Tuesday, March 31, 2009

Sunday, March 29, 2009

60 minit..selamatkan bumi..

Sebelum 28th March 2009.


Hanya memerlukan 60minit untuk saya dan anda semua yang berada di Malaysia, Japan, Perancis, Australia dan tak kira dipelusuk mana sekalipon anda berada untuk memadamkan lampu pada 28th March 2009 bermula pada pukul 8.30pm hingga 9.30pm bagi menyahut dan membantu menyelamatkan bumi tercinta ini daripada berlakunya ‘pemanasan global’ yang semakin serius. Marilah kita beramai2 menyahut seruan dunia. Ayuuuhhhh…!!!!


28th March 2009 8.30pm bermula…


Tigaaa… Duaa… Satuu… ploppp!! (akak aku tutup suis lampu). Waaaahh…. Bangga siot. Bangganya aku. Bangga aku tengok aku and jiran2 tetangga aku smua padamkan lampu. Woooo… macam raikan pesta tanglung aku rasa. Perasaan tu lain seh. Naik bulu roma. Mcm sambut merdeka & happy new year pon ada. Baru la kali ni aku dapat rasakan perpaduan yang ditunjukkan oleh jiran2 aku yang selama ini hanya buat hal masing2. Korang bayangkanlah. Sian ‘Mak Jah tukang urut’ kat depan umah aku ni ha. Dia sampai nak pindah duduk umah flat sbb kejiranan kat sini kurang bergaul. Tapi dengan adanya program2 seperti ini dapat menunjukkan betapa prihatinnya masyarakat di dunia ini terhadap bumi yang semakin tua ini.

Ehhh… alamak! Aku terlupa nk buat sesuatu before padamkan lampu. Adoiyai.. time2 camni, ada gak kejadian yang agak tak best berlaku time2 tutup lampu ni. Bukan apa, aku sanggup tahan kencing beb!! Aduuhh… Naik bengkak la gak aku punya pundi kencing ni. Dah kata takleh nak bukak lampu sampai kul 9.30pm. Terpaksalah mak tahan nyah!! Hehe.. sebenarnya aku tak berani la nk tunai kan hajat time2 golap camni haa..kang tersimbah kat tompek lain lak kang.. haha.

Aku bangga menjadi anak Malaysia!!!
Hidup melayu.. hidup melayu.. hidup melayu..!!
Hidup anak cina dan india juga!!
Tak lupa juga.. hidup anak etnik2 yang lain!!
Tak kiralah merah jambu ke, kelabu taik itik ke,
Yang penting, kita anak Malaysia.

Friday, March 6, 2009

Lembu punya susu, sapi dapat nama...

Huuhhhh.. tak adil. Benci betol.. Pada mulanya aku kurang paham dengan maksud 'peribahasa' tu. Maklumlah. Aku merupakan pelajar paling corot dalam kelas bahasa melayu. Dalam kelas je. Tp time exam, aku dapat mengatasinya dengan baik. Thanks God!! I luv you.. Apa maksud peribahasa ni ya?? Hayatilah situasi ini..............


SITUASI

Ada seorang gadis yang memang minat menyanyi. Dia ni selalu menyanyi dalam biliknya. Kira berlatih la..


Anak:
Dengarlah matahariku, suara tangisanku, ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku... ( Lagu paling ngetop di indonesia MATAHARI-AGNES MONICA)



Kebetulan time dia nyanyi tu, si IBU tengah masak kat belakang……… Kat blakang bilik si minah ni ada plak orang lalu lalang… Mulalah kejadian itu……




Orang gaji sebelah umah (merupakan minah indon):
Akak.. bleh saya tanya? Akak ke yang nyanyi tadi??


Si ibu dengan terpinga-pinganya menjawab….


Ibu:
Eh, bukan. Bukan akak yang nyanyi. Mungkin radio kot…..

Orang gaji sebelah umah:
Iyala kak. Bukan bunyi radio. Saya dengar deh. Sedap bangat suara akak. Saya pikir suara akak memang unik. Ngaku ajalah kak. Saya ulang-alik lalu sini. Saya pasti dong dari rumah ini.

Ibu:
Oooo… hehe.. ( buat2 sengih mcm kerang busuk). Bukan akak. Bukan akakkkk….


Huwaaa… tu je jawapan si ibu. Rupa2nya si anak ni terdengar perbualan mereka ni. Dalam hati dia punya la kembang kuncup sebab dapat pujian tapi disebalik sudut hatinya, dia agak sedih sbb suara dia yang sedap tapi ibunya yang dapat nama dan pujian. Huhuuuu… Inilah yang dimaksudkan oleh peribahasa tersebut..!!

(Note: Yang aku peliknya, suara sedap mcm minah ni pon tetap tak terpilih tuk jadi calon2 pelajar dalam rancangan reality. Huhhhh!!)

Sama ada bebola daging atau span pinggan mangkuk

Mana satu pilihan anda?? Huhh… Dunia ni dah makin tua. Aku tgk skrg punya musim dah melambak2 kes yang tukar jantina dan tukar “taste” of nafsu. Kadang2 aku naik keliru. Panggilan “kakak” bukan sahaja untuk “gegirl” je. Panggilan ‘abg’ bukan utk boboy je. Camtula. Aku ada 1 kes. Benda ni jadi kat tempat keje aku sndri. Masa tu aku memang membutuhkan somebody to help me angkat barang. X larat aku nak angkat sorang. So, aku pun pandang ar keliling aku. Sat lagi aku terpandang di hujung sudut tu. Ada seorang kakak ni. Aku just Nampak dia dari belakang je. So, aku pikir aku nk minta dia tolong aku la. Aku pon dengan tak segan silunya nak pi tegur dia. Peehhh… wangi betul minah ni. Makin dekat makin sedap bau dia. Tgugat gak ar iman aku ni hah.. Perfume dia bau fresh giler. Wa dah rasa mcm nk peluk dia beb tp wa waras lagi. Takkan aku nk peluk dak pompuan plak kan?? Rambut dia punya la bkilat, lembut dan panjang mengurai… guna jari pon boleh sehh.. aku dengan lembutnya pegang bahu dia. Aku pon panggil la “akak, bleh tak akak tolong saya kejap?”.. skali dia toleh…. “nak angkat apa dik?”…. Oh my God!!! Tkejut berok aku beb bila dia toleh. Aku naik confuse ngan mata aku sndri. Muka cantik beb. Suara dia alamak aiiii…!! Hancusss…. Tp, lantak pi la. Aku tetap mintak dia tolong aku. Cuma aku dh tak panggil dia ‘akak’ dah. Aku tak ckp apa pon ngan dia sbb aku mcm dh serba salah nk pnggil apa. Hmmm.. disebabkan aku confuse ngan mata aku, aku mengambil keputusan utk menguji ‘hamba Allah’ didepan mata aku ni. Tapi dengan cara yang agak drastic laa… otak aku ni kepingin sgt nak tau dia ni lelaki yg nk jdi pompuan ke atau pompuan yang mmg punya suara yang agak garau.. heheh… aku mula lancarkan plan yang ada dlm kepala hotak aku ni. Ms angkat barang tu kan, aku buat2 mcm t’sadung kat depan dia and nak tau apa yang jd?? Dengan pantas aku bpaut pada “bebola daging” dia.. Memang.. memang sahhh!!!.. dia bukanla wanita. Secara zahirnya ia kelihatan seperti bebola daging tetapi secara batinnya ia seperti span pinggan mangkuk!! Hahaha…. Tak ori maaaa….

Wednesday, March 4, 2009

Tolong settlekan benda alah ni...



Huhh… Fed up aku dengan benda ni. Walaupon IQ aku tinggi sekalipon, aku tetap gagal settlekan benda ni daripada kecik sampai aku dah besar. Aarrggghhhh…!! Sebenarnya benda ni ada cara mainnya tapi aku tak tau. Yang membuatkan aku letih bila color biru dah perfect, dah bercantum, color lain plak yang tunggang langgang. Geram sehh.. Ada sesiapa yang pandai main benda alah ni??? Tolong la akuu….

Saturday, February 14, 2009

Themes song for difren Situation

Weeehhh.. korang jangan la nk tipu aku. Aku tau.. Korang mesti ada lagu tema utk orang yang korang sayang kan?? Tak pon lagu tema klo ada sesuatu peristiwa berlaku. Eleleleehh… cubalah jangan nak torak aku. Gini laa.. Biar la aku buat pengakuan. Aku punya lagu tema sebenarnya klo di “burn” kan kat CD, memang mau satu mydin tu aku borong CD tuk masukkan lagu2 aku. Banyak seh… Klo bila aku dengar lagu yang ada kena mengena ngan orang yang aku suka, msti aku teringat kat dia. Oklah oklah.. aku akan bagi senarai nama lagu yang pernah menjadi kegilaan aku. Kebanyakannya lagu2 ni aku khas kan utk orang yang sayang especially lelaki (Nampak sangat aku byk spare b0y..hehe). Lagu-lagu aku ni akan berubah mengikut masa dan keadaan. Dan tak lupa juga musim2 jenis lagu. Contohnya…………..

Lagu pada tahun-tahun berikut:

1999- Lagu yang paling top masa tu lagu ‘mencintaimu- krisdayanti’. Lagu ni aku tujukan khas utk budak skola aku. Masa tu aku ‘form 2’. Aku ada minat kat sorang mamat ni yang kebetulan dia merupakan jiran kepada teman baik aku (mak kawan baik aku ni kira baby sitter aku la). Mamat ni suka sangat main piano. Tiap2 petang dia akan tekan piano dia dengan enak dan merdu. Haa… lagu mencintaimu adalah salah satu favourite dia. Bila dia alunkan lagu tu…. Pehh… Bleh buat aku leka sampai aku terssepit kat tingkap bilik. Heheh… haii.. mana la ko sekarang EHSAN….

2000- Lagu ‘standing in the eyes of the w0rld- ella’. Aku sering nyanyi lagu ni. Bukan apa… aku kena hafal lagu ni sbb ia salah satu activity bagi melayakkan diri utk menyertai kem PBSM. Lama2 aku tsuka. Not bad la lagu tu. Lagipon ia dapat bg semangat kat aku tuk mhadapi PMR..

Tahunnya aku tak ingat 0000- Lagu ‘dealova-once’. Lagu ni jadi lagu tema masa aku bcinta ngan mamat Singapore. Memang angau tahap cipan ar time tu. Tapi lama2 aku rasa bosan ngan dia. Alasan aku utk break ngan dia apa tau?? Nama dia terlalu panjang buat aku (Sheikh izzi eljeffery). Berbeza ngan nama aku yang hanya (erfiza).. heheh.. ok tak reason tu?? Suckkk!!!

Lagu ‘wahai kau cinta- Radja’.. Lagu ni khas utk orang yang aku minat dari dulu sampai sekarang. Aku masih lagi menunggu dan menunggu.. Tak tau kenapa aku leh bagi dia lagu tu. Hmm..aku dah kenal ngan mamat sorang ni dah lama. Lama sangat. Tapi bila dah lama kenal, aku ngan dia mcm dah terlalu biasa. Buat apa je tanpa ada rasa malu. Kira takde nak control2 ar. Aku ngan dia 2-2 nakal. Dah macam abg ngan adik dah. So, bila dah mcm abg ngan adik, memang dah takde peluang la tuk jadi orang yang paling istimewa buat dia… huhu…

Lagu ‘my heart- acha & irwanshah’… wooaahh… Lagu ni lagu tema aku ngan brother yang satu opis ngan aku. Korang bayangkan la.. setiap kali pi karaoke ke, pi restoren yang ada PA system yang bleh bkaraoke msti kitorg nyanyi lagu ni.. Lagu ni memang nget0p time tu…..

Lagu ‘cuba-faizal tahir’ tu plak lagu yang paling sesuai buat aku yang sengal dalam bercinta. Mana tak nya… ahhh… korang dengarla sendiri lirik lagu tu. Malas aku nk explain. Menyakitkan hati……..!!!


Banyak lagi lagu……………………………………………

Lagu yang terbaru plak lagu ‘selamat ulang tahun sayang- imran ajmain’. Bila aku dengar lagu ni, aku teringat ‘somebody’ yang telah mencuri hati aku yang begitu bernilai.. Tak dapek nk boli kek pasar lambak dohh… Sebenarnya lirik lagu ni tak de kena mengena ngan peristiwa yang berlaku di alam nyata. Takde kena mengena ngan kisah aku pon. Masa lagu ni berkumandang kat radio, secara kebetulan ‘pencuri hati aku’ tu lalu depan aku sambil nyanyi lagu ni. Siap jelaskan apa maksud dan kisah yang terkandung dalam lirik ni. Bukan main memahami nampak si brader sorang tu. Jiwang gak dia… apa pon ko tetap ganteng. Aku akan tunggu ngan hati yang tabah..

(Note: Wahai jejaka² di luar sana…… Aku harap korang setia menunggu bagi mendapatkan lagu baru dari aku buat kalian..)

Wednesday, February 11, 2009

right click++to the left++lauk..laukkk!!


Apa yang aku merepek ni?? Haaa… korang mesti tak tahu apa kejadahnya aku buat ‘tittle’ gini kan?? Ni ada kisah tau. Ni kisah ms kitorg merentasi jalanraya tuk pi chamang… Perkataan2 ni la yang sering kami berempat (abg ham, abg syaz, er dan ziha) gunakan sepanjang perjalanan kitorg. Giler kan??

Tak payah tunggu 10 orang. 4 orang pon dah cukup tuk buatkan keta ‘SAGA BLM’ abg Syaz jadi hiruk-pikuk. Otak giler2. Biarla aku bgtau korang time bila kitorg gunakan w0rd2 tsebut. Mcmana tercetusnya word2 ni?? Hmmm… Ok… get ready…!! Tooonott..!! aku la yang buat dlu. Bukan apa. Word2 ni digunakan untuk menunjukkan arah perjalan dan merupakann ‘speed’ kelajuan kereta. Hahah… RIGHT CLICK adalah untuk menunjukkan arah ke kanan. Ini kerana abg Syaz selalu confuse ‘kanan & kiri’. Orang suruh belok kanan, dia nk belok kiri. Suruh belok kiri, dia nk belok kanan. Jadi, word2 ni diwujudkan utk memudahkan maklumat cepat sampai ke ‘serebrum dan serebelum’ (merupakan bahagian2 otak ) abg Syaz. Bila maklumat sampai, barulah bahagian otak yang ketiga juga turut bertindak iaitu ‘mendula oblogata’.

Haha… Next, TO THE LEFT adalah sebaris lirik yang dipetik daripada lagu ongputeh yang dinyanyikan oleh BEYONCE yang seksi gitu. Mcm biasala. Dah ada kanan pasti ada kiri. Ni utk menunjukkan arah ke kiri. Yang paling TOP skali adalah perkataan ‘LAUK-LAUK’. Word ni tak bleh disebut dengan nada yang lembut kerana ia merupakan satu “WARNING” bagi si pemandu. Yelaa…. Keta kitorang kan bawak lauk. Periuk 2-3 jenis. So, klo nak belok ke selekoh ke mesti la ada orang jerit “ lauk-laukkkk!!!”…. dah tentu suara paling merdu skali si abg Syaz ar sbb mana ada owner of car tak menjerit klo lauk tumpah.

Huhu… klo aku risau woo lauk tumpah. Bukan senang nak basuh beb. Apa pon kejersama yang dtunjukkan dalam ‘new group’ ini sungguh mendatangkan semangat yang lebih utk buat trip yang seterusnya… Adios amigossss!! –THE END--

Friday, January 16, 2009

Cuba.. itulah aku padamu

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Lirik ini ada kisah benar!! Tu smua kisah yang aku alami sekarang. Sakit… memang sakit. Hanya sekadar kawan!! Aku hanya layak diberi gelaran “PENDENGAR SETIA” … Aku punya cerita yang ingin dikongsikan kepada kalian semua..

Aku kenal dengan seseorang. Dah tentulah seorang lelaki. Kitorang memang rapat. Rapat sangat-sangat. Macamana aku leh jumpa dia ek?? Hmmm.. bertemu dalam satu “peristiwa”. Takmo la cerita. Biarlah jadi kisah aku. Mula² aku ngan dia just tegur2 gitu je. Tak berapa rapat sgt sbb aku tak suka tgk muka dia. Roh tak serasi ar. Memang aku nk marah je bila cakap ngan dia. Tapi dia tetap cool je bila cakap ngan aku. Ok… Lama2 aku ‘quite close’ each other sbb aku slalu borak ngan dia. Tukar2 pendapat. Tanggapan aku terhadap dia yang menyatakan dia ni poyo ternyata meleset lepas aku dah kenal dia dengan lebih mendalam. Syok.. Banyak yang aku belajar dari dia. Dia seorang yang memandang masa hadapan. Aku mula sukakannya. Sunyi klo aku tak borak ngan dia satu hari. Dia tak penah merahsiakan apa2 dari aku. Dia selalu bercerita tentang msalahnya. Aku menjadi pendengar yang paling setia. Suatu hari dia mengajak aku untuk temankan dia pergi shopping.. Wowww.. Aku gembira bukan kepalang. Aku dengan bersemangatnya ikut dia dengan perasaan gembira. Tapi ms dalam perjalanan nk menuju ke destinasi, handphone dia asik berbunyi. Tak lekang dengan ‘sms’. Bila hp berbunyi, dia jawab. Tapi yang buat aku sakit bila ayat2 yang dituturkan sungguh……………!! Huhh…Hancur beb hati gua. Hilang mood aku tapi stay steady lagi sbb aku gembira dapat temankan dia. Aku hanya simpan dlm hati walaupon jeles. Sampai ke shopping complex tu, dia bawa aku jumpa seseorang. PEREMPUAN!!! Ya Allah Ya Rabbi… Macamana aku nk cover muka aku?? Memek muka mcamana kah yang sepatutnya aku buat?? Air mata dah bertakung.. Relax… Erfiza kuat!! Yaaa!! Aku jalan sorang2 kat belakang. Macamana aku bleh jadi setabah ini dengan melihat dorang jalan bsama? Hmm.. Takpe. Aku bagi chan. Memang mesra…mesra..mesra.. Masa perjalanan balik, aku berubah menjadi seorang yang pendiam dan menjadi orang yang banyak berfikir. Dia tegur aku baru aku bercakap. Sekali lagi aku menjadi pendengar yang setia. Aku dengar segala kegembiraannya… aku mengambil tindakan dengan ‘IGNORE’ perasaan sendiri. Aku happy bila melihat dia happy.. tapi lama kelamaan, aku tengok dia berubah sedikit demi sedikit. Aku kehilangan teman yang paling rapat secara perlahan-lahan. Dah takde main ‘sms’. Dia dah lupakan aku. Sedihhh…..dia hanya msg aku bila dia ada msalah. Aku tetap menjadi pendengar setia dan penasihat terhormat. Takpe.. Aku hanya nak dia rasa senang… aku hanya nak melihat ‘teman sayang’ aku gembira. Aku tak kesah janji aku dapat melegakan hatinya bila dia susah. Tapi, klo la ko tahu wahai ‘anak ibu’, aku sakit… Sakit sangat.. Aku benci ko.. Confirm!!! Aku benci.. benci.. benci… Bila aku cakap, ko tak penah nak dengar. Ko dengar sambil lewa. Ko tak penah nk tengok mata aku secara mendalam. Ko bodoh sebenarnya. Kita dua-dua bodoh. Tapi aku bodoh skit la dari ko sbb ko bodoh banyak!! .. hahahaha….. bila ko gembira, ko tinggalkan aku. Ko campak aku ke tepi. Bila ko ada mslah, ko datang cari aku. Kenapa aku lembut hati sangat?? Napa aku sentiasa nak tolong ko walaupon aku benci ko?? Tak paham aku….


(pesanan dariku: JAGALAH PERASAAN ORANG YANG MENGAMBIL BERAT TERHADAP DIRI ANDA. JAGALAH ORANG YANG MENYAYANGI KITA MCM KITA SAYANG DIRI SENDIRI. JANGAN ABAIKAN MEREKA. HARGAILAH MEREKA SELAGI MEREKA SETIA DENGAN KITA KERANA KITA BAKAL KEHILANGAN MEREKA BUAT SELAMANYA KERANA MEREKA BUKANLAH MILIK KITA SECARA MUTLAK!!)

Wednesday, January 7, 2009

Pantang nampak 'promotion' (tester)

Haaa…. Aku ada satu cerita yang nk dkongsikan dengan korang smua. Ni kisah ayah aku. Ayah aku ni memang punya satu kepantangan. Nak tau dia pantang apa?? Ayah aku ni pantang nmpak promotion (tester utk mknan). Alaa…. Korang penah pi Giant ke, Tesco ke, Jasco ke? Korang akan nmpak ada gegirl yang bawak tepaware & dlm tu ada mknan utk customer tester. Ada kan?? Ayah aku pantang je nmpak klo org tu suruh dia tester. Dia mesti amik tak kesahla brapa kali skalipun. Dah dpt mknan, nak amik tester utk minuman plak. Yang tak bestnyer, dia paksa kitorg amik sama. Aduhh… malu she. Tapi aku jenis muka yang tak malu. Aku pon amik sama. Aku ni kan ‘duta makanan’. So, memang pantang nmpak mknan. Aku bedal jela. Heheh… korang jangan plak tiru style aku klo korang rasa korang nk cover cun n cover macho. Klo korang jenis yang extreme & gamble, korang bleh ikut cara aku.. waaa laaaa…!!



(Note: Tak payah la nk cover2 cun or macho. Be your self la. Klo korang nk kutuk aku, aku terima je. Atlease aku bukan “pompuan plastic”. Aku pelik la nk cover2 cun ni. Apa yang dorang dapat ek?? Mungkin klo dengan cover2 tu, mungkin akan disukai oleh jejaka2 hensem tp bg aku, biarla lelaki tu terima korang seadaanya. Baik time korang wangi mahupun time korang busuk..!!! Klo lelaki2 yang suka korang time wangi tu, mesti ‘something wrong some where’…..!!!)

Monday, December 29, 2008

Azam aku untuk Maal Hijrah 1430Masihi

Selamat menyambut tahun baru Islam kawan². Hmm… Aku dah buat “azam” dah utk menyambut tahun baru Islam ni. Sambil bertafakur di atas sejadah, aku berfikir sejenak. Dengan keadaan hati yang tenang, aku telah berfikir masak² dan ingin mengambil keputusan. Aku ingin menanam azam utk memakai tudung. Maksud aku, aku ingin memakai tudung ke mana aku pi. No ‘on off’. Sblum ni aku kejap pakai tudung, kejap tak pakai tudung. Bila aku rasa nk pakai bju yang ‘ranggi’ skit je dah mula la aku tak pakai tudung. Bila rasa nk enjoy lebih je, mula la aku lupa nk menutup aurat dan mahkota ku (yakni rambutku). Mulai sekarang, aku akan cuba utk menjaga penampilan aku. Aku akan pakai pakaian yang sepatutnya dipakai oleh muslimah. Bantu aku Ya-Allah utk menjaga auratku. Dan aku juga berharap sokongan teman2 supaya jika aku melanggar azam aku tahun ni, aku harap korang menegur aku supaya aku kembali ke pangkal jalan. Dan satu lagi. Aku harap, aku dapat “sesuatu” dengan perubahan aku. Aku berterima kasih dengan ‘IDOLA’ aku. Dia telah mengubah pemikiran aku daripada yang tak baik kepada yang baik. Walaupun dia hanya menyedarkan aku dengan hanya perbuatannya, tanpa berbicara denganku, aku tetap berterima kasih padanya….. SELAMAT TAHUN BARU ISLAM & TAHUN BARU ONGPUTEH.. hehe..

Tuesday, December 16, 2008

Rekaan di meja

Ooohh.. Tadi aku borak2 ngan Miza pasal time2 zaman skolah dulu. Topic yang paling hangat diperkatakan adalah topic “HIASAN DI MEJA”. Bukan hiasan yang kena letak pasu bunga ke apa ke, tapi pembalut meja. Style apa dan jenis apa yang kitorang gunakan. Orang kata setiap apa yang kita lakukan atau apa yang kita suka tu melambangkan diri kita sendiri. Aku ni memang peminat kartun. Tp tengok jenis kartun gak ar. Lagi satu, aku minat pada colour. Korang masuk la bilik aku. Memang colour2. Mcm2 colour tu. Bukan tu je, aku pengumpul stationery. Penuh she meja aku. Ms blaja dlu, korang try la bukak aku punya ‘pencil box’. Dah macam poket doraemon. Apa je yang korang nk semuanya ada. Tu sbb aku memerlukan pencil box yang BESAR. Sampai sekarang, memang dah perangai aku suka yang besar2. Mcm lagu PIANKA- MAU YANG BESAR. Hehehe… Aku klo pilih beg pon mesti nak yang besar2. Senang she nak bawa apa je. Payung pon ko bleh masukkan dalam beg. Kan senang?? Ehhh… Dah terlajak plak. Tadi aku citer pasal pembalut meja kan?? Biar aku citerkan pasal kwn2 aku punya dulu. Pelbagai2 jenis yang aku nmpak. Bagi yang Islamic, meja dorangpenuh dengan “mutiara kata” dari pendita. Doa2 yang mudah utk dorang baca sekilas pandang. Bagus loh klo mcm tu tapi aku mintak maaf sbb aku tak brapa nak sedar time tu. Huhu.. Ada yang suka pada abstract bunga. Melingkar2 la bunga kat meja dorang tu. Ada yang lagi classic seh.. Korang nak tau apa corak yang dorang buat?? Dorang amik yang original punya. Memang creative abis. Dorang just guna kulit meja yang sebenar. Tak payah balut. Kan nmpak classic??? Acah2 lama gitu. Hehehe.. banyak la lagi. Aku punya pulak.. Fuhh.. aku punya lagi “grand” sehh… Aku just balut guna pembalut gambar cartoon pastu aku letak tulisan2 yang “baik punyerrrr”….. korang kena tgk sendiri baru korang tau betapa cantiknya aku punya meja. Uuurrmmm… tapi aku nk cakap ngan korang, secantik mana pon meja aku, aku tetap malas belajar. So.. ini lah nasib aku.. hahaha.. Hanya menjadi ‘taukeh cendawan’… Yess…
(info:Bukan aku tak puas hati dengan pencapaian aku, tapi klo aku blajar btol2, aku mesti dah jadi ‘angkasawan wanita malaysia’ yang pertama… hahaha………..)

Thursday, December 11, 2008

Perangai pelik aku ketika meningkat umur

Sorry la aritu aku tak sempat nak citer. Asik berak-berak je. Aku sambung haaa.. Klo korang nk tau, aku dah buat ‘target’ enjoy aku. Means, aku buat target sampai 25thn utk merasa semua benda2 yang remaja buat. Aku terus terang la ngan korang. Sebenarnya aku blom abis nak enjoy lagi. Masa makin lama masa makin beralih dan berubah dengan pantas. Aku makin tertekan. Serius.. Memang dah perangai aku klo nak masuk umur yang baru, aku mesti akan buat benda yang pelik. Dlu, ms nak masuk umo 21thn, aku buang tebiat dengan memotong rambut aku yang lurus dan panjang. Bkn potong ‘layer’ or potong paras bawah bahu, tapi potong pendek!!!!… Sampai aku demam seminggu sebab tak biasa. Yela.. korang bayangkan. Apa perasaan korang bila kepala korang jadi ringan?? Bukan tu je. Masa mula2 aku potong rambut, aku tak bleh terima kenyataan. Aku bleh teresak2 nangis dalam bilik air sekuat2 hati aku sebab rambut aku dah tinggal sikit bila nak cuci. Dammnn!!! Huwaa.. dah tak banyak buih.. Memang serik habis. Ni smua gara2 tgk citer japan lebih sangat la ni. Ada sorang heroin tu. Cute giler rambut pendek. Hahh.. Amik ko!! Aku tiru rambut dia tapi tetap tak sama muka dia dengan muka aku. Huhu.. (cam sial)… Umur 22thn plak. Ms tu aku mula keje. Dapat la duit skit. Time tu aku ni fikir nak jadi ‘feminin’. Umur dah nak masuk 22thn. So, aku kena ubah penampilan aku memandangkan aku kan dah keje. Kena la jadi mcm ‘dewasa’ skit. Aku mengambil keputusan untuk beli apa yang pompuan suka. Apa lagi?? Beg & kasut laaaaaaaaa……… Setiap kali aku pi mana2, mata aku akan tertumpu kepada beg dan kasut. Tapi yang peliknya perangai aku time tu, aku akan beli kasut or beg yang pelik2 saja. Wehhh.. korang tak tau. Macam2 jenis seh.. Akhirnya?? Beg yang aku beli tu aku gantung kat tepi dinding kat bilik aku (itu kalau beg yang selalu aku pakai). Separuhnya aku letak dalam beg kartun yang besar (mcm taukeh2 pasar mlm gunakan) yang dibeli kat kedai RM2 dan campak kat atas almari milik ‘my lil bro’. Membazirkan?? Masuk umur 23thn plak, aku mengambil keputusan utk menindik telinga aku. Aku ingat lagi masa tu. Aku tindik kat Johor ms ‘tahun baru cina’. Aku raya cina kat johor umah mak cik aku. Ni semua pengaruh ‘cousin’ aku la. Aku tiru style dorang. Dorang lagi advance dari aku. Tindik sampai penuh telinga. Peehhh… aku tindik depan IBU aku. Ibu aku relax je. Nasib baik my lovely mommy sporting. Yang nasib tak baiknya bila jumpa DADDY. Bleh plak dia tanya “ are you my daughter??”.. Oh God.. Very da sharp la u punya soalan. I’m so so sorry Dad. I dah tindik dah pon. I dah mintak permission dari ibu ok!! Aku just tindik 2 lubang je. Sakit bukan kepalang la bai… Tapi apa IMPACTnya?? Seblum aku tindik, aku lupa nak pikir yang cuping telinga aku ni sebenarnya tebal. So, aku tak bleh guna anting2 yang pendek. Tapi cina tu guna yang pendek. Jadinya?? ‘Earing’ tu dah terbenam dalam daging cuping telinga aku. Untuk mengeluarkannya, aku menggunakan khidmat kakak kesayangan aku (EMI) utk bantu aku mengeluarkannya. Sampai daging aku terkeluar skali bersama2 dengan earing aku tadi. Heeyeeww.. itu kisah tindik yang bahagian bawah. Skrang aku nk citer pasal bhgian atas plak. Walaupon bhgianatas aku just tindik satu lubang je pon dah bg byk mslah kat aku. Telinga aku tumbuh gelembung nanah yang sangat besar (bagi aku la). Kali ni aku menggunakan khidmat Mak Lang aku (merupakan pegawai perubatan di HUKL) untuk cucuk nanah aku ni. Siap pakai pisau seh.. huhu. Tapi kecik jela. Masa tu aku tak risau sgt pasal pisan n jarum tu. Yang aku risau apa tau?? Mak Lang aku bleh membebel sambil pegang alat2 dia utk buang nanah tu. Tau2 la klo dah membebel, hilang fokus dibuatnya nanti. Mak Langgg.. Aku blom kawin lagi. Aku tak nak laki aku mempunyai isteri yang hanya satu telinga. Huwaaa… Tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Untuk kemasukkan umur yang baru bagi tahun hadapan pulak, aku dah mula lakukannya. Apa benda yang aku dah buat?? Haaa… korang tunggula lain chapter. Dah pnjang sgt dah ni. Ingat novel cinta yang korang slalu baca tu ke? Heellooo…

(note: Jangan salahkan AYAH yang tak bleh mengandung klo punya ANAK mcm aku ni..!! Pleaseeee… Jgn bg anak2 korang ikut mcm aku. Ni pesanan buat anak aku jugak yang bakal lahir tak tau bila tahunnya. Ayahnya pon aku tak tau sapa jadi pilihan aku. Bkn jadi pilihan aku, tapi siapakah yang akan memilih aku?)

Sunday, December 7, 2008

Peralihan Masa & Umur

What?? Nak masuk 2009? Apa yang bakal berlaku selepas ni? Auuwwccchh…Ni tak bleh jadi ni. Aku mesti bertindak. Tapi bagaimana?? Aduhh… Aku dah mula tension ni. Bukan apa.. Aku rasa kawan² dan kakak2 yang lebih tua dari aku pon akan rasa mcm apa yang aku rasa kan kan kan? Eleh… jgn la korang nak berselindung ngan aku ni. Kan blog sblom ni aku dah bgtau korang yang aku ni ada ‘6ixsenth’. Masih lagi korang nk berdalih?? Huhh… baru2 ni aku ditegur oleh ‘boss’ aku. Bukan tegur pasal keje tapi tegur pasal “MY EYE BAG”…(What??.. The… F00k..) Aku bleh jawab, “ni i punya make-up (celak yang dah kembang) boss”. Tapi sebenarnya bila dia tegur aku, aku terus tengok cermin. Oh Nooooooooooooooooooooooooooo…..!!!! Dah terlambat utk menangis. Boss aku cakap aku tak cukup tido ke?? Huhu.. Actually, yes!! Aku memang tak cukup tido. Banyak yang aku pikirkan. Lepas tengok sitron ‘INTAN’, aku dah masuk bilik dah. Ingat nak membuta tapi mata aku ni tak bleh nk lelap. Mcm yang aku cakapkan tadi. Aku banyak mengelamun. Kejapnya aku dah nk masuk umo 21tahun. Eehhh… hehehe. Nak masuk 24thn la. Haa.. Ni dah mula la tak nak mengaku tua. Huhu.. aku dah makin tension. Bila aku makin tension, aku akan buat ‘perangai’. Hanya family aku je yang tau. So, biarlah aku kongsi ‘perangai’ aku dengan korang pulak ye.. Tapiiiii.. Blog aku seterusnya la baru aku citerkan perangai pelik aku tu… aku cirit ni. Tak bleh nk taip huruf2 ni byk sangat sbb aku asik nk jumpa ‘MR. TAN’ je.. sambung ye..
(pesanan: Jangan mkn tanpa melihat makanan yang anda mkn. Klo tak, korang akan jadi mcm aku. T’telan taik lalat agaknya.. sakit giler perot aku.. *&$^# betol!! Lagi satu. Jgn menonton bola bila makan. Klo tak, anda akan jadi mcm aku sbb slalu tak hadam mknan yang aku mkn. Yela.. Bila bola nk masuk g00l je, aku dah t’telan mknan yang ada dalam mulot aku (sedangkan aku blom kunyah pon) sbb excited nk cakap “G00000000ooL”. Padahnya?? SEMBELIT!! )

Saturday, December 6, 2008

Hubunganku dengan Yang Maha Esa

Tertutup mataku dari semua pandanganku…. Apa yang aku pikirkan?? Yaaa… Aku adalah hamba Allah yang tidak setia pada janjinya. Pada ‘alam roh’ sebelum aku menjadi janin yang setia bergantung dikantungan rahim ibuku, aku telah berjanji dengan ‘PENGUASA ALAM’ bahawa aku akan mengikut dan mentaatinya sehingga hari kiamat. Tapi, adakah aku mengotakan janji aku?? Tahun 2008 semakin laju berlari meninggalkan aku. Tapi aku?? Masih lagi berada di alam remaja yang leka, yang masih tidak tahu di manakah noktahnya. Bukan niat aku untuk mengaibkan diri sendiri ataupon mengenakan sesiapa, tapi aku ingin anda membaca, melihat, mendengar dan sama2 berfikir adakah kita ini cukup sempurna, cukup taat, cukup baik, cukup setia dan cukup mulia di mata Allah? Kawan-kawan, aku ingin membuat pengakuan. Aku mengaku yang selama ini aku tidak menjaga hubungan aku dengan Allah Yang Maha Esa. Aku mengabaikan tanggungjawab aku yang telah diamanahkan kepada aku. Aku mengingkari setiap janji2 aku pada-Nya. Islam itu indah dan mudah. Allah telah menghadiahkan ‘SOLAT 5 WAKTU’. Dalam solat 5 waktu itu punya 5 nama yakni waktu yang blainan iaitu ‘SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB, ISYAK’. Aku penah baca satu artikel bahawa solat itu adalah makanan. Pasti anda tertanya-tnya kan??? Yaaa… subuh. Subuh umpama sarapan kita. Tapi pada waktu subuh aku liat nak bangun. Aku tak tipu. Aku selalu kunci jam pukul 6am. Tapi aku kunci jam dikepala aku pukul 7am. Bukankah aku begitu jahat dengan sengaja utk tidak sembahyang? Aku sungguh kejam!! Waktu zohor. Zohor adalah waktu yang jarang aku tinggalkan. Tapi hanya waktu bekerja. Bila waktu cuti, aku alpa. “ Dah masuk waktu zohor ni. Relax ar. Baru pukul 2.00pm. Kul 3.00pm la baru solat… Eh, dah pukul 4.00pm. Mana sempat lagi nak solat zohor??” haahh… itu mudah berlaku. Pura2 terlupa!! Kau sungguh kejam wahai Erfiza!! Sekarang tiba pula waktu Asar. Memang selalu aku biarkan waktu ini berlalu tanpa ada perasaan takut mahupun bimbang. Seolah2 tiada apa yang ingin dilakukan waktu itu. Aku pulang dari kerja pukul 6.00pm. Sampai rumah dah nak dekat pukul 7.00pm. Selamat tinggal waktu Asar. Sekali lagi aku begitu kejam!! Selepas asar, waktu maghrib mula menginsing. Siaran televisyen mula mengambil alih untuk melekakan aku. Bleh plak time2 maghrib, citer best2 disiarkan di tv. Oppss…. Dah pukul 8.00pm. Aku dengan kelam-kabut mandi. Wow.. lajunya sembahyang.. Nak kejar masa la katakan. Adakah solat aku diterima oleh Allah? Kejamnya aku kerana tidak kusyuk ketika solat. Solat yang paling akhir adalah Isyak. Aku selalu solat secara pakej. Maksudnya, selepas solat Maghrib aku terus duduk di atas sejadah dan menunggu waktu solat Isyak. Aku solat dengan tenang tapi fikiran aku ntah kemana.. Adakah Allah mendengar setiap bacaanku? Rupa-rupanya aku tidak makan?? Bagaimanakah jika kita tidak mkn dengan begitu lama? Pasti kondisi badan kita tidak baik dan kita mudah sakit. Kekejaman demi kekejaman yang telah aku lakukan terhadap diri sendiri. Ya Allah.. berdosanya aku. Mengapa aku melakukan segala dosa itu sedangkan aku tahu bahawa solat itu adalah hadiah dari-Mu utkku? Solat itu dikatakan hadiah kerana orang yang menjaga solatnya akan dilindungi oleh Allah. Setiap pekerjaan yang dilakukannya akan menjadi mudah. Bukankah itu satu hadiah?? Dengan solat, hatinya akan menjadi bersih. Bukankah itu dinamakan hadiah kerana bila hati bersih, kita terhindar dari segala kemungkaran. Dengan solat, kita akan bersujud. Anda tahukah bahawa otak kita ada satu saluran darah yang susah utk dialirkan darah ke saluran itu. Bagaimanakah hendak mengalirkan darah ke saluran darah yang ada di otak kita? Dengan bersujud. Itulah hadiah Allah. Bagi mereka yang solat, yang bersujud akan terpeliharalah salah satu organ penting di badan kita yang kita tidak menyedarinya. Bagi orang yang berdiet, solat adalah senaman yang paling sempurna dan paling baik bpuluh2 kali berbanding senaman ‘yoga’. Mengapa kita harus buang duit utk pergi kelas yoga?? Membazir..!! Hadiah dari Allah dengan membantu kita utk berjimat. Ya Allah.. Ampunkan aku kerana aku tidak menggunakan hadiah kurniaan-Mu sebaik mungkin. Bila satu hari tak borak dan mendengar suara orang yang aku cinta, aku sunyi. Hati aku kosong. Aku resah. Mood aku pun bleh hilang. Tapi mengapa aku tak merasakan sesuatu bila aku tak solat? Adakah cinta aku pada ‘manusia’ lebih mendalam dari mencintai ‘Pencipta manusia’?? Nauzubillah… aku berdosa. Aku hanya mengingati-Nya ketika aku susah. Berdosanya aku! Aku berdosa. Aku benar2 hina. Bila aku duduk merenung dan fikirkan segala dosa2 aku, baru aku sedar dan perasan. Jika aku menjaga hubungan aku sama Allah dengan baik, pasti hubungan aku dengan manusia jugak pasti “tip-top”. “Ya Allah, sudikah Kau membantuku?? Aku ingin menjadi hamba-Mu yang paling baik, paling taat, paling mulia. Aku menginginkan perlindungan-Mu dari segala sifat malasku utk beribadat dan menghubungi Kau, Ya Allah. Peliharalah kasih sayangku Ya Allah. Aku harap, aku mampu utk menjaga dan menggunakan hadiah yang Kau berikan pada aku ya?? Aku harap aku tetap setia dengan Kau wahai Allah ku sayang. I love youuuu…. Aku adalah milik Kau secara mutlak”. –THE END—
(Luahan hatiku: AKU TAK LAYAK UTK KE SYURGA-MU TAPI TAK PULA AKU INGIN UTK KE NERAKAMU. NAUZUBILLAH.. renung-renungkan dan amal-amalkan!!)

Sunday, November 30, 2008

Hospital adalah terapi pemikiran

Hanya duduk beberapa jam di hospital, aku dah bleh dapat macam2 pengalaman dan pengajaran.. Korang mesti nak tau kan?? Aku nak bawa korang ke satu alam yang luar dari reality yang sekarang. Bukan alam barzakh. Aku nk korang imagine je. Wujudkan alam korang sendiri. Imaginekan apa yang aku nk citer ni. Masa aku masuk je wad tu, satu yang aku perlu tempuhi ialah bau ubat. Korang taukan bau ubat mcmana?? Tapi bagi aku bau ubat tu sedap. So, aku tak punya masalah bab tu. Aku borak2 dengan Ramjee sambil tgk luka dia. Kemudian aku duduk di tepi katil sambil memandang sekeliling aku. Ramai betul orang yang masuk sini. Aku mcm rasa aku kini berada di markas pentempuran di medan perang. Dengan keadaan doctor yang kelam kabut blari tuk bg rawatan pada mereka yang nazak.. Eii.. takut aku. Mata aku meliar dan menikmati suasana dihadapanku sebaik mungkin.. aku diam tak berkata. Tapi hati aku dok mengomel dan berdecip2 mengatakan sesuatu. Apa yang aku nampak?? Dihadapan katil Ramjee ada seorang pakcik yang terlantar. Matanya terpejam dengan tenang. Disisinya aku terlihat seorang wanita yang setia menunggu suaminya yang tercinta tanpa rasa jemu terus berbakti kepada suami. Sungguh tabah wanita ini. Sedih btol aku tgk situasi mcm tu. Aku terus ckp dengan Azmeer, “ esok nak cari isteri, carilah yang bleh jaga ko masa ms ko sakit, masa ko susah. Bkn ms ko sehat & senang je dia setia berada disisi”… Dia mengangguk je. Macam orang takde perasaan. Menyampah..!! huhu… Tapi ms tgk keadaan tu, aku terpikir sesuatu. Aku rasa, hospital adalah terapi pemikiran yang baik buat pasangan yang ingin bercerai atau mempunyai masalah rumahtangga. Sekarang punya pasangan, bagi kaunseling banyak mana pon klo hati tu dah nekad, takkan baik gak. So, cubalah “diorang” dibawa ke hospital dan bagi dorang tgk keadaan seperti kisah pakcik & wanita yang tabah tu. Biar dorang berfikir. Tetiba Azmeer bsuara. “ ko pon cari lelaki yang bleh jaga ko jah!!”.. Ehh.. ingatkan hati batu mamat ni. Tapi aku angguk sbb aku pasti akan cuba cari yang terbaik. Cuma kita tak tau apa nasib kita dmasa hadapan. Aku harap, aku dapat yang sebaik2 umat. “ Aku akan cuba jadi mcm wanita tu poksu. Aku berjanji dan aku berdoa semoga Allah mbantu aku utk memelihara janji² aku.” Indahnya jika kita dapat jadi isteri yang terbaik buat sang suami.. ( pesananku: KEPADA KWN² YANG UDAH BERKAHWIN, UDAH BERTUNANG, BARU BPACARAN, BELOM ADA BOYPREN, SMOGA KITA DAPAT M’JADI WANITA YANG MULIA DAN BERDARJAT TGGI DI MATA ALLAH S.W.T) aminnnn………

Cendawan VS ikan keli



Semalam aku borak2 dengan family aku psal bisnes.. Aku cakap ngan ayah aku yang aku tak nak keje kat Marutech selamanya. Aku just nak spent time kat sini dlm stahun lagi. Bukanlah aku nk merungut yang keje kat MTE tu tak best tapi smpai bila aku nk bergantung pada company orang. Aku pun nak jadi bos jugak. Akak aku pon dah ada company sndri. Aku punya matlamat sndri. Aku target umo aku 30thn aku mesti dah punya sglanya. Maksud aku, aku dah punya keluarga, asset dan etc. tapi klo aku tak mula dari sekarang, sempat ke aku nk kumpul asset aku dalam masa 7thn lagi dari sekarang? Wuuiisshhh…. Penat kepala otak aku dok pikir.Tu pasal semalam ms makan malam aku borak pasal perkara ni. Aku bagi cadangan kat ayah aku yang aku nak mulakan bisnes tapi kecil2an dulu. Dalam kepala otak aku ni asik pikirkan cendawan je sbb aku dah start buat skit2. itupon just buat kat umah. Kira aku ada la gak study pasal cendawan ni. Aku cakap ngan ayah aku yang aku nak buat bisnes cendawan. Benda ni sbnarnya dah lama aku nk buat tapi tbantut sbb aku blom pi kursus dia lagi. Aku dah cakap ngan ‘moksu’ aku kat kampong yang aku nk usahakan tanah pusaka atok aku yang kat ‘ayer paabas’ tu. Moksu aku dah tanam getah. So, aku nk amik skit space utk pacak rumah cendawan aku. Kat situ memang strategic sbb redup and sejuk. Sesuai utk bela cendawan. Cendawan memerlukan udara yang sejuk dan tak boleh kena matahari. Kena dduk kat kawasan yang lembab. Memang cantek ar. Tip top la tanah yang ada kat kampong aku tu. Ayah aku cakap dia bleh tolong aku dari segi modal tapi dia nk aku pi kursus dulu supaya aku tau apa langkah2 yang harus aku buat utk memperkembangkan tanaman aku tu. Pastu kebetulan mlm tadi aku main ‘sms’ ngan Azmeer. Borak punya borak baru aku teringat yang Azmeer ni kan kira orang kuat utk jabatan pertanian. Dia ramai member kat sana. So, aku pun tanya la dia psal kursus yang aku nk amik tu. Dia bleh tolong tapi yang tak bestnya dia kata kat aku yang usaha cendawan ni susah. Cendawan tak bleh kena asap la apa la. Dia dah kaji pasal cendawan ni. Kawan dia baru je pi kursus cendawan. So, mcmana ni?? Tetiba dia bagi cadangan yang lain. Dia ajak aku utk pi kursus utk bela ‘ikan keli’. Dia nk share ngan aku. Dia kata bela ikan keli lagi senang sbb dia just guna canvas je. Mkn plak mkn sayur kangkung.. Lebih kurang mcm tu la. Hati aku dah mula berubah dah. Mcm dah tmakan skit la pujukan dia. Aku tnya la ayah aku psal cadangan Azmeer. Ayah aku tak setuju!!! Dia kata ikan keli mudah busuk dan bangkainya tak bleh buang sesuka hati. Akan berlaku “ air pollution” & “ land pollution”. Huhu.. Aku dah serba salah. Bila aku cakap aku nk kongsi bisnes ngan Azmeer. Lagi la ayah aku marah sbb ayah aku memang pantang dah sekarang sebut perkataan ‘share’. Dia tak nak anak2 dia jadi mcm dia sbb ayah aku slalu kena tipu dengan share partner dia sndri. Dia nk aku sorang je usahakan bisnes tu. Kang bila orang tu buat keje lebih, dah keuntungan tu dibahagi dengan tak sama rata. Akan timbul perbalahan plak. Btol jugak cakap ayah aku. Tak nak aku gaduh ngan Azmeer. Cukup2 la aku dok hari2 gaduh ngan dia. Penat dah aku. Aduhh.. Berbelah bahagi dah hati aku ni. Bkn sbb apa. Nk kena jaga hati orang ni. Abis esk2 aku nk kongsi bisnes dengan laki aku pon tak boleh agaknya. Hmm… ehh.. Tu semua klo dah berjaya baru leh pikir.. Sekarang kena focus, focus and focus!! Aku cakap ngan Azmeer yang aku akan pi kursus ngan dia tapi aku tak cakap pon yang aku pilih yang mana. Dia suruh aku pikir dlu and pikir baik2 tapi hati aku berat kepada cendawan. Aku nk buat cendawan gak. Lagipon sepupu aku dah buat bisnes ikan keli tu la. Tak nak la aku tiru dia. Isshh… Takmo,takmo…Tengokla mcmana. Klo aku dah dpat idea, baru aku mulakan segala usaha aku… –THE END–

Saturday, November 29, 2008

Antoo fighter

Antoo fighter.. Antoo fighter.. Antoo fighterrrrrrr…………… ‘CGI MOVIE’ yang paling best I ever seen. Syok wehh..!! Klakar tahap gaban tu wa ckp luu… Apa yang aku leh comment adalah… wa salute dengan geng² yang buat movie ni. Memang standart ‘ong puteh’ ar. Memang otak yang reka citer ni memang bgeliga.. bleh wat batu cincin… aku suggest u all pi la tengok citer ni. Tak rugi sehh.. Aku bagi “FIVE STARS”.. Tapikan ada yang lagi best tau. Nak tau apa?? Meh sini aku citer. Korang bayangkanlah.. Aku ngan partner aku leh ketawa sampai hentak2 kaki, smpai rasa nk tkencing dlm sluar pon ada. Bleh plak ‘brader’ yang dok sblah kitorang ni tak ketawa. Mcm takde perasaan seh… itu yang dok sblah kiri kitorg. Ni ada lagi sorang. Budak lagi.. korang apa dia buat?? Dia just ketawa ms “scene” pak guntur showkan keta utk antoo fighter. Tu je!! Memang budak and bapak budak takde perasaan. (Amaran keras: BAGI SESIAPA YANG TAK PUNYA PERASAAN, TOLONG JANGAN NAK MENYIBOK NK NONTON CITER NI. BUANG KAREN JE!!!!) –THE END–

Wednesday, November 26, 2008

Tindik

Korang tau maknanya ‘tindik’? Tindik tu satu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang dengan melubangkan kulit hingga ke isi dibadan tak kira la kulit kat mana skali pon. Contohnya mcm kat telinga. Tu contoh yang biasa je. Memang dari zaman dlu lagi orang tindik kat telinga. Itu btujuan utk memakai barang perhiasan wanita bg wanita. Wehh.. bkn perhiasan rumah haa. Takkan korang nk sangkut lampu tido kat telinga plak kan?? Haha… ( aku tau lawak aku tak jadi). Sambung balik.. tapi skrang ni dah trend budak laki tindik mcm pompuan. Melambak.. klo nak ikutkan zaman kita sekarang ni tahun 2008, remaja2, pakcik2 makcik bkn shja tindik kat telinga. Sekarang dah advance seh.. ada yang tindik kat tempat yang tak sepatutnya. Tindik kat keningla. Kat tepi bibirla.. Yang kat lidah pon ada. Eii.. Dorang tak takut ke klo tengah mkn tetiba tak perasaan? Terus masuk dalam perot. Klo berak kuar subang tu takpe ar. Tapi klo tak kuar cmner? Kang ada yang mati tak aman kang. Dah mcm pakai susuk plak. Tapi kali ni guna susuk yang tanpa disedari. Kat pusat mcmana plak gayanya?? Urrmm… tak terkencing ke ms dorang tindik tu huh?? Eeii.. mcm seram kan?? Haaa.. Ni lagi tragis. Ada tindik kat tempat yang paling……………. Alaaa.. kat %#^%@$#.. Sendiri paham la haa… klo kat telinga plak ada yang tindik sampai atas. Sampai ada 7 lubang tu… pehh.. Mewah.. hmm…contoh yang paling terdekat adalah AKUsendiri. Sebenarnya aku baru tindik kat telinga. Aku tmbah lagi 2 kat blah atas. Kira tindik aku ada 4 la skrg. Saaaakitttt………. Huwaa.. aku sebenarnya terikut2 sangat ngan style ELYANA. Yang berlakon citer RENJIS tu. Mcm best je dia tindik byk2. Lawa seh. Berkenan tol aku tgk. Aku pon tindiklah. Tapi the problem is.. napa aku tak cantik mcm elyana?? Huhu..takpela.. tak dpat cantik mcm elyana, cantik mcm erfiza pon takpe kan kan kan?? Erfiza cantik tau. Isshh.. aku memang admire ngan dia ni. Memang klo korang tanya kat budak2 NEPAL, msti dorang stuju apa yang aku ckp ni. Hehe.. Sakit??? Sakit jgn korang ckp la. Aku harap tindik ni cepat sembuh. Aku harap dia tak menanah. Ibu aku suruh aku pakai minyak kelapa yang dah dgoreng dengan ikan. Kira minyak kelapa+ikan la. Cepat elok katanya tapi aku tak nak buat sbb kang tak pasal2 aku bangun takde telinga plak. Yela.. Letak minyak ikan. Mesti “ CIK SITI++” suka kan?? Kang aku tengah tido, dia ngap plak aku punya telinga. Langsung hilang aku punya tindik. Hahaha.. ( pesanan penaja: SILA JANGAN TIRU GAYA AKU!!) Sekian –THE END–

Sunday, November 23, 2008

Jodoh

Huhh.. jodoh?? …… Woww..!!Seronokkan bila bicara tentang jodoh. Mcm2 kita angankan klo bab jodoh ni. Nk jodoh muka mcm ni laa… Nak jodoh orang kaya laa.. Nak dijodohkan dengan seorang petani laa.. Mcm2. Memang manusia tak penah lari dengan angan2 dan keinginan naluri dari hati nurani. Tak salah apa klo kita berangan sampai langit ke-7. Cuma kita harus cecahkan skit kaki kita di bumi yang nyata supaya kita sentiasa beringat bahwa ‘matahari tidak semestinya setia memancarkan cahayanya yang panas membara sehingga ke petang. Adakalanya air sang hujan meronta2 ingin menyirami bumi’. Ingat tu..!! Jodoh.. Jodoh.. Jodoh.. Banyak spekulasi tentang jodoh ni. Bagi aku, JODOH ni adalah satu perkara yang berat utk aku pikul dan mengharunginya. Mungkin kalian mudah utk mencari jodoh tapi bukan aku. Aku memang liat habis la nk dapat jodoh ni. Memang susah nk melekat. Entahla.. Biarla aku cerita satu persatu. Terus terang aku katakan, aku memang seorang perempuan yang ‘hightaste’. Bukan aku punya niat yang tak baik atau cerewet dalam memilih pasangan. Tapi jika anda sedari, zaman di alaf “Y2K” ini penuh dengan pancaloba yang global. Yang sentiasa menginginkan persaingan dalam kehidupan manusia sejagat. Korang paham tak maksud aku?? Maksudnya, kita sebagai manusia harus bersaing utk mendapatkan kehidupan yang sempurna. Aku mengaku yang aku menginginkan seorang lelaki yang mempunyai pegangan hidup yang terjamin baik dari segi rohani mahupun jasmaninya. Samada harta dunia mahupun harta di akhirat. Biarlah orang kata aku ni ‘materialistik’. Aku tak kesah. Suka hati aku la. Ni kehidupan aku. Aku banyak memikirkan tentang smua ni bila melihat dunia zaman sekarang ni. Alaa.. Kat TV pon dah banyak tunjuk bab2 ni. Zaman dulu boleh la kita kata yang kasih sayang itu adalah segalanya. Tapi zaman sekarang?? Mengikut kajian ‘mahkamah syariah’ di Malaysia ini, kebanyakkan pasangan yang bercerai itu berpunca dari masalah kewangan rumahtangga. Bagaimana tu?? Yela.. Korang pikir la sendiri. Macamana nak bagi fmily kita mkn klo kita tak punya pendapatan yang tetap?? Bukan niat utk merendahkan sesetengah pihak. Maafkan aku jika menyinggung perasaan anda. Aku minta maaf. Urrmm… aku nk citer gak sb ni blog aku kan?? Maaf ya kalian smua. Aku ngaku deh aku jahat. Ampun.. sambung balik. Aku agak sedih bila melihat seorang ibu begitu setia mengendongkan anak kesayangan sambil membonceng motosikal yang dipandu oleh suami yang tercinta. Cuba anda bayangkan dalam keadaan hujan, kita terpaksa tempuhinya utk menghantar anak kita ke klinik. Sedihkan?? Sungguh besarpengorbanan ibubapa utk anak2nya. Aku tak bleh tgk keadaan mcm tu. Aku berdoa pada-Nya Yang Maha Esa. Jauhilah aku dari keadaan sedemikian. Aku berdoa supaya aku sama teman2 yang lain dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Klo diizinkan Tuhan, aku ingin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang mempunyai pendidikan agama yang sempurna kerana aku bukan la wanita yang solehah. Jika seorang lelaki itu sanggup utk mengubah aku daripada ‘erfiza yang sekarang’ dan berubah menjadi ‘erfiza yang kemudian’, aku sanggup terimanya sebagai calon suamiku. Aku ingin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang mempunyai harta kebendaan kerana aku tidak punya apa2 aset yang boleh dikongsi bersama. Aku ingin bertemu dengan lelaki yang mempunyai harta dunia yang sungguh sempurna (yakni keluarganya) kerana aku ingin mengembangkan silaturahim diantara kedua-dua belah pihak daripada family aku dan suamiku. Aku ingin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang mempunyai kasih sayang yang begitu menggunung terhadap aku kerana aku mempunyai kasih sayang sebesar alam semesta utk dicurahkan buat bakal suamiku. Aku ingin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang sentiasa ingin meminjamkan bahunya utk aku kerana aku adalah perempuan yang mudah menangis. Bila aku nangis, dia sudi meminjamkan bahunya utk mententeramkan perasaan aku. Aku ingin bertemu jodoh dengan lelaki yang bukan dari golongan pemarah dan panas baran kerana aku seorang perempuan yang suka melawan. Aku ingin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang boleh melakukan apa saja demi aku kerana aku adalah seorang perempuan yang sanggup melakukan apa saja demi lelaki yang aku cintai. Hmmmmmmmmmm…. Aku hanya mahu satu perkara lagi. Aku harap aku dijauhi dari perkara2 yang boleh mengguris perasaan aku sbg wanita iaitu POLIGAMI. Aku tidak mahu sama sekali bakal suami aku itu berpoligami. Memang tidak dinafikan bahawa poligami itu adalah hak sang suami. Tapi aku tidak boleh menerimanya kerana aku bakal menambahkan dosa yang sedia ada. Ini kerana timbulnya perasaan cemburu. Bila timbulnya perasaan cemburu, aku akan mula memikirkan perkara2 yang tidak baik. Kan tak baik untuk sesuatu perhubungan. Aku hanya akan menerimanya jika aku dididik dengan ilmu agama yang kuat serta persiapan mental. Ahhhh… Apapun aku tetap tak boleh trima. Maafkan aku jika aku bsikap tamak utk menakluki seseorang itu.. Kalian pasti tahu sikap aku kan??? Huhu… –THE END–

Perkahwinan kak nini

Kahwin?? Hmmm… Semua orang mengimpikan satu perkahwinan yang yang sempurna. Bkn dari segi segala persiapan, malah menginginkan ikatan perkahwinan yang bahagia sehingga ke akhir hayat. Tanggal 22 November 2008 adalah majlis persandingan diantara kak Ninie & abg Hasrul, ex-officemate aku ms keja kat ‘seagull’ dlu. Bkn majlis utk dia je tapi utk adik2 dia skali. Sekali 3 pasangan. Baguskan?? Save budget. Tapi wa ckp memang meriah beb majlis tu. Ramai giler orang datang. Bayangkan khemah mkn punya la panjang smpai konker 1 jln nk masuk umah dia tu. Tapi terus terang aku ckpla, aku nak majlis perkahwinan aku mcm kak Ninie punya majlis. Segalanya tersusun. Dorang guna catering. Jadi mudah la utk kitorang amik makanan. Aku jarangla tgk sesuatu majlis tu, airnya sentiasa ada dlm jug. Kadang2 kita sbagai tetamu plak yang nk kena mintak. Dia punya penanggah sentiasa peka. Klo air minuman dah tinggal skit, terus dorang ganti yang baru. Klo air pencuci tangan tu sentiasa diganti dengan air yang bersih. Kitorang sebagai tetamu memang selesa. Susunan makanan pun kemas. Mudah utk ‘self service’. Klo utk mkanan berat spt nasi minyak & lauk pauk dihidangkan disebelah kanan. Utk buah2an atau manisan diletakkan disebelah kiri.Makanan memang tip top!! Sebagai ‘DUTA MAKANAN’, aku bagi markah 95%. Lauk dia lain daripada yang lain. Daging masak lada hitam la,ntah apa ntah lagi. Aku tak tahu la nama lauk tu. Hehehe.. Sori. Manisan dia plak dia buat bubur pulut hitam. Pehh..sedap tu. Aku jarang nk mkn benda2 mcm ni. Tak brapa minat tp tadi bila aku rasa je bubur tu, aku tak bleh nk benti plak hirup bubur tu. Yang sedapnya, bubur tu tak brapa manis, tak brapa tawar. Sesedap rasalah… Yang paling gempak apa tau.. Dia ada buat rojak buah.. Fuhh… Dah lama aku mengidam benda tu beb!! Apa lagi.. Aku amik mangga & jambu banyak2. naik nyilu la gak gigi aku ni dok mkn benda tu. Slluurrrppp… sedapnya!! Meleleh haliur gua beb.. Point yang paling penting bg aku adalah kak Ninie tak lupa bg aku bunga telur. Sekarang punya perkahwinan memang jarang la nk tgk bunga telur dah. Smuanya asik bagi gula2, keropok, benda2 yang selain bunga telur la. Kak Ninie masih lagi mengekalkan adat perkahwinan zmn 90-an. Tu yang best tue.. Ehh.. bagi aku dia punya majlis memang complete la.. Aku harap dan berdoa aku akan dpt mcm tu jugak. Tapi………………………. Siapakah calon yang paling sesuai?? Haaa.. AQASHA… Aminnnn Ya Robbul-Alamin!!!!

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...