Ada kena mengena ke gambar ni?? Blasah jela!!
Seorang gadis membenarkan boyfriendnya untuk berkenalan dengan wanita lain dan wanita tu juga dikatakan adalah salah sorang wanita yang hendak dijodohkan dengan boyfriend dia. (Cousin boypren dia nak kenen-kenenkan dorang berdua). Dan mereka (wanita & boyfren) berkenalan semasa boyfren dia pi holiday. Dan bila gadis ini melihat gambar-gambar mereka berdua, baru la tercetus 'dunia' baru yakni dunia batin. Tak ada sorang pon yang mengetahuinya.
Hati jahat : Kau tengok tu jah. Sepadan weh dorang dua orang ni. Macam pinang dibelah dua. Dorang ni macam ada jodoh je kan? Tak macam kau. Tak padan langsung. Lari timing laaa..
Hati baik : Ehh.. ko jangan dengar cakap hati ko yang jahat tu. Dorang memang padan tapi ko pun apa kurangnya?? CINTA tu tak kenal rupa la yang..
Hati jahat : Kau kat sini, dorang berdua kat sana. Ko tau ke apa yang dorang buat, apa dorang borakkan? Ntah-ntah dorang dah jatuh cinta each other tak??
Hati baik : Kau dah berkawan dengan dia selama 3 tahun. Takkan la dorang yang baru kenal bleh jatuh cinta kot? Benda tu memang bukan mustahil tapi mustahil kot bagi lelaki macam boyfren ko tu. Percaya la cakap mak ni.. Gayaa Gaya Gayaa~
Hati jahat : Wehh.. ko ingat sikit. Ko tu kerja apa?? Pompuan tu bakal kerja as a doctor ok. Ko?? Low class!!
Hati baik : Dengar sini. Tak kisah la ko tu keje apa. Ko ke yang nak tanggung bakal laki ko nanti?? Tak kann?? So, ko rileks.
Hati jahat : Apa lagi eh?? Nanti klo dorang kawin, mesti anak dorang cantik-cantik & pandai-pandai. Kalau kawin dengan ko? Lawa ke anak2 korang nanti?? Harapkan muka laki ko jela. Lagi 1, pandai ke??? Huhh~
Hati baik : Anak-anak tu semuanya rezeki dari Allah. Lawa or pandai, tu semua Dia yang tentukan. Masa mengandung nanti, ko baca lah surah-surah khas untuk orang mengandung. Kita berusaha dan berdoa. Ada gak yang mak bapak tak cantik tapi anak-anak perfect segalanya. InsyaAllah.
Hati jahat : Percaya la cakap aku ni. Aku tak yakin dengan dorang ni. Dalam masa seminggu, macam-macam benda boleh berubah. Ko tengok gambar-gambar dorang. Macam, mesra gitu.. Macam ada simpan perasaan pun ada gak. Ko lupakan jela jantan ni. Ko kan suka. Ko yang suruh dia try pompuan ni kan?? haa.. terima jela dengan redha.
Hati baik : Jangan percaya cakap dia. Dia jahat. Ko cuma percaya kata hati ko. takde sapa yang boleh bantu kecuali diri ko. Aku tau ko suruh dia jumpa tu pun bersebab kan?? Aku tau ko banyak berkorban. Percayalah bahawa Allah akan mengurniakan 'sesuatu yang indah' bagi mereka yang SABAR. Kalau la lelaki ni suka pompuan tu, takkan dia asik tanya itu-ini kat ko kan?? Skit-skit mesej, Macam tak tenang je dia kat sana. Kesian. "EASY GET, EASY GO!". Bila cepat suka, cepat jugak benci. bila benda yang senang kita dpat, senang jugak dia pergi meninggalkan kita. Ko pegangla kata-kata ni k. Jangan putus asa dan slow talk. Kita pon tak tahu apa perasaan lelaki tu.
Jawapan gadis melalui lubuk hatinya:
Aku percaya dia. Itu semua hanya ujian untuk aku dan aku fikir kalau ada jodoh, takkan kemana. Dengan sapa dia berkawan, mana dia duduk, kami tetap bersama kalau diizinkan oleh Allah. So, chill laaa~
Hahhhh... kan bagus kalau kita ada senaraikan pro & contra. Kita akan dapat tau jawapannya walaupun lambat sangat nak tahu penghujung cerita. ^__^
1 comment:
kalu dah jodoh tu dik tak akan kemana...tp kalu tak ada jodoh buat mcm mana pun tetap tak bsama jugak...:-)
Post a Comment