Tuesday, April 12, 2011

Kereta Buatan Malaysia!

Siapa cakap kereta Malaysia tak cantik?? Akan ada keluaran kereta buatan Malaysia yang cantik nanti. Walaupun mereka menggunakan idea-idea teknologi daripada negara luar, itu tidak menjadi masalah. Yang penting, Malaysia mampu mengorak langkah demi kemajuan negara!!

Marilah sama-sama kita lihat kereta-kereta edaran Proton.

TUAH.




JEBAT.



KASTURI.




LEKIR.




LEKIU.



Dan ini kereta yang terakhir. Kereta ni paling berat bertan-tan. Maaf sebab tak sempat nak masukkan dalam show room.

TANGGANG.

Dah kena sumpah jadi batu.. hehehehe~


Malaysia bolehhh!!!!! Love Malaysia!!!



Soalan apa ni????

Lapar... Lapar.. Laparrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!


Pekena kat kedai mamak cantik gak ni....


Aku : An-ney, kasi bungkus saya meehoon goreng basah, tiga. (bukan aku melantak sorang okeh!!)..


Mamak : Wokeh siap!!!


10 minit kemudian....


Mamak : Adik, yang tadi tu mau tapau ka bungkus????


Aku : Tapauuuuu!!! (Errrkkkk... Apa soalan bodoh yang aku jawab ni???) *garu kepala*




Binawe punya mamak. Bikin panas la. Ko yg buat lawak, ko ketawakan aku plak.. $%@#$%#@%#$!
Siot je! Suka hati aku la nak jawab guna bahasa cina. Hati aku dah rasa macam nak tukar color kulit mamak ni jadi kulit Yap Ah Loi je nih!! 


**** Bukan ke 'tapau' dengan 'bungkus' tu benda yang sama?????????!!

Saturday, April 9, 2011

Islam dan Mualaf

Ini kisah benar yang diceritakan oleh pakcik aku sendiri..

Dah lama aku nak share dengan korang pasal kisah ni. Tapi tak tertulis sebab selalu je fikiran aku ni dicantas dengan tajuk-tajuk blog aku yang lain. Sebenarnya kisah ni banyak pengajaran yang aku buat aku berfikir sendiri dan dapat menyedarkan aku daripada kealpaan.

Pakcik aku bekerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang mualaf. Dia ni mempunyai syarikat membuat kapal (kapal ala-ala Titanic kot). Dulunya dia berketurunan Buddha yang berbangsa cina. Tetapi dengan kuasa Allah Taala, dia mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam, agama yang suci. Dia memeluk agama Islam ketika umurnya sekitar 40-an (sekarang umur dia dlm 50 thn).

Aku tak pasti apa yang membuatkan dia memeluk agama yang indah ni. Orang kata, jika seorang mualaf melangkah & memilih Islam sebagai agamanya, dia seolah-olah bayi yang baru lahir tanpa dosa. Itu benar. Dia benar-benar jatuh cinta dengan Islam. Dia mendalami Islam dan sanggup merantau semata-mata ingin menuntut ilmu. Ada beberapa perkara yang membuatkan pakcik aku rasa bertambah hormat terhadap hamba Allah ini. 

  • Pukul 10am..

Pakcik : Hello, boss. Maaf ya. Boss kat mana yea sekarang? (Pakcik aku terpaksa call dia sebab dia selalu menghilang time-time macam ni).

Boss : Kenapa call saya? Saya ada kat surau. Saya solat Dhuha kejap!

  • Ketika pulang dari Tanah Suci Mekah (Dia terpisah dengan anaknya semasa pemeriksaan imigresen dan dia menunggu anaknya tapi anaknya masih tak kelihatan. 
Boss : Mana anak saya ni?? Risau saya.. Orang ramai ni.

Pakcik : Sabar ya boss. Mungkin lambat sikit kot.

Boss : Ya Allah, Kau lindungilah anakku. Temukanlah aku dengannya dengan kadar yang segera. Amin.

Allah Maha Mendengar. Tak sampai 3 minit kemudian, anaknya muncul dalam lautan manusia sambil membawa bagasinya. 

Boss : Alhamdulillah Ya Allah. (Menitis airmatanya sambil memanjat kesyukuran).

  • Bertemu dengan sahabatnya yang sudah lama tak jumpa.
Masa tu dia kat Singapore. Ada meeting kat sana. Ketika di hotel, dia ternampak satu poster dan dalam poster tu ada nama sahabatnya. Sahabat dia datang ke hotel itu untuk menjadi penceramah dalam sesi ceramah agama. 

Boss : Saya kenal la lelaki dalam gambar ni. Ni sahabat saya ni masa saya belajar agama kat Indonesia. Ya Allah, Kau temukanlah aku dengan temanku yang sudah lama terpisah Ya Allah. Aku sangat merinduinya.

Kuasa Allah.. Sebaik je dia menolak pintu lobi, sahabatnya muncul betul-betul dihadapannya & mereka berdua masing-masing seperti terkejut. Mereka berpelukan melepaskan rindu selepas beberapa tahun tidak berjumpa. Subhanallah.. Syukur pada Allah.

  • Berkahwin dua di atas alasan yang kukuh.
Dia berkahwin untuk kali kedua dengan seorang wanita Cina. 

Pakcik : Eh boss.. Boss kawin dua?? Kenapa ya??

Boss : Saya kahwin dua kerana Allah. Saya kahwin dengan seorang janda yang merupakan pesakit kanser payudara. Dia mempunyai anak yang ramai. Biar saya bantu untuk menyara hidup dia & anak-anak dia. Saya nak tolong dia untuk berubat. Isteri saya tu dah masuk Islam. Anak-anak dia pun sama. Semua masuk Islam. Biar saya bantu dorang mendalami Islam. InsyaAllah.


Dia selalu pesan dengan pakcik aku, "Jangan tinggal solat ya. Allah yang bagi kita rezeki. Berzikir banyak-banyak supaya hati kita tak kotor. Ingat Allah. Kadang-kadang saya pernah terfikir dan takut. Saya takut Allah sentiasa memberi & memakbulkan doa saya. Apa yang saya nak, Allah akan bagi tapi saya takut apa yang Allah nak, saya tak mampu nak bagi. Saya takut!".


Kawan-kawan, bila aku dengar cerita ni, aku terfikir. Aku yang sejak azalinya memang beragama Islam, kenapa aku tidak seperti dia? Yang mencintai Islam sepenuh hati. Tidak pernah tinggalkan solat & sentiasa bersyukur pada Allah. Kenapa aku yang Islam sejak azali tak mampu untuk melaksanakan & mematuhi perintah Allah sedangkan aku dah diajar dari kecik tentang tanggungjawab aku sebagai hamba-Nya. Ya Allah, aku khilaf & maafkan aku kerana leka dan lalai dalam melaksanakan perintah-Mu. =(

Tuesday, April 5, 2011

Isi tempat kosong

Anda diminta untuk mengisikan tempat kosong mengikut pilihan jawapan yang telah disediakan.

1. Ada seorang _______ cantik yang bernama Sharifah Erfiza.
2. Malam ni dia _______ tebiat sebab masuk tidur awal.
3. Dah nama pun mata _____ hantu. 
4. Mustahil dia dapat lelapkan ______ dengan begitu cepat.
5. Golek sana, golek _____.
6. Mata tetap tak boleh _______.
7. Dia pandang ke arah _______ dan menekan-nekan suis banyak kali untuk memastikan betul ke kipas tu berfungsi.
8. Nak on air cond, air cond pulak _______.
9. Dia rasa malam ni sangat _______.
10. Adakah musim ______ dah bermula??
11. Tapi napa ada negeri lain _______??
12. Haiii.... Dunia sekarang semakin ______ macam Erfiza jugak.
13. Rasa macam nak _____ dalam bath tab yang ada ice!!
14. Arrgghhh.. kena berusaha untuk lelapkan ______ ni.
15. Esok nak ______.


PILIHAN JAWAPAN:

kipas            sini            panas          summer         banjir        mata      tua          mandi       mata

tebiat           burung               takda               kerja       tutup             gadis      

Monday, April 4, 2011

Siapa Mak, Siapa Bapak??

Entry kali ni adalah satu isu yang sangat sensitif tapi kisah ini tidak ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup mahupun yang telah mati. Diminta anda semua tidak ada yang terasa hati & merajuk ke apa ke. Harap maklum. 


Ada satu hari tu aku pi window shopping with my Mr. Medicine. Dah kata window shopping. So, kejenya just masuk kedai, keluar kedai & cuci mata without membeli sebarang menda pun. Dah penat berjalan, pi singgah 'Secret Recipe' sat. Tekak mengidam nak makan kek Black Forest. Lepak sambil tengok orang lalu lalang. Tetiba mata kami memandang ke arah yang sama. Kami memandang 1 couple yang sedang menuju kat tempat yang kitorg makan ni. 


Apa yang menyebabkan kami pandang dorang?? Apa yang peliknya? 


Mahu tak peliknya. Si couple ni bukan main mesra. Lentok sana, lentok sini. Dah rasa macam dorang nak bercium dah. Tapi mesti korang kata, "Tu normal laaa..". Okay. Memang normal la kot untuk couple zaman sekarang ni (NOT ME!!!). Yang buat tak normalnya adalah........


Tomboy & Maknyah!!!!


Tomboy (gambar hiasan)

Maknyah (Gambar hiasan)


Mr. M : Awak nampak apa yang saya nampak??


Aku : Nampak.. (Buat muka tahan gelak)


Mr. M : Dorang boleh kawin. =D


Aku : A'ah kan sebab dorang lelaki perempuan. Boleh dapat anak gak kan?? Ehh.. tapi kalau dorang kawin, sapa yang mengandung?? Tomboy tu la kan?? Ngaaa.. Bapak baby tu yang mana satu? Yang rambut panjang ke yang rambut pendek?  


Mr. M : Yup! Dorang boleh kawin & boleh ada anak. Itu pun kalau yang maknyah tu tak buang dia punya............... Aahh!! U ni. Dah dah.. jangan fikir lagi pasal dorang. Merosakkan otak saya je. 


Aku : Ehh.. yela. Saya pun nak tau gak. Saya mesti nak kena kaji benda-benda pelik ni. Pastu....


Mr. M : Syyyhhhh... Dah! Tutup mulut awak. Syyhhhh.. 


Aku : Tapi saya... 


Mr. M : Ssyyhhhhhhh...


Aku : (Muka bengang. Tak puas hati!!)


Macam-macam dunia zaman sekarang ni... 

Kisah Dua Budak

Yuppp.. Aku lapar tapi tak nak A&W bleh tak?? Muak beb!! Sampai sekarang aku tak boleh pandang waffles (sebab pekena waffles 2 scoops ice cream. Makan separuh je!! Huwekss). Tapi makan jela kat situ memandang mak aku mengidam nak makan float. Aku order air je then ternampak ada booth yang jual macam 'Hot & Roll'. Masa aku tengah tengok menu tetiba datang 2 orang budak & aku curi-curi dengar perbualan dorang. Mari kita baca perbualan mereka...




Adik (lingkungan 8 tahun) : Abanggg.. Nak yang ni bang!! (Dia cakap sambil jarinya menunjuk gambar menu 'banana & choc ice-cream').


Abang (Lingkungan 13 tahun) : Hahh? Hmm.. Abang ada RM10.00 je dik.


Adik : Erkk.. Kalau macam tu takpe la bang. Kita beli air jela. Adik haus.


Aku (lingkungan 21 tahun) : o(╥﹏╥)o (Hati sebak bila dengar)


Tak sempat aku nak pandang ke mana arah budak tu, budak-budak tu dah hilang. Lepas aku beli, aku duduk tempat aku. Dalam 15 minit aku lepak kat depan A&W, tetiba budak-budak tu lalu. 


Aku cerita la kat akak aku..


Aku : Haa.. budak2 ni la mek. Budak yang depan kita ni tadi dia nak beli yang macam aku makan ni, tapi dia tak cukup duu....duu..iiittt.. (Damn!! Tak pasal2 meleleh air mata aku kat situ gak bila tengok dorang mundar-mandir kat depan-depan kedai tanpa membeli apa-apa).


Akak : Mana.. mana?? Asal ko tak belikan dorang?? Bape ringgit benda tu??


Aku : Tak sempat nak pelawa. Diorang dah blah. Makanan ni RM9.90 je.


Akak : Dikk. Dikk.. Sini jap! 


Akak aku panggil budak tu & dia suruh budak-budak tu pilih apa yang dorang nak makan or minum. Kira belanja la sebab kesian takde duit nak beli makan. à²¥_ಥ


Akak : Adik nak makan ni yeah??


Adik : Hmm.. Ntah. Tanya abang.


Abang : Eh takpe la kak. Kitorang tak nak benda ni. Takpe-takpe. =)


Akak : Ehh.. Takpe dik. Akak belanja.


Adik : Saya tak nak ni kak. Saya haus.


Akak : Okay.. Kita pi tempat lain. 


Abang : Akak, air mineral pon takpe kak.


Akak aku bawa dorang pi kat 'cool blog ice blended'.






Akak aku order 2 cawan ice blended with jelly pearl.


Abang : Ehh.. kak. Beli satu je. Kitorang boleh share.


Akak aku buat tak tahu je. Bila dah beli, dorang terus blah. Yang aku tak henti-henti plak air mata ni. Meleleh je sebab aku tak dapat bayangkan kalau dorang tu family aku sendiri. Tak pon aku sendiri. Ya Allah, sedihnya. Sayu gila!!!!


30 minit kemudian...


Budak-budak tu lalu depan kitorang lagi & kali ni bawa parent dorang. Bapak dia naik 'wheelchair' dan mak dorang tengah tolak. Dorang pandang & kitorang pun pandang jela dorang. Sekali korang tau apa jadi????


Dorang masuk kat restoran yang agak exclusive!!!! Anak orang kaya rupanya!!! (Aku pun makan A&W je.. =/ ) Rupa-rupanya, yang tadi tu dorang just jalan-jalan sendiri (kira jalan asing2 ngan parent dorang). Akak aku pandang aku, aku pandang akak aku.


Akak aku cakap, "Tetiba hati aku tak sedap. Mesti dorang ingat aku ni gila sebab tetiba aku blanja dorang kan? Mesti dorang fikir aku nak hina dorang, konon-kononnya ingat dorang takde duit ke nak beli air?!. Ni semua ko punya pasal!".. Aku just jawab, "Kita bersedekah. Dah rezeki dorang dapat hasil sedekah dari kita. Apa dorang nak cakap, biarkan. Dorang budak-budak. Allah Maha Melihat apa yang kita lakukan. Allah je yang tahu seberapa ikhlasnya kita. (Citttt... Ngok btol la. Tulis blog pun air mata aku boleh bertakung!!)


Dalam hati aku:::


Ya Allah, syukur & leganya hati bila tengok budak-budak tu bukan orang susah. Kalau tak, sedih aku tak habis!!!


Kawan-kawan, tak kira sapa mereka, dari mana mereka datang, macamana penampilan mereka, jika mereka perlukan pertolongan, perlukan sesuatu yang mereka tak mampu, berikanlah pada mereka. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Beri tanpa ada sedetik rasa riak & redha. Allah akan mengurniakan kita keindahan kelak. Aminnn... 

Saturday, April 2, 2011

Aku nak minta maaf

Ini kisah waktu aku berumur 6 ~ 9 tahun (tadika sehingga darjah 3 shj).

Siapa cakap aku budak baik?? Huhhhh.. Mak bapak aku je fikir anak dorang ni sopan santun (anak dorang tu aku la!). Ehhhh.. takde maknanya. Betul!! Apa yang aku nak cerita ni bukan benda tipu. Ni betul-betul. Korang bayangkan. Time umur macam ni, aku duduk kat kampung. Mak bapak aku kat Klang. So, aku merdeka!! Arwah nenek jaga aku & Mak usu aku yang selalu settlekan apa2 pasal aku (i luv u moksu Ita). 

Nak dipendekkan cerita, dari kecik lagi aku dah tergolong daripada golongan 'gangster'. Kecik2 dah pandai buat dosa kat orang. Bayangkan.. Apa yang tak kena dimata aku ni, ada balasannya. Ada beberapa nama yang 'top list'. Ada 5 orang yang pernah kena buli dengan aku. 

  • Aiman (budak muka mak salleh tapi gagap)
  • Lei Leng (tak pasti nama dia betul or tak)
  • Hidayah (classmate a.k.a jiran aku)
  • Nazri (budak lelaki yg paling baik bg aku)
  • Tarmizi (budak yg tak sempat aku nak jotos kepala dia)
AIMAN. (Darjah 2)

Aku tak tahu la kan. Nak katakan dia ni jodoh aku, tak pulak. Tapi dia ni, mana aku pergi, dia mesti ada. Mana kelas aku masuk, mana tempat aku duduk, aku mesti dengan dia. Cikgu suka sangat suruh aku duduk sebelah dia. Baik 1 group (meja 6 bijik dirapatkan) mahupun duduk berdua-dua (meja 2 bijik dirapatkan). Dia ni baik. Memang baik. Aku dulu pencil case suka beli yang lawa-lawa. Beli pencil yg color2, kartun2. Budak-budak la katakan. Bila dah cantik, sayang pulak nak pakai. Haaaa.. itulah aku. Bila sayang nak guna harta sendiri, aku gunalah harta orang lain. Apa lagi?? Si Aiman ni la yang jadi mangsa. Habis semua pensel/pemadam/ pembaris (pembaris panjang dia aku patahkan. Kira bahagi dua dengan aku. Baru adil..) aku guna. Harta dia hartaku juga!!. One day, dia bengang dengan aku agaknya sebab aku asik guna barang dia je kan, dia marah aku. Dia rampas apa yang aku pegang. Dia cakap macam ni, "kau guna ar ko punya sendiri!!". Wahh.. aku pandang je muka dia. Aku tak bersuara langsung. Aku tunggu line clear je. Aku tunggu dia letak lengan dia kat diantara meja aku dengan dia. Aku tengok dia letak je, aku terus rapatkan meja aku ke meja dia dengan lajuuuuuuuuuu... Apa jadi?? Tangan dia terkepit meja!!! Berdarah. Menangis tak henti ko!! Aku dah tak pikir dh muka ko hensem macam Aston Kusher. Haaa.. lain kali jangan kedekut!! (Sebenarnya aku bukan marah sebab dia kedekut. Yang buat aku marah sebab cara dia cakap tu. Tergagap-gagap pastu dia suka sangat simpan/tadah air liur dalam mulut. Bila bercakap, dah meleleh2. Geram aku!!) Maafkan aku Aiman..

LEI LENG BUKAN NAMA SEBENAR (Tadika)-> Ni bukan perkauman tapi ni kisah kanak2 okeh??!

Ni minah cina yang aku kenal masa tadika. Dia ni jenis suka memusnahkan hasil kerja orang. Aku bukan 1 group dengan dia. Dia group sebelah. Budak-budak tadika apa je mainan dorang. Setakat plastesin/tanah liat (play-doh), lego, congkak & etc. So, aku pilih nak main tanah liat. Boleh hilangkan tension bila dapat tenyeh2 benda alah tu. Aku buat bentuk penguin & member aku lagi sorang ni buat lempeng. Dia gunakan pencel 2b untuk lenyek2kan lempeng dia tu. Tengah sibuk2 member aku ni uli lempeng dia tu, tetiba si cina ni datang & amik tanah liat member aku. Member aku muka cuak & nangis sopan (nangis without suara). Aku ni jenis setiakawan. Pantang tengok member aku kena cantas. Aku dengan pantasnya amik pencil 2B tadi & cucuk lutut dia!!! Bila dah cucuk, aku cuak sebab pencil tu tembus daging lutut dia. Dengan gelabah, aku patah pencil tu dengan alasan supaya cikgu tak nampak pencil terjojol keluar. Sekali cikgu menjerit sebab budak tu nangis gila. Rupa2nya, pencil patah tu separuh kat tangan aku, separuh lagi dalam lutut budak tu!!! Huwaaaa.. lariiii~ Tak pasal2 budak tu admitted kat hospital kena bedah. Haa.. lain kali jangan sesuka hati kacau kawan aku!! Maafkan aku Lei Leng, bukan nama sebenar..

HIDAYAH (darjah 3)

Ohhhh.. dia ni memang aku dah attack lama dah. Dia ni jenis yang macam budak suka pakai beg Princess. Alaa... Jenis yg suka bergaya ala2 diva, jalan ala2 model gitu. Aku geli skit. Yang paling aku bengang, dia ni suka sangat menjeling. Wahhh.. hangat hati aku ni. Aku tetap bersabar selama beberapa bulan tapi satu hari tu, ntah apa sebab ntah mata dia tu asik suka nau menjeling bila tengok muka aku ni. Sekali dua tapi, ni banyak kali. Hati aku cakap, "Dah tiba masanya ko bertindak Er!!". Aku tunggu dia pandang mata aku & sekarang gak aku bertindak. "Chupppp". Tau apa aku buat?? Aku cucuk mata dia guna jari telunjuk aku!!! Hahhh.. amik ko! Petang tu jugak mak usu aku bawa aku pi umah dia & jelaskan kat mak si Hidayah tu napa dia buat macam tu. Huhh.. Ingat aku nak mengaku?? Gila? Mata dia dah berdarah blah dalam beb. Keliling semua merah. Haaaa... Lain kali jangan suka jelingkan mata kat aku. Kan dah dapat bahananya!! Maafkan aku Hidayah..

NAZRI (darjah 3)

Semenjak kes aku cucuk mata Hidayah, budak-budak lain pun dah buka mata masing-masing. Semua takut nak buat hal dengan aku. Budak-budak class aku semua dah jadi baik. Ada 1 kisah pasal si Nazri ni yang menunjukkan dia tak nak langsung buat hal dengan aku. Aku kat kantin masa tu. Memang hari tu aku rasa betul-betul lapar. Selalunya duit belanja aku, aku guna untuk beli pemadam sebab memang tiap-tiap petang ada pertandingan laga-laga pemadam. Disebabkan lapar, aku beli satu pinggan nasi lemak. Ntah macamana, elok-elok aku tengah berjalan nak menuju ke meja, tetiba si Nazri ni terlanggar aku dan menyebabkan nasik lemak aku jatuh & bersepai semua nasi, ikan bilis semua. Aku pandang nasi tu & aku terus pandang Nazri. Bila aku tengok je mata Nazri, dengan gelabahnya dia cakap, "Ehh.. tunggu. Tunggu jap yeh. Tung..tunggu jap aku beli baru!". Dia lari & terus belikan nasi lemak yang baru. Aku pandang dia tak lepas sebab aku nak tengok sama ada dia tu betul-betul ke nak gantikan nasi lemak aku. Ohhhh.. betul2 rupanya!! Dia siap beli 2 pinggan okay!! Walaupun nasi lemak depan mata aku, tapi mata aku tetap nak pandang muka dia. Baiknya budak ni.. Aku cakap, aku tak marah dia pun walaupun nasi aku jatuh. Dia senyum lega. Haaaaa... Ini balasan kat orang yang jujur. Dia tau mengaku salah dia & cara dia minta maaf sangat sweet!! So, aku tak marah dia langsung malah suka. Apa jadi kat nasi 2 pinggan tadi tu?? Aku mintak balasan. Dia kena temankan aku makan nasi tu. Dia sepinggan aku sepinggan. Kena duduk semeja &  tu first time aku berdating. Muahahaha... (Itu aku tipu. Sekolah rendah la weh!! Mana tau dating!!). Maafkan aku Nazri..

TARMIZI (darjah 3)

Budak ni plak buat taik masa akhir tahun (esoknya cuti sekolah 2 bulan). Dah nama pun cuti sekolah. Semua sawan nak balik cepat. Aku pun sama terkinja-kinja nak balik awal. Bila dengar bunyi loceng je, semua ucapkan 'terima kasih cikgu' laju-laju & cabutttt... Dah ramai-ramai nak keluar, semua orang berasak-asak nak menuju ke tangga. Entah macamana, ada sorang budak ni lari pecut tiba-tiba & langgarnya aku. Aku dengan slow motionnya jatuh betul2 tepi longkang. Bukan tu je, dulu-dulukan banyak pasu-pasu bunga tepi longkang (konon-kononnya cantikkan sekolah). Tangan aku pi langgar pasu tu & pasu tu jatuh. Apa lagi, tembikar yang pecah tu masuk menusuk dalam tangan aku. Dah satu hal cikgu nak kena keluarkan tembiakr tu daripada tangan aku. Cikgu tanya sapa tolak, dorang semua cakap, "Tarmizi cikgu!!!". Tarmizi tak ngaku! Aku geram je tengok muka dia. Aku nak bertindak, tak boleh. Tengah tahan sakit. Aku cakap, ko tunggu mizi. Aku akan balas. Last-last, sampai sekarang aku tak dapat nak balas sebab tahun depannya, aku pindah ke Klang & sekolah di sama. Huhhh... Ko bernasib baik Mizi. Klo tak, ko mangsa aku yang ke-5!! Haaa.. kali ni baru padan muka aku!! Tak payah la aku nak mintak maaf kat Mizi tp Mizi KENA MINTAK MAAF KAT AKU PLAK!!!!! 


Anak-anak:::

Jangan nakal macam auntie yea.. Jadilah budak yang baik & sopan supaya tak kena sumpah dengan orang. Ù©(-̮̮̃•̃)Û¶

Tuesday, March 22, 2011

Permintaan & pemberian (prelude)

"Dia memberi apa yang aku pinta, tapi aku sangat takut kalau aku tak mampu untuk memberi apa yang Dia pinta"

(Sedutan kisah tajuk ni akan diceritakan pada post yang akan datang. InsyaAllah! Buat masa ni aku tak mampu nak update blog panjang² sebab tak larat nak perah otak untuk mengeluarkan idea & ayat² yang baik.)


Maaf. Buat masa ni, hati saya sangat tak tenang. Ada sesuatu yang kosong. Minda yang kosong. Hati yang kosong. Sahabat saya kata, "tak baik mengeluh". Saya tak mahu mengeluh sebab kalau kita mengeluh, rezeki kita akan semakin menjauh dari kita. Jadi, saya redha dan tidak mahu mengeluh. Saya akan simpan 'penat' saya supaya saya dapat bangkit macam dulu. Terima kasih kawan2 yang baca. Saya terpaksa jadi skema macam ni sebab sy dah penat cakap style pasar. =) 

Friday, March 18, 2011

Cinta (Versi Indonesia)

Oleh kerna ada pembaca blog aku datangnya dari tanah seberang iaitu Indonesia, aku dengan senang hatinya mau tulis blog ini dalam bahasa Indonesia. Tapi maaf ya kalau aku nggak bisa bertutur/menulis dengan betul. Aku baru belajar kok. =)


Oh ya! Sebelum aku mulakan, aku mau kalian semua membayangkan aku seolah-olah berbicara seperti Kejora (sinetron Kejora dan Bintang). Boleh kan?? hehehe.


Jika cinta, pasti kita rindu setengah mati..





(baca ini dengan memahaminya)

Ohhh.. Pasti ramai yang suka ni. Bila ngomong pasal cinta, semua tersenyum lebar. Ehh.. malu sih?! Nggak perlulah. Gue jugak suka sih tapi nggak semua manusia itu mempunyai untung dalam cinta. Yaaa.. Ada yang nasibnya untung banget. Ada yang sedih muluk. Kasihan kan?? Hmm.. Gue punya idea untuk menulis kisah cinta ini kerna ramai teman-teman gue sekarang dilambung ombak cinta. Iya-iyalah.. seharusnya happy dong ah. Hehehe..

Cinta itu subjektif. Kita semua penah merasakannya. Tidak kira apa peringkat umurnya. Dari kecil hingga ke tua. Cinta tak seharusnya manusia dengan manusia. Cinta pada Tuhan, cinta pada ibubapa, cinta pada kekasih, cinta pada kerjaya. Segalanya yang datangnya dari hati yang mulus. 
Cinta sebati dalam jiwa
Cinta menghancur jiwa raga
Cinta mengindahkan semua
Apakah sebenar erti cinta



Jika ditanya tentang apa artinya CINTA, gue juga nggak bisa menjawabnya. Malah bisa bengong!! Tapi kalian harus percaya. disetiap perkara yang indah itu, terselitnya kehancuran jika salah pembawakannya. 


Cinta titiskan air mata
Cinta memutuskan saudara
Cinta senyum gelak ketawa
Tiada dinafikan cinta





Kalian pernah nggak nangis kerna tidak berjaya memiliki hati seseorang?? Pasti pernahkan??  Tika itu pasti kita rasa "Ohhh.. cinta ini membunuhku!!". Pasti! Nangis terus. Ada juga nangisnya sampai 2 minggu. Ahhhh.. lama banget mau lupakan cinta lama. Gila kek luuu!! Kadang-kadang, cinta itu juga buat kita putus saudara. Contohnya bapak gue punya temen yang punya putera dan mau dikahwini sama gue. Tapi gue nggak mau. Bangkang terus! Jadi Teman bapak gue itu rasa tersingguh. Wahhh.. Marah banget sih dia. Terus kata sama bapak gue, "Kalau anak kamu nggak mau menikahi puteraku, kita putuskan hubungan. Kita putuskan persahabatan ini". Isshhh... jahat banget ini orang. Masa sih kehidupan masa depan anak2 mereka dipertaruhkan. Banjingan loh!! Aku nggak suka kalau gini. Nggak mau dipaksa-paksain! Tapi kalau udah dinamakan cinta, bisa buat aku tersenyum tau. Kok kaya lagu Shiela on 7. Hehehe.. 




Mau siramin pokok juga bisa tersenyum. Mau makan, seperti terlihat muka pacarnya kita pon bisa bikin kita tersenyum. Bila teringat sweet memory sama pacaran kita ja udah bisa kita gelak besar! Ya kan??? Itulah cinta.

Dikala hangatnya cinta

Dunia itu indah
Kala mimpi hancur lebur
Harapan nyawa terkubur




Ketika cinta segar mekar, dunia itu kita la pemiliknya. nafas pacaran kita busuk pun kita akan bilang wangiiiiii~ Ahhh.. gombal semuanya. Hahahaha.. Ada perkara yang kita paling takuti. Bila cinta itu sudah pudar, hancur segalanya. Pelamin anganku turut musnah. Sedihnya bukan kepalang. Seperti mau dirobek-robek hati ini. Waduh waduh.. Aku paling tidak suka waktu kecewa. Sakit tau nggak?????! Bikin panas. Bikin marah berpanjangan!!!!
Oh mengapa? Dimana? Apa?

Siapa dapat menduga
Datangnya dan pergi


Kurniaan ya rab itu indah
Walaupun kadang mampu meluka

Pelengkap jasad yang bernyawa
Tak dapat dinafi hadirnya

Kita semua tertanya-tanya. Siapakah cinta kita, adakah dia mencintai aku, mengapa kamu suka bangat sama aku.. Itu soalan lazim. Kita nggak bisa menduga bila datangnya cinta. Selalunya, cinta itu akan datang jika kita membenci. Di malaysia, selalu aja orang tua-tua ngomong, "Jangan benci sangat dengan si Abu tu, Nanti kau tersuka baru tau". Paham nggak maksudnya apa?? Bila kita terlalu benci, secara nggak sengaja, kita selalu memikirkan tentang orang yang kita benci. Kita juga selalu ambil tahu tentang org yang kita benci (Diantara lelaki & perempuan). Lama-lama perasaan benci itu mula timbulnya rindu. Bila rindu, timbulnya cinta. Kan?? Hebatnya cinta. Sangat mistik. Cinta itu kurniaan Ya Rabb. Dialah pemilik hati dan dia lebih Maha Mengetahui dia atas sesuatu. 

Aku mahu mengatakan sesuatu pada mereka yang sedang bercinta (pesanan buat aku juga)::
Jika kita sudah memiliki cinta, jangan terlalu memberikan 100% cinta kita pada pasangan dan tolong simpankan separuh buat diri kita supaya jika cinta itu pergi, ia hanyalah seolah-olah separuh jiwaku pergi. Bukan semua. Kita masih bisa hidup dengan kehidupan yang baru. 



Jangan kita bermegah dengan cinta yang kita miliki sekarang. Jangan sesekali mengejek atau menghina mereka-mereka yang masih belum punya cinta. Ingatlah bahawasanya cinta itu adalah ujian Allah kepada hamba-Nya. Allah bisa menarik cinta itu dalam sekelip mata. "Isshhh.. kamu jangan berlagak eh dapat cowok ganteng. Ingat aku heran??!". (Last-last cowoknya lari sama perempuan lain. Hahahaha.. aku bisa ketawa. Syaiton!! Tak elok!)

Cinta biar suci. Cinta kerna Allah insyaAllah berpanjangan. Aku mau jatuh cinta. Nggak sabar deh gue. Heheheheee... 


Udah deh. Mata aku udah nggak bisa di buka luas ni. Aku tidur dulu ya.


Selamat malam teman-temanku~

Saturday, March 12, 2011

Selamatkanlah kami daripada bencana Ya Allah!




Hati ibu mana yang tak sedih & takut bila melihat kejadian macam ni berlaku di tempat tinggal anak kesayangannya?? Adakah anaknya selamat?? Di mana anaknya berada ketika ini?? 


Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan warga Malaysia & Jepun daripada ditimpa lagi bala bencana yang tidak diingini. 


Dan semoga Madani Rasyad (adik mateen) berada dalam keadaan yg selamat di Tokyo. Lindungilah dia, Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin..

Monday, March 7, 2011

Cemburu

Cemburu tak elok untuk HATI aku..
Cemburu tak elok untuk WAJAH aku..
Cemburu tak elok untuk TEKANAN DARAH aku..
Cemburu tak elok untuk PERASAAN aku..
Cemburu tak elok untuk PERHUBUNGAN aku..
Cemburu tak elok untuk SIKAP aku..
Cemburu tak elok untuk OTAK aku.
Cemburu tak elok untuk MATA aku.

Cemburu buat HATI aku berborak tentang perkara-perkara yang tak baik.
Cemburu buat WAJAH aku cepat berkedut.
Cemburu buat TEKANAN DARAH ku naik sebab marah dan stress.
Cemburu buat PERASAAN aku bercampur-baur dengan benda-benda yg negatif. Sedih.
Cemburu buat PERHUBUNGAN aku makin bosan.
Cemburu buat SIKAP aku berubah dari suka jadi acuh tak acuh.
Cemburu buat OTAK aku berat memikirkan benda yang tak patut difikir.
Cemburu buat MATA aku dicuci tanpa diminta. Nangis je keje.

Ya Allah,
Jauhilah aku dari sifat cemburu. Buanglah perkara negatif tu jauh-jauh.
Aku nak jadi hamba-Mu yg tabah dan baik.
Aminnn~

Saturday, March 5, 2011

I'm Juliet

- And my daddy said, "Stay away from Juliet"-
-And i was crying on the staircase-
(Lirik lagu Taylor Swift, Love story)


Nila lagunya.. Korang dengar la yea. Nak nyanyi pon boleh. Nak miming & rakam muka sendiri guna video cam pon boleh. ^__^



Bapak aku cakap, "Stay away from Juliet!!!!".. Aku menangis teresak-esak. Sedih la bila bapak aku jerit macam tu, semua lelaki lari. Takde sorang pun yang berani nak kawin atau nak luahkan perasaan jiwang dorang kat aku.. Spoil la. Tapiiiiii..............

Weehhhhh.. I am not Juliet!!! I'm Erfiza!!! Anak kepada Mak cik Eton!! Eton tu sapa??? Alaa.. Bini si seman tu.. 


So, biar aku cari market.. 

Banner (Sila klik kat gambar ni supaya lebih jelas apa yang nak diIKLANkan)


Haiishhh~(Sila klik kat gambar ni supaya lebih jelas apa yang nak diIKLANkan)

Hahahahahaaa.. Anak cik Eton je buat keje gila. Memang tengah takde keje & idea untuk tulis blog. Info2 bodoh yg kuar. Hahahahaaa... Aku ngantok. Bye!!

Wednesday, March 2, 2011

Hati Baik Hati Jahat

Ada kena mengena ke gambar ni?? Blasah jela!!

Situasi:
Seorang gadis membenarkan boyfriendnya untuk berkenalan dengan wanita lain dan wanita tu juga dikatakan adalah salah sorang wanita yang hendak dijodohkan dengan boyfriend dia. (Cousin boypren dia nak kenen-kenenkan dorang berdua). Dan mereka (wanita & boyfren) berkenalan semasa boyfren dia pi holiday. Dan bila gadis ini melihat gambar-gambar mereka berdua, baru la tercetus 'dunia' baru yakni dunia batin. Tak ada sorang pon yang mengetahuinya.

Hati jahat : Kau tengok tu jah. Sepadan weh dorang dua orang ni. Macam pinang dibelah dua. Dorang ni macam ada jodoh je kan? Tak macam kau. Tak padan langsung. Lari timing laaa..
Hati baik : Ehh.. ko jangan dengar cakap hati ko yang jahat tu. Dorang memang padan tapi ko pun apa kurangnya?? CINTA tu tak kenal rupa la yang..

Hati jahat : Kau kat sini, dorang berdua kat sana. Ko tau ke apa yang dorang buat, apa dorang borakkan? Ntah-ntah dorang dah jatuh cinta each other tak??
Hati baik : Kau dah berkawan dengan dia selama 3 tahun. Takkan la dorang yang baru kenal bleh jatuh cinta kot? Benda tu memang bukan mustahil tapi mustahil kot bagi lelaki macam boyfren ko tu. Percaya la cakap mak ni.. Gayaa Gaya Gayaa~

Hati jahat : Wehh.. ko ingat sikit. Ko tu kerja apa?? Pompuan tu bakal kerja as a doctor ok. Ko?? Low class!!
Hati baik : Dengar sini. Tak kisah la ko tu keje apa. Ko ke yang nak tanggung bakal laki ko nanti?? Tak kann?? So, ko rileks.

Hati jahat : Apa lagi eh?? Nanti klo dorang kawin, mesti anak dorang cantik-cantik & pandai-pandai. Kalau kawin dengan ko? Lawa ke anak2 korang nanti?? Harapkan muka laki ko jela. Lagi 1, pandai ke??? Huhh~
Hati baik : Anak-anak tu semuanya rezeki dari Allah. Lawa or pandai, tu semua Dia yang tentukan. Masa mengandung nanti, ko baca lah surah-surah khas untuk orang mengandung. Kita berusaha dan berdoa. Ada gak yang mak bapak tak cantik tapi anak-anak perfect segalanya. InsyaAllah.

Hati jahat : Percaya la cakap aku ni. Aku tak yakin dengan dorang ni. Dalam masa seminggu, macam-macam benda boleh berubah. Ko tengok gambar-gambar dorang. Macam, mesra gitu.. Macam ada simpan perasaan pun ada gak. Ko lupakan jela jantan ni. Ko kan suka. Ko yang suruh dia try pompuan ni kan?? haa.. terima jela dengan redha.
Hati baik : Jangan percaya cakap dia. Dia jahat. Ko cuma percaya kata hati ko. takde sapa yang boleh bantu kecuali diri ko. Aku tau ko suruh dia jumpa tu pun bersebab kan?? Aku tau ko banyak berkorban. Percayalah bahawa Allah akan mengurniakan 'sesuatu yang indah' bagi mereka yang SABAR. Kalau la lelaki ni suka pompuan tu, takkan dia asik tanya itu-ini kat ko kan?? Skit-skit mesej, Macam tak tenang je dia kat sana. Kesian. "EASY GET, EASY GO!". Bila cepat suka, cepat jugak benci. bila benda yang senang kita dpat, senang jugak dia pergi meninggalkan kita. Ko pegangla kata-kata ni k. Jangan putus asa dan slow talk. Kita pon tak tahu apa perasaan lelaki tu.

Jawapan gadis melalui lubuk hatinya:
Aku percaya dia. Itu semua hanya ujian untuk aku dan aku fikir kalau ada jodoh, takkan kemana. Dengan sapa dia berkawan, mana dia duduk, kami tetap bersama kalau diizinkan oleh Allah. So, chill laaa~

Hahhhh... kan bagus kalau kita ada senaraikan pro & contra. Kita akan dapat tau jawapannya walaupun lambat sangat nak tahu penghujung cerita. ^__^

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...