Friday, April 29, 2011

5.35pm

Terima call.

"Babe, sekali lafaz!"


"Huhh?? Okay. Congrats!"

Thursday, April 28, 2011

Pesanan daripada SAHABAT

27th April 2011.


Kan Harith Nadhir nak kawin 29th April ni kan? So, tadi aku jumpa dia. Kira last kitorang lepak sama. Lepas ni kan dah bergelar suami. Terbatas la. Tak boleh lagi nak keluar-keluar sesuka hati. Nanti terselit pulak perasaan cemburu di hati isteri. Ye tak??


Aku, Harith & Mateen. 


Tak ada masa nak tengok wayang. Masa dihabiskan dengan berborak, berborak & berborak. Benda-benda bodoh semua keluar. All out!! 


Sampai waktunya kami berpisah. Dah janji takkan menangis. So, aku tata say bye-bye dengan gembira kat Harith & Mateen. (Dalam hati, menangis sekuat hati!!)


Mandi, solat & tenangkan diri serta hati. 
Kemas beg, gosok baju & siap sedia untuk FACEBOOK.


Tetiba dalam beg aku ada satu benda asing yang pada mulanya aku fikir benda tu bukan milik aku. Aku membukanya....


Ada sebuah kotak kecil.

Aikkk.. ada gelang.

Disebalik gelang tu ada span dan disebalik span tu ada surat.

Surat apa pulak ni?? Time untuk baca.

Ni la gelangnya. Ada love lagik. Heheh.. Hmm.. saya suka. T__T

Tittle surat tu tulis, "ERFIZA JANGAN MENANGIS". Korang nak baca?? 

Sila click kat surat ini untuk view lebih jelas.

Sila click kat surat ini untuk view lebih jelas.

Apa korang rasa kalau korang jadi aku??

Maaf. Aku tak mampu nak ikut 'tittle' tu. Aku tak boleh tahan menangis. Nanti hidung sakit. Tak elok untuk kesihatan. (Alasan yang munasabah). 
Aku takkan jawab/balas surat ni. Biar hati aku sendiri yang tulis dan simpan dalam draft.

P/S :::: Pandai jugala dia tulis surat. Muahaahahaha.. mat bunga mana boleh tak tau tulis surat ye tak???

Tuesday, April 26, 2011

I'm Stuck!!


Please don't say anything.
My mind was stuck!!
Dub dap dub dap....

25th April 2011.
26th April 2011.
27th April 2011.
28th April 2011.
29th April 2011.

Special day!!!
Harith Nadhir is getting married. 
Yeaayyyy!! (Not yeaaayyy actually)

*** Harith Nadhir is my future husband. Ehhhh.. He is my best friend forever & ever. (Tersyasyul pulok!! Hahahaha..)

I can't hold back my tears. Damn!!



Monday, April 25, 2011

Akan


Pergi kerja, ada muka dia & aku.
Pergi meronggeng, ada muka dia & aku.
Pergi tengok orang kawin, ada muka dia & aku.
Pergi panjat bukit, ada muka dia & aku.
Pergi surau pun ada muka dia & aku.
Mana ada camera, di situlah ada dia & aku.


Kami akan berpisah. Allah suruh kami berdiri di atas kaki kami sendiri. Kami menyahut cabaran & akan memulakan kehidupan tanpa bantuan aku mahupun dia. 
Kami akan dipisahkan. Demi tanggungjawab, kami akan mengembara & merantau.

Sejauh mana aku merantau, sejauh mana dia merantau, FACEBOOK kan ada??! Haisshhh..
"Jauh dimata, dekat dihati"


Minggu 'SAHABAT'


Sengaja nak buat 'Minggu Sahabat' sebab rindu plak dengan sahabat2 aku. Tetiba teringat zaman-zaman gila masa kat sekolah, zaman-zaman awal remaja yang havoc.. Fuhhh.. 

Aku selalu tengok orang lain, sahabat dorang hanya ada sorang je. Aku plak ada ramai, tapi HANYA SATU di dalam hati aku ni yang memegang tittle 'SAHABAT SEJATI'. Hanya aku je yang tahu siapa yang benar-benar aku anggap dia sahabat. Biar jadi rahsia sampai ke mati.

Bila sahabat bersatu hati, barulah ada satu ikatan persahabatan yang indah. Ini tak!! Ada yang dengki satu sama lain. Ada yang bermusuhan antara satu sama lain. Ada yang merajuk hati. Apa lagi?? Aku cakap mengikut pengalaman aku la. Memang akan jadi macam tu punya... =)


Sahabat tempat kita 'curhat'. Banyak benda yang kita share & cerita. Bukannya tak jumpa esok. Tapi bila bertemu, cerita sampai seminggu pun tak habis. Bestnya ada member nak ajak borak.


Bila susah hati, sahabat kita la yang selalu mendapingi kita selain family kita sendiri. Dorang ada sebagai tulang belakang utnuk memberi nasihat. Tu la best. Tak semua sahabat yang akan setuju dengan apa yang kita cakap atau apa tindakan yang kita dah ambil. Seorang sahabat yang baik, mereka akan membangkang perbuatan kita kalau kita melakukan kesilapan. Tegur demi kebaikan itulah tanda sahabat yang sejati.


"Pinjam bahu kamu boleh? Nak nangis puas-puas".
Bila kesedihan mengusik jiwa, sahabat ada untuk pinjamkan bahu mereka untuk kita nangis dan lap hingus kat baju dorang. Hahahahaa.. Pelukan mereka yang buat kita rasa nyaman sekejap!



Bagi mereka yang sentiasa memahami, menyayangi, berkongsi kegembiraan & kesedihan, mereka layak untuk menerima 'award' ni. Kamu adalah orang yang paling istimewa diantara yang teristimewa kawan!!

Jadi, minggu ni blog aku akan dihiasi pasal kawan-kawan aku je!! Kisah tu boleh dijadikan iktibar ataupun mehiburkan hati korang yang akan membacanya. Berapa minggu? Tu aku tak pasti. Selagi aku ada mood nak cerita, aku akan lanjutkan.

Terima kasih kawan-kawan yang sudi singgah kat blog aku. Luv yaa~

Monday, April 18, 2011

Haus~


"Meh kita pekena cendoi sat"..

Lelaki yang aku paling cintai (**perlu ke nak mention??) telah bawa aku pergi pekena cendol paling sedap, paling murah & paling.. paling paling.. semuanya paling. Disebabkan pemilik kedai cendol ni baik hati, so aku dengan baik hatinya nak promote kedai dia. 



Dengan berharga semurah RM1 untuk cendol biasa & RM1.50 untuk cendol yang luar biasa macam cendol pulut, cendol jagung, cendol durian & etc. Murah kan???? Ada lagi yang menariknya.. Dah la murah, boleh tambah cendol tu ikut suka hati korang!! Yeeeaa.. aku tak tipu! Kat meja g kita duduk tu memang dah disediakan cendol, santan & gula merah untuk korang tambah. Lantak sampai lebam pun takpe.

Korang nampak tak apa dia tulis?? "Lagi banyak tambah, lagi banyak PERCUMA".

Hebatkan??? Kat kawasan Lembah Klang ni mana nak dapat macam ni??? Hanya kat Negeri Sembilan je ado bondo alah ni. Den dah cubo carik kek tompek lain tapi tak dapek. Heheheh.. Aku dah temuramah pakcik merangkap tuan kodai cendol ni. Aku tanya dia macam-macam. Tapi yang paling menarik minat aku bila time dia jawab macam ni, "Pakcik bersedekah. Dengan cara macam ni, pakcik boleh bersedekah dengan semua orang dalam masa yang sama pakcik dapat rezeki sikit. Alhamdulillah rezeki pakcik bertambah dan melimpah-ruah. Pak cik tak rugi apa pun kalau dorang tambah. Nak makan, makan la. Kita share sama2". Fuhhh.. Salute la pakcik ni. Dia ni merupakan askar pencen. Dia punya citer bab sejarah, semua date, semua tahun dia ingat. Kita yang belajar sejarah kat sekolah pun tak seteror dia wehhhhh!!

Orang sanggup minum berdiri. Janji dapat minum cendol Pak Leman ni. Memang terbaikkkkk~

Moh kito cubo ramai-ramai~

** Lelaki yang aku paling cintai = Ayahandaku. =)

Saturday, April 16, 2011

Mak saya lahirkan saya pada tarikh 16 April

Uwekkk.. Uwekkkkk~
(Bukan muntah tapi nangis!)

Lahirlah seorang bayi seberat 2.9kg yang diberi nama Sharifah Erfiza Elaika di Hospital Besar Melaka (huhhh.. susah nak mintak kerja dengan kerajaan Selangor).


I'm speechless and cannot say anything right now!! Blank!!! I need some space to breathe.. Now I'm 26?? Ohh noo...

Account = Done!
Doctor = Done!
Singer = Done but i'm not AF's student =(
Boyfriend = Done but last week, he and me was break off laa.. haiyakk!! So, NOT DONE!!
Wife = Not Done!!!!!
Mommy = Ofcoz la Not Done yang! Y___Y

Many thanks to my Ibu sebab dah lahirkan bayi yang cantik, bijak dan gebu untuk ayah. Semoga 'anak' ini akan terus berbakti untuk kedua-dua orang tuanya sehingga ke akhir hayat. Aminn.. Terima kasih jugak kat ibu sebab masa mengandungkan aku, dia mengidam benda2 yang baik je. Contoh:: Dia mengidam makan soya beans. Asik makan soya beans je. Alhamdulillah kulit agak sedikit cerah. Kalau nak diikutkan keturunan,  kulit semuanya jenis kulit 'sawo yang terlalu matang :D'. Heheheh...

Thanks Allah sebab panjangkan nyawaku dan aku berharap aku dapat menjadi hamba-Mu yang Kau cintai. Aminn~

Thanks kat kawan-kawan saya yang wish besday saya. Sayang korang!!
Thanks jugak kat my besties yang sudi buat muka aku jadi wanted seluruh Malaysia, Leicester & Istanbul.. Korang boleh klik kat sini klo nak tau apa yg membuatkan aku jadi GLAMOUR seluruh dunia..

Thursday, April 14, 2011

Curang

Mood aku sekarang : Summer yang sejuk sampai ke tulang.. ^__^
---------------------------------------------------------
"Kenapa isteriku curang padaku?".. "Kamu curang!!!"... "Abang la yang curang dulu. Bukan saya!!"

Dah banyak kes dah kalau kita buka tajuk ni. Baru-baru ni aku dapat 3 kes yang berkaitan dengan 'curang'. Yang pertama, berkaitan dengan si suami curang dengan si isteri. Yang kedua, si boyfriend curang dengan si girlfriend. Yang ketiga, isteri curang dengan suami.

KES PERTAMA.

Seorang isteri yang sangat lemah lembut mengalami tekanan perasaan yang sukar dikawal & ditafsirkan apabila suaminya menduakannya. Suaminya berkahwin dengan wanita lain dalam usia perkahwinan yang masih muda dan masih terlalu awal untuk membina satu perkahwinan yang matang walaupun sudah dikurniakan seorang cahayamata. Bila si isteri mempertikai dan menyoal tentang bab curang, si suaminya bersuara dengan mengatakan, "Lelaki tidak boleh dikatakan 'curang' kerana lelaki berhak memiliki 4 orang isteri!!". Isterinya hanya mampu mengalirkan airmata. Tu je!!

KES KEDUA.

Si BF curang dengan GF dia disebabkan seorang 'perempuan dimasa lampau'. Kira cinta lama berputik kembali. Memang tak sangka la. Sebelum ni, si GF ni macam tengok si BF okay je. Kaki mengayat perempuan tu memang dikatakan 'tak mungkin!'. Tapi semenjak si BF menghadiri  'reunion party' baru-baru ni, hati BFnya beralih arah. Nasib baik si GF ni dapat tangkap. Dan akhirnya, si BF mengaku yang dia ada menghubungi perempuan tu dan sekali lagi si BF ni membuat pengakuan yang hatinya sedikit terusik. Jadi, si GF ni rasa sangat sedih dan minta untuk break off. 

KES KETIGA.

Suami mengadu yang isteri dia bercinta dengan bos pulak! 

Sebagai doktor otak & jiwa, otak aku dah biul dan jiwa aku dah kacau!!! Pening pening peninggggg~
Serius aku tension! Kesian aku sebab keje asik jadi pendengar setia je!!. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk-Mu. 

Serius aku cakap. Perkara macam ni bukan senang untuk dihandle. Zaman sekarang memang kita susah untuk  tafsirkan. Bila suami baik, bini pulak buat taik. Bila bini baik, laki lak buat taik. Yang belum kawin, kira selamat lagi. Boleh patah balik & insyaAllah akan dapat jodoh yang lebih baik. Tapi bagi mereka yang dah berumahtangga?? Anak-anak jadi isu & konflik. Kesian.. 


Jiwa aku kacau sebab aku dah rasa macam nak maki je!! Tapi sabar. Aku tak boleh tahan kes yang pertama tu. Hati aku sakit. Aku dah rasa nak lempang je bini dia tu supaya dia bangkit dengan semangat baru. Biar keluar perasaan marah. Arrrghhhhh.. Aku gila sekarang!! Aku yang kena jumpa doctor pakar psikiatri. Aku jadi pesakit sekarang!! Haahahahahaaaaa~


P/S : Aku bukan doctor.. Hahahahaha.. Aku gilaa.. Aku gilaaa!!!!! Hahahahaa.. Huhuhuuu~

Tuesday, April 12, 2011

Kereta Buatan Malaysia!

Siapa cakap kereta Malaysia tak cantik?? Akan ada keluaran kereta buatan Malaysia yang cantik nanti. Walaupun mereka menggunakan idea-idea teknologi daripada negara luar, itu tidak menjadi masalah. Yang penting, Malaysia mampu mengorak langkah demi kemajuan negara!!

Marilah sama-sama kita lihat kereta-kereta edaran Proton.

TUAH.




JEBAT.



KASTURI.




LEKIR.




LEKIU.



Dan ini kereta yang terakhir. Kereta ni paling berat bertan-tan. Maaf sebab tak sempat nak masukkan dalam show room.

TANGGANG.

Dah kena sumpah jadi batu.. hehehehe~


Malaysia bolehhh!!!!! Love Malaysia!!!



Soalan apa ni????

Lapar... Lapar.. Laparrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!


Pekena kat kedai mamak cantik gak ni....


Aku : An-ney, kasi bungkus saya meehoon goreng basah, tiga. (bukan aku melantak sorang okeh!!)..


Mamak : Wokeh siap!!!


10 minit kemudian....


Mamak : Adik, yang tadi tu mau tapau ka bungkus????


Aku : Tapauuuuu!!! (Errrkkkk... Apa soalan bodoh yang aku jawab ni???) *garu kepala*




Binawe punya mamak. Bikin panas la. Ko yg buat lawak, ko ketawakan aku plak.. $%@#$%#@%#$!
Siot je! Suka hati aku la nak jawab guna bahasa cina. Hati aku dah rasa macam nak tukar color kulit mamak ni jadi kulit Yap Ah Loi je nih!! 


**** Bukan ke 'tapau' dengan 'bungkus' tu benda yang sama?????????!!

Saturday, April 9, 2011

Islam dan Mualaf

Ini kisah benar yang diceritakan oleh pakcik aku sendiri..

Dah lama aku nak share dengan korang pasal kisah ni. Tapi tak tertulis sebab selalu je fikiran aku ni dicantas dengan tajuk-tajuk blog aku yang lain. Sebenarnya kisah ni banyak pengajaran yang aku buat aku berfikir sendiri dan dapat menyedarkan aku daripada kealpaan.

Pakcik aku bekerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang mualaf. Dia ni mempunyai syarikat membuat kapal (kapal ala-ala Titanic kot). Dulunya dia berketurunan Buddha yang berbangsa cina. Tetapi dengan kuasa Allah Taala, dia mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam, agama yang suci. Dia memeluk agama Islam ketika umurnya sekitar 40-an (sekarang umur dia dlm 50 thn).

Aku tak pasti apa yang membuatkan dia memeluk agama yang indah ni. Orang kata, jika seorang mualaf melangkah & memilih Islam sebagai agamanya, dia seolah-olah bayi yang baru lahir tanpa dosa. Itu benar. Dia benar-benar jatuh cinta dengan Islam. Dia mendalami Islam dan sanggup merantau semata-mata ingin menuntut ilmu. Ada beberapa perkara yang membuatkan pakcik aku rasa bertambah hormat terhadap hamba Allah ini. 

  • Pukul 10am..

Pakcik : Hello, boss. Maaf ya. Boss kat mana yea sekarang? (Pakcik aku terpaksa call dia sebab dia selalu menghilang time-time macam ni).

Boss : Kenapa call saya? Saya ada kat surau. Saya solat Dhuha kejap!

  • Ketika pulang dari Tanah Suci Mekah (Dia terpisah dengan anaknya semasa pemeriksaan imigresen dan dia menunggu anaknya tapi anaknya masih tak kelihatan. 
Boss : Mana anak saya ni?? Risau saya.. Orang ramai ni.

Pakcik : Sabar ya boss. Mungkin lambat sikit kot.

Boss : Ya Allah, Kau lindungilah anakku. Temukanlah aku dengannya dengan kadar yang segera. Amin.

Allah Maha Mendengar. Tak sampai 3 minit kemudian, anaknya muncul dalam lautan manusia sambil membawa bagasinya. 

Boss : Alhamdulillah Ya Allah. (Menitis airmatanya sambil memanjat kesyukuran).

  • Bertemu dengan sahabatnya yang sudah lama tak jumpa.
Masa tu dia kat Singapore. Ada meeting kat sana. Ketika di hotel, dia ternampak satu poster dan dalam poster tu ada nama sahabatnya. Sahabat dia datang ke hotel itu untuk menjadi penceramah dalam sesi ceramah agama. 

Boss : Saya kenal la lelaki dalam gambar ni. Ni sahabat saya ni masa saya belajar agama kat Indonesia. Ya Allah, Kau temukanlah aku dengan temanku yang sudah lama terpisah Ya Allah. Aku sangat merinduinya.

Kuasa Allah.. Sebaik je dia menolak pintu lobi, sahabatnya muncul betul-betul dihadapannya & mereka berdua masing-masing seperti terkejut. Mereka berpelukan melepaskan rindu selepas beberapa tahun tidak berjumpa. Subhanallah.. Syukur pada Allah.

  • Berkahwin dua di atas alasan yang kukuh.
Dia berkahwin untuk kali kedua dengan seorang wanita Cina. 

Pakcik : Eh boss.. Boss kawin dua?? Kenapa ya??

Boss : Saya kahwin dua kerana Allah. Saya kahwin dengan seorang janda yang merupakan pesakit kanser payudara. Dia mempunyai anak yang ramai. Biar saya bantu untuk menyara hidup dia & anak-anak dia. Saya nak tolong dia untuk berubat. Isteri saya tu dah masuk Islam. Anak-anak dia pun sama. Semua masuk Islam. Biar saya bantu dorang mendalami Islam. InsyaAllah.


Dia selalu pesan dengan pakcik aku, "Jangan tinggal solat ya. Allah yang bagi kita rezeki. Berzikir banyak-banyak supaya hati kita tak kotor. Ingat Allah. Kadang-kadang saya pernah terfikir dan takut. Saya takut Allah sentiasa memberi & memakbulkan doa saya. Apa yang saya nak, Allah akan bagi tapi saya takut apa yang Allah nak, saya tak mampu nak bagi. Saya takut!".


Kawan-kawan, bila aku dengar cerita ni, aku terfikir. Aku yang sejak azalinya memang beragama Islam, kenapa aku tidak seperti dia? Yang mencintai Islam sepenuh hati. Tidak pernah tinggalkan solat & sentiasa bersyukur pada Allah. Kenapa aku yang Islam sejak azali tak mampu untuk melaksanakan & mematuhi perintah Allah sedangkan aku dah diajar dari kecik tentang tanggungjawab aku sebagai hamba-Nya. Ya Allah, aku khilaf & maafkan aku kerana leka dan lalai dalam melaksanakan perintah-Mu. =(

Tuesday, April 5, 2011

Isi tempat kosong

Anda diminta untuk mengisikan tempat kosong mengikut pilihan jawapan yang telah disediakan.

1. Ada seorang _______ cantik yang bernama Sharifah Erfiza.
2. Malam ni dia _______ tebiat sebab masuk tidur awal.
3. Dah nama pun mata _____ hantu. 
4. Mustahil dia dapat lelapkan ______ dengan begitu cepat.
5. Golek sana, golek _____.
6. Mata tetap tak boleh _______.
7. Dia pandang ke arah _______ dan menekan-nekan suis banyak kali untuk memastikan betul ke kipas tu berfungsi.
8. Nak on air cond, air cond pulak _______.
9. Dia rasa malam ni sangat _______.
10. Adakah musim ______ dah bermula??
11. Tapi napa ada negeri lain _______??
12. Haiii.... Dunia sekarang semakin ______ macam Erfiza jugak.
13. Rasa macam nak _____ dalam bath tab yang ada ice!!
14. Arrgghhh.. kena berusaha untuk lelapkan ______ ni.
15. Esok nak ______.


PILIHAN JAWAPAN:

kipas            sini            panas          summer         banjir        mata      tua          mandi       mata

tebiat           burung               takda               kerja       tutup             gadis      

Monday, April 4, 2011

Siapa Mak, Siapa Bapak??

Entry kali ni adalah satu isu yang sangat sensitif tapi kisah ini tidak ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup mahupun yang telah mati. Diminta anda semua tidak ada yang terasa hati & merajuk ke apa ke. Harap maklum. 


Ada satu hari tu aku pi window shopping with my Mr. Medicine. Dah kata window shopping. So, kejenya just masuk kedai, keluar kedai & cuci mata without membeli sebarang menda pun. Dah penat berjalan, pi singgah 'Secret Recipe' sat. Tekak mengidam nak makan kek Black Forest. Lepak sambil tengok orang lalu lalang. Tetiba mata kami memandang ke arah yang sama. Kami memandang 1 couple yang sedang menuju kat tempat yang kitorg makan ni. 


Apa yang menyebabkan kami pandang dorang?? Apa yang peliknya? 


Mahu tak peliknya. Si couple ni bukan main mesra. Lentok sana, lentok sini. Dah rasa macam dorang nak bercium dah. Tapi mesti korang kata, "Tu normal laaa..". Okay. Memang normal la kot untuk couple zaman sekarang ni (NOT ME!!!). Yang buat tak normalnya adalah........


Tomboy & Maknyah!!!!


Tomboy (gambar hiasan)

Maknyah (Gambar hiasan)


Mr. M : Awak nampak apa yang saya nampak??


Aku : Nampak.. (Buat muka tahan gelak)


Mr. M : Dorang boleh kawin. =D


Aku : A'ah kan sebab dorang lelaki perempuan. Boleh dapat anak gak kan?? Ehh.. tapi kalau dorang kawin, sapa yang mengandung?? Tomboy tu la kan?? Ngaaa.. Bapak baby tu yang mana satu? Yang rambut panjang ke yang rambut pendek?  


Mr. M : Yup! Dorang boleh kawin & boleh ada anak. Itu pun kalau yang maknyah tu tak buang dia punya............... Aahh!! U ni. Dah dah.. jangan fikir lagi pasal dorang. Merosakkan otak saya je. 


Aku : Ehh.. yela. Saya pun nak tau gak. Saya mesti nak kena kaji benda-benda pelik ni. Pastu....


Mr. M : Syyyhhhh... Dah! Tutup mulut awak. Syyhhhh.. 


Aku : Tapi saya... 


Mr. M : Ssyyhhhhhhh...


Aku : (Muka bengang. Tak puas hati!!)


Macam-macam dunia zaman sekarang ni... 

Kisah Dua Budak

Yuppp.. Aku lapar tapi tak nak A&W bleh tak?? Muak beb!! Sampai sekarang aku tak boleh pandang waffles (sebab pekena waffles 2 scoops ice cream. Makan separuh je!! Huwekss). Tapi makan jela kat situ memandang mak aku mengidam nak makan float. Aku order air je then ternampak ada booth yang jual macam 'Hot & Roll'. Masa aku tengah tengok menu tetiba datang 2 orang budak & aku curi-curi dengar perbualan dorang. Mari kita baca perbualan mereka...




Adik (lingkungan 8 tahun) : Abanggg.. Nak yang ni bang!! (Dia cakap sambil jarinya menunjuk gambar menu 'banana & choc ice-cream').


Abang (Lingkungan 13 tahun) : Hahh? Hmm.. Abang ada RM10.00 je dik.


Adik : Erkk.. Kalau macam tu takpe la bang. Kita beli air jela. Adik haus.


Aku (lingkungan 21 tahun) : o(╥﹏╥)o (Hati sebak bila dengar)


Tak sempat aku nak pandang ke mana arah budak tu, budak-budak tu dah hilang. Lepas aku beli, aku duduk tempat aku. Dalam 15 minit aku lepak kat depan A&W, tetiba budak-budak tu lalu. 


Aku cerita la kat akak aku..


Aku : Haa.. budak2 ni la mek. Budak yang depan kita ni tadi dia nak beli yang macam aku makan ni, tapi dia tak cukup duu....duu..iiittt.. (Damn!! Tak pasal2 meleleh air mata aku kat situ gak bila tengok dorang mundar-mandir kat depan-depan kedai tanpa membeli apa-apa).


Akak : Mana.. mana?? Asal ko tak belikan dorang?? Bape ringgit benda tu??


Aku : Tak sempat nak pelawa. Diorang dah blah. Makanan ni RM9.90 je.


Akak : Dikk. Dikk.. Sini jap! 


Akak aku panggil budak tu & dia suruh budak-budak tu pilih apa yang dorang nak makan or minum. Kira belanja la sebab kesian takde duit nak beli makan. à²¥_ಥ


Akak : Adik nak makan ni yeah??


Adik : Hmm.. Ntah. Tanya abang.


Abang : Eh takpe la kak. Kitorang tak nak benda ni. Takpe-takpe. =)


Akak : Ehh.. Takpe dik. Akak belanja.


Adik : Saya tak nak ni kak. Saya haus.


Akak : Okay.. Kita pi tempat lain. 


Abang : Akak, air mineral pon takpe kak.


Akak aku bawa dorang pi kat 'cool blog ice blended'.






Akak aku order 2 cawan ice blended with jelly pearl.


Abang : Ehh.. kak. Beli satu je. Kitorang boleh share.


Akak aku buat tak tahu je. Bila dah beli, dorang terus blah. Yang aku tak henti-henti plak air mata ni. Meleleh je sebab aku tak dapat bayangkan kalau dorang tu family aku sendiri. Tak pon aku sendiri. Ya Allah, sedihnya. Sayu gila!!!!


30 minit kemudian...


Budak-budak tu lalu depan kitorang lagi & kali ni bawa parent dorang. Bapak dia naik 'wheelchair' dan mak dorang tengah tolak. Dorang pandang & kitorang pun pandang jela dorang. Sekali korang tau apa jadi????


Dorang masuk kat restoran yang agak exclusive!!!! Anak orang kaya rupanya!!! (Aku pun makan A&W je.. =/ ) Rupa-rupanya, yang tadi tu dorang just jalan-jalan sendiri (kira jalan asing2 ngan parent dorang). Akak aku pandang aku, aku pandang akak aku.


Akak aku cakap, "Tetiba hati aku tak sedap. Mesti dorang ingat aku ni gila sebab tetiba aku blanja dorang kan? Mesti dorang fikir aku nak hina dorang, konon-kononnya ingat dorang takde duit ke nak beli air?!. Ni semua ko punya pasal!".. Aku just jawab, "Kita bersedekah. Dah rezeki dorang dapat hasil sedekah dari kita. Apa dorang nak cakap, biarkan. Dorang budak-budak. Allah Maha Melihat apa yang kita lakukan. Allah je yang tahu seberapa ikhlasnya kita. (Citttt... Ngok btol la. Tulis blog pun air mata aku boleh bertakung!!)


Dalam hati aku:::


Ya Allah, syukur & leganya hati bila tengok budak-budak tu bukan orang susah. Kalau tak, sedih aku tak habis!!!


Kawan-kawan, tak kira sapa mereka, dari mana mereka datang, macamana penampilan mereka, jika mereka perlukan pertolongan, perlukan sesuatu yang mereka tak mampu, berikanlah pada mereka. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Beri tanpa ada sedetik rasa riak & redha. Allah akan mengurniakan kita keindahan kelak. Aminnn... 

Saturday, April 2, 2011

Aku nak minta maaf

Ini kisah waktu aku berumur 6 ~ 9 tahun (tadika sehingga darjah 3 shj).

Siapa cakap aku budak baik?? Huhhhh.. Mak bapak aku je fikir anak dorang ni sopan santun (anak dorang tu aku la!). Ehhhh.. takde maknanya. Betul!! Apa yang aku nak cerita ni bukan benda tipu. Ni betul-betul. Korang bayangkan. Time umur macam ni, aku duduk kat kampung. Mak bapak aku kat Klang. So, aku merdeka!! Arwah nenek jaga aku & Mak usu aku yang selalu settlekan apa2 pasal aku (i luv u moksu Ita). 

Nak dipendekkan cerita, dari kecik lagi aku dah tergolong daripada golongan 'gangster'. Kecik2 dah pandai buat dosa kat orang. Bayangkan.. Apa yang tak kena dimata aku ni, ada balasannya. Ada beberapa nama yang 'top list'. Ada 5 orang yang pernah kena buli dengan aku. 

  • Aiman (budak muka mak salleh tapi gagap)
  • Lei Leng (tak pasti nama dia betul or tak)
  • Hidayah (classmate a.k.a jiran aku)
  • Nazri (budak lelaki yg paling baik bg aku)
  • Tarmizi (budak yg tak sempat aku nak jotos kepala dia)
AIMAN. (Darjah 2)

Aku tak tahu la kan. Nak katakan dia ni jodoh aku, tak pulak. Tapi dia ni, mana aku pergi, dia mesti ada. Mana kelas aku masuk, mana tempat aku duduk, aku mesti dengan dia. Cikgu suka sangat suruh aku duduk sebelah dia. Baik 1 group (meja 6 bijik dirapatkan) mahupun duduk berdua-dua (meja 2 bijik dirapatkan). Dia ni baik. Memang baik. Aku dulu pencil case suka beli yang lawa-lawa. Beli pencil yg color2, kartun2. Budak-budak la katakan. Bila dah cantik, sayang pulak nak pakai. Haaaa.. itulah aku. Bila sayang nak guna harta sendiri, aku gunalah harta orang lain. Apa lagi?? Si Aiman ni la yang jadi mangsa. Habis semua pensel/pemadam/ pembaris (pembaris panjang dia aku patahkan. Kira bahagi dua dengan aku. Baru adil..) aku guna. Harta dia hartaku juga!!. One day, dia bengang dengan aku agaknya sebab aku asik guna barang dia je kan, dia marah aku. Dia rampas apa yang aku pegang. Dia cakap macam ni, "kau guna ar ko punya sendiri!!". Wahh.. aku pandang je muka dia. Aku tak bersuara langsung. Aku tunggu line clear je. Aku tunggu dia letak lengan dia kat diantara meja aku dengan dia. Aku tengok dia letak je, aku terus rapatkan meja aku ke meja dia dengan lajuuuuuuuuuu... Apa jadi?? Tangan dia terkepit meja!!! Berdarah. Menangis tak henti ko!! Aku dah tak pikir dh muka ko hensem macam Aston Kusher. Haaa.. lain kali jangan kedekut!! (Sebenarnya aku bukan marah sebab dia kedekut. Yang buat aku marah sebab cara dia cakap tu. Tergagap-gagap pastu dia suka sangat simpan/tadah air liur dalam mulut. Bila bercakap, dah meleleh2. Geram aku!!) Maafkan aku Aiman..

LEI LENG BUKAN NAMA SEBENAR (Tadika)-> Ni bukan perkauman tapi ni kisah kanak2 okeh??!

Ni minah cina yang aku kenal masa tadika. Dia ni jenis suka memusnahkan hasil kerja orang. Aku bukan 1 group dengan dia. Dia group sebelah. Budak-budak tadika apa je mainan dorang. Setakat plastesin/tanah liat (play-doh), lego, congkak & etc. So, aku pilih nak main tanah liat. Boleh hilangkan tension bila dapat tenyeh2 benda alah tu. Aku buat bentuk penguin & member aku lagi sorang ni buat lempeng. Dia gunakan pencel 2b untuk lenyek2kan lempeng dia tu. Tengah sibuk2 member aku ni uli lempeng dia tu, tetiba si cina ni datang & amik tanah liat member aku. Member aku muka cuak & nangis sopan (nangis without suara). Aku ni jenis setiakawan. Pantang tengok member aku kena cantas. Aku dengan pantasnya amik pencil 2B tadi & cucuk lutut dia!!! Bila dah cucuk, aku cuak sebab pencil tu tembus daging lutut dia. Dengan gelabah, aku patah pencil tu dengan alasan supaya cikgu tak nampak pencil terjojol keluar. Sekali cikgu menjerit sebab budak tu nangis gila. Rupa2nya, pencil patah tu separuh kat tangan aku, separuh lagi dalam lutut budak tu!!! Huwaaaa.. lariiii~ Tak pasal2 budak tu admitted kat hospital kena bedah. Haa.. lain kali jangan sesuka hati kacau kawan aku!! Maafkan aku Lei Leng, bukan nama sebenar..

HIDAYAH (darjah 3)

Ohhhh.. dia ni memang aku dah attack lama dah. Dia ni jenis yang macam budak suka pakai beg Princess. Alaa... Jenis yg suka bergaya ala2 diva, jalan ala2 model gitu. Aku geli skit. Yang paling aku bengang, dia ni suka sangat menjeling. Wahhh.. hangat hati aku ni. Aku tetap bersabar selama beberapa bulan tapi satu hari tu, ntah apa sebab ntah mata dia tu asik suka nau menjeling bila tengok muka aku ni. Sekali dua tapi, ni banyak kali. Hati aku cakap, "Dah tiba masanya ko bertindak Er!!". Aku tunggu dia pandang mata aku & sekarang gak aku bertindak. "Chupppp". Tau apa aku buat?? Aku cucuk mata dia guna jari telunjuk aku!!! Hahhh.. amik ko! Petang tu jugak mak usu aku bawa aku pi umah dia & jelaskan kat mak si Hidayah tu napa dia buat macam tu. Huhh.. Ingat aku nak mengaku?? Gila? Mata dia dah berdarah blah dalam beb. Keliling semua merah. Haaaa... Lain kali jangan suka jelingkan mata kat aku. Kan dah dapat bahananya!! Maafkan aku Hidayah..

NAZRI (darjah 3)

Semenjak kes aku cucuk mata Hidayah, budak-budak lain pun dah buka mata masing-masing. Semua takut nak buat hal dengan aku. Budak-budak class aku semua dah jadi baik. Ada 1 kisah pasal si Nazri ni yang menunjukkan dia tak nak langsung buat hal dengan aku. Aku kat kantin masa tu. Memang hari tu aku rasa betul-betul lapar. Selalunya duit belanja aku, aku guna untuk beli pemadam sebab memang tiap-tiap petang ada pertandingan laga-laga pemadam. Disebabkan lapar, aku beli satu pinggan nasi lemak. Ntah macamana, elok-elok aku tengah berjalan nak menuju ke meja, tetiba si Nazri ni terlanggar aku dan menyebabkan nasik lemak aku jatuh & bersepai semua nasi, ikan bilis semua. Aku pandang nasi tu & aku terus pandang Nazri. Bila aku tengok je mata Nazri, dengan gelabahnya dia cakap, "Ehh.. tunggu. Tunggu jap yeh. Tung..tunggu jap aku beli baru!". Dia lari & terus belikan nasi lemak yang baru. Aku pandang dia tak lepas sebab aku nak tengok sama ada dia tu betul-betul ke nak gantikan nasi lemak aku. Ohhhh.. betul2 rupanya!! Dia siap beli 2 pinggan okay!! Walaupun nasi lemak depan mata aku, tapi mata aku tetap nak pandang muka dia. Baiknya budak ni.. Aku cakap, aku tak marah dia pun walaupun nasi aku jatuh. Dia senyum lega. Haaaaa... Ini balasan kat orang yang jujur. Dia tau mengaku salah dia & cara dia minta maaf sangat sweet!! So, aku tak marah dia langsung malah suka. Apa jadi kat nasi 2 pinggan tadi tu?? Aku mintak balasan. Dia kena temankan aku makan nasi tu. Dia sepinggan aku sepinggan. Kena duduk semeja &  tu first time aku berdating. Muahahaha... (Itu aku tipu. Sekolah rendah la weh!! Mana tau dating!!). Maafkan aku Nazri..

TARMIZI (darjah 3)

Budak ni plak buat taik masa akhir tahun (esoknya cuti sekolah 2 bulan). Dah nama pun cuti sekolah. Semua sawan nak balik cepat. Aku pun sama terkinja-kinja nak balik awal. Bila dengar bunyi loceng je, semua ucapkan 'terima kasih cikgu' laju-laju & cabutttt... Dah ramai-ramai nak keluar, semua orang berasak-asak nak menuju ke tangga. Entah macamana, ada sorang budak ni lari pecut tiba-tiba & langgarnya aku. Aku dengan slow motionnya jatuh betul2 tepi longkang. Bukan tu je, dulu-dulukan banyak pasu-pasu bunga tepi longkang (konon-kononnya cantikkan sekolah). Tangan aku pi langgar pasu tu & pasu tu jatuh. Apa lagi, tembikar yang pecah tu masuk menusuk dalam tangan aku. Dah satu hal cikgu nak kena keluarkan tembiakr tu daripada tangan aku. Cikgu tanya sapa tolak, dorang semua cakap, "Tarmizi cikgu!!!". Tarmizi tak ngaku! Aku geram je tengok muka dia. Aku nak bertindak, tak boleh. Tengah tahan sakit. Aku cakap, ko tunggu mizi. Aku akan balas. Last-last, sampai sekarang aku tak dapat nak balas sebab tahun depannya, aku pindah ke Klang & sekolah di sama. Huhhh... Ko bernasib baik Mizi. Klo tak, ko mangsa aku yang ke-5!! Haaa.. kali ni baru padan muka aku!! Tak payah la aku nak mintak maaf kat Mizi tp Mizi KENA MINTAK MAAF KAT AKU PLAK!!!!! 


Anak-anak:::

Jangan nakal macam auntie yea.. Jadilah budak yang baik & sopan supaya tak kena sumpah dengan orang. Ù©(-̮̮̃•̃)Û¶

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...