Friday, February 19, 2010

Alhamdulillah....

Wahhh.. dah lama aku tak berblogger. Dah ramai (ramai ke?) peminat2 aku di luar sana dok memekak suruh aku update blog. Haaiisshh.. nak kata aku keje doctor 24hours ONCALL tak plak. Nak kata aku struggle study, tak penah nmpak pon. Nak kata laptop aku hank, menyala je memanjang.. Nak kata otak aku NO IDEA, haaa.. tu betul. Berkobar2 bila mula2 tulis new post. Bila dah sampai tengah2 jalan cerita, aku dah stop menulis. Otak aku hank!!! Now, aku dah sedut semua semangat korang yang asik push aku untuk tulis next post... Hehehe... 

Tittle aku kali ni biasa je. Alhamdulillah.. Biasa je ke??? Nooo.. Tittle ni la yang selalu aku fikirkan setiap hari sebab perkataan tu sangat keramat bagi kita orang Islam, insyaAllah.. Alhamdulillah, syukur pada Allah Yang Maha Esa. Bila kita menyebut ungkapan tu, kita dapat rasa nikmatnya. Janganlah kalian semua nak nafikan. Serius aku cakap, bila kita mengunkapkan perkataan tu, hati kita macam diluaskan selapang-lapangnya. Pernafasan kita yang sempit semakin lancar menyedut udara kurniaan-Nya. Alhamdulillah~ Jika kita melafaskannya, itu bererti kita masih waras dan berpijak di bumi yang nyata dan insyaAllah kita akan bertaqwa kepada-Nya. 

Kenapa kita harus menyebutnya???? Sebab... Tiap semua yang berlaku, pasti ada hikmah yang baik. Percayalah sahabat-sahabatku......


'Bisikan doaku dalam butiran tasbih
ku panjatkan pintaku padamu Maha Cinta'

Alhamdulillah yang aku sebutkan ketika berteleku di atas hamparan sejadah. Resah aku bertaburan gugur dan tumbuh ketenangan dihatiku. 



Ramai orang mengeluh jika berlaku sesuatu yang dia tak suka. Ramai yang mengeluh bila melihat kawan-kawan, jiran tetangga, adik-beradik, sedara-mara punya apa yang kita tidak punyai. Ramai yang mengeluh jika tidak berjaya. Ramai yang menangis. Manusia.. Tidak ada manusia di muka bumi ini merasa puas dengan apa yang mereka ada. Manusia itu termasuklah aku. Aku tidak mengeluh.. Tipu!!! Aku tak menangis sebab tak dapat apa yang aku nak. Tipu!! Aku tak cemburu langsung. Tipu!! Itu lah aku. Aku sedar kesilapan aku. :-(

Semua orang punya nasib yang berbeza. Ada yang punya kekurangan, ada yang punya kelebihan. 

SITUASI A
"Kau untung Jah. Family ko orang senang. Tak payah ko nak rasa kesusahan dalam hidup. Aku ni family sederhana je. Semua bergantung pada aku. Best jadi ko".

JAWAPAN JAH.
Alhamdulillah. Tu semua kurniaan Allah. Tapi you are not in my shoes!! Memang aku punya family yang fabulous. Nampak macam orang senang tapi kalian tak tahu apa yang berlaku sebelum mendapat sesuatu kehidupan yang selesa. KESUSAHAN!!! Bukan senang nak jadi senang. Family aku terpaksa menempuh kepahitan hidup yang nyawa dah sampai tahap hidung. Tapi kurniaan Allah kurniakan aku family yang kuat, buat kami dapat capai dan hasilnya? Ya Allah, syukur. Aku percaya mungkin di luar sana yang tak percaya bahawa 'si Jah' ni sekeluarga penah makan maggie selama sebulan kerana terpaksa mengikat perut demi hidup. Pasti korang semua tak tau.. Syukur pada kehidupan yang sederhana tu kerana sederhana tu la yang buatkan kita dapat merasa segalanya tanpa ada rasa seksa dan kesempitan. Sebenarnya jika orang lain terutamanya org yang kita sayang bergantung pada kita, kita harus bersyukur sebab kita adalah orang yang diutuskan untuk menjaga & akan membuatkan kita seorang insan yang bertanggungjawab. Please..

SITUASI B
"Ko bila lagi senah?? Member2 kita semua dah ada boyfriend. Yang dah nak tunang jangan cakap. Yang beranak pinak lain cerita. Ko bila lagi??"... Senah berjalan dengan lemah longlai bila dia asik diajukan soalan yang sama setiap kali berjumpa dengan teman2, sedara mara & jiran tetangga. Senah sangat sedih mengenangkan nasibnya yang kurang baik dalam cinta. 

JAWAPAN SENAH.
Alhamdulillah sebab Allah tak kurniakan kekasih hati secepatnya seperti mereka2 tu. Allah nak kurniakan aku yang paling terbaik. Dalam keadaan sekarang yang merupakan zaman yang paling banyak pancaloba sebagai manusia alam Y2K ni, yang susah nak bezakan 'orang baik' & 'orang kurang baik'. Jika salah pilih, salah langkah aku yang merana seorang. Korang takkan nak kongsi kesedihan dengan aku punya. Hati kecewa, badan binasa, hubungan berkecai bercerai-berai. Aku tak nak semua tu. Biar lambat. Tak apa. Memang malu tapi aku harus redha dengan ketentuan-Nya. Aku bahagia. Aku boleh keluar happening2 dengan kawan lain. Boleh balik lewat. Tak payah fikir pasal cemburu or what ever**


وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا
Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang (An-Naba’ :8)






Cinta seorang lelaki dan perempuan juga adalah cinta yg telah dijanjikan oleh Allah dalam al-Quran.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan مَوَدَّةً kasih sayang وَرَحْمَةً dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar Rum:21)-Ihsan dari blog sahabatku, SERIKANDI. 




Jadi, aku bertukar fikiran bahawa aku tidak perlu takut, sedih dan kecewa dengan kata2 orang.

SITUASI C.
"Heh, Layka!.. Ko tu dah la tak cantik. Gemok pulak tu. Bodoh. Lembab! Orang semua ada ijazah. Ko?? Apa yang ko ada? Tengok. Keje pon entah apa-apa. Orang keje as doctor, engineer, policeman & etc. Ko?? Haisshhh...". 

JAWAPAN LAYKA.
Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan segala yang ada pada diri aku. Allah tak kurniakan aku kecantikan fizikal, tapi insyaAllah Dia telah kurniakan aku sebaik2 & secantik-cantiknya hati. Allah tak kurniakan aku kecantikan kerana dia tahu apa yang ada pada hati aku sebagai manusia yang lemah, yang selalu tergoda dengan sekeliling. Kalau aku cantik, mungkin aku akan jadi seperti KAU!! Jahat, suka kutuk orang dan mungkin perasan yang aku sorang je cantik dalam dunia ni. Hehehe. Aku tak berjaya dapat segulung ijazah tapi tak bermakna aku bodoh. Aku bernasib baik sebab aku tak bodoh macam ko yang hanya mempunyai otak yang sangat sempit, yang tergamak memandang rendah pada orang lain. Ada usaha, semua tak mustahil. Ada usaha, rumah paling mahal pun aku mampu beli. Please!

SITUASI D.
"Eh, please grow up!! Apa barang duduk rumah. Jom la kita keluar jalan-jalan. Kalau ayah ko tak kasi keluar, suruh ayah ko simpan ko dalam peti ais!! Bersosial la sikit. Jangan jadi katak bawah tempurung. Tak 'up' la ko ni Bella".

JAWAPAN BELLA.
Alhamdulillah ayah aku tak kasi keluar bebas macam ko. Atlease dapat membantu aku dari anasir-anasir jahat di luar sana. Biar kata aku katak bawah tempurung ke bawah kolong ke, ada aku kesah?? Tak bererti aku duduk rumah, aku tak upgrade okeh! Aku tak bersosial, aku dilabelkan sebagai 'kuno Y2K'. Atleast i'm the best student. Sekarang zaman IT. Semua maklumat tentang dunia luar ada dalam genggaman aku. Hanya melalui internet. Aku tak pi clubbing, kuno? Allah selamatkan aku dari dapat dosa sama macam ko. Cukuplah dengan dosa yang ada.. Nauzubillah~

Keramatnya ALHAMDULILLAH tu harus ada dalam fikiran, hati dan bibir kita. Semoga kita jadi insan gemilang dan terbilang. Aminnn... 

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...