Saturday, June 20, 2009

Perkara Pelik Yg Berlaku....

Aku tak tau kenapa semenjak dua menjak dlm minggu ni, aku melalui perkara2 aneh. Aku sendiri tak tau apa puncanya. Adakah aku terlalu leka? Adakah aku banyak berkhayal atau apa saja??? Tapi apa yang berlaku ni memang aku sendiri tak dapat nak ungkap dan terangkan dengan kata2...

  • Dengar bunyi azan dua kali dalam masa 20 min (hari isnin).
Perkara ni berlaku masa aku hantar akak aku pi klinik. Aku tunggu dia kat dalam keta je sbb malas nk masuk klinik tu. Ramai org. Rimas! So, lebih baik aku dok dlm keta dan layan radio. Radio aku standart ada 6 channel.
  1. Hotfm
  2. Klasik nasional
  3. Era.fm
  4. Xfreshfm
  5. Sinarfm
  6. Suriafm
Ntah napa malam tu lagu2 smua cam sengal je. Bosan giler. Aku asik dok tukar2 channel. Aku tgk jam, jam menunjukkan pukul 8.20pm. Aku bukak xfresh. Lagu Ella (standing in the eyes) yang berkumandang. Tetiba hati aku tergerak utk bukak Klasik nasional. Mana tau ada kuar lagu2 P.Ramlee ke kan. Jap Lagi aku dengar azan (Isya'). Aku mcm terperanjatla sbb asal plak isya' cpt?? Spatutnya dlm kul 8.40pm. Aku pon dengarla azan smpai abis. Sat lagi dh abis azan, aku tukar plak hotfm. Dlm 20 minit tu aku tgk jam balik sbb apa lama nau akak aku kat klinik tu. Lagu plak kan main bosan lagi. Aku tukar balik klasik nasional. Dannnnn............ Aku dengar azan utk kali ke-2. Aku dengar sampai abis. Sampai baca doanya skali. Tetiba aku teringat xfresh. Aku terus tukar ke xfresh. Ya Allah!!! Memang btol jangkaan aku. Lagu Ella tadi masih lagi berkumandang. U all bayangkan. Dah 20min beb. Takkan lagu tu tak abis2 lagi?? Nak katakan radio tu ulang balik, tak mungkin sbb aku dengar hotfm ok je lancar. Aku terus tgk sekeliling. Semua seperti sediakala tapi aku dapat rasakan yang dunia aku ni tbehenti buat seketika. Apakah rencana-Nya untuk aku lihat? Satu perasaan yang aku sendiri tak pasti yang muncul dalam hati aku secara tiba2. Rasa sayup je hati. Allah memberi peringatan-Nya kepadaku. Aku selalu lupakan-Nya tapi Dia masih lagi sudi utk mengingatkanku.. Aku amik CD 'zikir' utk tenangkan hati aku yang dalam keadaan keliru. Aku mendengarnya sampai aku terlena... (punyalah lama akak aku kat klinik tu!!)

  • Dengar salam dari seorang lelaki (hari jumaat).
Aku kat opis time tu. Hari Jumaat aku kurang sibuk time pagi. So, aku kemas2kan file2 dan buat filling utk mana2 yg still blom difilekan. Sebelah aku si Ida dan abg hasnan tengah borak pasal 'OT' tak silap aku. Aku tgk dorang leka borak, aku pon teruskanlah keje aku. Masa aku nak punggah2 file, aku dengar ada seorang lelaki memberi salam. Aku pon dengan semangatnya menjawab salam sambil menoleh. Tetiba aku tak nmpak sorang pon yang ada di sisi aku. Aku tgk ida ngan abg hasnan still lagi borak each other. Tak mungkin dorang. Kebetulan bdk baru (Amil) tu pon baru je lalu depan aku tapi tak mungkin dia sb suara tu betol2 kuat dan jelas kedengaran kat telinga aku ni. Tak mungkin dia sbb ms tu aku nmpak dia dah menuju ke arah wash room. Aku pelik. Sapa yg bagi salam??? Cepat2 aku capai kerusi sbb aku takut aku tumbang plak. Time tu memang dah meremang bulu roma dan memang rasa nk pitam... Sapa yang beri salam kat aku??? Sapa???

Serius aku tak tipu...
Aku rasa dh tiba masanya aku bersihkan hatiku dan bersihkan jiwaku daripada perkara2 yang tak sepatutnya aku dekati. Aku akan cuba utk berubah menjadi lebih baik. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku ni. Aku mgkin terlalu leka dengan kehidupan aku sampai aku melupakan-Nya.

Terima kasih Ya Allah kerana masih mahu utk menyedarkan aku. Ampunkan segala dosa2ku yang lalu.. Kurniakanlah aku sesuatu yang baik utkku. Aminn...

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...