Thursday, June 25, 2009

Aku Sedih Klo Dapat Kawan Yang Mcm Nih..!!

Kawan?? Kawan tu memang ramai. Sampai aku tak mampu nak mengawal pelbagai dugaan dengan pe'el-pe'el yg boleh buat aku bertukar color (hijau)... Incredible hulk/shrek????!! Hmm... Aku memilih Fiona................


  • Ambil kesempatan ke atas kawan yang berhati 'basah/baik'.

Jenis yang ni la yang paling ramai skali. Aku memang pantang btul. Mentang2 la member kita ni baik hati, suka2 hati je si polan yg bangang ni nak amik kesempatan kat mmber yg baik tu. Isshhh... Kadang2 smpai hilang sabar beb. Sebenarnya banyak cara klo nak dikaji mcmana dorang amik kesempatan nih.Tapi, takkan la aku nk bgtau satu2. Sampai esk tak abis. Aku bg satu contoh la. Bila time susah, baru la kenal kita. Time ada problem,baru la ingat nama, no.phone kita. Time tu la nak tanya kabar. Bila dah tanya kabar, baru la bgtau hasrat dihati. Time tu la nk pinjam tu, nak pinjam ini... Nak suruh bawa pi sana, nak bawa sini. Nak tolong tu, nak tolong nih... Masa senang, time ada kawan yang lebih best dari kita, kita dicampak jauh2. Ada lagi. Bila kita dah tolong skali, nak minta tlg byk2 kali pulak. Wehh..sakit hati weh.

  • Hipokrit/menipu

Aku sendiri tak pasti apa yang dimaksudkan 'hipokrit' yang sebenar. Bagi aku, ianya adalah subjektif. Dari pandangan mata aku, aku boleh maafkan kawan yang menipu melalui perkataan/kata. Tapi aku tak mampu untuk berhadapan dengan kawan yang menipu melalui riak wajahnya. Hmm..Rasanya korang agak tak paham kot maksud aku. Urrmm... mcm ni. Contoh: Aku agak sedih jika member tu hanya berpura2 suka sgt kawan ngan aku sedangkan dia meluat dengan aku. Mungkin member2 tu tak menunjukkannya tapi riak wajah tak bleh menipu kcuali bagi mereka yang tidak boleh membaca air wajah seseorang. Orait guys! Hati2 la jika aku start tenung wajah anda.. Bukan sekadar bleh baca signature anda shj...... Berusaha la belajar mengontrol memek muka masing.. Hahahaa...

  • Memperguna kawan.

Niat dihati, tak nak kawan ngan aku. Tapi, dorang tpaksa kawan ngan aku sbb aku adalah seorang banker yang baik. Klo aku takde, dorang susah. Hmm.. Kira aku ni VVIP kepada mereka. Ini contoh la... Contoh jer........

  • Meninggi diri.

Wahhh... Nobody yang bleh lawan dia. He/she is the best. Orang yang paling kaya?? Dia.. Orang yang paling pandai?? Dia.. Orang yang paling baik?? Dia.. Orang yang paling hensem/cantik?? Dia.. Orang yg tau segala bahasa?? Dia.. Haaa..benda yang mcm ni la yang buat hal yang senang jadi susah. Bila dah rasa diri tu bagus, mmg confirmla takkan nak dengar ckp org lain. "Ehh... apahal nak dengar komen korg?? Korang tak sebagus aku".. (fikiran yg tak bagus). Fuhh..Tapi satu jela aku nkckp. Org yang mcm ni, bila dah skali jatuh, ia akan jatuh tanpa belas kasihan... Sedihkan???

  • Menegak benang yang basah.

Yang ni aku memang tak dapat nak tolong klo ada mmber yang mcm nih. Dah la salah. Tak nak mengaku. Sampai adakalanya aku plak yang kena tanggung segala kesalahan dia. Mmg mcm taik. Ini jugak bleh dijoinkan dengan golongan 'mengambil kesempatan ke atas kawan yang berhati basah/baik.

  • Hartaku hartamu jua.

Ni lagi buat hati gua membara. Kisah dulu2.. Dah la guna barang aku, bleh plak guna sampai tak sedar diri. Buat harta sendiri. Ingat2 la skit. Ada plak tu, buat harta smpai tak ingat nak pulangkan kembali. Guna sampai habis lagi... Arrgghhh....... sian aku. Sedih!

  • Hati bau longkang.

Luaran nmpak baik je.. Tapi dalaman, mak aii.. Hati bau longkang!! Sengeh sana sengeh sini, tapi sebenarnya ia hanyalah senyuman sinis. Macamana kita nk tau ya?? Ehh..tak reti la aku nk baut ayat. Sendiri pahamlaa.... huhhh... Sedih ke??

  • Pemalas.

Ini satu hal. Aku tak suka bila ada mmber yang pemalas. Dari segala segi. Bukan la nk akata aku ni rajin sangat tapi cukup la hanya sekadar kebersihan dititikberatkan. Aku tak mampu nk duduk dgn org yang sentiasa berantakkan.. Sedih melihat keadaannya.

  • Cakap tak serupa bikin.

Aku sedih melihat kawan2 yang bercfafkap bagai nak rak tapi aku tak penah tgk dia mempraktikkan apa yang dia ckp. Sbg contoh, ada seorang teman yang bagi nasihaat kat aku supaya jika bercinta nnt, tolong la jgn berpegang tangan dan bersentuhan. Yaaa.. aku mendengar segala nasihatnya. Tetiba satu hari tu, aku tserempak ngan cik endah ni ngan boypren dia sambil berpegang tgn. Hahh?? Inikah org yg bagi aku nasihat dulu? apa sudah jadi? Huwaa.. Sedihnya. Aku memerlukan orang yang bpegang pada kata2nya. Aku memerlukan org yang bleh beri tunjuk ajar dan pedoman yang baik buat aku sbb aku bukanlah hamba-Nya yang baik...

  • Berhati kering.

Sedih. Benar2 sedih. Aku bukan teman yang boleh menjadi teman yang baik buat org yang berhati kering. Aku takut. Aku takut klo aku jadi hipokrit. Serius. Memang aku tak suka. Aku takut nak berkawan dengan org yang tak tau nak jaga hati orang lain. Hnya menjaga kepentingan diri sendiri. Hnya mencari kebahagian sendri tanpa mengetahui keadaan sekeliling sama ada orang menyenanginya atau tidak. Tak kisah la perangai dia ni slalu buat perkara2 tersurat mahupon tersirat. Hmm.. tak bagus, tak bagus.. bgi aku orang mcm ni 'psiko' kot.. hmm... maaf!

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...