Tuesday, July 5, 2011

Si Hassan 'calon' bakal ahli keluarga

Tajuk nak gempak macam suratkabau METRO.. Cehh~

Yaaa.. Aku tau. Patutnya aku kena cerita pasal family aku kan??? Tapi mood takde la nak cerita pasal family sebab kalau nak buat cerita pasal family kita, kita kena ada masa yang panjang sebab kena atur betul2 jalan cerita. Sekarang ni mood aku nak cerita pasal 'calon family'.

*** Ciri-ciri Imam Muda Hassan ni boleh dijadikan 'panduan' untuk memilih calon suami... (Itu topik yang sebenar-benarnya untuk blog aku hari ni).

(Imam Muda Hassan)

Sejuk je mata tengok.. T__T

Bercahaya dengan cahaya keimanan.. InsyaAllah.


Ya Allah... aku cukup berkenan dengan Imam Muda Hassan. Mana nak jumpa hamba Allah seperti dia disekeliling aku?? Kalau ada, kurniakan dia untuk aku Ya Allah.

"Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui"
- Sekerat lirik Hamba-Mu Mawi ft Akil Hayy -

Kenapa pulak aku boleh berkenan dengan dia ni????
Jawapan aku.... Ntah. Tetiba kot. Nak pulak tengok dia macam ikhlas dengan setiap apa yang dia buat. Yang paling aku rasa kemuncak yang dia ni betol-betol buat aku tersuka masa ni.... (sila tengok video di bawah)


(Sila tunggu part yang paling hujung)

Korang boleh tengok dia masa berjumpa dengan ibu kesayangan dia. Subhanallah... Syahdu seh. Adushhhh... Yang sorang lagi tu dah macam ala-ala YB. So, tak minat aku.


Tapi apa pon kita hanya hamba Allah yang pasti ada kekurangan. Jadi, si Hassan ni pun tak terlepas dengan sebarang kelebihan yang dia tidak miliki. Tak kisah laaa.. Aku tetap suka!!!


*** Sebenarnya aku dah jumpa orang macam dia cuma mungkin disebabkan Allah itu 'pemilik setiap hati manusia', jadi aku sebagai hamba Allah cuma berserah dan redha. Allah tu Maha Adil. Dia akan kurniakan kita sesuatu yang paling terbaik. Kita sebagai hamba-Nya berdoa dan terus berdoa untuk kebaikan kita kelak.


Aku nak berdoa::


"Wahai Allah, aku berdoa sangat-sangat semoga Kau kurniakan aku 'seseorang' yang mampu mengubah 'Erfiza yang serba kekurangan' menjadi 'Erfiza yang solehah dan disayangi oleh-Mu' Ya Allah.. Kurniakan jugak 'seseorang' untuk family dan kawan-kawan aku yang masih belum bertemu jodoh. Amin Ya Rabb."




Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...