Saturday, April 9, 2011

Islam dan Mualaf

Ini kisah benar yang diceritakan oleh pakcik aku sendiri..

Dah lama aku nak share dengan korang pasal kisah ni. Tapi tak tertulis sebab selalu je fikiran aku ni dicantas dengan tajuk-tajuk blog aku yang lain. Sebenarnya kisah ni banyak pengajaran yang aku buat aku berfikir sendiri dan dapat menyedarkan aku daripada kealpaan.

Pakcik aku bekerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang mualaf. Dia ni mempunyai syarikat membuat kapal (kapal ala-ala Titanic kot). Dulunya dia berketurunan Buddha yang berbangsa cina. Tetapi dengan kuasa Allah Taala, dia mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam, agama yang suci. Dia memeluk agama Islam ketika umurnya sekitar 40-an (sekarang umur dia dlm 50 thn).

Aku tak pasti apa yang membuatkan dia memeluk agama yang indah ni. Orang kata, jika seorang mualaf melangkah & memilih Islam sebagai agamanya, dia seolah-olah bayi yang baru lahir tanpa dosa. Itu benar. Dia benar-benar jatuh cinta dengan Islam. Dia mendalami Islam dan sanggup merantau semata-mata ingin menuntut ilmu. Ada beberapa perkara yang membuatkan pakcik aku rasa bertambah hormat terhadap hamba Allah ini. 

  • Pukul 10am..

Pakcik : Hello, boss. Maaf ya. Boss kat mana yea sekarang? (Pakcik aku terpaksa call dia sebab dia selalu menghilang time-time macam ni).

Boss : Kenapa call saya? Saya ada kat surau. Saya solat Dhuha kejap!

  • Ketika pulang dari Tanah Suci Mekah (Dia terpisah dengan anaknya semasa pemeriksaan imigresen dan dia menunggu anaknya tapi anaknya masih tak kelihatan. 
Boss : Mana anak saya ni?? Risau saya.. Orang ramai ni.

Pakcik : Sabar ya boss. Mungkin lambat sikit kot.

Boss : Ya Allah, Kau lindungilah anakku. Temukanlah aku dengannya dengan kadar yang segera. Amin.

Allah Maha Mendengar. Tak sampai 3 minit kemudian, anaknya muncul dalam lautan manusia sambil membawa bagasinya. 

Boss : Alhamdulillah Ya Allah. (Menitis airmatanya sambil memanjat kesyukuran).

  • Bertemu dengan sahabatnya yang sudah lama tak jumpa.
Masa tu dia kat Singapore. Ada meeting kat sana. Ketika di hotel, dia ternampak satu poster dan dalam poster tu ada nama sahabatnya. Sahabat dia datang ke hotel itu untuk menjadi penceramah dalam sesi ceramah agama. 

Boss : Saya kenal la lelaki dalam gambar ni. Ni sahabat saya ni masa saya belajar agama kat Indonesia. Ya Allah, Kau temukanlah aku dengan temanku yang sudah lama terpisah Ya Allah. Aku sangat merinduinya.

Kuasa Allah.. Sebaik je dia menolak pintu lobi, sahabatnya muncul betul-betul dihadapannya & mereka berdua masing-masing seperti terkejut. Mereka berpelukan melepaskan rindu selepas beberapa tahun tidak berjumpa. Subhanallah.. Syukur pada Allah.

  • Berkahwin dua di atas alasan yang kukuh.
Dia berkahwin untuk kali kedua dengan seorang wanita Cina. 

Pakcik : Eh boss.. Boss kawin dua?? Kenapa ya??

Boss : Saya kahwin dua kerana Allah. Saya kahwin dengan seorang janda yang merupakan pesakit kanser payudara. Dia mempunyai anak yang ramai. Biar saya bantu untuk menyara hidup dia & anak-anak dia. Saya nak tolong dia untuk berubat. Isteri saya tu dah masuk Islam. Anak-anak dia pun sama. Semua masuk Islam. Biar saya bantu dorang mendalami Islam. InsyaAllah.


Dia selalu pesan dengan pakcik aku, "Jangan tinggal solat ya. Allah yang bagi kita rezeki. Berzikir banyak-banyak supaya hati kita tak kotor. Ingat Allah. Kadang-kadang saya pernah terfikir dan takut. Saya takut Allah sentiasa memberi & memakbulkan doa saya. Apa yang saya nak, Allah akan bagi tapi saya takut apa yang Allah nak, saya tak mampu nak bagi. Saya takut!".


Kawan-kawan, bila aku dengar cerita ni, aku terfikir. Aku yang sejak azalinya memang beragama Islam, kenapa aku tidak seperti dia? Yang mencintai Islam sepenuh hati. Tidak pernah tinggalkan solat & sentiasa bersyukur pada Allah. Kenapa aku yang Islam sejak azali tak mampu untuk melaksanakan & mematuhi perintah Allah sedangkan aku dah diajar dari kecik tentang tanggungjawab aku sebagai hamba-Nya. Ya Allah, aku khilaf & maafkan aku kerana leka dan lalai dalam melaksanakan perintah-Mu. =(

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...