Thursday, August 27, 2009

Dah tak tahan..

Bukan tak tahan nak puasa, tapi sy dah tak tahan nk bahasakan diri dengan "saya" utk tulis blog.. Saya nk tukar balik kepada "aku".

Idea banyak tp tak tertulis sbb asik tersasul kepada "aku" je. Dan ayat pon akan jadi skema. Rimas! Mulai saat ini, saya tukar ya.....

Maafkan saya klo tidak berpendirian tetap. Saya harus mengikut keselesaan diri saya.

Huhu.............

Saturday, August 22, 2009

Keta Dusun

Bulan Jun~July aritu musim buah. Fuuhhh.. memang giler2 ar makan buah. Especially mkn buah durian. Ada gak buah manggis, mata kucing, rambai, duku & etc. Tak lupa gak petai kesukaankuuu.. Fmily sy mmg ada dusun pusaka yang ditinggalkan utk warisan & generasi yg tak tau dpt btahan smpai keturunan yang ke-??...

Dusun tu kepunyaan nenek moyang dan telah pun dijadikan sbg harta pusaka utk atok & adik bradiknya yg lain. Bg bhgian atok, sy dan fmily kembangan saya yang akan uruskan time2 utk menebas, mengutip hasil dan selebihnya(jika rezeki lebih) buah yang banyak akan dijual kat depan umah. Kebetulan kpg sy mmg dekat ngan highway 'lebuhraya utara-slatan'. So, kira jalan agak busy dan mudah dpt customer.



Pondok ni wujud sebelum kami dilahirkan..




Ketinggian dusun yang melampau..




Mengengkeh nak mendaki semata-mata DURIAN.


Pengalaman yang paling best skali time2 nak kutip durian. Best wehh.. Bila time dia gugur byk yg best tu. Apatah lagi klo time hujan. Mmg banyak buah yang gugur. Ingat nk kutip buah mst datang ngan tangan kosong je ke? Naa mungkin. 1stly, mst la ada parang(penting utk kopek durian). Pastu mst ada karung/guni sbb senang nk bw durian banyak2. Aritu ms 1st day, sy lupa bw guni tu. Tpksa masukkan durian dalam sweater sy. Masuk spenuh2nya. Skali pandang, mcm orang yang tengah mengandung durian. hehe... Tpaksa la buat mcm tu sbb mmg salah saya. Dah exited sgt nk pi dusun, smua brang yg sy listkan mcm camera(penting utk model yg tak btauliah mcm sy), parang, air smua bw. Tetiba guni plak sy tlupa. Huhu... Amik ko kena denda!!! Arrgghhh.... koyak baju akuuuu!!!!!!!!

Dup dup dup!!!...... (bunyi durian jatuh)

Bertempiaran sy dan cousins sy utk cari durian. Yela.. Atok ckp, sapa cepat dia dapat. Sy mmg dh lama mengidam wehh... Dah tak pedulik dh.. Pastu, dah dapat smua, kitorang longgokkan satu tmpat (huh.. wat penat je lari bagai nak giler rebutkan durian. Jap lagi, longgok satu tempat gak.. Huhhh!!). Bila dah bnyk, apa lagi nk dtunggu. Bedal la... mcm biasa. Saya laaa yangg.... Hehe.. saya punya ibu la yg kopekkan durian. Siyes mmg tak pandai nk kopek2 ni. Bukan macam siang ikan. Ada tekniknya. Belum blaja lagi..~

Dusun kami ada byk kategori. Kategori²nya adalah... jeng jeng jengg... Dusun apak, dusun gajah, dusun kucing tido, dusun gaung & etc. Byk sgt. Tak ingat. Dusun ni dbahagikan mengikut kawasan dan jenis durian. Durian yang paling sedap adalah durian gaung. Besar2 tu. Isinya putih. Tak kuning mcm biasa tu. Rasanya pun lemak2 gitu. Tapi sy takleh nk mkn byk sgt. Nnt bahaya utk kesihatan. Harus jaga dong!

Bila time balik, sy ngan my luvly cousins akan naik keta khas. Keta ni kami pnggil 'KETA DU SOON' (keta dusun tapi nk bg sedap, tukar skit spelling dia. ehehe). Keta ni bleh naik bukit. Steady je. Tak payah nak naik FORD RANGER ke HILUX kee.. Saya ingat lagi satu kes yang paling best dan klakar.



Inilah keta DU SOON kami


Cousin sy (e-ca) ni mmg suka sgt nk tgkap gmbar. Pantang apa je. Ulat dalam buah durian tu pon dapat la gak dorang nk posing2 dlm camera minah ni. Jap lagi, ms dalam pjalanan nk balik umah, kitorang jumpa skumpulan lembu. E-ca tetiba jerit suruh sy benti. Benti plak betul2 sblah lembu tu. Kira lembu tu bleh la jengah masukkan kepala dia dalam keta. Bila sy benti, si minah e-ca ni pon mula la sesi photoshoot nya dalam keadaan bhati2 supaya tak ggu lembu tu dan kitorg smua bharap si lembu ni tadi tak perasan kehadiran kitorg. Agaknya time tu nk hujan, hari mcm gelap mendung. Elok2 lembu tu posing baik smbil kunyah rumput, E-ca pon click. Nak tau apa jadik?? Dia tlupa nk tutup flash. Apa lagi... Lembu tu pon toleh ar arah kitorg. Tetiba lembu tu mcm meroyan. Nak kejar kitorg. Apa lagi.. Pecut sehabis baik ar.. Fuuhh.. nasib baik sy mmg dh stanby gear 1. Klo tak, mmg habis!

Sy tnya E-ca, napa lembu tu marah sakan ek??? Dia jawab, mungkin sbb flash kot. Hmmm.. Yela kot. Sblom belok kt simpang, sy pon tgk la side mirror tgk2 mana tau ada motor ke.. Jap lagi baru sy perasan. Asal la sy bleh tlupa & tak perasan. Rupa2nya yg buat lembu tu naik hangin, naik meroyan adalah kerana............. keta du soon kitorg color MERAH!!!!!.......

Ceeehhh... sengal punya lembu..Kitorg pon sengal bueh..

Wednesday, August 12, 2009

Terkejut Mak Nyahhh!!!

Tengah enak makan kat cafe, tetiba ada sorang makhluk Allah ni lalu. Dia ni foreign worker. Bila saya terpandang muka dia, saya teringat plak kisah dia. Citer dia mcm nih...

"Yehhh... Minggu depan sy balik juga Nepal. Tak sabar juga ada. Saya mau jumpa my wife. Itu lahir baby. Saya suka. 'Boohot' ('sangat' dlm bhs hindi) suka," ujarnya. Bila saya tgk riak keriangan dia tu, saya plak yang terasa nk terloncat2 lebih. Hehee.. Yela... org tgh gembira. Saya tanya dia, "sudah brapa lama u takda balik??,"........... "Eerrmm.. sudah dua tahun saya takda balik. Tu isteri saya lahir jugak. Saya mau tgk anak saya".......

Terperanjat.. Tolong tenangkan daku!!

"Oh my Goddd!! May God bless u my friend,".. Saya bg semangat kat dia. Dengan perasaan gembira, dia terus blah.

Tapi bila dengar dia ckp, hati saya yang tak gembira nih.. Kesian.. U all perasan tak???

Dia dah lama tak balik. Dah 2 tahun men!!! Tetiba isteri dia nak bersalin plak. Mana datangnya anak tu?? Huhuu.. Tak sanggup sy nk tanya dia apa2 lagi.


Shut up!!!
Just diam jela. Nnt hati dia susah plak..

Note: Pengetahuan mngenai2 perkara2 sebegini penting utk dipelajari. Bukan untuk menguningkan otak or what else tapi utk menyelamatkan diri daripada perkara2 yang tak diingini berlaku dan ditipu hidup2.. lagi satu, klo saya yang salah paham ke, itu saya tak pasti. Maklumlah. dorang ckp agak berbelit2 skit. Takut saya plak yang bengong nk translatekan bhs yg dorang guna. Hanya Allah yang tau kisah sbenar.




Thursday, August 6, 2009

Kesedaran itu penting

Saya tgk 'audition malaysian idol' kat YOUTUBE. Hmmm.. ramai yang berbakat. Tapi......

Ada gak yang suara mcm katak tapi berhati gajah. Paham tak apa yang saya maksudkan? Yela.. Ada yang berhati gajah (berhati besar) yang merasakan diri mereka sungguh layak utk diujibakat. Hakikatnya?? Kalian sendiri tau kan?



Bakat harus dicungkil tapi bukan bakat yang dibuat2 ok??!!

Suaranya ya Ampunn... Jika katak nyanyi sebelah dia pon kita pasti tak dapat nk bezakan suara mereka. Jika nak diikutkan logik, KESEDARAN itu penting. Amat penting.. Bila pra sedar, itu yang bleh mendatangkan masalah pada kita smua sedikit sebanyak.

Lagi satu, SIKAP. Bila judges kata "suara anda mcm panggil hujan", 'suara anda tak layak utk masuk competition mcm gini", pasti judges tu akan dimaki habis-habisan. Ada diantara mereka menggunakan pelbagai helah dengan mengadakan cerita2 dan kisah2 sedih mereka ( perjalanan yang sukar utk ke tempat ujibakat & etc.) Ingat dorang nak terima ke??

Pakage yang paling penting skali. Jika tahu menyanyi tapi tiada rupa dan gaya sebagai artist, please forget it. It's true!! Klo suara anda sedap tapi tak cantik, automatic suara anda kedengaran seperti sumbang melainkan anda mempunyai nasib yang baik. Kalau anda mempunyai satu sifat atau perangai yang unic (weird paling senang citer), silakan mencuba nasib. Mcm 'william hung' yang penah masuk american idol. Sekarang??? Namanya mencanak naik sampai ramai wanita2 seksi suka mendampinginya bernbanding bdamping dengan lelaki kacak. Heheheee...

Ooo... baru saya teringat. Ni pengalaman saya pi audition ngan somebody yang tak harus saya sebutkan nama hamba Allah ni. Dia ni kawan baik saya masa time belajar dlu la. Dia ni memang suka menyanyi. Klo ms kuliah, time2 takde lecturer time tula dia nak buat vocal class . Yang jadi sifu?? Saya laa.. (pipi merah, tertunduk malu)

Bukan apa.. Saya tak nak kecilkan hatinya yang besar itu. Bila dia menyanyi, suara dia kurang enak untuk di dgr. Bila lepas nyanyi, dia mst mintak pendapat saya. "Mcmana suara aku? Bagus tak??"........ komen saya "Hmm... Bleh tahan. Tapi ko klo berlatih dengan lebih gigh lagi, pasti lagi sedap dari nyanyian ko tadi".. Kataku dengan nada yang agak sukar utk didengar sambil meleret mata dan dalam keadaan senyum kerang busuk. Huhuu.. Maafkan saya kawan. Saya terpaksa menipu demi menjaga hatinya yang baik tu. (Dia memang seorang kwn baik)..

Ms audition tu, keadaan saya agak tertekan. Satu sebab takut. Kedua sbb terpaksa melayan karenahnya yang agak perasan dan pentingkan diri. Asik berlatih depan saya dan tanya pendapat dan saya asik menipu, menipu dan terus menipu.... Kesian la klo berdepan dengan situasi begini.

Itulah last saya pi audition. Skrg saya dah tak berminat kerana minat sya dh beralih kepada yang lebih baik...... InsyaAllah..........

Bagi mereka yang punya bakat, teruskan. Bagi mereka yang tak punya bakat tp perasan ada bakat, saya doakan mudah2an impian anda akan tercapai utk mendapat bakat anda inginkan dan mdapat bakat yang sebenar-benarnya.. Aminnn..

Note: Nyanyi dalam 'kotak karok' lagi best la. Huhuu.. Bila la kita dpat buat activity tu lagi my geng??!!

Malam yang ber 'IDEA'...


Isshhh... jangan kacau malam ni. Malam ni lak tetiba idea datang mencurah2 utk buat new post. Korang (adik-bradik sy) yang suka berebut broadband dengan saya tolong jgn ganggu saya mlm ni. Tolonggg.... !!


I'm serious..

Amaran keras: Kalau korang ganggu gak, taula nnt apa yg aku nk buat. Baik korang jaga barang2 kesayangan korang dengan baik. Hahahahahahaaaaaaaaaaaaaa......{*_*}

Penangan 'Saya'

Semenjak saya menggunakan word of 'saya' ni, segala ayat2 yang saya nk tulis dalam blog ni terbatas. Bila nak buat post pasal melepaskan geram, segalanya akan bertukar jadi post yang SOPAN!!

Kalau nak buat new entry, saya harus berhati2 nak buat ayat supaya tak melampaui batas yang tak sesuai utk kesopanan 'saya' tu. Semuanya bertukar dalam keadaan yang tak sedar. Bila baca balik post2 yang lama, hati ni terdetik, "waahhh... sejak bila aku jadi begitu sopan dalam penulisan ni??"..... -terfikir sejenak-

Baguslah dengan benda2 mcm bleh mengawal segala perkataan yang berunsurkan 'mencarut' tuh..

Yang tak bagusnya apa tau?? Bila segala ayat2 terbatas, saya kekurangan idea nk tulis blog. Perenggan yang pertama je saya ada idea.. Nak masuk perenggan yang selanjutnya?? Saya dah mati akal sbb nextnya agak ada benda2 yang tak elok yang saya nk tulis. Tapi tak jadi sbb 'saya'...

Sungguh unik.... Saya bangga ngan diri 'saya'.. Merdeka!!!

Perasaan yang tiada nilai...


Ihsan drpd Kosmo on9, gambar mayat bayi yang diratah biawak.

Pagi smlm sy baca kat 'kosmo online' kisah seorang bayi yang diratah biawak. Ya Allahhh... Tak sanggupnya saya untuk melihatnya.

Huhuuu.......

Sedih bila melihat keadaannya yang hanya tinggal cebisan2 sahaja. Siapakah ibubapa bayi ni?? Diorg takde perasaan langsung ke? Atau mereka adalah salah sekor daripada binatang2 yang berkeliaran tak tentu hala yang tak punya fikiran utk berfikir?? Hiissshhh.. Saya sedang marah!! Saya memang marah!! Jahanam la kamu wahai ibubapa bayi ini..

Jangan kerana kesalahan kalian, anak ini menjadi mangsa. Nauzubillah... Kesian bayi ni. Walaupon bayi ini dilahirkan tanpa kerelaan, tolonglah menerimanya dengan hati yg ikhlas. Bayi tidak berdosa. Mereka tidak tahu apa2. Mungkin bayi ini meninggal ketika dilahirkan. Tapi sebagai manusia yang berperikemanusiaan, tolong la kebumikan bayi ini dengan sempurna. Bukan dengan membuangnya seperti SAMPAH!!!!

Tidakkah anda tahu bahawa mereka(bayi) inilah yg akn membantu ibubapa mrk ketika di akhirat nnt??? Bila jadi begini?? Macamana??

Ya Allah... Saya berdoa Ya Allah semoga kami smua di dunia ini dilindungi daripada perkara2 yang tak diingini. Mudah2an Kau ampunkan segala dosa kami dan melindungi kami dari berbuat perkara2 yang dilaknat oleh-Mu Ya Allah..

Mudah2an kita smua dapat hidayah daripada-Nya. Mudah2an ibubapa bayi ini mendapat kemaafan dan ditunjuk ke jalan yang benar... Aminnn...

Wednesday, August 5, 2009

Umpan


Kereta idaman..


Awal tahun pcik saya pernah cakap ngan anaknya, " Kalau gegirl pas lesen keta, ayah akan belikan gegirl keta". Terbuntang jugak la mata saya bila dengar dia ckp dengan ank dia mcm tu. Biar betul org tua nih?! Waahhh.. hebat. Klo mcm tu saya pon nak. Umpan nmpak..??!!


Saya tanya la pcik sy sama ada btol ke dia akan mengotakan janjinya? Pcik saya dengan confiden nya menjawab 'YES'.. Isshh.. saya plak risau. Mcmana klo dia tak mengotakan janjinya?? Berdosa tau klo menipu anak. Yang si anak ni pon bersungguh2 belajar. Ujian yg pertama, FAILED. Ujian yang kedua, pas.

Minggu lepas selepas dapat lesen.
Apa lagi.. Si anak ni tuntut apa yang dijanjikan. Tak sampai seminggu, keta yang dijanjikan tiba di rumah.. Yang peliknya, siap dibawa naik lori lagi. Anaknya melonjak kegembiraan tetiba jadi lemah gemalai je pergerakkannya.



Inilah kereta yang dimaksudkan..


Adakah ayahnya menipu?? Bagi saya takk... Ayahnya memang mengotakan janjinya utk belikan dia kereta. Tapi................. tak boleh digunakan utk dibawa pi pasar, pi zoo, pi muzium tapi hanya boleh digunakan time ngantok je.

KATIL KERETA!!!!

Merah mak nyah lagi. Hahhh.. amik ko. Ayah dia siap belikan katil ferrari.. Huhu.. Kesian la cousin aku yg bucuk ni....

Nak nangis tak bermelodi pon tak tak bleh dah.. Takpa la. Atleast ayah dia mengotakan janjinya cuma tak di describe kan dengan lebih lanjut. Kasihan dong...!!

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...