Wednesday, July 22, 2009

Nasyid

Tetiba je saya dapat idea utk menulis blog utk arini. Itupon setelah melayan perasaan dalam kereta time2 jammed td. Bosan btol... Ari-ari jammed. Tak pernah nak lengang. Lengang pun time ari sabtu. Itupon time sy tak keje. Mmg takde can langsung.

Bila cerita tentang nasyid, sy mula mengenali nasyid ms mula2 kump. RAIHAN menapak di dunia seni di tanah air ini. Dulu nama kump mereka dijulang apabila lagu mereka diterima oleh pendengar dengan lagu sulung mereka i.e 'puji-pujian'. Pada mulanya, penerimaan lagu2 nasyid hanya sekadar mendengar melalui angin sahaja (jarang didengar). Lagu nasyid hanya bkumandang hanya pada hari jumaat (kalau mengikut pendengaran saya). Itupon sebelum solat Jumaat. Tapi bila lahirnya Kump RAIHAN, hari2 dpt dgr nasyid. Syok!

Sy masih ingat. Ms tu sy still kecik lagi. Still main ting-ting kat depan umah nenek. Bila time kul 4-5pm, sy, adik dan akak sy mesti lepak kat depan tv. Bukan nak tgk citer power rangers tapi nk tunggu lagu raihan. Time2 ni la lagu tu akan kuar. Kitorang dh stanby peralatan2 smua.



Gendang-gendangan mengiringi lagu2 nasyid


Complete. Peralatan apa tau? Bangku, kotak tisu, tin biskut dan pencil. Utk apa?? Bila dengar lagu raihan, kitorg smua berangan jadi salah sorang yg tukang main kompang and gendang tu. Tan-tum tan-tum..gedam-gedum gedam-gedum kitorg belasah tin, kotak tisu smua. Sampai kemek2. Tu yang buat nenek sy naik hangin tuh. Maaf ye nekda!! Heheh...

Bila dipikirkan, dengan nasyid tula kita dapat berdakwah secara tak langsung. Bagi ilmu. Sampai budak2 kecik pon dapat didedahkan dengan ilmu keislaman. Btol... Blaja mengucap, tentang iman, 25 rasul, nama2 malaikat & etc.

Oohh ya... Dengan lagu2 ni la rahsia sy dapat A dlm agama. Heheh.. Mau taknya. Ms time peksa, sy nyaris2 kena halau dari examroom sb sy menanyi time exam. Mula2 nyanyi secara bisik. Lama2 t'syok sndri plak (makin kuat plak suara). Haha.. Bila diangankan balik, klakar seh! Masa tu kena jawab soalan nama2 malaikat dan bulan2 islam. Passed!!

Selepas raihan mengambil langkah baik dengan beraninya mencuba nasib dalam berdakwah, mula la kump2 nasyid lain brani tampil mencuba nasib dlm nasyid. Seingat sy kump2 yang penah popular zaman2 nasyid tu raihan, hijjaz (ust Munir punya group. Skrg dia active dlm Astro oasis(zikir2), saujana( dianggotai oleh pelajar2 cemerlang yg kini bkerja sbg doctor, enggineer. Mengikut sumber, ada salah seorang anggotakump ini ingin meninggalkan kerjaya sbg doctor utk mengejar cita2nya utk jd penyanyi yang kini dikatakan berlagak spt seorang wanita dan pernah audition OIM dan menyanyikan women's song. Walahualam. Hope cerita itu tidak benar.), rabbani (terkenal kerana mmpunya anggota kump paling ramai seramai 9 org), the brothers (bukan kedai kereta tapi group yang penah dianggotai oleh Yasin), in-team( byk lagu2 pasal jodoh) dan ramai lagi. Faizal Tahir pon dulu adalah anggota kump nasyid sblom dia jd penyanyi rock.

Kump nasyid tumbuh bak cendawan. Bila dah byk kump, dah jadi tak best. Lagu nasyid tu dh btukar jd lagu bab2 jodoh. Tapi kira ok la. Mcm lagu 'nur kasih'. Mmg sy paling suka lagu tu. Cuma lagu2 lain tu dah mcm melewe2. Jd tak best plak. Music & melody dia pun dh kurang gendang-gendangan. Byk yg ala2 moden. Ada mcm music disco pon ada. Hmmm...

Ms time skolah, sy mmg ratu nasyid. Alhamdulillah dengan suara yg baik kurniaan Allah, sy lebih cenderung dlm bab2 nasyid ni. Ustazah mmg akan suruh sy jd solo dlm mana2 ptandingan nasyid.. Tp skrg, mana nk dpt nyanyi nasyid mcm dulu lagi... Tp berzanji pon boleh la...... ~peace~

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...