Monday, February 22, 2010

Jiwaku Separuh Terbang... Melayang~

Dia datang.....

Aku menafikannya. Sebab?? Aku takut. Setelah datang, dia memilih tempat yang paling istimewa. Hanya orang yang bertuah yang dapat mendudukinya. Aku? Masih menafikannya. Dia duduk dengan selesa. Aku yang gundah-gulana. Dia??? Duduk dengan selesa seperti jiwanya. Jiwa aku?? Beribu-ribu tanda soal dalam hati, dalam fikiran. Dia?? Hanya senyuman indah terukir di bibir....

Pagi..... Dia ada!! Dia duduk di tempat yang paling selesa baginya. 

Aku... Hati berbunga... Happy???? Aku malu untuk menafikannya.. Pernafasan?? Semakin sesak untuk aku menghirup udara kota. Udara kotor?? Tidak. Dia yang buat aku sesak nafas. Aku?? Menggeleng-gelengkan kepala... Tamparan?? Yaa.. Aku menampar pipi berkali-kali. Untuk?? Bangun untuk menjejakkan kaki di bumi yang nyata.

Aku melayang sebentar...........
Hari demi hari.....

Masih menafikannya?? Tidak. Aku pasti kali ni.... Senyum lebar untuk aku.. Dia?? Masih kaku dan tidak berganjak dari tempat yang selesa tapi.........

Dia kaku... Kaku.... Kaku...

Aku ingin menyapanya tapi.... Aku malu. Aku membiarkannya. Dia mula berganjak. Tempat yang selesa tadi bukanlah tempat yang terbaik untuknya lagi. Aku?? Terpinga-pinga. 

Words of 'H A P P Y' seperti dah makin berkurangan. 'Y' hilang hari pertama. 'P' hilang hari kedua. 'P' hilang lagi hari ketiga. 'A' menyusul pemergian 'P'. Dan 'H'....... Bertahan untuk tidak pergi meninggalkan aku. Dia mahu bertahan untuk menyenangkan hati aku... Kelopak mataku bertakung.. Terima kasih.......

Pagi..... Dia tidak ada.. Tengahari?? Dia tidak muncul. Malam?? Dia ada tapi........ tidak menyapa aku. Aku??? Hanya termenung... Mata aku?? Memerhatikannya... Dia?? Hidup seperti biasa. Kelopak mataku betakung lagi. Aku diam.. Diam sahaja.. Diam lagi..

Diam kini untukku...
Fikiran berkecamuk.. Berserabut... Panik!!!
Okay. Aku dah tau.. Aku dah tau.... Baik.. Aku terima. 

Terakhir, angin bayu meniup berita... 
Ya... I'm fine. Really fine!
Bayangan dia memegang tangan aku dan dia hilang meresap mengikut bayu dan PERGI..........

Baru aku sedar dia yang aku mahukan... Tapi mungkin Allah bilang tidak. Aku pasrah.. Aku redha. Dikatakan jiwa aku dan jiwa dia bergabung dahulu.. Kini??

Jiwaku separuh terbang... Melayang meninggalkan aku. 

Untuk kau: Aku sedih.. 


No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...