Saturday, July 16, 2011

Kami memang suka makan!!

Aku memang suka makan. Tu pasal la 'bam-bam' macam sekarang ni!! Ehhhhh.. Sapa cakap aku sorang je suka makan? Ingat aku takde pengikut ke?? Ada laaaa...

Nahhh!! Ni buktinya..

"Abi bagi saya makan biskut roti."

"Saya try kunyah. Boleh ke lembut roti ni??"

"Ohhhh.. nikmatnya.. Yummy~"

Haaaaa.. So, korang dah tau kan sapa pengikutnya??? Sy. Adam Ar-Rayyan la pengikut aku paling kuat. Tangan makin lama makin debab like cikngah dia yang comei. Hikhik~

WELCOME TO THE CLUB DAM DAM!!

Komen geram:
Ada ke patut Abi si Adam ni boleh bagi dia makan biskut tu??!! Ingat tempolok dia ke hapa?? Grrr~

Baru aku tau perasaan ini..

Huwaaaaaaaa~

Aku kena tinggal sorang-sorang kat rumah!!

10 jam sebelum ni..

'Balai perlepasan antarabangsa' atau in english 'international departures'.

Oihhhh... Hari ni aku cuti! Sengaja nak mengekor untuk mengantar 'kesayangan-kesayangan' aku pi obersis. Hehehee... Bertolak dalam pukul 12.30pm dan sampai KLIA dalam kul 1.30pm. Makan-makan jap then check in. Dalam pukul 3pm dorang dah kena stanby kat ruang menunggu. Flight dorang dalam pukul 4.30pm. Dorang melangkah je pintu perlepasan, aku pun melangkah keluar dan berambus dari KLIA ni. =(

Masa **tata dorang tu, perasaan sedih bukan kepalang. Tetiba lak nak emo. Hoihhh.. Sedihnya bila kena tinggal. Baru aku faham perasaan dorang masa aku berangkat ke Leicester, UK dulu.. (Mengimbau kenangan tak berapa nak lama nampak?!!) <-- Cewahhhh.. berangan lebih ni..!! Suka hati aku laa.. Pedulik! Hikhik~

Sekarang pukul 1.35am.

Bosannya tinggal sorang-sorang!! Semua CD Korea aku dah keluarkan dari **gobok. Semua lampu aku dah bukak. Terang-menderang dah macam Putrajaya. Volume TV aku bukak sebesar yang mungkin and aku rasa macam pukul 1.35 petang plak. Kunci 1, kunci 2, kunci 3, kunci 4. Semua kunci aku dah pastikan semuanya berkunci!!! Dan yang paling penting..........

Minyak kereta aku dah isi penuh-penuh untuk aku merambu esok!!!! 

Miss u la my luvly Mom, Dad and my only sister Emi. Dan tak lupa jugak buat mak teh & mak oteh aku yang join pegi sana.(Baru je sehari. Dah gelabah! Dorang pi Indon je kot!)

o(╥﹏╥)o
Glosari kata:

** tata - melambai

** gobok - almari
............(0 0)
.---oOO-- (_)-----.
╔═════════════════╗
 Cepat la korang balik!
╚═════════════════╝
'----------------------oOO
........|__|__|
.......... || ||
....... ooO Ooo

Tuesday, July 12, 2011

Apa nak cakap??

Macamana nak cakap kalau macam ni??? 
Ni kisah anak buah aku.


Ummi : Kiki (abang).. Lala (Adik).. Meh makan!!


Abang : Dik, baca doa makan dik!


Adik :

Dia baca doa makan dalam bahasa arab

Lepas tu dia sambung baca dalam bahasa melayu pulak.. 

"Ya Allah, berkatilah rezeki kami dengan apa yang kau telah berikan kepada kami dan jauhi dari seksa neraka. Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."

Dah habis bahasa melayu, dia sambung bahasa Inggeris pulak... 

"Dear Allah, thank..." (doa sampai habis)

Abang : Okay! Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugak abang makan. Abang dah berumur 40 tahun dah. <-- Lama bebenau menunggu adik dia habis baca doa. Hehehe~

The moral of the story:
Hantarlah anak kita kat tadika yang mengamalkan ajaran Islam supaya anak kita dididik dengan baik. Biar dia belajar macam-macam doa... Yang senang, kita jugak nanti. =)


Saturday, July 9, 2011

Takde kena-mengena dengan FAMILY

Hoihhhh... Lari tema!!

Ehhhh.. tak kisah la. Ni bukan kisah family tapi aku tetap nak cerita sebab terlalu excited dah ni..

"Tangan dah menggeletaq nak taip!!!"

Fuhhhh.. Tarik nafas!! Tahan nafas selama 30 saat memandangkan aku tetiba tersedu-sedu lak. Huwaaahhh.. Biar aku mulakan cerita.

PERKARA NI BERLAKU PADA 2-3 TAHUN LEPAS.

Ada la sorang member ni. Aku kenal dia melalui blog. So, kitorang changed link sesama sendiri, suka sama suka. Dia selalu baca blog aku & aku selalu baca blog dia. Not bad la gak blog dia sebab dia ni suka tangkap gambar. Lawa-lawa lak tu. Aku minat la.

Lagi satu sebab aku suka tengok blog dia sebab..... Ada banyak gambar dia. Muka dia sedap mata memandang.. ^__^

Tapi memang serius. Time tu 2-2 active berblogger. Kalau takde benda nak cerita kat blog, mesti dia buzz aku kat Yahoo Messenger. Lama-lama, aku tengok blog dia macam hambar. Senyap je takde apa2 'new post'. Aku tunggu punya tunggu punya tunggu, tetap takde new post. o(╥﹏╥)o

Nak tengok dia online YM pon dah jarang. Ada 1 day tu, dia BUZZ aku. Dia cakap dia busy sangat-sangat sebab dia ada banyak exam lepas ni. Aku paham & aku tau dia busy macamana. So, aku kata its okay! Kalau ada masa, kita chat. Ada jodoh kita jumpa. 

***Daripada mula-mula aku kenal dia, kitorang memang tak pernah jumpa. Just lebih selesa borak melalui 'alam maya'. Dia study kat Uitm tapi aku tak tau dia Uitm mana. Bodoh kan aku?? Boleh plak kenal dengan orang pastu tak mintak nombor henfon then tak tanya mana dia tinggal or dia belajar kat mana. 2-2 tak penah tanya each other. Sebok borak-borak pasal isu-isu orang lain. @>.<@

Lama-lama, kitorang lost contact. Yahoo messenger dia pun tak pernah nak online dah. Aku dah hilang kawan berborak. Memang terasa betul takde member. Aku follow blog dia tapi bila aku tengok blog dia macam tak berusik, aku mengambil keputusan untuk unfollow blog dia sebab kalau tak, aku asik nak tengok blog dia je. Macam orang gila bertepuk sebelah tangan. Gila gilaaaaa... (Dulu Facebook tak bape nak glamour)

 PADA 08th JULY 2011.

Aku duk belek-belek page Facebook member aku (page budak perempuan). Aku sengaja je klik kat page budak pompuan tu sebab muka budak tu makin lama makin lawa. Berkenan aku tengok. Pastu aku ternampak 'friend list'. Kat page dia ada list untuk 'family', 'old school', 'member Uitm' and 'member HTAR'. Tangan aku rasa macam gatal je nak klik kat 'member HTAR' tu. So, aku klik.

Tengah dok belek-belek, tetiba aku nampak satu nama ni..'_ _ r_aa_inci'. Mata aku terus terpaku kat nama tu. Kenapa aku macam pernah tengok ejaan nama ni & aku macam pernah dengar nama ni. Berdebar gila!!!! Arrow aku dah nak menuju nama si '_ _ r_aa_inci' tu. Bila aku klik... Subhanallah!!! MasyaAllah!! Laillahaillallah!!  Alhamdulillah!! Allahu Akbar!!

Tengok gambar.. 
Memang sah!!!
Memang dia!!! 
Hahhhhh.. Dia dah selamat jadi 'org yg penting' kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang!!!! 
Ya Allah.. Aku tak nak nangis tapi aku kena nangis. Nanti hidung sakit. Rupa-rupanya dia ada berdekatan dengan aku je. 



Apa semua ni?? Kenapa aku kena jumpa dia lagi?? Padahal aku dah tak ingat langsung kot pasal dia. Kan dah sedih!!

Astaghfirullah Al-Azim... Ni kan semua rancangan Allah. Apalah aku ni!!

***Sekarang aku hanya simpan link Facebook dia & aku rasa aku tak nak add dia. Buatnya aku nampak dia dah kawin ke, dah tunang ke, dah punya pacaran ke, kan lagi sedih?! So, diam jela..  o(╥﹏╥)o


Wednesday, July 6, 2011

Sila tolong ahli keluarga anda!!

Hoihhhhh... Mata aku ngantok time2 lunch ni... Hati pon tengah gundah-gulana. Apa kata kita share benda2 yang boleh buat kita lupakan si gundah-gulana tadi nak???

Ini kes serius!!!
Sebagai family, korang kena la jaga family korang sebaik mungkin ok! Jangan jadi macam ni :

1) Tolong jangan biarkan atok-atok korang main bola time-time tua gini. Kang ada yang tercabut tulang, tercabut gigi dan paling penting, jangan sampai tercabut kain tu woiiii~

2) Aku tau niat korang baik. Konon-kononnya tak nak kasi anak korang mandi berseorangan. Memang niat korang tu baik & konon-konon rasa selamat la kan. Takde la anak korang mati lemas dalam air. Tapi agak-agakla.. Kot ye pon, jangan la kasi anak korang bertemankan ular sawa weh!! Siap berus-beruskan badan sekali ni hah! Kang budak ni tak lemas dalam air tapi lemas dalam perot ular sawa ni kang?? Haaaaaa... Ingat senang ke nak beranak??? (Macamlah aku penah beranak kan?? Hikhik~)

3) Tolong la bagi nasihat kat family kita supaya jangan la terlalu megah dengan kebendaan. Aku tau la kaya. Kereta sampai 6,7,8,9, 10 bijik. Guna sampai muak tapi takkan la sampai lekat kat meja pulak??? Kaya bebenau kooooo... Huhuhu..

4) Sekali sekala apa salahnya kita bawak family kita jalan-jalan ye tak??? Tapi tula orang sekarang. Nak bercuti pon berkira. Kos minyak, tempat tinggal.. macam-macam. Aku cadangkan korang bawalah dorang bercuti dengan menaiki kereta lembu versi moden. 

SAVE MINYAK!!!!
SAVE BUDGET!!!!!

Aku tau korang nak tunjukkan semua orang yang anak korang ni semuanya hebat-hebat belaka. urat dawai bertulang besi tapi agak-agaklah weh. Nak buat ujian pun guna otak dong. Kang klo dah patah riuk macamana?? Kalau nak tunjuk lagi terror, apa kata letak tangan-tangan bapak dulu?! Baru try kat anak-anak. Baru syok beb!!!

Korang ingat seronok ke patah tangan ni?? Seksa walaupon ada doctor hensem di sisi! Puii~

THE MORAL OF THE STORY:

"Sayanglah family kita sebagaimana kita sayang pada diri kita. Jangan terlalu mementingkan diri dan keperluan serta kebajikan ahli family kita yang lain terabai. SEKIAN."

Tuesday, July 5, 2011

Si Hassan 'calon' bakal ahli keluarga

Tajuk nak gempak macam suratkabau METRO.. Cehh~

Yaaa.. Aku tau. Patutnya aku kena cerita pasal family aku kan??? Tapi mood takde la nak cerita pasal family sebab kalau nak buat cerita pasal family kita, kita kena ada masa yang panjang sebab kena atur betul2 jalan cerita. Sekarang ni mood aku nak cerita pasal 'calon family'.

*** Ciri-ciri Imam Muda Hassan ni boleh dijadikan 'panduan' untuk memilih calon suami... (Itu topik yang sebenar-benarnya untuk blog aku hari ni).

(Imam Muda Hassan)

Sejuk je mata tengok.. T__T

Bercahaya dengan cahaya keimanan.. InsyaAllah.


Ya Allah... aku cukup berkenan dengan Imam Muda Hassan. Mana nak jumpa hamba Allah seperti dia disekeliling aku?? Kalau ada, kurniakan dia untuk aku Ya Allah.

"Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui"
- Sekerat lirik Hamba-Mu Mawi ft Akil Hayy -

Kenapa pulak aku boleh berkenan dengan dia ni????
Jawapan aku.... Ntah. Tetiba kot. Nak pulak tengok dia macam ikhlas dengan setiap apa yang dia buat. Yang paling aku rasa kemuncak yang dia ni betol-betol buat aku tersuka masa ni.... (sila tengok video di bawah)


(Sila tunggu part yang paling hujung)

Korang boleh tengok dia masa berjumpa dengan ibu kesayangan dia. Subhanallah... Syahdu seh. Adushhhh... Yang sorang lagi tu dah macam ala-ala YB. So, tak minat aku.


Tapi apa pon kita hanya hamba Allah yang pasti ada kekurangan. Jadi, si Hassan ni pun tak terlepas dengan sebarang kelebihan yang dia tidak miliki. Tak kisah laaa.. Aku tetap suka!!!


*** Sebenarnya aku dah jumpa orang macam dia cuma mungkin disebabkan Allah itu 'pemilik setiap hati manusia', jadi aku sebagai hamba Allah cuma berserah dan redha. Allah tu Maha Adil. Dia akan kurniakan kita sesuatu yang paling terbaik. Kita sebagai hamba-Nya berdoa dan terus berdoa untuk kebaikan kita kelak.


Aku nak berdoa::


"Wahai Allah, aku berdoa sangat-sangat semoga Kau kurniakan aku 'seseorang' yang mampu mengubah 'Erfiza yang serba kekurangan' menjadi 'Erfiza yang solehah dan disayangi oleh-Mu' Ya Allah.. Kurniakan jugak 'seseorang' untuk family dan kawan-kawan aku yang masih belum bertemu jodoh. Amin Ya Rabb."




Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

One Happy Family

Aku ingat kali ni aku nak buat minggu/bulan 'KISAH FAMILY'. Haaaaaa... korang mesti ada kisah yang best2 kan pasal family korang??? Aku ada banyak kot. Tapi nak kena recall balik la memandangkan ingatan aku makin blurrrrrrrrrrrr~

"Cayunk familieyw kitew" - (Tolong jangan tulis spelling macam ni yea klo nak buat blog!!)

Family adalah tulang belakang kita. Takde dorang, mungkin kita makin down. Takde dorang, kita rasa sunyi. Takde dorang, kita rasa "best ke ada family cenggini??".. Haaaa... Nantila.. Bagi aku masa untuk cari idea..

Jommm kita basuh pinggan!!! 

Friday, July 1, 2011

Time tengah basuh pinggan la dia nak datang!!!

Hahhhhh..... Bersarang!! Berkulapok!! Bersawang aku punya blog ni!! Yea.. aku tau yang aku dah lama tak tulis apa2 kat blog aku ni.. Peminat-peminat aku semua marah (macam la hot sangat macam Lisa Surihani) ^__^..

Korang tak tau masalah aku.. Ada sebab aku tak tulis blog... Dulu bukan main kencang aku menulis. Ada je hot2 topic. Sekarang ni macam dot dot dot..

Nak tau sebab apa???
Sebab time tengah basuh pinggan la 'dia' nak datang!! 'Dia' tu sapa?? Si IDEA laaaaa...

Maaf ye!! Aku memang pemalas nak basuh pinggan!!!

Betol weh.. Time basuh pinggan kan otak kita akan berlegar2.. Basuh pinggan sambil berangan2.. (Hanya orang yang basuh pinggan je yang akan mengalami masalah ni. Hikhik)..Time2 berangan tu la idea datang mencurah2!!

Yeahhhh... Korang memang rajin.. Tu sebab aku sayang korang!! ^__^

Aku tau aku pelik. Jadi korang maafkanlah aku kalau blog aku ni macam dah takde orang nak manage je. Tak sengaja laaaaa... Aku dah rasa macam nak amik laptop, letak kat sebelah sinki then bila basuh pinggan sambil berblog!! Hebat kan??? 

Bila dah selesai basuh pinggan, baru la mata tak semak!!


Klo malas nak basuh pinggan, toksah makan!!!!!


Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...