Tuesday, December 7, 2010

Kaedah Psikologi Buat Mereka Yang Psiko

Masing-masing tak sabar nak menunggu kedatangan Maal Hijrah. Nak membuka lembaran baru dalam hidup katanya. Okay! Aku pun sama. Aku nak cuba untuk berubah kepada kebaikan. 


Tapi hari ni merupakan pengakhiran tahun yang kurang menyenangkan. Aku tak tau la kenapa masih wujud lagi manusia yang berhatikan bangkai.


Bila kita baik, orang buat taik. Bila orang buat taik, kita terkedu & diam. Tapi pengakhirannya tu harus diakhiri dengan keadaan seperti kayu?? Tunggul?? Yang hanya mampu sepi?? Not at all!!


Baru-baru ni kereta aku kena langgar. Dilanggar oleh seorang PEREMPUAN. Pakai kereta GTi buatan Malaysia. Memang salah dia. Sah!! Time tu jammed. Aku sebagai pemandu berhemah tengah beratur ikut haluan aku (lorong kanan). Tiba-tiba kereta minah ni masuk ke lorong aku tanpa MEMBERI SIGNAL KANAN & MELIHAT SIDE MIRROR. Terus masuk tanpa rasa bersalah & dengan slumber kodoknya terus langgar kereta aku. Aku terus parking tepi & turun nak tengok keadaan kereta aku. Calar & kemik!! Tapi tak serius. Walaupun tak serius, kalau dibiarkan lama2 berkarat. Cat pon dah tertanggal. Yang ada, cat kereta minah tadi tu melekat kat kereta aku.


Nasib baik dia pun berhenti tepi & turun tanya kabar aku. Dia cakap, "Okay ke kak??". Aku balas, "Awak ni bawa kereta tak tengok orang ke dik?. Ni macamana ni??" Budak tu bersuara lagi, "Eh kak sorry. Serius saya betul2 tak nampak". Aku malas nak cakap banyak, aku amik no kereta dia & no tel dia. Kira settle luar. Aku tengok muka budak tu yg masih pakai baju tidur, dengan muka tak mandi, tak selera aku. 


Dalam beberapa hari tu, aku mesej dia. Dia bagi respon. Aku suruh dia bayar RM150 sebab aku kena cat 2-2 pintu sekali. Dia cakap dia nak aku pi cat kat kedai member dia. Okay aku ikutkan. Tapi lama-lama macam senyap. Aku msg, dia tak balas. Aku call dia BANYAK KALI, dia tak angkat. Berhari2. Last-last aku pikir budak ni memang tak bleh nak berlembut. Aku msg dia & msg aku berbau agak kasar sb aku ugut dia untuk repot balai polis. Baru dia respon. Dia kata ayah dia sakit. Dia tak bawa handphone. Tu sebab dia tak angkat. Okay. Tu aku paham tapi takkan sampai berhari-hari??? Tipu eh?? Lepas tu dia msg aku, "Sekarang sy takde duit, paham takkk????" <--- Napa nak melenting sedangkan aku minta baik2?? Mula2 berlagak kaya kan. Okay. 


Nanti dia gaji, dia akan bayar. Aku sabar..... Aku cakap kalau dah gaji, msg aku & aku akan bagi dia no. a/c aku. 


Hari dia gaji.... Dia msg minta no. A/c aku. Aku kasi no. akaun company ayah aku sebab aku tak nak dia tau nama sebenar aku kalau guna personal a/c. Haaa.. masa ni la bermulanya perbalahan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~


Budak: Bagi no akaun awak.


Aku: Awak bank in kat a/c ni "124012168496326 under nama syarikat pakai buang sdn bhd (contoh). Lepas awak bank in, tolong fax kat no fax ni dan attn:a/c dept. Thanks budak. :)


Budak: Saya bank in je. Sy takde fax nak fax. Ni akaun apa ni? mana a/c personal? Sy tak nak bank in kan bukan2. Sorry!!


Aku: Kereta yang awak langgar tu kereta company sy. So, awak bank je kat a/c ni okay?


Budak: Kereta company plak. Hari tu tak bukak citer pon keta company!!! Skrg baru macam2. Sy bank in kat a/c personal je. 


Aku dah mula naik angin.. Bila teringat apa yang dia dah buat sebelum ni (kurang ajar bila bercakap dengan aku), lagi la buat aku tak boleh nak control marah. 


Aku: Buat apa nak canang tu kereta company?? Tu pon nak bagitau awak ke? Dah langgar sudah. Sy tak nak buat keje 2-3x. Bank in je dlm akaun tu. Pandai2 la budak akaun tu buat keje diorg. Ingat benda ni main2 ke??


Budak: Okay saya bank in kan! Huhh!


Malamnya.............


Aku: Salam. Budak dah bank in kan? (Tanya dalam keadaan tenang & gembira)


Budak: Masalahnya awak dah kata tu kereta company. Biasanya company yang akan repair (ingat bapak dia punya company agaknya. Kalau bapak dia punya pun, mst bapak dia suh dia repair sendiri!!). Pastu rosak takde la serius sangat. Takat calar je. Biarlah company repair!!!


Aku makin panas & terus call dia. Dia tak angkat!!!!!!!!!!!!!


Aku: Hello dik! Masalahnya awak yg langgar kereta tu. Sy yang bawa. Apa hal plak company nak bayar?? X calar awak kata?? Cat kereta awak pon masih melekat kat kereta tu tau! Skrg saya kol awk. Asal tak angkat??


Budak: Kereta tak teruk mana, company punya pulak tu. Masih boleh berjalan. Malas la nak layan awak!! Tunggu jela. Saya rasa sy nak angkat call awak, sy angkatla yerk. Salam maal Hijrah!! Buat jela apa yang awak nak buat.


Demi Allah, aku rasa dia la manusia yang paling kurang ajar yang penah aku jumpa buat masa  sekarang!!


Aku (MESEJ PERTAMA) : Apa masalah ko ye dik? Hari tu kata tunggu gaji. Sekarang lain pulak. Macam ni la. Awak tak nak bayarkan?? Pasal company tu, Bapak saya punya ke, sapa punya company ke kalau dah langgar, kena la bayar ganti rugi!! Takpe la. Saya ada gambar kereta awak, no kereta awak, ada no handphone awak & siap nama awak sekali. Esok saya buat report polis. Daripada kena bayar RM150, awak bayarlah RM300 ye. Budak kurang ajar macam awak ni memang kena buat macam ni. Lagi satu, sempena solat malam menyambut Maal Hijrah ni, saya TIDAK HALAL kan dunia akhirat apa yang awak dah buat kat saya. Demi Allah, awak dah menganiaya orang lain. Berlagak!! Bawa kereta tak pandang orang. Mulai esok, setiap kali awak memandu, biar Allah jela yang selamatkan ko ye dik!!! 


Aku (MESEJ KEDUA) : Fikir logik la. Kalau keta tu tak boleh berjalan, tak yah aku nak claim kat ko. Insurans yang akan claim kat ko!! Ko makan la duit tu dik! Tenang agaknya ye buat orang macam ni. Memang bagus buat perangai macam tu. Akak menunggu bagai nak gila, nak kena menjawab dengan orang atasan. Last2 ko tak nak bayar rupanya. Awal2 cakap tak mampu nak bayar kan senang??? Ni cakap nak berlagak. Siap suruh orang tunggu. Puas la kita tunggu. Bagus!! Dunia sekarang ni dik, Allah tu bayar CASH!!!! Terima kasih la yea. Salam.


Budak: Dah!! Jangan banyak cerita. Sy akan bayar RM150 tapi RM50/3 bln (ko ingat aku meniaga kain ke?????). Malas nak layan ko la. Aku bank in kan akaun ko je!


Aku bagi no akaun aku sendiri & tutup cerita. Kalau dia jujur, dia bayar. Kalau tak, Allah tu sentiasa ada. Tu antara dia dengan Tuhan.


Menurut kata hati aku, minah ni bukan budak. Aku rasa dia lebih tua daripada aku tapi otak senteng. Perangai budak. Otak sontot!! Kesian!




Moral of da story::: Kita sebagai manusia kena cuba untuk menerima orang seperti mereka. Cara menundukkan mereka adalah dengan menggunakan PSIKOLOGI mereka itu sendiri. Bila kita berlawan dengan mengganggu perasaan dan ilusi mereka, akhirnya mereka akan mengalah. Done!!


Aku pon dah jadi psiko!! Haiishh~


~Salam Maal Hijrah Buat Anda Semua~

7 comments:

Anonymous said...

hehehehehe....aku skang ader kat tmpat budak pikiran sengkat tuh....cume masalah nyer....kami brdua dh buat report n aku dh pon kene saman...so skang klim insurans kete aku.......masalah nyer owner keter tuh nak mintak wet dari aku.....ganti rugi...huhuhuhu...dh lah insurans aku tergadai.....kene saman lak tuh...lesen P aku kene lanjut lagi....kene byr kat insurans rm400 ag....skang nih die plak nk mintak wet aku ag....mane aku nak cari duit????

Eirfy Oth said...

aku rasa ko bkn sama mcm budak otak senteng tu sb ko dh buat apa yg sepatutnya ko buat. ko dh claim insurans. bg aku, tu dah cukup.

tapi asal dia nk mintak ko ganti rugi lagi?? tak paham aku. dia cedera ke?? tu tak patut kot. sian ko.

macam kes aku ni, dia tak nak bayar wpon dia dh salah. tu lagi bangang kot.

apa tindakan ko beb?? ko nak bagi ke duit ganti rugi tu??

Anonymous said...

aku pon cakap ar..."maaf sesgt......saya tak cukup duit lah cik...."
die marah aku....kalo tak cukup duit jgn lah langgar orang....
(aku sambil menggaru2 kepala memahamkan aper yg dikatankan tuh)...
ohhhh baru aku paham....die ingat aku suke2 nak langgar kete die kot....sesedap mulut jer die berkata2...ingat aku bawak bumper car ker????suka2 nak langgar2....
skang keputusan nyer aku buat2 bodoh.....lantak ar...kete die pon dah siap repair...(claim insuran kete aku ar)kete aku jer yang tersadai skang nih....wet tak dek nak kuarkn kete....huhuhu...kesedihan yang melanda diri ni akan berakhir......

Eirfy Oth said...

maksud dia, lain kali bawak hati2. mmg la ko tak tak nak langgar. tp kena tgk sekeliling ko. klo mcm ko, kira ok la kot sb langgar bumper. kdg2 kita ingat org depan dh jln pdhal tak.

jgn ko lnggar tepi. klo langgar tepi, baik ko campak je side mirror keta tu dalam gaung..

abis? kes ko apa cer?? senyap mcm tu ke apa?

Anonymous said...

herrrmmmm....kalo nak ikotkan saper salah...aku ase dier yg salah.....sbb brek mgejut.....blom sampai traffic light poonnnn....alasan die kete depan brek mngejut dulu....tanya kete depan...ader kete depan brek mengejut jugak...malas aku nak pjgkn citer...kang aku jugak yg sakit ati....time tu hujan...aku drive tak lah dekat sgt ngan kete die...dssbkn die brek mengejut...aku trlanggar kete die wlpon aku dh mmbrek.....(hujan kan....daya geseran berkurangan)...kete die dh ok dah...(pandai pon blaja bersabar)...actually die tak nak claim insurans sbb lambat...so die mintak duit aku nak bayar tambang teksi g keje...huhuhuhu...aku cakap ar bebaik...kete pon dah ok kira sattle jer lah...die mengamuk mcm 'org tgh menurun tuh'(hahahaha)
aku masih bertenang...(org salah mmg cam tuh)dia panggil bapak die dtg.....aku dah cuak gile....aku pon msg bapak aku gak suh datang back up aku....(takot siut)
bapak die dtg dulu...tanpa bg salam die tanya "skang cam ner??" aku jawab ar "pak cik saya tak der duit...kereta sy pon tak kuar bengkel lagi...tak der duit nak kuarkan"...aku di zon selamat...bapak aku dah sampai...yeye...brsalamanlah bapak aku ngan bapak die siap peluk2 ag....rupenyer bekas anak murid bapak aku.....
jadi ending citer nih, sattle lah masalah aku...tak yah lah bayar kat die...::)) ~~~HARI YG GELAP KINI SUDAH TERANG....~~~~~

Eirfy Oth said...

imaginasi ko sangat tinggi la bai/minah... adoii.. tgelak aku dbuatnya. ko ni mengingatkan aku kat sorang mmbr aku ni la. hahah.. dia pon mcm ko. dia cakap benar tp cara dia bcerita klimaks citer tu sgt dasyat!! Boommm~

apapon, aku kenal ko ke ek?? kenalkan sket diri hangpa..

Anonymous said...

imaginasi?????wei...nih keysah benar lah...kete aku baru kuar smalam....huhuhu...pinjam wet bapak aku nak kuarkan kete.....
ko memang kenal aku pon...cume maybee tak ingat kat aku lagi....kihkihkihkih...
tekalah...tekalah...saper aku....

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...