Thursday, August 21, 2014

Travelista Project : 'Backpacker' menuju ke Jepun

RM5 x 30 hari = RM150

RM150 x 12 bulan = RM1800

RM1800 x 3 tahun = RM5400.

Cukup untuk Travelista Project!!!

-----------------------------------------------------------------------

Korang penah tak buat bajet macam ni?? Memang bukan senang nak buat tapi bleh je kalau nak cuba. Kalau duit korang dah cukup, mana destinasi yang korang nak pegi?? 

Kalau ikutkan bajet macam yang kat atas tu, memang cukup kalau nak pegi JEPUN. Terlebih dari cukup. Kira duit tu siap boleh membeli-belah. Tapi tak bermakna belanja sakan. Bajet-bajet jugak. Hati-hati berbelanja!!

Cukup duit je, bleh la try usha-usha mana2 agensi pelancongan yang menawarkan pakej² yang affordable dan sesuai dengan bajet korang. Lagi senang. Semua dorang akan arrange. Makan, tempat tidur semua lengkap!

Bagi yang nak ke Jepun secara 'backpacker', aku boleh bagi beberapa suggestion tempat-tempat best yang korang boleh follow untuk percutian selama 6 hari 5 malam. 

Sebelum booking ticket, sila tengok calendar. Kena survey 'musim' apa yang kita nak pergi. Summer kita ke tepikan sebab kat Malaysia setiap hari summer. :D

Kat Malaysia takde salji. So, ramai yang nak try main salji kan? So, aku suggest bulan Februari paling sesuai. Dlm bulan Februari tu ada satu upacara atau festival. Festival 'Yuki Matsuri'. Kalau kena dengan date kita, dapat la tengok. Datenya aku tak pasti berapa haribulan. Sorry guys!

Aku paling suka musim bunga. Start dari bulan March-April. Time ni sapa yang nak honeymoon memang sesuai la. Dapat tengok bunga Sakura.. Sejukkkkk.. Untung ada suami.. Haishh.. Tapi kalau pegi time ni, luggage berat skit la sebab nak sumbat baju sejuk bagai. Tebal-tebal tapi berbaloi!

Autumn time bebeh!! Bulan October-November. Tak macam winter. Cuaca dingin & mendung. Kalau winter tu sejuk sangat. Ni kira ok la. Sejuk macam kat opis je. (Opis aku sejuk sampai kena pakai glove). Standby baju sejuk!!

Dah decide date?? Lets go!



Penerbangan mengambil masa lebih kurang 7 jam. So, enjoy your meal & zzZZZzzz..

Bermulalah destinasi yang korang bakal redah...

--------------------------------------------------------------

Hari Pertama. (Tokyo)

1. NARITA AIRPORT.

Untung dapat time orang tak ramai. Lengang..

Although there are few of your planes never arrived, I know you are the victim. Don't worry. I will still fly Malaysia Airlines. Al-Fatihah.. #MH370 #MH17


1st benda yang akan lalu kat otak, "Mana satu punat air ni??". Canggih bebenau!!

Terminal 1, Narita Airport.

---------------------------

2. ASAKUSA

Kat Jepun memang banyak Temple. Kebanyakkan dorang, kawin ikut Kristian, mati ikut Buddha. Kebanyakkannya la.. 

Kedai-kedai dorang semua guna pintu kayu. Toilet baik punya canggih. Tapi, trademark tradisional dorang takkan berubah. Macam cerita 'Oshin'.

Tapak tangan artis. Ingat Hollywood je ada?? Tak Jepp!
------------------------

3. AKIHABARA

Perjalanan mengambil masa dalam 10 minit (ikutkan semua tempat akan mengambil masa tak sampai 30min setiap 1 destinasi sebab dekat-dekat) kalau naik kereta dari Asakusa. Jalan kaki la best!! Banyak kedai wooo.. Boleh tengok gegirl pakai baju pelik-pelik macam dalam game. 

Naik basikal je pegi keje. Tak jem. Cuba kalau kat Malaysia naik basikal pergi tempat kerja. Perhhhh.. Ketibas ko!!

**Ketibas = Ketiak basah.

Malam macam kat Pavilion, KL.

AMARAN KERAS!!!
Kalau ada member atau family yang hantu game, jangan bagi dorang lalu kat depan kedai ni. 

---------------------

4. TOKYO MOSQUE

Mana kita pergi, jangan lupa Allah, jangan lupa solat. Korang boleh solat kat masjid ni. Masjid ni kalau tengok dari jauh, bentuknya macam Hagia Sophia, Istanbul.




----------------------

Hari Kedua. (Still kat Tokyo)

5. SHINKANSEN BULLET TRAIN

Tengok bentuk je kita bleh agak berapa laju keretapi ni pergi.. Tak sempat nak menguap..

Shinkansen train station.
-------------

6. MT. FUJI 5TH STATION

Subhanallah.. Gunung Fuji depan mata.. 

Cuci mata..

Ramai orang buat aktiviti riadah kat sini.

Foggy!!

Pergi pepagi in shaa Allah parking tak penuh.
------------

7. GOTEMBA OUTLETSHOP

JPO kat Jepun. Dah penat cuci mata, cuci poket plak. Harga lebih kurang macam kat Malaysia. 

Jimmy Choo pon ada kat sana. Gila tak bangga..


------------

8. TOKYO HALAL FOOD

Jangan risau. Kat sana in shaa Allah banyak restoren halal. Kena pandai cari & kena tengok menu sebelum makan. Selalunya dorang akan pampangkan kat depan kedai dorang dengan signboard besar 'HALAL FOODS'.







-------------

9. OWAKUDANI

Kat sini ada lembah air panas & juga merupakan lembah gunung berapi. 



Ni telur bukan sebarang telur. Telur ni dimasak dengan menggunakan air panas semulajadi kat Owakudani ni.. Magicnya bila masak, kulitnya akan bertukar warna hitam. Rasanya aku tak tahu sebab aku tak makan.
---------------

10. LAKE ASHI

Kat sini ada 'cable car Hakone Ropeway' untuk pergi ke Owakudani.

Permandangan dari atas 'pirate boat'.


---------------

Hari Ketiga (Tokyo lagi)

11. TOKYO DISNEYLAND

Kat sini untuk Have Fun dan kembali awal remaja.. Yeeeehaaa~

Rasanya kalau aku, 1 hari tak cukup dan TAK PUAS!!!





---------


Hari Keempat (Dari Tokyo ke Osaka)

Dari Tokyo ke Osaka naik Shinkansen Bullet Train.

12. OSAKA CASTLE

Salah sebuah Istana yang fofuler kat Osaka ni.. 



--------------

13. SHINSAIBASHI

Town yang lebih kurang sama macam Asakusa, Akihabara & etc.






--------------

14. DOTONBORI

Lebih kurang sama macam di atas.




---------------

Hari Kelima (Kyoto)

15. KINKAKUJI GOLDEN TEMPLE

Kat sini memang banyak temple. 









----------------

16. NIJO CASTLE

Dia punya entrance dia memang cantik. Macam Minangkabau pon ada. 






----------

17. KIYOMIZU TEMPLE

Kalau kita tengok, temple ni ada skit-skit ciri-ciri budaya cina. Macam dalam 'Karate Kid'.



----------

Hari Keenam (Osaka ke Kuala Lumpur)

18. KANSAI AIRPORT

Selesai.. Dah boleh pack untuk pulang ke tanah air.






-----------

(Additional)

19. CAPSULE ROOM

Nak jimat dan murah, boleh sewa 'capsule room' ni. Sorang satu. Yang bawak family, aku tak galakkan. Kalau pergi dengan member, memang ngam-ngam choi!




Enjoy Your Holiday!!

Tuesday, August 19, 2014

Apa yang aku harus reply??

Aku ada 2 orang member lelaki. Style kehidupan dorang ni more to 'metrosexual'.

So, nak dipendekkan cerita, aku ada la ber'whatsapp' dengan 2-2 orang lately ni. Masa aku message tu, dorang bagi aku jawapan daripada setiap soalan aku dengan ayat yang.. Ntah. Aku macam tak bleh terima. Aku tak tahu la sama ada aku yang sensitif atau dorang yang poyo sampai jari aku kaku nak taip ayat untuk reply.

First..

Aku : As-Salam. Weh, aku ada benda nak tanya ko nih..
Budak poyo (1) : Salam tu biar penuh. Baru aku jawab salam ko. 
Aku: Okay! Tak jadi tanya. Lupa dah. (Aku tak buat apa yang dia suruh. Aku rasa, orang macam dia macam tak perlukan ucapan salam (doa) dari aku je kan?)

Aku kena sound seh.. Tapi aku memang tak boleh terima. Niat dia baik. Memang bagus. Tapi dalam masa yang sama, aku rasa dia sangat poyo sampai aku rasa, better taip salam yang pendek daripada tak bagi salam langsung. As-salam tu pun dah kira salam selain daripada Assalammualaikum wbt. Yasshhhhh!!

Second...

Memandangkan budak ni 'left group' dalam whatsapp, aku tertanya-tanya, kenapa dia keluar. Ada apa2 yang dia tak puas hati ke dalam group tu. Bebudak yang lain dok suruh aku tanya. So, aku pon dengan baik hatinya pi la tanya..

Aku : Beb, asal ko left??
Budak poyo (2) : I dah ada banyak sangat group. So, i left la mana group2 yang tak penting.

Wahhhh.. Aku nak campak telefon aku ke atau ketip bibir?? Oooo.. Selama ni kawan2 ko ni tak penting la?? Rubbish!! Ok fine! Aku mengambil keputusan untuk TIDAK MEMBERITAHU member2 yang lain untuk mengelakkan sesuatu yg tidak baik berlaku. Hahahaha..



Monday, August 18, 2014

Aku berkulit India

Kulit muka aku ni dah tested macam-macam product. Daripada guna product modern ke traditional. Semua dah cuba. Penah skali aku try guna pencuci muka cap apa ntah sampai muka aku jadi tegang & kering. Langsung aku tak boleh buka mulut sebab takut terkoyak. Kering btol!

Uufff... Serik!!

Aku penah try product² Korea kot² la muka aku macam kulit Korean. Ohh.. nampaknya idak ler. Macam takde apa-apa kesan. Huhuhuhuuu.. 

Tapi setelah dikaji...
Aku nak shared kat korang something..

Aku selalu nampak jiran aku kalau keluar rumah, mesti muka dia kuning. Hidup berjiran ni kenalah peramah. So, aku yang gatai mulut ni pi la tanya.. 

Aku : Miss, kenapa muka you kuning ya??
Miss : Ini kunyit untuk muka. Orang Indian memang selalu pakai. Baik untuk kulit jugaaa.. 

I'm so exited untuk try!! Sampai dia dengan rela hatinya suggestkan aku untuk beli kunyit/temulawak (aku panggil kunyit India) tu. Jenis serbuk. Dia suruh beli kat kedai² India yang jual rempah² atau barangan aksesori wanita. Confirm ada. Kunyit tu bukan kunyit semata-mata tapi dia dah campur dengan benda lain. Contoh macam serbuk cendana & etc.

Beli kat kedai-kedai macam ni..

Aku try pakai. Sumpah memang sesuai dengan kulit aku. Kalau ada jerawat kat muka aku, memang boleh kecut. 

Ni la dia 'kunyit India'.Tak kisah apa brand pon. Janji kunyit untuk muka. Pakai macam 'masker'. Boleh pakai 2-3x seminggu. Jerawat aku kempis & parut boleh hilang kalau rajin pakai. 


Staff kedai tu suggestkan kat aku kalau nak bancuh serbuk kunyit tu, lebih afdal kalau bancuh dengan air mawar. Peehhhh... Wangi bau dia.

Dah sebati, boleh la tenyeh kat seluruh muka. Sampai leher pon takpe. Lepas dah kering, bilas muka pakai air biasa. Lagi bagus kalau pakai air suam. And then, lap pakai towel. JANGAN BASUH MUKA GUNA SABUN PENCUCI MUKA LEPAS GUNA KUNYIT. Biarkan je. Seelok-eloknya, pakai la sebelum tido. Dah. Tu je.

Sekarang aku dah tau dah kulit aku jenis kulit yang macamana. Beli product mahal-mahal pon tak guna. Kunyit India ni dah la murah. Berkesan plak tu. Kos untuk beli kunyit + air mawar, tak sampai RM5. Deebak!!!

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit muka yang berjerawat @ kusam, boleh try benda alah yang aku suggest ni. Mana tau kot-kot sesuai dengan muka korang..

Good Luck!

*** Dulu aku pakai 'Fair & Lovely'. Memang sesuai gak dengan kulit muka aku. 
(Nampak sangat kan?? F & L kan India mari.. )

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...