Saturday, September 19, 2009

Berakhirnya Ramadhan...


Ramadhan Al-Mubarak


Pejam celik pejam celik, dah berakhirnya Ramadhan. Walaupon aku bukan hamba-Nya yang sempurna dan yang terbaik, aku tetap merasakan kesedihan berakhirnya sebuah Ramadhan..

Memang aku rasa tahun ni tahun yang paling mudah untuk berpuasa. Takde benda yang menghalang, yang bleh buat aku tak tahan dengan puasa. Perot aku pon baik dan tak meragam (aku ada penyakit dalam perot). Syukur Alhamdulillah.... Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan aku untuk melengkapkan rukun Islam ke -4. Dengan cuaca tidak terlalu panas, dengan keadaan persekitan kerja yang selesa buat aku lebih kuat tahun ni.. Wpon bunyi mcm budak2 yang baru nk mula bpuasa, tp itulah hakikatnya bila time posa. Aku agak susah skit bila perot kosong. Hulu hati akan mula rasa sakit dan boleh memualkan. Bila mual, muntah terbelahak ar jwbnya. Dah batal posa...

Bila memikirkan akan berlalunya Ramadhan, aku mula jadi takut dan resah. Aku rasakan amalan aku sungguh sedikit. Masih belom cukup bg aku.. Aku sentiasa leka dengan perkara2 yang melekakan aku... Aku tak menghargai Ramadhan secukup-cukupnya... Aku slalu berlengah2 untuk menunaikan ibadah dan amalan2 utk meningkatkan pahala di bulan yang mulia ini... Wpon aku bsolat, mengaji, bpuasa, tapi adakah amalan aku itu cukup utk menjadi hamba-Nya seperti yang dituntut??? Adakah dosa aku masih berlonggok??? Adakah Allah memaafkan dosa aku yang lalu??? Mudah2an.. Aku tak mahu menjadi hamba-Nya yang sesat.. Nauzubillah.....

Dengan amalan2 yang aku lakukan, adakah aku bakal menjadi hamba-Nya yang terpilih untuk mendapat hidayah dan merasai malam 1001 malam yang dinanti-nantikan setiap hamba-Nya yakni malam 'LAILATULQADAR'??

Tiba satu malam............... pada malam tarikh ganjil..
Selepas baca Yassin, tetiba mata aku mengantuk sangat. Aku beralih tempat dan aku baca Yassin kat atas katil. Lepas abis baca, aku berdoa pada Allah sampai aku tertido sendiri. Aku tak tahu kenapa malam tu aku rasa betul2 ngantok. Tak seperti malam2 yang sebelum ni. Tau2 aku tersedar dari tido pukul 4.45am. Masa sahur ngan family, aku rasa mcm ada sesuatu yang berlaku pada mlm td..Kebiasaan, aku memang payah nk lelap mata. Sebelom tido, msti aku terkebil2 mata sampai aku betol2 ngantok. Pada malam tu jugak, aku tak rasa panas mcm hari biasa. Aku rasa nyaman sampai aku leh rasa ngantok. Aku bukak kipas pon just on no.1 je. Tak berpeluh2 pon. Yang peliknya lagi pada malam tu, tak ada apa2 bunyi bising. Anjing jiran aku pon tak mnyalak-nyalak.. sunyi sepi sampai aku tak sedar langsung. Aku tak haus pon. Slalunya aku akan bangun utk minum air. Tapi mlm tu tak langsung.. Aku berfikir.. Adakah malam tadi malam yg aku nanti2kan??? Jika benar, walaupon aku tak dapat merasai sepenuhnyakeindahan malam tsebut, aku tetap bersyukur kerna sblom tido, aku sempat berdoa.. Aku berharap doaku terus melepasi ke langit ke-7. Aminnn.....

Selamat tinggal Ramadhan.. Semoga ketemu kembali.. InsyaAllahh..
Selamat datang Syawal.. kemenangan yang diraikan...

Ucapanku: Bila kegembiraan menjelma, jgn lupa pada mereka yang ditimpa kesedihan. Ucapan takziah pada Nizam sekeluarga yang baru kehilangan Adiknya yang tercinta, "NAIN" yang telah kembali kerahmatullah pada pgi tadi kerana ditimpa kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan balik ke rumah bondanya yang tcinta.. Semoga kalian tabah menghadapi dugaan Allah. Pasti Allah kurniakan hkmah yg indah dsebalik kejadian. Semoga Allah mencucuri rahmat di atas rohnya.. Al-Fatihah...

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...