Sunday, January 22, 2012

Sebelum cahaya..

Ramai yang bakal melangsungkan perkahwinan. Syukur Alhamdulillah kerana Allah dah temukan jodoh yang tepat untuk mereka dan semoga mereka berbahagia hingga ke syurga. Amin. =)

Hmmm.. Tinggallah aku yang masih single. Ohhhh.. Ramai yang cakap aku tak laku. Hati kecik sikit je tapi bagi aku takde hal la semua tu. Jodohkan Allah yang kasi untuk manusia alam semesta ni. Bukan jodoh di tangan manusia.

Tapi sebelum cahaya yang indah muncul dalam hati aku, aku nak cakap macam ni..

Bakal suamiku...


- Jika aku TIDAK SOLAT, ingatkanlah aku dan ajaklah aku untuk solat bersamamu.. Jika kamu (wahai suamiku) tidak tahu solat, aku akan cuba untuk mengajar atau kita cuba untuk belajar sama-sama dan berusaha untuk menutup kelemahan dan memperindah kelebihan masing-masing.


- Jika aku tidak pandai MENGAJI AL-QURAN, ajarlah aku bermula Alif, Ba, Ta sehingga 30 Juzuk dan Khatam.. Jika kamu (wahai suamiku) tidak tahu mengaji, akan aku bantu kamu atau kita cuba untuk belajar sama-sama dan berusaha untuk menutup kelemahan dan memperindah kelebihan masing-masing.

- Jika aku tidak MENUTUP AURATKU, tegurlah aku dan berikanlah aku nasihat yang boleh melembutkan hati supaya aku menutup auratku dan menjaga kehormatanku dengan penuh keikhlasan kerana Allah.


Kamu (bakal suamiku) adalah rahsia Allah buat aku. Aku tidak tahu siapa kamu dan dengan siapa aku akan berkongsi hidup.. Aku tidak tahu di mana dan bagaimana kita akan bertemu. Adakah di Shopping complex?? Di masjid?? Di library?? Di Mc' Donald?? Di depan ka'abah?? Adakah kamu kawan sekerjaku?? Kawan tadika ku?? Kawan sekolah rendah atau sekolah menengah ku?? Doktor kepada ayahku?? Abang yang tumpahkan kopi di kopitiam?? Orang yang tolong betulkan tayar keretaku masa pancit?? Lelaki yang aku jumpa di Mekah ketika menunaikan Umrah?? Adakah??  Adakah kamu depan mataku atau jauh daripada jasad aku?? (Serius selalu tertanya-tanya dan banyak meneka)

Siapa pun kamu, aku berdoa semoga kamu menerimaku dengan seadaanya. Menyintai aku seberapa lama yang mampu. Menjaga aku seperti menjaga diri kamu. Menyayangi aku seperti menyayangi ibubapa kamu. Melaksanakan tanggungjawab kamu seperti melaksanakan amanah Allah. InsyaAllah aku akan hidup untuk mengisi kekurangan kamu dan aku akan mengindahkan kelebihan kamu. Akan aku cuba dan dengan izin Allah, mudah-mudahan... Amin =)

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah jodohku dan jodohkanlah aku dengan insan yang baik hati dan mencintaiku seadaanya. 

Tapi jika Allah tidak mengurniakan jodoh...

"Dik, jodoh kita, nasib dan masa depan kita semuanya ditentukan oleh Allah. Tak semua orang ditaqdirkan Allah mempunyai jodoh di dunia, ada sahaja contoh wanita solehah yg berjuang untuk Islam tanpa kehadiran seorang suami. Allah mengatur dan mengetahui segala2nya dan kepadaNya kita berserah. I am so sure banyak yg Er boleh sumbangkan kepada dunia dan banyak sgt ‘amalan yg boleh mendekatkan Er kepadaNya selain drp jalan hidup berumah tangga." - Kak Serikandi, penasihat Erfiza. 

-Leganya hati-

Aku Bukan Orang Alim Tapi Boleh Bimbingkan??

Aku tau aku bukan orang alim tapi bagilah aku peluang untuk menjadi wanita yang dikasihi oleh-Mu Ya Allah...

Bukan mudah nak jadi orang yang dipandang tinggi dimata Allah. Tapi kita semua boleh berusaha untuk menjadi orang yang sempurna dalam agama yang mulia yakni Islam. Aku mengaku yang aku cetek agama. Sungguh!! Tiga perkara ni adalah masalah utama bagi aku.

Solat - Aku mengaku solat aku umpama gigi yang rongak. Aku tipu Allah. Bila masuk hari yang baru, aku cakap "Harini aku nak sembahyang semua waktu". Tapi bila tiba masanya.... Aku leka. Aku buat kerja lain dulu. Sampai ke penghujung waktu, baru aku kelam kabut nak solat. Solat dah tak khusyuk. Bila aku rasa tak ikhlas nak solat, aku tinggalkan solat aku macam tu je. Terukkan aku?? Bila sedih, bila baca artikal tentang agama, baru aku rasa rindu nak solat dan borak dengan-Mu kan Ya Allah?! Teruknya aku.... *sigh*

"Ya Allah, jadikanlah aku seorang hamba yang mendirikan solat. Begitu juga dengan anak-anakku. Ya Allah, perkenankanlah doakanku Ya Rabb"
(Doa untuk melembutkan hati kita untuk mendirikan solat dengan ikhlas. Bacalah setelah habis solat supaya kita akan solat selepas masuk waktu seterusnya atau bacalah ketika hati kita liat untuk solat. InsyaAllah.)

Aurat - Kadang-kadang aku pakai tudung yang tidak menutup dada. Tapi sekarang aku dah ubah cara pemakaian aku. Lebih tertutup. Tapi sayang... Aku lebih suka dengar komen/cakap orang daripada perintah Allah. Orang kata bila aku pakai baju yang besar2 ni nampak macam selebet. Lagi nampak gemuk. Time tu, iman aku dah mula lari. Kain kat tangan pun dah mula singkat. Elok2 kain sampai ke pergelangan tangan, dah makin singkat sampai ke siku. Kadang2 atas siku. Pakaian makin ketat sebab orang kata pakai baju 'gedeboh' nampak kolot. Pakai skinny jeans lagi. Haissshhhh... Tapi coppp!!! Aku fikir, pedulik apa dengan orang?? Aku pakai ketat pon, badan aku bukan slim melim macam Nasha Aziz pun kan??? Perlahan-lahan aku tengah kumpul pakaian muslimah.. Mungkin suatu hari nanti aku akan pakai 'niqab'?! Siapa yang tau kan?? Doakanlah.... itulah impian aku sebenarnya. :(


 -Niqab-

Nafsu dan maksiat - Ini adalah segalanya. Campur dengan bisikan syaitan, lagi la menjadi-jadi. Nafsu bila berbelanja tu sangat parah bagi aku sebab kadang-kadang banyak berlaku pembaziran. Susah nak kawal. Kehendak melebihi keperluan. Susah!!! Sedar tak sedar, kita juga banyak terdedah dengan maksiat. Maksiat ni sangat subjective. Tapi aku banyak terdedah dengan maksiat mata. Dunia makin tua ni makin ramai yang pakai seksi-seksi. Hidup majmuk dengan orang yang bukan Islam tak terlepas dengan maksiat sebab aku terpaksa jugak tengok aurat2 yang tak sepatutnya aku tengok. Tapi tak boleh salahkan dorang sebab agama dorang tidak didedahkan dan membolehkan mereka untuk tidak menutup aurat. Hmmm... Bukan nak mengata tai inilah kenyataan zaman sekarang. 'Orang melayu' lebih banyak yang menyerupai orang yang bukn Islam. Perasan tak??? Dah berani pakai seluar pendek. Pakai yang nampak 'alur' pun dah ramai sekarang. Nampak macam best. kadang-kadang hati aku ni macam nak pakai yang macam dorang pakai. Yelaaaa.. Sejuk maaa... Simple & cantik. Tapi syukur Allah tu kurniakan aku badan yang chubby. Ada la rasa segan sikit. Kalau ikutkan kepala gila & tak ingat iman aku ni, mesti aku dah hanyut.. Nauzubillah...

Orang yang bukan alim macam aku ni masih boleh dibimbing kan??? Aku tau family aku dah cukup bersabar mendidik agama buat aku. Aku harap didikan yang aku terima tu akan diteruskan menerusi 'bakal suami'. Aku tau aku bukan sempurna. Mungkin tidak layak untuk 'mereka' kerana kecetekan ilmuku dalam Islam yang mungkin tidak mampu untuk aku mendidik anak-anak mereka yang bakal aku lahirkan kelak. Tapi aku sebagai wanita perlukan bimbingan mereka.



Wednesday, December 14, 2011

Susah la

Susah nak jaga tingkah laku.
Susah nak jaga diri.
Susah nak jaga hati orang.
Susah nak jaga kawan.
Susah bergaul dengan orang yang 'mudah tersentap'.
Susah mengatur sesuatu perbuatan.
Susah nak bagi nasihat kat orang yang susah nak dengar cakap.
Susah kalau aku 'emo' semacam.
Susah hati aku!!!

Kawan, dari awal aku dah cakap. 

Aku ni jahat. Jangan fikir aku ni baik sangat sebab kau akan nampak aku biasa2 je bila aku buat baik & bila skali aku buat taik, kau akan benci aku sampai bila-bila. Tapi, bila kau fikir aku jahat, kau akan terima aku seadanya kalau aku buat jahat. Bila skali aku buat baik, ko akan sayang aku selamanya.

Aku mintak maaf la pada mereka yang berkenaan. 
Aku takde niat nak sakitkan hati kau kawan. 
Mesti kau anggap aku dah mati kan??
Ok aku terima.

Sebagai seorang kawan, aku tak pernah nak doakan 'benda2' yang tak baik untuk kawan2 aku. Hmm.. Terpulanglah pada ko nak fikir apa. Aku doakan semoga kau sentiasa dilindungi oelh Allah. Aku tau kau boleh hidup tanpa aku kan? Jaga diri jaga peribadi. Lepas ni aku tau aku takkan dapat borak, share everything dengan kau. Jadi, TOLONG LUPAKAN AKU yea. Buang semua memori ko dengan aku tau. Cuba cari kawan yang lain k. Yang lebih baik daripada aku. InsyaAllah kau akan jumpa. =)

Bye!



P/s: Hadiah yang aku nak hadiahkan untuk kau tu aku still simpan. Tapi aku rasa kau dah takde hati nak amik tau pasal hadiah tu kan? It's ok. Mungkin hadiah tu rezeki orang lain. 

Wednesday, November 30, 2011

Baru balik.

Bila waktu kejadian?
Malam weekend lepas.

Di mana berlaku?
Di kedai mamak (makan malam).

Meja A.
Me & family.

Meja B.
Kakak-kakak kilang (sebab baju uniform dorang seragam tulis company yg sama)

Tengah makan-makan tetiba adik aku buat onar. Konon2 nak bersapa mesra dengan meja sebelah. Kan ada kakak2 cantik.

Adik : Hai kak. Baru balik kerja ke??

Kakak : Taklah. Baru balik Haji.

Adik : (Tunduk dan makan roti canai laju-laju.)

Aku??? Ketawa sampai tersedak air teh tarik. Aku suka statement akak tu. 

Nenek.. Jangan ketawa sangat yea. hakhak

Note kaki : Mudah-mudahan masin mulut akak tu. Semoga kita dapat naik Haji suatu hari nanti. Semoga Allah mengizinkan kita semua menjadi tetamu-Nya. Amin. =)

***Maaf jika lawak ini sensitif bagi segelintir pihak. Ini hanya untuk meriangkan hati pembaca sahaja. TQ.

Monday, November 28, 2011

Monday, November 21, 2011

Lillahi Taala [Part 1]



Esok keje...

Ya Allah, esok dah kena keje. Penat belum habis tapi takpela....

Aku bekerja untuk mencari rezeki yang halal.
Aku bekerja untuk mengisi masa aku dengan benda yang berfaedah.
Aku bekerja untuk menjadi orang yang berguna dan berbakti kepada kedua orang tuaku.
Aku bekerja dengan niat Lillahi Taala (kerana Allah).

Semoga Allah memberi kekuatan kepada aku dan mudah-mudahan aku ikhlas. InsyaAllah..

Saturday, November 19, 2011

Bergantung

Mateen
- Seorang pelajar Malaysia yang tinggal diperantauan.
- Seseorang yang mempunyai family yang sempurna.
- Seseorang yang mempunyai kesempurnaan dalam keperluan hariannya.
- Seorang hamba Allah yang mengikut segala perintah-Nya.

Nadhir.
- Seorang pelajar Malaysia yang tinggal diperantauan.
- Seseorang yang tidak mempunyai parent & hanya mempunyai seorang adik 'down syndrome'.
- Seseorang yang perlu bekerja keras demi memenuhi keperluannya dan membiayai rawatan adiknya di Malaysia.
- Seorang hamba Allah yang tidak mempunyai keyakinan untuk beribadah.
- Mempunyai masalah kerana dia tidak dapat menghubungi adiknya yang kini dibawah jagaan rumah orang-orang kurang upaya.


Nadhir kejutkan Mateen untuk solat subuh.

Nadhir : Bangun woih!! Solat subuh!!

Mateen : Eh.. Asal awal sangat ko bangun nih??

Nadhir : Aku dah bertaubat. Hihi..

Mateen bangun, mandi dan terus ke ruang tamu selepas sudah amik wudhuk. (Terpaksa solat depan tv memandangkan tempat tinggal mereka mempunyai ruang yang sempit.). Mateen rasa bengang bila tengok Nadhir tidak solat dan hanya leka tengok bola.

Mateen : Tengok bola boleh pulak?!

Nadhir : Tengok bola aku minat. Sembahyang aku tak minat!

Mateen :  Kang Tuhan tak minat nak sambung nyawa ko kang, sudah.

Nadhir : Sebelum ni aku tak sembahyang, Tuhan minat je nak sambung nyawa aku.

Mateen : Entah-entah bukan minat agaknya. Kesian kat ko je kot.

Nadhir : (Hanya memandang Mateen yang sedang memulakan solat).

Beberapa jam kemudian..

Mateen : Dhir, bangun. Ko tak keje ke?

(Nadhir bekerja sambil belajar untuk menanggung kehidupannya dan keperluan adiknya yang berada di Malaysia).

Nadhir : Sakit kepala la.

Mateen :  Ko kalau ada masalah, ko citer la.

Nadhir : Tak guna nak citer. Benda ni bukan bleh selesai.

Mateen : Tapi ko bleh share dengan orang lain.

Nadhir : Share??? Ko nak aku share ngan sapa?? Aku takda sapa-sapa. Ko lain la. Ada mak bapak. Ada adik beradik lain. Aku?? Aku cuma adik. Itu pun macam tu. Tapi aku sangka baik kat Tuhan. Aku bersyukur semua. Aku datang sini, keja & bayar semua supaya orang boleh bela adik aku. Yang aku nak, aku hanya nak call dia. Nak dengar suara adik aku hari-hari.. Tu ja. Itu pun Tuhan tak mau kasi ke? Tu pun Tuhan nak amik daripada aku? Dia memang tak mau aku ada apa-apa ke???

Mateen : Ehh.. jangan cakap macam tu. 

Nadhir : Aku tak kacau sapa-sapa pon. Ramai lagi orang jahat kat luar sana. Asal dorang happy je dengan family dorang? Asal Tuhan tak amik nyawa family orang? Asal aku?

Mateen : At least ko penah ada adik istimewa. Ko tau Nabi tu ada sapa?

Nadhir : Sapa??

Mateen : Takde sapa-sapa.

Nadhir : Tp dia ada bapak saudara.

Mateen : Tapi bapak saudara dia mana masuk Islam. Bapak saudara dia dapat temankan dia kejap je.


Nadhir : Tapi dia ada isteri.


Mateeen : Bukan time umur ko.


Nadhir : Tapi dia Nabi. Mana nak sama dengan aku.


Mateen : Memang la tak sama. Tapi dia lagi takde apa-apa berbanding ko.


Nadhir : Tapi aku tak bleh hidup sorang-sorang macam ni.



Mateen : Memang la tak boleh selagi ko tak bergantung pada yang tak mati!! (yakni Allah yang Maha Esa)


Nadhir diam seribu bahasa..
Semenjak tu, Nadhir berubah. Lebih menyerahkan dirinya pada Allah dan bertawakal demi menjalani kehidupannya sebagai hamba Allah yang sentiasa bersyukur & bergantung pada Allah. 

" Kepercayaan tanpa rasional, BUTA. Rasional tanpa kepercayaan, KOSONG."


Allah itu tidak tidur, tidak leka dan tidak mati.

****Nama-nama pada cerita ini adalah pinjaman semata-mata. (Nama2 kawan baik saya ^__^)
****Sumber daripada MatLuthfi90.

Wednesday, November 16, 2011

Dilema

Terpaksa buat pilihan.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang atau Pantai Medical Centre Cawangan Klang??

Maaf. Saya buntu..

(Akhirnya Erfiza TIDAK MEMILIH kedua-duanya).
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, November 13, 2011

Mak Buyung

Mak buyung tomey tomey..

Sahabatku, Nurly Maulad Adam bakal melahirkan baby.. Weeee~

***Jibam, aku dan geng kita yang lain mendoakan semoga kau selamat melahirkan baby yang sihat dan sempurna. Mudah-mudahan zuriatmu itu bakal menjadi anak yang soleh/solehah. Aminn.. 

***Walaupun kami takde disamping kau, tapi doa kami mengiringi kamu wahai Jibam. We luv u forever. =)


Saturday, November 12, 2011

Style yang sama..

Alhamdulillah.. Tak ku sangka. 

Kami berjauhan beribu batu.
Berlainan cuaca mahupun berlainan masa, itu semua tidak menghalang kami untuk mempunyai 'buah fikiran' yang sama. 

Saya dengan kak Elies a.k.a kak serikandi buat benda yang sama dengan menyusun pin2 tudung di atas kain.

"Kak Elise, ni buktinya. Hahaha.. Cuma Er punya comot sikit la sebab guna seluar jeans & tepi kain tu mudah tercerik. Hikhik."

Kepada mereka-mereka yang nak ikut style mcm ni, silakan. Serius.. memang senang. Saya kan jenis gelabah. Bila dah lambat, semua jadi kelam kabut. So, bila buat macam ni, senang nak mencari. Lagi satu, kalau nak beli pin baru pun senang. Senang nak tau color apa yang tak ada. Ehh, lupa plak lagi satu tips. Kalau nak buat mcm ni, sila guna kain hitam. Memudahkan anda semua mencari pin yang sesuai. :)

Friday, November 11, 2011

Mahu

Mengantuk.
Tapi mata aku susah nak lelap.
Mata pejam tapi hati berkata-kata.
Mata pejam tapi otak ligat berfikir.
Berfikir keadaan orang sekeliling aku.

AKU BUKAN KAK NAM!!
Tapi aku ditugaskan untuk berfikir.
Risaunya hati hanya Allah yang tahu.
Dugaan adalah ujian Allah.
Ketabahan hati yang selalu diuji.
Sekuat mana fizikal kita tapi dalaman hati tak kuat, kita tetap tergolong dalam golongan yang lemah.
Hati punca daripada iman.
Iman mantap, hati cekal.

Ubat hati?

DOA, ZIKIR, SELAWAT DAN MENGINGATI-NYA DI SANA.

InsyaAllah.


Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, October 25, 2011

Katil nombor 17

Wad.

Aku ada kena mengena dengan pesakit katil bernombor 16 tapi aku cukup berkenan dengan pesakit yang duduk kat katil no. 17 ni. Hari-hari aku perhatikan dia. Mengikut info, dia adalah pesakit chronic asthma. Dah 38 hari dia kat wad tu.

Hmmm...

Setiap petang (lepas time kerja), aku akan melawat wad 7c tu.. Sambil-sambil tu, aku pergi kat beranda untuk ambil udara yang segar untuk dihirup. Ohhh.. Nampak dia!! Kat sini rupanya dia suka lepak. Padan la aku tak nampak dia kat katil tadi. 

Aku : Uuurrmm.. Haiii.. Bestkan klo lepak kat sini?? Takde la sesak mata macam kat dalam.. =)

Pesakit : (Dia pandang aku dan angguk).

Aku : (Aku dah mula pelik dah ni.) Urrmmm.. Awak ok? 

Pesakit : (Dia mengangguk lagi tapi kali ni menghembuskan nafas lelah.)

Aku dah mula rasa paru-paru pesakit ni tak cukup oxygen. Better aku suruh dia masuk. 

Hari pertama...
Hari kedua...
Hari ketiga.. sampai kelmarin lepak dengan dia tapi aku langsung tak pernah dengar dia bersuara dan bagi aku, ia mungkin perkara biasa sebab selalunya pesakit lebih suka mendiamkan diri daripada banyak bercakap. Kalau kita sakit pon kita mesti rasa malas nak borak, malas nak membuang air liur kan?? Takde mood gitu. Kalau aku, macam tu laaa.. :D

Semalam.......

Aku cuba mencari topik..

Aku : Hurrmmm.. Ehhh..Malam tadi saya dengar awak mengigau eh?? Awak mimpi apa huh?? (Mula nak jadi kak nam!!Padahal aku tak tau pon apa yg berlaku malam tadi. Dah nama pun 'mencari topik' kan?!)

Dia pandang aku dan mengecilkan matanya. 

Tiba-tiba pesakit tu mengeluarkan kertas dan dia tulis sesuatu.. Tak sampai seminit, dia bagi aku baca..

........................
.........................
.......................
..................................
..................................
....................................
................
....................
.........................

"Saya rindukan suara saya".


Nothing to think!


*** Hidup itu sungguh indah untuk dinikmati. Menangis sepuas-puasnya sebab aku tak tau nak ambil tindakan yang macamana dan rasa bersalah. Lepas tu aku rasa macam nak tampar je muka aku sendiri & lari jauh-jauh!

Saturday, October 8, 2011

Kena tukar!!

Taraaaaaa.....

Fresh tak aku punya blog??? Header pon aku dah tukar.. 

BEFORE


AFTER


Nak tahu kenapa aku tukar header??
Bukan sebab aku nak mood yang baru tapi......

(Sila klik gambar ini untuk keterangan lanjut)

Adik aku tegur yang blog aku macam 'illuminati'. Takut gak aku. Serius aku tak perasan sebab gambar header tu aku punya gambar yang aku dah edit untuk jadi black & red. Tapi lain plak jadinya. 

Takpela. Janji header aku yang baru ni nampak lebih cool. 


*** Sila cari image kat google apa itu 'illuminati'. 

Thursday, October 6, 2011

Watashi-wa gaikokujin desu..

Maksudnya....

Watashi-wa gaikokujin desu.. (Saya bukan orang Jepun). Pening-pening. Yeahhhh.. Memang pening kalau mula-mula belajar. Tapi kalau dah tau sikit-sikit, ok kot. 

Aku dari kecik memang dah dibesarkan dengan suasana Jepun. Fuhhh.. Ayat rasa macam gebang lebih kan??? Tunggu dulu. Belum habis cakap lagi. Dulu, arwah nenek aku selalu tengok cerita 'Oshin'. Asal aku balik sekolah je,. cerita tu. Asal cerita tu je, aku balik sekolah. Aku suka la dengar cara dorang bercakap. Bila bercakap je, rasa mcam dorang simpan air liur dalam mulut.. Yarrkk.. macam tu pun aku bleh suka ye tak?? T__T

Kartun dia jangan cakap la. Cerita Doraemon terbaik!! Tapi sayang sebab kat Malaysia ni dah ada alih bahasa. Lagi senang budak2 nak paham. Bila remaja plak, muncullah drama-drama Jepun. Yang paling ngetop, drama BEAUTIFUL LIFE. Fuhhhh.. Gren banget yaa!!

Dari situ, keinginan aku nak belajar bahasa Jepun sangat tinggi. Akhirnya, aku dapat belajar. 

Yang aku ingat mengenai tulisan Jepun ni ada 'Hiragana', 'Furigana'.. Lagi apa eh?? 'Katakana'.. yeahh.. tulisan 'Kanji'! Macam ada benda je yang aku tak sebut?! Urrmmm... 

Ini notes saya...

Saya main bulat-bulat je. Padahal saya tak paham langsung!!

'Koshi' saya kata, kalau nak buat note sila guna pen color-color. Baru otak berkembang!! Hmm.. kembang la sangat!

Sebenarnya belajar bahasa ni kita kena selalu practickan. Kalau tak, kita akan lupa macam tu je. Serius!! Perkara tu berlaku pada aku sekarang ni!!! Aku tak ingat apa pun. Yang basic tau la jugak sikit-sikit. 
Contoh :
  • Ogenki desuka - Apa khabar?
  • Watashi mo genki desu -Saya khabar baik
  • Arigatoo gozaimasu - Terima kasih.
  • Do itashi mashite -Sama-sama.
  • Ichi - Satu
  • Ni - Dua
  • San -Tiga
Kalau nak suruh aku cakap, maaf. Aku lupa dah. Sayang gila! Dulu aku kerja kat kilang Jepun. Selalu gak cakap dengan orang Jepun, Ohashi san. Dah meninggal dah dia. Dia cakap Jepun kadang-kadang. Mana yang paham, aku angguk je. Tapi kebanyakkannya tak paham! Cakap English je dengan dia. Tu pun payah sebab English dia, makkk datok!!! Haiishhh.. susah nak cakap. Korang dengar sendiri la macamana orang Jepun speak in English. Kasi Pusing!

Saya pakai baju color biru & Ohashi San duduk sebelah saya. =) 
Masa ni ada sesi bergambar nak tunjuk Sijil tu sebab kilang aku dapat no. 3 terbaik dalam Engineering kot. Mak lupa laaa.. hikhik.

I REALLY MISS YOU OHASHI SAN !! T__T
Saya rindukan jugak kat kawan baik saya yang ada kat Tokyo, Japan. Hari-hari dok mengomel kat saya dan cakap yang dia tu itik. (Tak tau cakap Jepun la tu). Hope dia cepat balik sini sebab kat sana selalu gempa kecil. Risau.. T__T

Friday, September 16, 2011

Ohhh Harammm!!

Bismillahhirahmannirahim..
Assallammualaikum WBT.

Aku tahu ramai yang dapat tengok & ramai jugak yang tak dapat tengok cerita 'cerekarama Ohhh Harammm'.  So, aku nak masukkan cerita ni dalam blog aku sebab cerita ni memang berjaya kasi aku gelak kuat.. Astaghfirullah al-azim.. hehehe.

Silalah menonton!







THE END

Thursday, September 15, 2011

Cancel la..



Aku ingat aku nak cancel la 'themes' yang aku penah buat sebelum ni.. (sila baca link ni Themes untuk next 'new post' bagi mereka yang blur). 

Tak mau cerita pasal tu buat masa sekarang. Saya dalam keadaan sedih!

Aku nak buat cerita lain.. Banyak pulak benda-benda yang general yang menarik minat aku untuk tulis blog. Tapi pasal 'themes' yg aku cakap tu kan, kalau aku rasa nak tulis cerita pasal tu, aku tulis jela yea..

Okay peace!!! Aku tak berapa suka nak letak gambar Mr. Han yang betol-betol kat blog aku ni.. Heheheheh..

Hati aku tetiba nak cerita pasal mistik-mistik ni laaaaa.. Ok tak???

Monday, September 12, 2011

Themes for the next 'new post'

Tema : Teman lelaki dan jodoh.

Teman lelaki saya..

Jodoh dan perkahwinan.



Takde tema...
Tu la punca aku dah lama tak update blog.

So, untuk next blog aku akan update sikit tentang raya 2011 & disebabkan sekarang ni musim orang kawin, jadi aku nak buat tema 'teman lelaki & jodoh' sebagai topik setiap new post aku  lepas ni.

Aku akan ceritakan semua benda tanpa ada rahsia.. Cuma mungkin 'nama bukan sebenar' akan muncul (dorang kan FB. Add aku pulak tu..). Bahaya!! Hehehehehe...

Cerita yang macamana??
Nanti aku cerita la dengan sapa aku pernah bercinta, lelaki mana yang aku paling suka, lelaki mana yang paling aku benci, macamana aku boleh jumpa dan berkenalan dengan dorang. Dan yang pasal jodoh tu nanti, aku akan cerita la kisah rumahtangga atau kisah 'penjodohan' aku dengan mereka2 yang pernah nak dijodohkan dengan aku. =D

AMARAN KERAS:
Bagi sesiapa yang tak suka atau meluat nak baca pasal kehidupan aku, tak nak baca pon ok. ^__^
Be professional.. That's it!

Friday, August 19, 2011

Kau tempatku meminta!!!


Ada satu cerita yang aku nak share. Pasal solat!!

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang kusyuk" (2:45)

Dulu....

Aku selalu tak lengkapkan solat aku. Subuh tak solat. Zuhur solat. Pastu Asar tak solat. Maghrib & Isyak aku solat sebab hati rasa bersalah pulak kalau tak solat. Tapi aku tak qada' kan waktu2 yang aku dah langgar tu. Penat. Hati rasa tak ikhlas kalau nak ganti solat tu. Rasa macam banyak makan masa. Nanti solat aku jadi tak kusyuk & sembahyang pun laju-laju. Sebab??? Nak tengok tv. Nak tengok Facebook & Youtube!!!

Dulu...

Aku suka termenung. Otak banyak berkhayal. Aku lebih suka leka. Time solat, aku suka lengah-lengahkan. Last-last, masa lalu macam tu je. Aku fikir, "nanti aku top-up la solat tu!". Sampai ke sudah. Lagi satu aku fikir, "esok masih ada. Bukak la buku baru". Tengok la perangai aku. Teruk!!! 

Itu dulu....

Lepas tu, aku rasa aku nak berubah. Aku berjinak-jinak untuk mengenali Allah. Surf internet bukan untuk benda-benda yang tak berfaedah, tapi untuk mencari blog-blog pasal Islam. Mana yang best, aku baca. Mana yang so-so, aku malas nak baca. Aku mula suka tengok cerita-cerita yg ada unsur-unsur islamic sikit macam ketika cinta bertasbih, syahadat cinta & etc. Wahhh.. Rasa macam nak tiru je dorang punya style. Nak rasa pakai tudung labuh, pakai jubah & macam2 la.

Aku solat. Aku buat apa yang aku rasa patut aku buat tapi lama-lama aku dah mula rasa kosong balik. Nak pulak aku diuji dengan ujian-ujian yang buat aku down. Aku fikir, kenapa aku rasa masih ada kurang sedangkan aku dah buat apa yang sepatutnya aku buat. Aku dah solat. Aku dah doa. Aku baca Yaasin. Aku zikir. Tapi kenapa hati aku rasa tak puas?? Aku tak ikhlas ke??? Aku sendiri tak tau sama ada aku ikhlas atau tak sebab hanya Allah yang tau IKHLAS seseorang tu. Aku putus asa dan kembali ke bentuk asal. Bila aku rasa aku nak solat, aku solat. 

Suatu hari masa aku solat, hati aku rasa sedih sangat.
"Ya Allah, Kau tak sayang kat aku ke Ya Allah?? Kenapa setiap kali aku berdoa, Kau tak pernah nak makbulkan doa aku?? Adakah aku tak ikhlas di setiap sujudku?? Kenapa aku tengok orang lain semuanya sempurna tapi kenapa aku tidak?? Dorang gembira tapi kenapa aku selalu tak tenang?? Dorang selalu dapat apa yang dorang nak. Tapi aku macam orang yang tak guna. Hina ke aku ni Ya Allah??". Aku nangis terus. Nangis di atas sejadah. Aku tak tau la tangisan aku tu satu tangisan yang berkualiti atau tak. Aku tension habis!! Aku macam nak lari jauh. Aku tak nak tunjukkan muka aku ni kat siapa-siapa. Masa tu aku rasa macam aku nak lenyapkan hidup aku daripada kehidupan orang lain, kawan-kawan aku semua. 

Dalam waktu perit tu, datang seorang hamba Allah menyapa aku. Sebagai salah seorang sahabat yang aku percaya, aku cakap kat dia, "Kenapa hati aku kosong?? Apa aku buat semuanya tak kena. Aku rasa macam aku manusia yang paling bodoh. Aku rasa Allah tak sayangkan aku. Aku takde hati nak berdoa". (air mata mencurah-curah). 

Tiba-tiba sahabat aku menyuarakan satu benda. "Erfiza, aku nak kau baca doa duduk antara dua sujud dan fahaminya. InsyaAllah kau akan dapat jawapan dan kembali tenang."

Aku baca & mencari maksudnya dalam bahasa melayu.


Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamnii (Sayangi aku)


Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (Angkatlah darjatku)

Warzuqnii (Berilah aku rezeki)

Wahdinii (Berilah aku petunjuk)

Wa’aafinii (Sihatkan aku)

Wa’fuannii (Maafkan aku)

Subhanallah...
Kenapa aku sampai hati mempersoalkan segala kehendak Allah? Khilafnya aku. Masa tu, aku rasa tak sabar nak solat. Aku nak mintak maaf dan perasaan rindu untuk berbicara dengan Allah tu datang dengan tiba-tiba. Serius!

Sekarang, aku masih lagi tak sempurna tapi aku tak seteruk dulu yang tak sedar dek untung. Aku bukan orang alim yang nak acah-acah alim. tapi aku nak share supaya kita sedar setiap apa yang kita lakukan. Jangan yang buruk, akan berterusan buruk. Yang baik, akan berterusan baik sampai terselit riak. Kita share apa je yang kita rasa baik untuk semua okay?

Terima kasih kat sahabat yg aku cintai yang berjaya membuka mata hati aku, Nurly Maulad Adam dan terima kasih jugak kat kawan/abang kesayangan aku yang telah mengingatkan aku tentang doa ni dan buat aku mengimbau kisah lama, abg Arol Azlan.

Aku memerlukan Allah, family & kawan-kawan untuk menjadi Erfiza yang sempurna. 

Salam Ramadhan dan semoga kita dikurniakan Allah malam Lailatul Qadar. Amin Ya Rabb.

Tuesday, August 2, 2011

Berdakwah sambil santai..

Assallamualaikum W.B.T untuk kalian semua.

Dah masuk Ramadhan kan?? Beramal di bulan Ramadhan itu banyak pahalanya. Jadi aku nak la buat sedikit amal untuk dikongsikan dengan korang yang baca blog aku ni.

Meh ramai-ramai kita tengok video yang menghiburkan hati dan dalam masa yang sama memberi kesedaran buat kita
.
PART 1


PART 2


PART 3


Aku suka kalau orang berdakwah dengan cara yang santai. Kita tidak mengantuk dan dalam masa yang sama kita rasa macam nak dengar lagi.. Nak dengar lagi.. Nak dengar lagi....

Selamat menonton dan selamat berbuka puasa kawan-kawan!!

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...