Jam kat laptop aku ni menunjukkan pukul 2.07am. Good morning, selamat pagi, ohaiyo gozaimas kepada anda semua. Aku tau waktu malaysia time-time gini dah memang sepatutnya tidur tapi aku tetap nak siapkan blog ni walaupon mata aku mengantuk sebab aku tak nak cerita aku ni basi bila dah bangun pagi nanti. Takut bila dah bangun pagi, otak dah fresh. So, benda2 yang lepas kalau nak flashback ni memang agak susah skit sebab we want to build the new life right now! Kita tak mahu pandang belakang. Jadi, aku harus tulis jugak entry ni sebelum kepanasannya semakin berkurangan. Idea ini tercetus apabila Allah telah mengutuskan seorang hamba-Nya untuk bertemu dengan aku. Bukan kali pertama berjumpa tapi kali pertama aku berbual secara terbuka dan barulah aku tahu bahawa perjumpaan itu adalah tepat!!! Alhamdulillah.. Hmmm.. kira benda yang tak dirancang tetapi memberi kesan yang sangat mendalam, sangat positif dan sangat membuatkan otak aku berfikir dengan pantas tanpa 'buffering'. You got it what i'm saying?? Okay. Shall we start now??
Macam-macam yang kitorang borakkan dalam ms 3 jam aku rasa. Pasal keje, pasal aku punya study tapi itu semua biarlah kitorang je tau kan. Cuma ada beberapa yang aku nak sharekan sebab aku pasti kalian yang di luar sana adakalanya anda punya perasaan macam yang aku rasa. ada dikalangan korang yang menghadapi situasi yang sama tapi masih belum jumpa penyelesaian yang tepat. Kalau dah solve pon masih lagi ada saki baki yang harus disettlekan. Bila dah borak dengan budak lelaki ni, biasalah kan. Mesti kita nak tanya perkara2 yang kita tak boleh tanya pada seorang kawan perempuan kita. Inilah kesempatan yang baik dan yang paling menariknya, pendapat seorang lelaki dengan pendapat seorang perempuan sangat berbeza sebab pandangan mereka lebih jauh mendalam berbanding dengan perempuan. Itu sebabnya mereka layak untuk dijadikan 'Imam' / 'Naqib' dalam sesuatu perkara.
Soalan aku, apa pendapat dia tentang perempuan yang meluahkan isi hatinya terlebih dahulu terhadap lelaki yang dia suka? Jawapan dia, "Apa salahnya? Tak salahkan?? Masa zaman Nabi Muhammad S.A.W dulu sapa yang mulakan dulu?? Isteri baginda Siti Khatijah yang melamar Nabi dahulu. Yang lagi menariknya pada ketika itu nabi baru berusia 25 tahun dan Siti Khatijah berumur 40 tahun. Jarak umur itu lagi berbeza tetapi keinginan ingin mencuba itulah yang telah tersurat bahawa mereka berdua adalah jodoh yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Jadi, tak salah kita mencubanya. Jangan nanti perasaan gelisah itu menemani kita sehingga umur kita mencecah 50 tahun. Waktu tu masing-masing dah membawa haluan masing-masing. Mungkin dah berkawin dan etc... "Kalau la aku mencuba untuk meluahkan perasaan aku masa dulu, mesti aku mempunyai peluang untuk mendapatkannya. Tapi takdir itu telah bertukar kerana tindakan yang berlainan yang telah aku lakukan", itulah yang akan terdetik dihati kita nanti. Hiyewww!! I don't want it! aku tak puas hati. Aku tanya lagi. "Macamana kalau kita mulakan dulu tapi kita dapat hasil yang merundumkan hati kita??".. Dia jawab, "Biar kita tahu keputusannya secepat yang mungkin. Kalau jawapan dia positive, kita untung. Kalau jawapan dia negative, kita untung. Nak tahu kenapa?? Sebab, kalau dia bagi respon yang baik, kita happy sebab kita dapat apa yang kita nak. Kan dalam sekelip mata, dia dah jadi milik kita. Kita jimat masa dan kita dapat melalui segala masa yang bergerak pantas ini bersama-sama. Tapi kalau respon dia tak baik, kita untung sebab walaupun sakit, we need to move on! Bila kita dah tau jawapannya, kita dapat menyelamatkan masa kita daripada terbuang dengan menyukainya tanpa memberi peluang kepada orang lain untuk mencuba nasib mereka kat kita. Kan lagi merugikan?? Umur kita semakin meningkat. Dalam masa tu la kita harus buat pilihan untuk kehidupan kita sebab MASA sangat mencemburui kita. Tak penah sekali nak menunggu kita. Jadi, jangan kita berlengah untuk mengetahuinya. Satu lagi pesanan, kalau kita berdoa dan Allah memakbulkan doa kita dalam masa yang singkat, itu bererti Allah menyayangi kita. Kalau kita berdoa tetapi Allah lambat memakbulkan doa kita, itu bererti Allah mahu menguji kita. Allah mahu melihat sejauh mana kesabaran dan kesungguhan kita. Jika kita berdoa tetapi Allah tidak memakbulkannya, itu bermakna Allah lebih menyayangi kita sebab Allah nak kita dapat yang terbaik. Peganglah ayat tu untuk kita fikirkan". Hmm... segala percakapannya buat aku berfikir dan mengangguk akhirnya. Benar semuanya.
Lagi satu pasal satu benda yang kitorang tengah borak-borak, tetiba muncul pasal benda iaitu 'pemikiran negative'. Dia cakap, dlam apa pon jua keadaan kita jangan fikir negatif. Kita harus selalu berfikiran positif sebab setiap fikiran yang positif itu adalah doa. Memang kita selalu tak perasan tapi itulah kenyataan. Bila kita berfikiran positif, hati kita takkan rasa terlalu sakit dan hati kita sedikit lega. Bila kita fikir yang baik, otak akan menjadi kurang bebanan dan jika kita berfikiran positif. Bayangkan kalau kita berfikiran negatif, macam-macam yang boleh berlaku. Jika perkara itu tidak benar seperti yang kita fikirkan, ia akan menjadi satu fitnah dan bila semuanya bertukar fitnah, ia akan berubah menjadi dosa. Jadi apa yang baik untuk kita?? dffffffffffffffffffffffffffffsssssssssssssssssssssssssssssssssffffffffffffffffffffffffffffffffffffffdfffggggggggggggggzzzzzzzzzzz
Fikir-fikirkanlah....
NOTA DIHUJUNG KUKU KAKI:
Sebenarnya, post ni aku tak sempat siapkan sebab aku dah tertidur dalam keadaan jari dan kepala berada di atas laptop!!!!!! Sila lihat WAKTU aku postkan entry ni. Jam menunjukkan pukul 6.45am!!!!
No comments:
Post a Comment