- PART I
Tajuk kita letak dalam bahasa 'ongputeh'.
Tapi blog's entry tak boleh tulis dalam 'ongputeh'. Bukan apa..
Ada sesetengah pembaca tak berapa fluent in English. Kang ada yang tak faham. Aku nak orang baca dengan selesa.. (",)
-- Sebenarnya, aku takut aku sendiri yang tak paham apa yang aku tulis.. Muahahahaha--
I'm single... Aku bujang.
Memang itu status aku sekarang. Bukan sekarang je. Memang dari dulu la. Orang selalu tanya, "Abis lelaki yang dengan kau tu siapa? Yang kau link kat FB tu. Kau 'open relationship' dengan sapa nama dia ntah!"
Jawapan aku simple je. Tu kawan!!
Macam ni la. Biar aku terangkan keadaan sebenarnya. Bagi aku, bila aku buat link 'open relationship' tu, itu bermakna, orang tu adalah orang yang paling rapat dengan aku. Dia boleh dipanggil BOYFRIEND tapi hanya sekadar boyfriend bukan SPECIAL boyfriend okay!
Lain la kalau aku link kan dengan tittle 'IN A RELATIONSHIP'. Haaa.. yang tu lain cerita.
Jadi, bagi mereka-mereka di luar sana, tolong la jangan salah faham dengan apa je status aku tu. Aku tau korang semua tak sabar nak tengok aku ada someone. Aku lagi tak sabar tau (aku ucapkan dengan nada GEDIK). Sabar la yea. Calon ramai tapi hati aku masih belum terbuka untuk mulakan langkah baru. Napa la hati aku liat sangat.
Sekarang aku nak umumkan yang aku sebenarnya SINGLE MINGLE.. o(╥﹏╥)o
So, para jejaka yang juga masih single trang tang tang tu, meh la cuba untuk berkenalan dengan aku. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Okay?
Marilah kita sama2 membantu untuk tukarkan tittle SINGLE itu secepat mungkin. InsyaAllah! ♥‿♥
- PART II
Sebenarnya aku ada kawan baik lelaki yang buat aku rasa confuse. 2-3 hari ni ada berlaku sikit salah faham dan buat kitorang rasa macam tak boleh nak control dan boleh buat kitorang rasa mcm nak split untuk sementara. Puncanya??
Akuuuuuu....
Tadi dia ada call aku. Okay plak bila dah borak. Cuma tadi dia mintak sesuatu dari aku.
Dia: Awak suka tulis blog kan?
Aku: A'ah. Napa??
Dia: Boleh tak saya nak mintak sesuatu. Itupun kalau awak sanggup nak buat la.
(Dalam otak aku dah fikir yang bukan-bukan dah. Sama ada nak buat benda yang tak senonoh ataupun nak suruh aku buat jualan langsung & tumpang blog aku untuk promote. Aaaahhhhhh... takde masa aku nak promotekan barang orang. Blog aku suci. Bukan untuk letak barang2 yang bisa buat orang lain malas nak baca blog aku okay!!!.. Tapi bila difikirkan balik, dia mana minat semua tu. Mana ada masa nak bikin jualan langsung. Gaji dia pun dah cukup besar bagi aku. ❀◕‿◕❀ .. Berbunga-bunga plak hati aku bila cerita pasal gaji. ٩(-̮̮̃-̃)۶)
Aku: Apa dia? Cakap je. Saya sanggup buat. (Padahal dalam hati.. grrrrrrrrrr)
Dia: Saya nak awak tulis pasal saya dalam blog awak. Saya nak awak tulis je apa yang terbuku dalam hati awak. Apa sahaja. Nak marah ke, benda yang awak tak suka pasal saya ke, benda yang buat awak benci ke, benda yang buat awak suka ke.. Apa sahaja.
Aku: Huhhh.. Biar betik awak ni? Apa je?? Saya nak kutuk awak pon boleh? Tak mengaibkan ke?
Dia: Yup! Nak kutuk saya pon takpe. Saya izinkan.
Aku: Wahhh.. ni dah kira bagus ni. Tak penah-penah ada orang suruh saya buat keje seni macam ni. Tapi napa awak nak suruh saya tulis?
Dia: Saya dah kata tulis, tulis je la!!! (woooww.. takut aku bila suara dia bertukar. Tetiba aku rasa dia sangat comel. muahaha).
Aku: Apa alasan awak??
Dia: Saja je. Saja nak tengok sama ada awak hebat atau tak buat blog ni. Setakat cerita pasal isu2 je. Sekali sekala cuba cerita pasal saya. At least ada gak nama saya dalam blog awak. Yang seterusnya awak fikir sendiri yea!
Aku: Hmmm.. baiklah!
Alasan yang kukuh dan munasabah. Aku akan tulis pasal dia. Maybe esok atau bila masa yang aku free la.. Aku dah dapat bayangkan mesti panjang entry aku nanti sebab banyak gila yang aku nak kutuk...
Siap la kamu, Mr. Mateen!!!
No comments:
Post a Comment