Friday, October 15, 2010

10 petanda dia jodoh kita

Fuhhhh... Freshnya mandi di pagi hari yang betul2 pagi. Baru balik dari KLIA ni. Hantar member. Huhh.. Kalau nak diikutkan hati, memang aku tak nak join untuk hantar member aku tu. Buang air mata je. Benci!! Memang aku tak suka betullah. ಥ_ಥ
Korang paksa aku, aku pergilah!
Sedihhhhhhhhhhhh.. Dah takde orang nak layan ketawa aku. Dah takde kawan yang nak mengadap dan senyum tengok aku makan banyak2. Dah takde kawan yang nak marah kalau tengok aku buat benda yang tak senonoh. Takde dah depan mata aku ni. Takde!!


Kita tutup kisah kita yang ni yea.. Kita layan tajuk seperti di atas. Tajuk ni sebenarnya aku cut & paste dari Facebook. Suka plak bila baca tajuknya. So, aku nak share dengan korang semua. Segala point maklumat memang aku ambil 100% cuma aku olahkan ayat yang mudah difahami oleh kalian dan mengikut kefahaman aku sendiri. Kalau tak mantap tu, mintak maaf yeah!


Jodoh adalah RAHSIA Allah untuk hamba-Nya. Tidak siapa yang tahu dan dapat mengagak bilakah jodohnya akan tiba, dengan siapa dia akan dijodohkan dan seberapa lamakah jodohnya akan bertahan. Hanya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang lebih mengetahuinya. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berusaha, bertawakal dan istiqamah untuk mendapatkan yang terbaik. Kita bukanlah hebat dan mempunyai kuasa ghaib yang mampu mengetahui siapa jodoh kita. Tetapi Allah mengurniakan keistimewaan & kelebihan pancaindera kita untuk merasakan, itulah jodoh aku! Gunakan telinga untuk mendengar, mata untuk melihat, akal fikiran untuk menilai dan mata hati untuk merasakan keindahan cinta 2 jiwa. 
Bila rasa dia jodoh kita, baru mulakan langkah seterusnya.

  • Bersahaja
Tidak control macho/cun. Tak payahlah kita nak kontrol segala pergerakan kita sampai kita begitu kelihatan kekok. Diri dah rasa macam terkongkong. Ni nak ketawa pon malu2. Bleh plak ketawa kecik2. Kalau borak tu kang, suara mak aii punya la perlahan. Macam cakap dalam kelambu. Tapi siapa dapat aku ni, mintak maaf la ye. Aku muka cantik, tapi pekak. Kena la cakap kuat sikit. (Serius! Aku jenis yang kena pandang mulut seseorang tu bila bercakap. Kalau tak, mmg confirm aku kena tanya banyak kali sebab ntah. Nak kata pekak tu, tak la sangat tapi mesti kena tengok mulot. Baru paham apa dia ckp! Huhu.. penyakit!) Jadi, wahai para pasangan, tak payah cover2 suara. Oooo... Kalau dengan kawan, bukan main kuat suaranya. Macam pakai mic. Satu office boleh dengar eh. Huhh!! Dia ke jodoh kita??




  • Senang bersama.
Kalau lepak tu, ada je cerita. Tak kesah la. Perkara kecik pun kita still boleh borakkan. Di sini kita boleh lihat give and take. Kalau 'dia' pasangan kita yang paling sesuai, kita dapat rasakan yang dia mampu menjadi pendengar setia kita. Dia mampu nak bagi pendapat & membetulkan keadaan kalau dia rasa kita salah. Tak semestinya kalau dah bercinta, dia akan sokong kita 100% walaupun dia tau kita salah. Kalau aku, jika aku melakukan kesalahan dan dia menyokong segala tindakan aku yang tak benar itu, hati aku pasti terdetik bahawa dia bukanlah lelaki yang pantas membimbing aku kelak. Aku tidak perlukan lelaki yang terlalu menjaga hati aku yang bisa buat aku terpesong ke jalan yang tidak benar!! So, anda diREJECT!!! Bila dah ada yang mendengar, pasti ada yang bercerita. Waktu bercerita tu, seolah2 dunia tu hanya ada kita berdua saja. Dicampur dengan nasi tambah, kan lagi menarik?? Jika ada perkara2 itu, dialah jodoh kita.

Kerja gila!! Gambar ni diambil untuk competition 'saga snap & win'.  ٩(-̮̮̃-̃)۶
  • Terima kita seadaanya.
Haaa.. yang ni paling aku suka sebab aku punya keistimewaan yang tak semua orang suka. Aku gemuk macam 'Dottie'. Comel!! Kalau nak diikutkan logik, orang macam aku ni la lagi senang nak buat penilaian. Terus terang aku cakap, aku masih menunggu siapa yang sanggup menerima aku dalam keadaan aku yang sebegini. Jika lelaki itu mampu menerima aku dengan keadaan aku yang tak cantik, InsyaAllah aku akan hadiahkannya diri aku yang cantik. Orang gemuk boleh kurus. Betul tak??? Cuba korang bayangkan... Masa sebelum kawin, body punya la cantik. Bodylicious tu beb!! Bila dah kawin, wanita tu still nak jaga penampilannya, itu dah kira bonus. Tapi kalau takde mood nak jaga?? Kan ke suami tu macam kena culture shock! "Ohhhh... macam ni rupanya bini aku kalau tak make up! Takut aku!!".. Ishh ishh. Dia jadi macam ni sebab dia terima wanita tu dalam keadaan yang sentiasa cantik tapi bukan time dia tak cantik. Cuba kalau time tak cantik, tetiba jadi cantik, tak ke lagi sayanggg?! Kan.. Kan Kan????? Ngeee~

  • Sentiasa jujur. 
Bercinta harus jujur. Jika tak suka sesuatu, tegur. Jika suka, puji. Jangan bila marah, pura-pura tak marah tapi dok ketap2 bibir menahan larva gunung berapi. Hmm..Tapi aku boleh ke jujur ye? Selama aku berkawan dengan diri aku sendiri, aku tau apa yang aku nak. Aku mengaku aku pandai menipu tapi aku tak suka menipu. Itu berbeza ye!! 'Suka' dengan 'pandai' tu lain maknanya. Satu pengakuan dari aku. Jika aku ditakdirkan jatuh cinta, aku akan jujur pada pasanganku kerana... tak bleh la tak jujur. Hidup aku tak tenteram beb. Kalau aku jujur, kasih sayang aku makin menebal. Kalau aku tak jujur, mesti anak mata aku tak boleh nak pandang tepat pada biji mata pasangan aku. Kan ke tak mesra?!  Haiishhh~
Aku hanya tak jujur pada mereka yang JAHAT dengan aku!!! Harr Harr Harrr (ketawa jahat!) Hmm.. jika kita dengan si dia ada kejujuran di hati, dialah jodoh kita kot!

  • Percaya-mempercayai.
Yang ni paling susah orang nak buat. Aku percaya kau, kau percaya aku. Kira selamat! Bila kita jadi pasangan, segala perkara kita cerita. Ni berkaitan dengan kejujuran jugak. Kita cerita tentang family. Cerita tentang apa je masalah yang menimpa kita. Segala rahsia luar dan dalam ada dalam tangan pasangan kita. Adakah selamat rahsia kita ditangannya? Kita harus percaya dan bagi pasangan kita itu pulak, rahsia itu adalah amanah! Jangan menghancurkan kepercayaan yang telah diberikan kepada kita. Jika kepercayaan telah dikecapi dan dipegang dengan cemerlang, mungkin dialah jodoh kita yang paling sesuai. InsyaAllah!

  • Senang bekerjasama
Perkara ni jangan dipandang remeh. Penting bagi membina kehidupan yang harmoni. Bila kita kerjasama dan ikhlas dengan segala bantuan, ia dapat mengurangkan beban pasangan kita. Saling membantu itu lagi dapat mengeratkan silaturahim antara pasangan kita. Kalau nak suruh buat ini tak boleh, buat itu malas, baik lupakan jela untuk berkahwin. Buang karen jeh!!! Tapi kalau smooth segalanya, dia jodoh kita beb!!!

  • Memahami diri kita.
Kalau dia jodoh kita, mesti dia memahami kita. Dia tahu bila kita tengah sedih, bila time kita period (itu penting loh supaya dia tak tersilap langkah dan boleh mendatangkan kemarahan. Heheh), bila time kita gembira, bila time kita tak suka dan sebagainya. Dia akan sentiasa berada di sisi kita tak kira apa jua keadaan. Kalau macam aku ni, aku ni jenis penyedih sikit. Tak boleh la tengok ke, rasa benda2 yang boleh mendatangkan sedih, mesti nak menangis. Bagi dia yang memahami, dia akan pujuk & bagi kata2 dorongan tapi bukan untuk dimanjakan. Kena faham gak situasi tu. Tapi aku jarang nangis tanpa sebab kecuali penat. Haaa... lain skit pe'el aku ni. Kalau penat, aku kena duduk satu sudut dan aku menangis puas2. Walaupun takde benda yang sedih, aku akan cuba fikirkan benda2 yang boleh mendatangkan sedih sehingga keluar air mata. Lepas tu, nangis la sepuas2nya. Peegghhh... Nikmatnya bila dah nangis. Hilang segala beban dihati. Baru freshh beb!! Freshnya macam baru lepas mandi. Tapi aku jenis mandi air mata la. Kalau lelaki itu memahami perangai aku yang weird tu, itu bermakna andalah jodoh saya!! 

  • Tampilkan kelemahan.
Yang ni orang jarang nak perasan. Bila bercinta, kelemahan tu asik nak disorokkan je. Biar kita all out segalanya. Jangan dok tahan2 dan simpan. Contohlah kalau kita bersin, tetiba kita tak sempat nak tutup hidung. Dah terkeluar plak 'mukus' secara tak sengaja. Mesti malukan?? Hmmm.. tetapi jangan la rasa malu sebab kita tak sengaja. Sebagai pasangan pula, apa salahnya hulurkan bantuan yang kecil supaya perkara yang terjadi tadi tu tidak dilihat oleh orang lain. Itukan boleh mendatangkan aib terhadap pasangan kita. Kita bantu dia untuk menjaga keaiban dia. Tapi kelemahan itu jangan la selalu ditunjukkan nak plak tentang perkara2 yang kotor. Tu kurang ajar namanya. Huhu.. Banyak lagi kelemahan yang kita kena tunjukkan kat pasngan kita supaya dia tau bagaimana nak mengatasi kelemahan itu bersama.  Kalau anda jodoh saya, pasti anda mampu untuk 'top up'kan kelemahan saya.. :)

  • Kata hati
Kata hati yang muncul dari mata hati. Mata hati kita tak pernah buta. Hanya mata hati yang mampu merasakan sama ada pasangan kita itu benar2 cocok buat kita atau hanya layak sebagai teman biasa sahaja. Bak kata pepatah, tepuk dada tanyalah selera. Jika dia jodoh kita, kita akan merasakan dia sempurna dari segalanya walaupon kelemahannya masih kita dapat lihat dan berharap dapat sama2 membantu mengurangkan kelemahan pasangan kita itu.

  • Solat istiqarah dan tawakal.
Sebagai hamba-Nya yang baik, mereka akan berinteraksi pada-Nya yang mencipta segala sesuatu perkara. Kita bertawakal dan bertawaduk. Minta bantuan Allah supaya Allah membantu memberi petunjuk dan mempermudah kita untuk membuat keputusan yang tepat. Kita hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang dan Dialah yang menentukan segalanya. Aku solat namun Allah masih belum menunjukkan sesuatu buat aku. Allah masih mahu aku berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Terima kasih Ya Allah! Selagi mampu, aku akan usaha dan akan terus berdoa. Pasti ada yang terbaik buat aku. Aku akan bersabar Ya Allah! o(╥﹏╥)o

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


 

1 comment:

Mr.Zaki said...

Don't woory lah. My girlfriend lg bulat dr u. n i love her truly. see my fb klau nk tgk. =) i doakan u dpt pasangan yg mmg jodoh u kelak.. aminn..

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...