Saturday, July 17, 2010

Terbatas Hanya Kerana GEMUK

Dalam magazine ke dalam televisyen ke semuanya asik cerita kisah-kisah orang kurus je. Jadi, apa salahnya aku letakkan entry tentang orang gemuk dalam blog aku kan?? Satu penghargaan di situ. Tepuk tangan utk diri sendiri!!

Idea ni tercetus bila seorang sahabat bertanya pada aku tentang berat badan. Tingggg.. Idea!!! Terima kasih kat 'jibam' sebab bagi aku idea untuk tulis blog ni selepas sebulan aku biarkan blog aku ni berlapuk tanpa entry baru untuk dibaca.

Aku wanita gemuk. Aku mengaku.. Berat pon dah cecah 72kg. Tapi untuk tidak mahu kelihatan down, aku just nak cakap, "Aku gemuk tapi cantik dan comel". Bleh ke?? hehehe.. Terima dengan hati yang terbuka yea.

Kisah orang gemuk ni lebih banyak muram, mendung, kusam, kelam berbanding yang indah. Hati lebih banyak tersiat, terkoyak, terluka berbanding dicantumkan, dikemaskan, dibalut dan disalotapekan dengan kegembiraan. Air mata lebih 7 tempayan berbanding hanya 3helai tuala 'good morning' yang mampu mengesat air mata orang gemuk. Orang kurus takkan faham. Hanya orang gemuk yang akan mengangguk tanda setuju. 

Macamana boleh gemuk ya? Makanan? Tidur? Tak active?.. tu puncanya. Tapi macamana pulak dengan keturunan? Hurrmm.. akan difikirkan genetik mereka. Tahap tekanan mental untuk golongan seperti itu sangat tinggi berbanding mereka yang boleh lalu dicelah-celah motor tanpa tersepit ditengah-tengah. 

Banyak benda yang terbatas. Itu tak boleh, ini tak boleh:::

  • PAKAIAN
Perkara ni aku letak paling atas. Hahhh.. yang ni la yang buat orang tension sampai boleh jadi hero dalam movie 'INCREDIBLE TAKDE HAK'. Pergi 'time square' dengan tujuan nak pi beli baju yang harga RM25 utk setiap helai. Tapi, bila sampai sana?? Lalu jela.. Masuk kedai, pegang-pegang baju yang kita aim, terus blah. Tu je yang mampu orang gemuk lakukan. Hanya mampu peganggg!! Balik dengan simpan harapan, "Start esok aku nak jogging la. Tak mahu makan dalam masa sebulan". Hmmm.. boringggggg~

  • MAKANAN
Ingat! Tak semua orang yang bertubuh besar itu kuat makan. Kadang-kadang, orang yang badan keding tu lebih kuat makan daripada mereka. 'Selera jin' la org kata.. Tapi persepsi atau mentality manusia sejagat yang sudah di set dan terpahat bahawa orang gemuk ni banyak makan. Bak kata ongputeh, "You Are What You Eat".. Isshhh.. sadis! Bila time nak makan tu, orang gemuk mesti segan nak makan time2 majlis keramaian. Kena control sebab takut kena sindir or perli dengan orang sekeliling pulak. Cuba kalau si kurus ni makan banyak, mulut comot pon orang akan tetap kata, " Eeeiii.. comelnya dia makan.".. Hmmm.. adat la tu..

  • PERGAULAN.
Orang gemuk ni sebenarnya ramai kawan. Kalau kita kaji balik, orang gemuk mempunyai humor character yang paling tinggi. Mereka mudah untuk menjadikan suasana muram bertukar kepada suasana yang sangat happening. Tapi adakalanya, mereka merasakan diri mereka ini seperti diperguna & diperlekeh sesuka hati. Pergaulan mereka terhadap orang2 tertentu juga agak terbatas jika wujudnya kelompok2 yang lebih dikenali dengan 'group si cantik'. Si gemuk akan dibuang jauh2 dari pandangan mereka. Kesian...

  • LIST OF FRIENDS
Yang ni makin menjadi-jadi. Nak pulak sekarang ni musim Y2k yang memang tak dapat dipisahkan dengan kemudahan komunikasi seperti 'FACEBOOK'. Peerrggghh.. Bangga kawan ada 1865 orang. Tapi adakah semua itu orang yang ADD anda atau anda yang ADD mereka??? Tetttt.. Sapa anda untuk mereka add?? Kalau anda pergi ke xpdc panjat gunung ke, main paintball ke, main bowling ke, rombongan cik kiah ke, belum tentu mereka nak mintak ID FB anda. Tenggelammmm.... Klo mintak pun, hanya sekadar mintak je ar. Namun nak add tu, kira ikut nasib. hmm.. Kesian..

  • SPORT/FUN GAMES
Kalau citer pasal sport, 'lontar peluru', 'lempar cakera' or 'baling lembing' tu sukan yang sinonim untuk orang yang bertubuh besar. Futsal??? Coach akan pikir 2-3x. Paintball??? Limit berat hanya boleh sampai 68kg sahaja.. Klo berat badan lebih dari tu tak boleh main. Takut tak larat lari satu hutan. Kang ada yang mati tengah2 hutan tu kang, sapa nak angkat? Kamu tidak layak gem!!! Main kawasan 'funzone' plak, limit hanya 65kg untuk naik roller coaster. Over than that, tak boleh sebab takut roller coaster tu akan terbang sampai ke langit ke-7. Peluang untuk seronok itu terbantut hanya kerana terlebih 3-4kg. Kesian kan??? 

  • BOYFRIEND/GIRLFRIEND
Yang ni paling aku suka sebab aku gatal. Hahahaha...
Memang semulajadi kot klo nampak couple tu sorang gemuk sorang kurus, mesti hati tu nak berkata-kata. Even, aku pun sama daaa... Manusia semua punya perasaan. Semua ada keinginan dan nafsu. Standart la. Semua nak pasangan yang sempurna dan terbaekkkk... Tapi perasaan itu terbatas kerana perasaan rendah diri yang terlalu rendah sampai ke tahap '-10'. Kang bila bercinta dengan orang hensem/cantik, orang kutuk kita macam-macam. Kata kita mandrem la, selet minyak senyonyong la apa la.. Bila jatuh hati dengan orang hensem/cantik, terpaksa pendamkan perasaan ni sampai hembusan nafas terakhir sebab takut kena reject. "Layak ke aku berpimpin tangan dengan kamu wahai si hensem/ si cantik manis?"... " Tidakkkk.. kamu tidak layakkkk". Down, down and down.. Kesian sungguh!

Bila berfesyen dan kecantikan imej, makanan, pergaulan, list of friends, sport/fun games dan cinta itu terbatas, di mana letaknya hati si gemuk ini?? Atas atap?? Dibiar sampai kering kerana terikan si matahari, basah kerana si hujan dan si embun atau dibekukan dalam peti ais?? Jangan biarkan golongan gemuk ini terus diserlut dengan mainan perasaan takut, rendah diri dan malu sendirian. Bantu mereka. Tak dapat bantu macam reality show 'the biggest loser' pon takpe. Cuma minta tolong jagakan HATI mereka. Bagi moral support sebab mereka sangat sensitif dalam sesuatu situasi tertentu. 

Pesanan buat 'mereka2' yang bertubuh besar termasuk diri saya:::::
Jangan benarkan minda kiri (buruk) menguasai minda kanan (baik) kerana setiap perkara yang kita lakukan bermula dari saluran otak yang boleh memetik suis pemikiran. Buang perasaan rendah diri sejauh-jauhnya tapi jangan terlalu mendongak sehingga timbul perasaan riak sedangkan anda masih lagi tetap manusia yang sama. Muka tak cantik tapi perasan cantik pon sangat bahaya ye kawan-kawan.. Sereberum, serebelum & mendula oblogata harus berfungsi selari supaya tindakan dan pemikiran kita pantas sewaras-warasnya... Kita harus kuat!!!!!!

Thursday, June 17, 2010

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka...!!!

Sebenarnya 'statement' ni tak bleh disebar2 & diheboh2kan.. Tapi, Aku peduli apa??? Aku punya blog maaa....




Aku merdeka la weh...
Merdeka berada dalam opis aku ni........ Untuk few days sahaja :(


Merdeka bila partner aku tak datang.. Bukan apa.. Selesa sikit kot... Tenang je aku buat keje... Suka hati aku nak buat keje apa.. Korang pon mesti macam aku kan kan kan????


Toksah la tipu... Lihatlah keadaan aku di opis tanpa rasa segan silu... Dan buat macam umah sendiri... Weeee~


Merdeka!! Merdeka!! Merdekaaaaaaaaaaa!!!!!~


Nila keje aku yang sedang bersenang-lenang.. Siap bancuh air lagi!!

Monday, June 14, 2010

Maknanya????

Make me confuse!!!

Aku tak paham dan tak tau apa yang boleh ditafsirkan dengan melihat benda ni.. Boleh ke "half-half"?? 

Isshhhh.... 

Korang tengok sendiri... 

Maknanya benda ni tetap tak halal!!! 

Thursday, June 10, 2010

Lagenda Budak Setan


PESANAN::: 
Bagi mereka yang belum menonton 'LAGENDA BUDAK SETAN', aku nasihatkan korang tak payah baca blog aku ni. Nanti kang ada yang tak feeling plak..


'Lagenda budak setan' ni telah diadaptasi daripada sebuah novel dalam sekitar tahun 1993-94 tak silap aku. Masa tu aku kecik lagi. Masih lagi jd kanak2 hingusan. Tapi aku ni kanak-kanak yang hebat. Memang suka gila baca buku. Bukan apa... Aku dah berjanji pada diri aku. Kalau aku dah pandai membaca, aku berjanji aku akan baca semua jenis karangan, buku mahupun suratkhabar. Kalau korang nak tau, masa umur aku 8 tahun, aku dah khatam tau. Tapi bukan khatam Al-Quran. Aku khatam suratkhabar. Dari page 1 sampai ke page yang ada sukan tu. Jenuh gak ar nak baca. Minat punya pasal, aku apa pedulik?!


Tapi sayang.. Apa yang aku janji tu tercicir ditengah jalan.. Dah makin bosar, makin maleh nak baco buku. Kiro-kiro apotah laei.. Nengok la apo jadi dongan hidop den sekarang? Bukan golongan profesional. Setakat campur-campur budak akaun+bisneswomen tak bapo maju. Stakat cukop2 makan yoo... Alhamdulillah!


Nak diikutkan, agak pelik ar umur 8 tahun dah boleh baca novel. Ni omak den tak tau. Kalau omak den tau ni, mau kono sauk dek omak den!! 


Along aku memang gila novel. Macam-macam jenis cerita dia belasah. Memang dia suka. Aku pon sama gak suka.. Suka tumpang sekaki untuk pinjam apa yang dia beli. Aku mana ada duit nak beli menda alah tu. Salah 1 novel yang aku suka, novel 'lagenda budak setan' ar.. Mau sebulan gak ar aku mengabiskan segala bacaan.. Lotih mato den!


Kisah dia memang best.. Biar aku ceritakan.....................


ZZzzzZZzzZZzzzz...


Malas nak citer banyak! Korang pi nonton sendiri.. Terbaik wok!!


Sebagai balasan kek korang yang rajin menyongkang mato baco ann punyo blog, ann bagi korang nengok video ni kojap... Sebagai hadiah.. Nak bagi duit, maleh lak nak mintak no. akaun ekau-ekau semuo.. Mau rabak poket ann.. Feel okeh!!










Wednesday, June 9, 2010

Jangan ajar budak benda yang tak benar, tapi aku tetap ajar!!!

Kisah ni tak sepatutnya berlaku pada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah...

Apa kisahnya???
Ni la jadinya kalau 'kanak-kanak' terpilih tu dapat makcik macam aku!!!

Kisahnya bermula...

Last weekend aku balik kampung sebab my uncle (sepupu ibu) kawin... So, ini la timenya kitorg berkumpul dengan 'family kembangan'ku.. Syokkk wooo.. Dpt makan rendang peparu.. Dah raso macam rayo dah!!

Malam 6hb June tu, ingatkan nak bertolak awal dari kampung ke Klang. Dalam kul 8pm pon ok gak kan nak gerak.. Tapi terpaksa la batalkan niat di hati sebab malam ni ada 'diariku shahir'... Ehhh.. giler ke aku tak nak tengok??? Gila gila!!

Bila tengok Shahir, wahh.... Mak cik aku pulak yang lebih.. Cehh~

Ini la RIFQI RUSHAIDI

Tetiba aku dengar anak buah aku si Qiqi (anak kpd sepupu aku) jerit, " Eh cik ngah, Shahir!!".. 'Cik ngah' merupakan nama panggilan yang akan dipanggil oleh anak2 buahku yang manja sebab aku merupakan anak yang ke-2.. hmm..

Bila aku dengar dia jerit macam tu, aku pon apa lagi?? Mulakan langkah... "Aiipp.. Lepas ni jangan nak panggil2 macam tu yea. Jangan panggil Shahir.. Tak elok. Tak sopan. Panggil Pak ngah!!". Anak buah aku pandang ke arah aku. Tepat menusuk ke mata. Aku tau otak dia tengah dok pikir sesuatu.. "Qiqi kalau nampak Shahir panggil apa??", aku bertanya. "Panggil pak ngahhhh.. "Jawab Qiqi. "Orait, Good boy!! Nanti jangan lupa bagitau dengan Ummi yea" Aku mengarah. 


Few days later..


(Ayu ajar si Qiqi panggil shahir "PAK NGAH" ke... coz dia sibuk cakap.. "ummi.. lagu "PAK NGAH" sedap kan..?" kitorg puas dok pikir, "PAK NGAH" mane lak nie? bile dengar lagu.. la Shahir rupenye....) <-- message dari sepupu aku kt inbox facebook!!!


Haaaa... kan dah!! Nak salahkan sapa?? Dah memang sah aku yang salah. Wakakahhh~


Pesanan buat makcik2::: Jangan jadi macam saya!!! 





Friday, June 4, 2010

Mimpiku......

--- Kisah ni aku penah tulis dlm blog ni.. Cuma aku nak renew kan balik sempena MINGGU TAFSIRAN MIMPI HOTFM...--


Mimpi ni berlaku pada 23 July 2009 (malam Jumaat)...


Sila baca coretan aku pada tahun lepas..
Aku teringin nak tau tafsirannya...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apakah petandanya?


Semalam adalah satu malam yang sgt luar biasa bg sy. Ntah mengapa hati dan mulutku ini asik ingin berzikir ketika hendak masuk tidur. Lain dari hari2 yang lain. Klo selalu, sy tgk katil terus baring baca surah2 sblom tido dan terus tido. Tapi mlm tadi tak. Sy ingin berzikir smpai sy tlena.


Tetiba sy rasa sy berada di satu kawasan yang asing bagi sy. Kawasan yang dikelilingi oleh warna putih. Yaa.. Mmg. Mmg indah. Bila melihat keadaan itu, hati sy cukup tenang. Segala kekusutan dalam kepala hotak sy ni hilang serta merta. Hinggap satu perasaan yang sukar utk sy ungkapkan. Apakah smua ini?


Selepas sy menyusuri satu jalan, sy disambut oleh seorang wanita yang berjubah putih dan terus memimpin sy ke satu lagi kawasan yg saya pernah lihat sebelum ini. Sy dibawa oleh wanita itu utk mengucup batu 'HAJARUL ASWAD'. Subhanallah..... Sy menangis teresak-esak ketika itu kerana mmg itu salah satu perkara yg saya impikan jika diizinkan Allah ketika mengerjakan rukun yang ke-5 (menunaikan haji), insya-Allah.





Inilah bentuk 'Hajarul Aswad'


Masa sy menciumnya, di situ hanya ada sy dan wanita itu sahaja. Tiada hamba Allah yang lain disekeliling sy.. Ketika saya leka mencium batu itu, sy diperhatikan oleh wanita itu sambil tersenyum dengan senyuman yang sungguh manis. Saya tidak pernah melihat kecantikkan seorang manusia sepertinya. Smuanya serba putih.


Kemudian, sy dibawa satu kawasan lain. Wanita itu terus memimpin saya ke satu tempat yang penuh dengan putera2. Pakaian lelaki2 tersebut seperti orang yang sedang berihram. Memang jelas. Ramai mereka seperti ramainya orang di pesta keramaian. Tiada seorang perempuan pon. Cuma saya dengan wanita itu sahaja. Saya memandang wanita itu dengan keadaan yang tpinga2. Wanita itu hanya senyum tanpa memberi sebarang penjelasan (tidak bersuara). Tiba2 sy terkejut kerana melihat seekor ular menuju ke arah sy. Kelihatan seperti ular tedung. Kepingin menyerang tetapi sy telah dselamatkan oleh wanita itu. Wanita itu sungguh tenang. Sungguh tenang walaupon dlm keadaan yang tegang seperti itu.





Gambaran lelaki yang berihram...

Sy terus dipimpin. Dipimpin sampai satu jalan yang tiada penghujungnya dan saya mula terjaga. Masya-Allah... Subhanallah.... Aku hanya bermimpi. Aku hanya bermimpi!!.... Mmg sy dapat rasakan yang saya rasainya seperti real. Mmg real habis. Lihat dijendela kelihatan hujan renyai2 dan kian lebat. Jam menunjukkan pukul 3.00am. Utk mehilangkan rasa takut, Sy cepat2 tido. Pejam mata sepejam-pejamnya.


Hatiku tetap bertanya... "Siapakah wanita yg berjubah putih itu??"


Siapakah hamba Allah yang boleh ungkap dan tafsir mimpiku ini????

Monday, May 31, 2010

Kalaulah Shahir......

Ahmad Shahir B. Zawawi, pelajar akademi fantasia 8....


Kalaulah Shahir........


*** Jadi suami aku??? ==> SALAH


***Ayah kepada bakal anak-anakku?? ==> SALAH


*** Menantu kepada ibubapa aku?? ==> SALAH


Bukan tu laaa.. Berangan je...

Kalaulah Shahir...... Jadi IMAM MUDA, kan best...!!

Boleh tak kalau dia masuk 'imam muda' tu tahun depan???  Hmmmmm....

Monday, May 3, 2010

Ayam punya kesah...

Weehhhh.. dah lama giler aku tak tulis blog!!! Sibuk ar... Byk benda lain yang aku kena buat daripada update blog ni.. Haiisshh... macam2 dah berlaku dalam masa sebulan ni... Letih!! Tapi aku ada satu kisah yang aku nak share sesama kita.. Mana tau benda ni bleh hilangkan rasa letih korang pulak kan??

Aku nak citer pasal kisah ayam.. (bukan bapak ayam, ayam thailand ke what eva~)

Sekumpulan ayam..

Kisahnya bermula...

Aku lepak dengan someone.. Lepak2 kat kampung2 je... Macam biasa.. Dah nama pon lepak. Mulut tu ada je benda yang nak dikunyah.. Ingat tengok movie je ke nak berkunyah??? So, kitorg pon bukak la 'chikedis' untuk bagi perisa skit lidah ni.. 

Aku makan sambil perhatikan 'someone' ni makan chikedis tu.. comel! Tengok dia macam melayan kehidupan dia sorang je.. Buat hal sendiri.. Aku tengok, tangan dia tu ambil chikedis, masuk mulut.. Ambil chikedis, lempar kat sekumpulan ayam... Aku nak marah gak kan sebab aku baru makan 1 suap, dia dh sedekahkan kat ayam.. Tapi tak jadi sebab kebaikan dan kemurahan hati budak ni buat aku tak jadi nak marah.. 

Hahhh... Apa lagi?? Ayam2 tu berebut2 nak makan chikedis yang dia lemparkan tadi.. Aku tengok ayam tu dah berubah dan bertukar menjadi PIRANNA!!!!! Oooohhh my God!!

Tengah syok2 layan ayam tu makan chikedis, member aku ni tetiba ketawa.. Ketawa sampai nangis lak tu... Tetiba dia bercakap dengan nada sinis, " Hahh.. ni la dia. Ni la dia dikatakan 'kawan makan kawan'.. Tak guna!!!"... Sambung ketawa...

Aku tanya la, "Asal ko cakap macam tu?? Aku tak buat apa2 pon. Ko nak carik gaduh dengan aku ke Adam??" Tetiba perasaan gengster aku datang.. Memang tunggu nak tumbuk je muka dia walaupon tanpa sebab..

Lepas aku cakap macam tu, dia pandang anak mata aku.. Tepat!!! Terus menusuk ke hati.. dannn...

Nahhh... amik ni.. Lain kali jangan main makan je.. Tengok dulu apa benda yang ko makan!!!

Rupa-rupanya............... 
Chekedis perisa ayam..

Padanlah 'kawan makan kawan'.. Ayam makan ayam.. Kalau la ayam tu tau perkara sebenar... wakakahh!!

Wednesday, April 7, 2010

Orang yang BAIK untuk orang yang BAIK...



Semua orang dah terbiasa dengar ayat macam tajuk post aku kali ni iaitu "ORANG BAIK UNTUK ORANG YANG BAIK". Tapi bila aku fikir-fikir balik, ayat tu buat aku macam nak bangkang! Ada 2 sebab.. 

a) Sebab masyarakat.
b) Sebab aku.

MASYARAKAT.

Aku dah muak baca suratkhabar. Tak payah tengok jauh-jauh. Dalam paper pon dah melambak2 keluar pasal cerita tentang perkara2 yang menunjukkan 'ayat' tu tak boleh dipakai 100% mengikut situasi dan NASIB!! Kadang-kadang aku dengar kes2 mcm isteri/suami yang setia dengan pasangannya tapi dalam masa yang sama pasangannya pulak yang buat hal..  itu tak berapa malang la kalau takde perpisahan.. hmm..

AKU.

Pasal aku ni agak mengecewakan. Mungkin ini luahan perasaan tapi aku nak korang tau tentang perkara ni. Aku berkenalan dengan seorang hamba Allah. Bagi aku, dia boleh dikatakan seorang insan yang nak ke arah PERFECT. Bagi aku, dia seorang yang boleh dijadikan contoh. Napa aku cakap mcam tu? Sebabnya, dari segi kehidupannya, seperti teratur dan dia cukup pandai mengatasi masalah peribadinya dengan baik. Urusan rumahtangga yang dijaga dengan penuh keikhlasan. Yang paling aku suka, kekuatannya untuk berpegangan pada agama Allah yakni Islam. Jadi, aku sebagai insan yang serba kekurangan, aku teringin untuk mendampinginya. Pada mulanya, dia menerima aku seadaanya. Dia selalu bagi aku nasihat2 yang baik dan bernas. Aku selesa..

Perkara yang terdetik dalam hati aku.......

Aku layan dia seperti biasa sebab best. Bagi aku, aku rasa selamat kalau dia ada sebab bab agama ni, aku mengaku aku bukanlah hamba-Nya yang terbaik. Jadi, aku nak mendampingi orang yang boleh menyeret aku ke arah itu. Tapi perkara tu best sebelum dia mengenali aku sebab mungkin pada pandangan dia, aku adalah orang yang boleh duduk sebaris dengannya. Maksud aku, orang yang alim, pakai purdah mungkin. Tapi bila dia dapat tau yang aku ni jenis huha-huha, dia mendiamkan diri. Bila aku message or cuba untuk berinteraksi dengan dia, dia tak layan aku mcm dulu.. Ehh.. sedih tau tak!! Mungkin dia menjauhkan diri dari aku sebab dia berpegang pada AYAT tadi tu kot!!

Jadi aku pikir benda ni tak masuk akal.

Orang yang baik untuk orang yang baik. Tapi orang jahat, takkan dengan orang yang jahat?? Sampai bila orang jahat akan terus jadi jahat??? Takde keadilan di situ. Baru aku paham. Patutlah budak2 yang nakal akan terus nakal sampai ke besar. Rupanya takde orang yang baik untuk mengubahnya. Atlease cuba.. Cuba mendampingi orang seperti kami supaya sama-sama jadi baik. Kesian!!

Aku benci orang yang pilih kasih!! Aku tak rugi sebab Allah masih bersama dengan aku!!

Monday, April 5, 2010

Kehilangannya.. o(╥﹏╥)o

Aku mengambil masa yg agak lama untuk ambil mood nk post kan entry aku kali ni. Masuk ni dah 4 hari arwah Mior Ahmad Fuad B. Mior Badri atau lebih dikenali Din Beramboi meninggalkan kita dan dunia yang fana ini. 

Pada hari isnin bersamaan 29 Mac 2010, aku dapat berita yang menyatakan abg din sakit terlantar di hospital. Itu pon member baik aku yg kabarkan. Aku agak terperanjat sebab takkan tiba-tiba dia sakit. Member aku cakap dia demam dan doktor suspek ia berkaitan dengan kencing tikus. Tapi bila di reseach balik, rupa-rupanya dia terkena demam denggi berdarah. Tapi keadaannya ketika itu agak kritikal hingga dimasukkan ke wad ICU. 

Pada 2 april 2010, perkara yang tidak dijangka telah berlaku. Perkara yang tidak diingin oleh semua golongan manusia tetap berlaku. 12.30am, Allah telah menjemput abg din utk bersama dengan-Nya. Ya Allah.. Kau lebih menyayangi orang yang kami sayangi. 

Masa pagi tu dalam pukul 7.30am, ibu aku call dan cakap yang din beramboi dah meninggal. Aku macam tenang sebab mungkin aku tak percaya. Aku lari dan terus terjah bilik akak aku dan akak aku cakap benda yang sama. Member dia yang call bagitau abg Din dah takde. Aku tak nangis. Tak tahu kenapa aku tak boleh nangis. 


Aku halfday. Amik MC sebab sakit perot. Arini memang takde mood nak kerja. Tak tahu.. 

Malam aku tengok berita. Abg Din dah selamat dikebumikan. Asal lak tetiba perasaan sebak tu muncul dalam hati aku? Ehh.. aku tak boleh tahan. Aku lari masuk bilik. Nangis sepuas-puasnya. Sebak betol hati aku. Aku dah tak bleh jumpa din beramboi. Aku dah tak boleh dengar suara dia dan jadi tukang ketawa pada lawak-lawaknya. Aku tak boleh tahan bila fikirkan keadaan Pak Nil yang terpaksa meneruskan hidupnya tanpa rakan seperjuangannya. Aku sebak bila fikirkan abg Afdlin Shauki tanpa teman karibnya untuk muncul dalam segmen SPONTAN.. Hilangnya dia seperti hilang ahli keluarga. 

Macam biasa aku pi keje, Selalunya Pak Nil dengan abg Din selalu temankan aku dalam kesesakkan lalu lintas. Selalu buat aku tersengih-sengih sorang2. Selalu buat aku kelihatan macam orang kurang siuman sebab ketawa tanpa sebab. Tapi kenapa arini dorang semua takde dengan aku? Aku sorang2?? 


Tengok Anugerah Bintang Popular... Aku nangis!
Tengok MELODI.. Nangis sampai tersedu2.. 
Riuh pagi di ERA dah tak dengar keriuhan suara dia. Suara 'shasha', watak abg din dlm DRAMA SEBABAK.. Sedihnya tak terhingga!


Arwah yang menghidupkan 'drama sebabak'..


Dia buat lawak adalah untuk melihat orang ketawa. Dia suka melihat bila orang happy..
Walaupon dalam keadaan susah mana sekalipun, niatnya hanyalah untuk melihat orang senang hati.


Arwah penah berpesan, "Kalau kita menangis dan sedih sekalipon, takkan boleh menyelesaikan masalah". 


Astaghfirullah al-azim.. Sunyi~


Arwah adalah orang yang telah membuat ramai orang ketawa disepanjang hayatnya tapi dalam masa yang sama, dia telah membuat ramai orang menangis semasa pemergiannya.


Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.. Aminn~


~Al- Fatihah~





Sunday, March 28, 2010

Kurniaan atau kebetulan??

Aku dah kembali normal.. Yeyeahh~
Aku dah ada mood nak tulis blog lagi yoo...


mimpi hanyalah mainan tidur sahaja..

Aku ada satu cerita yang kadang-kala buat aku banyak berfikir. Aku keliru. Adakalanya buat aku rasa macam takut pon ada. 


Baru-baru  ni aku telah dikurniakan satu benda yang dipanggil deria ke-6. Aku dapat tahu perkara-perkara yang akan berlaku sebelum perkara tu berlaku dengan hanya mendapat mimpi. Paham tak maksud aku? Aku ni dah kira macam psikik!! Ceewaaahh~


Ohh God... 


Aku sangat takut. Korang mesti tak percayakan??? Tapi sebenarnya aku pon tak berapa nak percaya sebab aku confuse sama ada benda ni 'kurniaan' atau 'kebetulan'.. 


Biar aku citer dari mula sampai abis. Aku buat ujian ni dalam masa 3 hari berturut-turut. 


Hari yang pertama. 


Aku mimpi yang aku dilamar seorang lelaki yang memang aku tak kenal. Dia sebut nama dia tapi aku tak berapa nak dengar. Dia sebut nama saya *&%^&$&% bin Dato' Y (Y tu aku tak ingat la nama dia). Dia kata, "tolong nikahi saya. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk membahagiakan awak".. (kalaulah relitikan best.. huuhu). Lepas dia cakap mcm tu, ayah dia iaitu Dato' Y datang untuk bawa rombongan masuk meminang tapi aku menangis sebab aku tak nak kawin. Bila anak dato' tu tanya apa kekurangan dia, aku cakap aku masih menunggu seseorang. Huwaaaa... giler. Klo realiti, memang confirm aku tak tunggu dah.. Kawin terus.. kihkih.. Tetiba aku terjaga.. Belum pukul 4am. Wowww.. Pagi-pagi masa nak breakfast, aku citer benda ni kat ibu aku. Ibu aku ckp, ntah2 nak kawin dengan anak dato' tak??? Aku cakap la anak dato mana pulak yang nakkan anak ibu ni?? Huhuh.. Mimpi slalunya terbalik. Aku bertolak pi keje dalam kul 8am. Mcm selalu, aku dengar hotfm. Tetiba, fafau & FBI cakap yg hotfm arini ada tetamu undangan dalam studio. Nak tau sapa????


Dato' Yusoff Haslam & anaknya.. Terkejut aku!!!!!!


Hari kedua.


Aku mimpi yang aku buat segala aktiviti dengan mak usu aku. Best... Aku pergi masuk hutan dan buat segala aktiviti mcm jungle tracking. Kira terubat sikit rindu aku kat mak usu.. Tetiba, keesokkan harinya, mak usu aku call mak aku.. Ada benda yang nak diborakkan.. Aku teringat yang malam tadi aku baru je mimpi dia.. Hmmm... Pelik!


Hari ketiga.


Aku bermimpi yang aku pergi ke satu tempat ala2 istana english. Aku dengan beberapa member ternampak satu kawasan perkuburan yang sangat malap dan lama!! Macam rumah hantu pon ada. Huhu.. Tetiba keesokkan harinya, aku nampak ayah aku bukak discovery channel. Aku tanyalah ayah aku, "ni kisah apa yah??".. Ayah aku jawab dorang tengah korek kubur lama!!!


Ohhh noooo... Apa ni??? Semua yang berkaitan dengan mimpi aku akan kuar pada keesokkan harinya..... Hmm..


Nota yg keluar dari otak: Aku rasa bahasa aku mcm tunggang terbalik sebab otak aku masih belum stabil utk tulis entry dengan ayat yang lebih sedap.. Sorry guys!

Thursday, March 25, 2010

~Mood~

No mood because i'm moody..

Takde masa nak luahkan IDEA walaupon banyak idea.

Sila tunggu 'new post' dari aku kerana aku masih menunggu keberadaan hati aku untuk menulis new entry..

Yang aku tau, otak aku serabut lately walaupon aku tau otak korang kemas tanpa ada masalah yang memberi tekanan pada SEREBERUM, SEREBELUM & MENDULA OBLOGATA pada otak masing²..

Sabar yea sbb aku pon tengah bersabar..

Tolong sayang aku sebab aku saaaaaaayanggg kat follower aku yang sentiasa nak baca blog aku yang cekai ni..

Tuesday, March 23, 2010

Yang Besar Tolong Ke Tepi!!!

80km/jam--> 60km/jam--> 40kn/jam???? Wehhhhh!!!

"Haaaa... Yang tu.. Tu yang besar tuu.. Tolong ke tepi!! Saya nak lalu."

Huhuhuuuu...
Tengoklah kalau lori macam ni. :-(

Tajuk aku arini tak ada kena mengena dengan orang yang berbadan besar atau nama sedapnya SASA.

Aku tujukan tajuk ni pada LORI² yang yang menyemak depan mata aku masa aku nak pi kerja. Adoiyaii.. Aku tak boleh la ada benda yang oleh menghalang mata aku untuk melihat keadaan di depan semasa memandu. Buat tambah dosa aku je.

Dah la nak cepat. Time nak naik bukit lagi hangin.. Tunggu dengan penuh kesabaran. Kalau aku turun dari keta & jalan kaki, memang confirm aku sampai dulu dari lori tu..

Tu kalau aku bawa keta. Time aku merempit?? Mahu menangis aku... Sesuka hati dia nak cilok..

Aku bukan nak promotekan diri, tapi aku terpaksa katakan benda ni...

Aku belom kawinnnnn okeh!!!!!!!!!!

Monday, March 22, 2010

Aku kehilangan....

Ohhh tidakkkkkkkkkkkkk..............~~~~

Aku kehilangan.

Sangat sedih... Sedih.. Sedih... sob sob!!

Aku bukan kehilangan orang yang tersayang tapi aku kehilangan deria rasa untuk seketika.. Ni yang buat jadi tak best ni. Ni yang buat aku tak enjoy ni.. Nyampah!!!



Aku dah tak enjoy nk makan. Tetiba semua makanan sedap jadi tak sedap.

Nak nangis... Nak tau kenapa???

Buah jambu batu yang aku makan tetiba rasa AIR PAIP!!!! Kopok leko rasa mcm................. Ahhh.. Tak mampu untuk berkata-kata.

I'm speechless!!!

Detik hatiku yg sedih : Memang sengaja tak nak kasi aku gemok ke apa??? Boring ar mcm ni.... (kataku sambil meletakkan plastik kopok leko di tepi paper tray dengan perasaan hampa!)

Sunday, March 21, 2010

Sadness!!


Aku dihurung oleh perasaan sedih... 



Bagus!!
Mungkin itu lebih baik la.
Ye tak??



Tula... Jangan kacau.. 
Aku tak kan kacau kalau itu boleh buat hati orang lain senang dan tak resah..  :-))



Saturday, March 20, 2010

Merosakkan bahasa tapi tahap humor sgt tinggi!!

Adalah satu 'benda alah' yang sangat menyemakkan mata aku ni. Setiap kali aku surf internet, 'benda' ni mesti ada..

"This page is in MALAY. Would you like to translate it?"    


TRANSLATE


NOPE

Selalunya aku akan pilih [NOPE].. Tapi dia asik kuar je tu yang buat aku hangin satu badan.. Aku geram, aku klik [TRANSLATE].

Tiba-tibaaaaaaaaaaaaaaa....... Oh My God!!!

Abis semua aku punya blog!!! Semuanya dah kena translate 'english language'!!! Tapi kan... wakakahhh. Aku ketawa tergolek-golek ni.. Korang baca la sendiri. Aku tak boleh nak ceritakan.. Tak sanggup!! 

Kahkahkahkahkahkahkahkah~

Atok.. ketawa pon agak-agak ar... :))
________________________________

(Blog ni adalah sedutan dari blog yang aku post sebelum ni!!!)

I noticed a new ...

I am not I talk big but this is reality. Actually I am a rich. I do macam2 keje and business that I ceburi. I am a farmer .. I am a farmers .. I taukeh a cafe in the world .. 

But since 2-3 menjak ni aku dah nak jadi less interested farmers. I am too busy to kadang2 abis all revenue bill die tu me planting drought. I spent a very busy time aku kat cafe. Soul food to me more now .. Many customers who come. I am messy in the kitchen café. If I JAP, sapa yang nak jadi chef? See the style, I be on par with chef wan but I now have a cafe termasyur seh in the world. woohooooo ~
 

Arbitrators macamana, now I noticed. I look cafe dishes that do not contain ni HALAL! I sell 'ginger plum pork Chops'??????? Ohhh nooo ..........
 


But I am not afraid of the devastating serbu JAIS because I only rich in FACEBOOK JE. Things not only in lawful tu 'world cafe'. Kihkihkih ...

Ni la .. I cafe

 Ni I farm .. sedey ~

Now I dah Lirboyo back in the land clear ... Return to work as the former largest company in
Malaysia (huhuuhu.. Great?!) ... Ahhh .. I have moan?!




Nota di hujung tanduk:
Klo korang baca macam tu je memang la tak funny. Tapi cuba baca slank phua chu kang.. Baru feel beb!!! Kui kui kui~

Haissshh.. kesat air mata korang tu.. buruk!!!

Thursday, March 18, 2010

Baru aku perasan...

Aku bukan nak cakap besar tapi ini kenyataan. Sebenarnya aku adalah seorang yang kaya. Aku buat macam2 keje dan bisnes yang aku ceburi. Aku seorang petani.. Aku seorang penternak.. Aku seorang taukeh cafe yang terunggul di dunia..

Tapi semenjak 2-3 menjak ni aku dah kurang berminat nak jadi petani. Aku terlalu sibuk sampai kadang2 abis semua hasil cucuk tanam aku tu mati kekeringan. Aku sangat sibuk menghabiskan masa aku kat cafe. Jiwa aku lebih kepada masakan sekarang.. Pelanggan ramai yang datang. Aku kelam kabut di dapur cafe. Kalau aku takde, sapa yang nak jadi chef?? Nampak gayanya, aku bakal setanding dengan chef wan malah aku kini sudah punya cafe termasyur seh di dunia. woohooooo~

Entah macamana, baru sekarang aku perasan. Rupanya cafe aku ni mengandungi masakan yang tidak HALAL!!!! Aku jual 'ginger plum pork chops'??????? Ohhh nooo..........


Tapi aku tak takut sangat kena serbu dengan pihak JAIS sebab aku hanya kaya dalam FACEBOOK je. Benda yang tak halal tu hanya ada dalam 'cafe world'. Kihkihkih...


Ni la cafe aku..

Ni farm aku.. sedey~

Sekarang aku dah balik berpijak di bumi yang nyata... Kembali bekerja seperti sediakala di company terbesar di Malaysia (huhuuhu.. besar ke??!) ... Ahhh.. ada aku kesah??!

Wednesday, March 17, 2010

Serik Giler....

Nyum-nyum~~
Issshhhhh.... Serik gila beb!!

Asal aku cakap macam ni?? Pagi-pagi lagi aku bertolak awal pastu pi beli kuih kat kedai makcik kat kawasan rumah aku tu. Huhhh...

Kuih keria kat cafe office aku tu, 3pcs=RM1.80??? Nak mampos mahal... Arggghhhhh!!!

Disebabkan perbelanjaan aku RM17 sehari, aku terpaksa memikirkan perkara² yang membolehkan aku mengawal dan mengurangkan kos.

Wa terpaksa ikat perot beb. Kalau aku beli kuih kat mak cik tu, aku cuma tambah RM0.20 je untuk dapat 6 bijik kueh. Mana lebih menguntungkan??? Lagi kenyang kot aku sampai ke petang. Siap dapat 1 set sandwich lagi..

Hohohoooo~

Tuesday, March 16, 2010

Penat Ya Allah..

Marilah sama-sama kita hayati lagu ni!

Malam yang suram ni menimbulkan sedikit kesugulan dan kekecewaan.

Mungkin aku tak cukup solehah untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku tak cukup baik untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku tak cukup menjaga solatku untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku tak cukup layak untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku bukan anak yang baik untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku banyak melakukan dosa-dosa sesama manusia sampai Kau tak mampu untuk memakbulkan doaku...
Mungkin aku banyak melakukan dosa-dosa yang sengaja mahupun tak sengaja sampai Kau tak mampu untuk memakbulkan doaku...
Mungkin aku kejam terhadap kucing dengan tak bagi dia makan kerana aku tak cukup duit untuk beli makanan kucing sampai Kau rasa aku tak layak untuk dimakbulkan doa..
Mungkin aku tak selalu mengaji Al-Quran untuk Kau makbulkan doaku..
Mungkin aku tak ikhlas dengan kehidupan aku untuk Kau makbulkan doaku...
Mungkin aku tak istiqamah dalam meminta sesuatu hal sampai Kau tak mampu untuk memakbulkan doaku..
Mungkin aku tak bersungguh-sungguh dalam berdoa sehingga Kau tak mampu memberi keizinan untuk memakbulkan doa ku..
Mungkin aku tak cukup berzikir untuk Kau makbulkan doaku Ya Allah..... à²¥_ಥ

" Ya Allah Ya Rahman Ya Allah Ya Rahim.. Subhanallah wabihamdihhi Subhanallahhil Azim..Ya Allah Ya Rahman Ya Allah Ya Rahim.. Subhanallah wabihamdihhi Subhanallahhil Azim.."

Maafkan aku Ya Allah kerana aku kini berada di hujung kekuatan..
Maafkan aku Ya Allah kerana aku berasa sedikit ragu tanpa sebab..
Maafkan aku Ya Allah kerana aku tahap kesabaran aku semakin menipis dan ketidakpuasan hati kian menebal..
Maafkan aku Ya Allah kerana hatiku sedikit terusik dan ingin menyalahkan-Mu. Maafkan aku.. Ampunkan aku..
Maafkan aku Ya Allah kerana tidak sabar untuk mendapat hadiah daripada-Mu sebagai pembalasan kesabaran dari setiap penderitaan aku sekeluarga..

Aku mahu minta daripada-Mu....
Aku mahu sedikit kekuatan dari kekuatan-Mu..
Aku mahu Kau sentiasa mencintai aku walaupon adakalanya aku melupakan-Mu..
Aku mahu Kau indahkan kehidupan aku sekeluarga..
Aku mahu Kau kurniakan kami rezeki yg melimpah-ruah walaupon ada diantara kami tidak punya hati untuk mengingati-Mu.. Sesungguhnya dia tidak lupa tapi dia tidak dibimbing sehingga dia tidak percaya ada sesuatu yang lebih baik akan Kau kurniakan padanya.. Maafkan dia Ya Allah..

Ya Allah, aku penat Ya Allah.. 
Jika kau cabutkan nyawa aku demi kebaikan semua, aku sanggup.. Tapi, Kau ampunkanlah segala dosaku Ya Allah. Aku bukan hamba-Mu yang baik... 

Baik Tak Payah!!

Arini punya HOTCHAT kat hotfm memang best. Aku rasa nak kol je Fafau dengan Faizal pasal cerita aku ni..  Tajuk dia arini kisah kisah zaman sekolah. Aku ada gak cerita yang menarik untuk korang. Kisah ni berlaku masa aku sekolah rendah...

Masa time sekolah rendah dulu memang confirm ar 'buku biodata' paling popular. Tak payah cakap budak baya2 aku. Akak aku pon sama gak. Siap buat buku lirik² lagu. Sampai kena rampas sampai balik rumah nangis2. Ingat kena rotan ke kemenda. Nangis sebab buku lagu kena rampas. Hampeh!!

So, buku biodata aku memang best. Macam2 ada!! Hehehe... Aku pas kat semua geng2 aku kat dalam kelas. Mana yang aku tak berkenan, mintak maaf laa.. Identiti anda tak diperlukan dalam buku biodata ini.

Dah nama buku biodata. Mestilah kena tulis nama, makanan kegemaran, peristiwa manis/pahit or what ever kan?? Haaaa.. Tetiba adalah sorang hamba Allah ni yang berjaya menarik perhatian aku. Korang baca nih....


(Ini semua hanya sekadar contoh)

Nama Indah ku : Indah Andika Insani
Pet Name : Indah
Alamat surat untuk kau pos: Blakang umah atok aku.
Minuman kegemaran: RAHSIA
Makanan kegemaran: RAHSIA
Kenangan manis : RAHSIA
Kenangan pahit : RAHSIA
Filem paling aku minati : RAHSIA

Wahhhh... Hati aku panas!!!

Kalau macam ni, baik ko tak payah tulis biodata ngok!!!! Buang kertas buku aku je!!!!

Monday, March 15, 2010

Pagi-Pagi..

Kalau mcm ni punya vouge naik basikal pi keje, fuhhh!!


Huaarrgghhh.. Penatnya mengayuh basikal... hehehe~

Jam di tangan menunjukkan pukul 8.16am. Waahhhh... Awal giler aku datang keje. Sungguh menakjubkan!! Arini adalah hari aku 'set time' untuk tahu aku amik masa berapa lama dari rumah aku ke office.

Nampak gayanya dari rumah aku ke opis hanya mengambil masa selama 15-20min (kalau tak jammed). Cepat tu. Naik mountain bike  pastu  kayuh laju-laju. Mahunya tak sampai awal??!! Hahahahhahaha~

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...