25th September 2010
Merupakan tarikh keramat buat sahabat baikku Ezaratul Nazihah Hassan kerana tarikh itu merupakan tarikh perkahwinannya. Dia merupakan teman aku dari kecik sampai besar. Dari sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah tinggi, sampai tempat kerja. Dua kali pindah kerja pon kami tetap bersama. Pendek kata, kawan aku, kawan dia. Kawan dia, kawan aku.
Masa dia kahwin, aku kira jadi penyambut tetamu. Melayan la tetamu-tetamu yang datang sebab kebanyakkan mereka yang datang semua aku kenal. Jadi setiap kali orang nak salam aku, mesti dorang dok tanya....
"Ziha dah kawin. Kau bila lagi Er??"
Jawapan aku simple je. "Huhh.. Kahwin??? InsyaAllah tahun depan!!!"
Setiap kali nak salam, orang akan tanya soalan yang sama. Hehhhh... Penatla aku nak jawab!!! Dalam hati aku cakap apa tau?? "Kalau aku kawin sok, korang yang sibuk dok bertanya aku tu tak dapat datang, siap korang!!!!"
No comments:
Post a Comment