Hmmm.. Mesti ada diantara korang yang penah tengok citer "Lu'Lu" tu kan??? Citer lu'lu ni penah disiarkan di astro prima baru2 ni. Bila aku tgk Lu'Lu ni, aku mcm bayangkan diri aku. Bkn perangai dia yg sengal tu, tapi perangai dia yang susah to say 'NO'..!!!! Aku mengaku memang aku susah utk mengatakan word tu. Ntah la.. Aku sendiri tak pasti kenapa aku mcm tu. Pada mulanya aku tak sedar. Ibu aku selalu marah dengan perangai aku yang sentiasa mengikut kata org. Apa yang orang suruh buat, smuanya ok. Aku takde perasaan marah pon time tu. Tapi bila aku tgk cerita Lu'Lu tu, aku rasa perasaan marah terhadap Lu'Lu tu meluap2. Aku rasa lu'lu tu pompuan yang lurus bendol dan bodoh.
Weehh..bila aku cakap yang lu'lu tu bodoh, aku rs mcm ejek diri sendiri. Sengal tul aku ni. Aku tringat kisah2 kisah aku yg sama seperti lu'lu.................. Aku selalu menjadi orang penting dalam setiap masalah yang ada. Hanya aku yang boleh menyelesaikan setiap masalah mereka yang sentiasa bermasalah. Bagitau aku je. Smua masalah bleh settle dengan adanya aku.
- Tukang untuk membelikan makanan.
Sama kan macam LU'LU??? Hmm... " Er, tolong belikan akak nasi campur boleh??? Akak banyak keje laa... Takde masa nak beli makanan. Tolong belikan yea??!!" ( What?? Beli nasi campur takde masa. Makan Nasi campur ada masa??!!!..-hatiku membentak dengan rakusnya.!!)... "Eh er.. Tekak akak ni teringin nak makan rojak pakmat. Ko lalu tak kat depan kedai dia? Belikan akak bleh?? Klo tak , kempunan plak akak er". (Jangan sesekali ucapkan rasa kempunan. Sumpah aku takkan percaya sbb aku hari2 nmpak ko makan makanan yang sama!!)... Pantang aku lalu depan 'mereka'. "Er, ko nak kemana tu?? Belikan saya nasi goreng tmyam satu ye.. Hmm.. taknak ayam, mesti pedas, sayur lebih yea. Klo bleh nak carrot lebih. Oh lupa plak. Nak telur bungkus skali". Permintaan gadis ini bukan sekali sekala tapi hari2!! (Ya Allah, adakah aku kini hidup dengan raksasa??)...... "Er, belikan aku nasi lemak boleh??" ... Selepas aku pulang dengan membawa nasi lemak sebungkus, tuan yang memesan nasi tadi itu berkata, "Alaa er.. Kenapa ko letak ikan bilis?? Takkan ko tak tau aku takleh mkn ikan bilis? Eii.. nasi ni masin. Tak sedap..".. (Heh..setan! Banyak komen plak ko!!!!!)
- Jadi driver untuk kemana-mana
Ini tak sama skit dengan LU'LU tapi lebih kurang je keadaannya. "Er, balik ni ko lalu mana? Akak nk tumpang bleh?? Alaaa..Umah ko dekat je dari umah aku. Laki akak tak dapat nk amik akak la. Dia ada meeting"...( Haii... Masa mula2 dpt kete kan main blagak lagi. Keta dia jela yang bagus. Keta aku tak setanding ngan keta dia. Last2, keta aku jugak)... "Er, arini ko nak kuar tak?? Jom kita pi makan kat Klang parade. Nk makan sizzling la. Jom er! Pakai keta ko yea. Keta akak takde minyak la. Lagipun kang nk amik anak lagi.. Takut tak sampai plak nak pi umah mertua akak".. ( Haii.. keta aku ni mcm la pakai air kelapa??!! Abis? Aku tak yah la nak amik adik aku pi skola?? Ishh..)... "Alaa ko ni er. Ko jela yang bawa barang ni. Ko ada keta. Senang. Mcm aku, susah skit. Aku naik sampan!! (Walaupun aku ada keta, aku tetap NAIK heran ngan orang yang macam gini).
- Tukang abiskan keje2 yang tak sempat disiapkan.
Haaa.. ni mcm LU'LU. Dia disuruh fotostat yang berbundle2. Samalah mcm aku. Aku tukang fotostat 'management report' sedangkan tu bukan kerja aku. Pada mulanya hanya ingin membantu. Tapi lama-kelamaan, automatic bleh jadi keje aku. Hebatkan???... "Hmm.. tolong fosotostatkan utk saya 9 copy ya??! Pagi esok saya nak. (Chikungunya btol!!.. Tebalnya benda alah yang aku nk fotostat tu sama dengan 1 buku tebal 'law course')... " Er, ko bleh tolong aku tak?? Ko tolong aku siapkan system ni bleh?? Aku banyak keje la. Banyak report yang nk disiapkan"..(Ewahh!! Mcmlah aku ni 'cleaner' kat opis aku. Maklumlah, klo cleaner, aku tak payah nk buat report kan??!!).... 'Er, bleh tolong saya siapkan OEE repot utk PROTON tak?? Saya takde masa nak buat report ni la. Bulan july ni Proton nak tgk. Sy bz sangat. Machine2 tu semua saya nk kena pantau and tengok2kan. Tolong ya.. Bukan susah sgt pon.. (Eh, klo senang ko buatla sendiri. Byk keje?? Hahhh... Aku tgk ko borak je ngan 'boss gemok' ko tu. Tula keje ko. Asik dok mengipas bontot si tembam tu!!)
Issshhh.. Korang mesti nak tau apa jawapan aku kan bagi setiap permintaan mereka?? Heheh... Jawapan aku semua sama....................................................................
Baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...................!!!!!
Sedarlah wahai insan. Secara jujurnya, biarla aku bgtau apa yang aku rasa. Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih la kat korang smua yang berusahaan nak bantu aku utk menambahkan PAHALA aku tp aku rasa korang tak berjaya membantu aku sbb korang tambah dosa aku lagi ada la!! Bila aku buat apa yang korang suruh, aku akan secara automaticnya akan berasa marah. Memang cnfirm la aku maki2. Bila melakukan sesuatu tanpa kerelaan, akan timbul perasaan tak ikhlas. Tak ke berdosa klo macam tu??!
Aku tak kesah klo nk mintak pertolongan. Tapi aku mintak tolong sangat. Jangan la amik kesempatan. Aku mengaku. Aku memang susah utk menyuarakan perkataan 'TIDAK'. Aku tak tahu mcmana nk tolak setiap permintaan korang. Aku takut korang tersinggung. Bila aku tak tolong, korang kata aku berkira. Korang kata aku mcm2. Hahh..katalah si er tu nk mintak tolong skit pon tak bleh. Tolongla. Aku tak biasa. Malahan aku terlalu menjaga hati kalian. Tolong la jaga hati aku jugak. Aku bukan boneka yang korang bleh kepak2kan. Aku sedih. Aku sayang korang. Tapi bila korang buat aku mcm ni, aku jadi benci kat korang. Aku tak bleh nk tengok muka korang tapi aku jenis tak berdendam. Aku mudah lupakan. Tapi klo perkara berulang-ulang kali berlaku, ia akan terus melekat kat dalam kepala hotak aku ni. Jangan ajar aku buat benda jahat. Jangan ajar aku utk jadi orang kuang ajau. Tolong laaa..
Aku hanya mampu menangis sendiri klo aku tak puas hati. Tapi korang?? Senang je hidup. Bila aku tak tolong je, mulalah masing2 buat hal sendiri. Aku nak mintak tolong, korang tak layan. Aku akan ingat ayat ni sampai mati.. "Polan, nanti aku nk OT bleh?? tolong aku pujuk boss ya?... Ahh.. Buat apa nk tolong ko? Aku mintak tolong buat system ko tak nak. so, aku tak bleh nk bantu ko". Ya Allah sedihnya aku. Baru skali aku tak nk tolong. Selama ni aku tolong dia, aku tak penah nk minta balasan. Siaplah ko!!!
Ingat!!! Aku akan keringkan hati aku. Aku terpaksa bertindak. Aku takkan mengalah lepas ni. Aku akan tanggung risiko kehilangan kawan2. Janji, korang tak pijak kepala aku lagi!!!!!!!! Aku benci!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment