Duduk mengadap 'lappy' dari pukul 9pm until now!! Apa yang aku buat, aku sendiri pon tak tau. Yang aku tau, mouse terus bergerak dan terus bergerak. FB??? Aku online tapi malas nak on chat. Bukan apa.. Penat la nak pikir apa benda nak cakap dengan diorang. Otak aku tengah serabut. Serabut tahap gaban!! Otak aku kosong sampai tak tau apa benda yang aku buat. Youtube, kuar youtube, masuk fb, kuar fb, masuk 4shared, download lagu then??? Huhhh.. Tetiba aku teringat.................
Oh my God!! Aku lupa nak edit gambar kawin Ezaratul Nazihah!! Punyalah lama. Aku still tak edit2. Sorry guys! Aku mulakan kerja pengeditan aku...
Tengah sibuk mengedit.. Perhatian penuh dan fokus pada gambar yang hendak diedit. Timbul satu persoalan & terdetik kat hati aku ni. Inilah jodoh Ziha.. Si Naqib yang aku kenal sejak sekolah menengah. Dorang bercinta agak lama dan aku segala kisah suka duka mereka aku turut tempuhi bersama walaupun hanya menjadi pendengar yang setia. Naqib adalah jodohnya yang terbaik!
Aku termenung dan terus berfikir. Siapa yang terbaik buat aku?? Lelaki keliling pinggang?? Itu aku hanya menipu. Lelaki yang dekati aku hanya separuh daripada pinggang aku (consider ramai la jugak sebab kalau ikut ukur lilit pinggang aku, besar!! ) muahahaha~
Ramai jugak lelaki yang aku kenal & yang aku rapat. Ada yang boleh pakai, ada yang tak boleh pakai perangai mereka2 ni. Bila dah kenal & keluar bersama, mesti disudut hati kita (perempuan) mengatakan, dialah jodoh aku. Setiap kali solat, akan disusuli dengan doa 'mudah-mudahan Kau permudahkan jodoh aku bersama 'si dia', Ya Allah!
Aku mengaku. Aku pon buat benda yang sama. Hati aku dah yakin yang 'dia' lah bakal suami aku. Tapi, sejauh mana keyakinan hati tu?? Musyhkil aku jadinya. Doa aku selepas solat:
Ya Allah, sekiranya Kau menciptakan dia untuk aku,
dia yang terbaik buat aku,
terbaik untuk anak-anakku yang bakal aku kendong & melahirkan,
terbaik untuk dunia mahupun akhirat,
soleh & menyejuk mata,
permudahkanlah aku untuk mendapatkannya.
dekatkanlah hati kami berdua.
Ikatkanlah cinta kami seerat tali yang tersimpul rapi.
Makbulkanlah doaku Ya Allah. Restuilah cinta kami.
Hari-hari aku berdoa ketika bersama dengan sorang lelaki yang aku rapat. Tapi Allah tak makbulkan doa aku. Allah tak mengizinkan kami bersatu malah Allah makin jauhkan aku dengan lelaki itu. Tipu kalau aku kata aku seorang yang cool. Aku selalu bercakap pada-Nya dan bertanya, kenapa Kau tidak mahu memakbulkan doa aku? Allah Maha Mengetahui.. Dia memberi jawapan dengan memberi petunjuk dan dengan sekelip mata, aku memahami kehendak Allah. Ternyata lelaki itu bukanlah seorang lelaki yang lengkap yang mampu 'top up' kan kelemahan aku sebagai manusia. Syukurnya....
Kawan aku lepas sorang, sorang yang kawin. Aku fikir suami mereka adalah yang terbaik buat mereka. Jadi, jagalah suami kamu sebelum orang lain yang jaga.. heheheh
Doa aku sekarang:
Ya Allah,
Kau permudahkanlah jodohku,
Jodohkanlah aku dengan insan yang baik hati dan menyintai aku apa adanya.
Jauhilah aku dari sebarang halangan yang boleh menghalang jodohku. Amin!
Aku tanya pada Allah, " Kenapa Kau pernudahkan jodoh kawan-kawanku tetapi tidak aku??". Hati aku berfikir sendiri. "Allah mahu kurniakan aku suami yang lebih baik daripada mereka2 yang kamu kenal sekarang". Aminnn..
Jadi, tak perlu risau. Akan ada untuk diri kamu wahai Indah Andika..❀◕‿◕❀
Hikayat hati:::
Aku rindu kat Mr.Doc tu. Maafkan aku sebab tak tegur kau lately ni. Takpelah. Aku tak kisah cuma aku rasa kehilangan kawan untuk berborak. 10 october ni ko akan tinggalkan Malaysia. Ko tinggalkan aku. :( Semoga aku dpt lupakan kau. :)
No comments:
Post a Comment