dan tak bertimbang rasa. Sikapnya itu la yang buat pelajarnya tension!!
Bila tension, LOBO (pelajar yang tidak grad walaupun dah 4 tahun belajar kat kolej tu) telah membunuh diri kerana Virus selalu tidak mahu menerima ciptaannya kerana bagi Virus, rekaan Lobo tu semuanya mengarut. Akhirnya Lobo putus asa. Kesian dia!!
Hmmm... Aku suka time ni. Ni part di mana Rancho dan Farhan datang ke rumah Raju. Yang bestnya, bila sampai part rumah Raju je, mesti color bertukar kepada black & white. Konon-kononnya family Raju ni mengingatkan mereka pada zaman 50-an dulu-dulu.. Heheee..
Rancho & kawan-kawannya melakukan kesilapan & akhirnya Raju yang ditangkap kerana Virus nampak muka Raju masa dorang lakukan benda yang dilakukan di luar kesedaran mereka. Raju digantung kolej dan dia sangat sedih sebab dia harus memilih samada Family atau Rancho. Dia perlu memberi jawapan dalam masa 7 minit dan akhirnya dia mengambil keputusan dengan cuba membunuh diri. Tapi dia selamat. Cuma koma je.. o(╥﹏╥)o
Rancho menghilangkan diri selepas konvo. Farhan & Raju cuba untuk mencarinya dan akhirnya baru mereka tahu yang Rancho itu adalah nama tipu. Nama sebenar Rancho adalah PANSUKH WANGDU, merupakan seorang ahli saintis yang berjaya dan kaya.
Happy ending... Rugi gila sapa yang tak tengok cerita ni. Aku salute ar sapa yang buat cerita ni. Memang bijak gila!!
Yang ni '3 Idiot' versi Malaysia.. Hikhikkkk.. Luv both of u!!
⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰
░░░░░░█░█ █▀█ █▀█ █▀█ █░█░░░░░
░░░░░░█▀█ █▀█ █▀▀ █▀▀ ▀█▀░░░░░
░░░░░░▀░▀ ▀░▀ ▀░░ ▀░░ ░▀░░░░░░
█▄░█ █▀▀ █░█░█░░█░█ █▀▀ █▀█ █▀█
█░██ █▀▀ █░█░█░░▀█▀ █▀▀ █▀█ ██▀
▀░░▀ ▀▀▀ ░▀▀▀░░░░▀░ ▀▀▀ ▀░▀ ▀░▀
⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★
████▓░████▓░░░█▓░░░█▓
█░░█▓░██░█▓░███▓░███▓
░░░█▓░██░█▓░░░█▓░░░█▓
░░█▓░░██░█▓░░░█▓░░░█▓
░█▓░░░██░█▓░░░█▓░░░█▓
██░█▓░██░█▓░░░█▓░░░█▓
████▓░████▓░░░█▓░░░█▓
*** Thanks to member facebook aku, Kechix @ Muhammad Hidayat yang rekemenkan aku cerita ni. Thanks a lot dude!!
2 comments:
suka2..dik kalo dpt vid si SILENCER ckp sal kentut kt teachers day 2 share ek..try cr xjumpe la..he3
masa citer ni keluar astro box office (ABO), aku tengok cerita ni EVERYTIME dia on air. Kan ABO dia ulang 6 movie selama sebulan kan? Aku ulang tengok citer ni sebanyak mungkin. And kalau ada lagi, aku still nk tgk lagi citer ni.
Funny tapi sangat brilliant jln citer dia. Buat aku rasa nk pegi India sebab semua tempat yang dlm movie cantik gila!
Post a Comment