Wednesday, May 27, 2009
Samseng sekolah...
Kesian plak aku tgk. Yang aku peliknya, kenapa aku ada dengar suara adik aku je dlm video ni. Aku tanya dia, "asal ko punya suara ada dlm video ni?"... "Laaaa... memang la. Ewan yang rakam video nih". Aku memang terperanjat bila dia ckp mcm tu. aku dengan bengangnya apa lagi?? Aku tengking dia depan bapak aku. Aku tak kira ayah aku nk marah aku ke apa.. Tapi yang syoknya, aku saja je jadi batu api. Aku bgtau and tunjuk kat ayah aku pasal video tu. Ayah aku mengamuk sakan sampai aku pon takut nk bsuara.
Aku tak sangka plak adik aku leh terjebak dalam kes2 berat ni. Walaupon dia kata hanya untuk bersuka-ria tgk orang kena pukul, tapi benda tu tetap jadi kes berat yang bleh djadikan kes juvana tau. Gila la budak2 skrg. Aku ingat ada kes yang mcm ni. Sampai ada yang mati. Aku penah tgk video tu kat you tube. Alamak aii... Tak sampai hati aku tgk. Mangsa yang tunduk menahan kesakitan. Malahan, mangsa tpaksa-rela utk menyerahkan dirinya utk dipukul. Yang buat aku lagi sakit hati, hanya kerana mangsa tak kasi pinjamkan cerek pon dah bleh buat dorang pukul mangsa smpai mati. Tragis!!! Kesian tau. Mak ayah hantar pi asrama utk dorang lebih fokus dengan pelajaran dan tak tjebak dengan anasir2 luar yang bleh menyongsangkan hati mereka yang suci tu. Tapi lain plak jadinya. Dorang lebih advance bila duduk satu bumbung.
Hmmm... Nauzubillah.. Jangan terjadi benda2 yang tak baik. Semenjak kes tu, aku tak bertegur sapa dengan adik aku. Alaaa.. hanya beberapa hari je. Janganlah adik2 di luar sana melakukan perkara2 yang sebegini sbb perjalanan hidup korang masih pnjang. Nasihat ini utk orang yang dah tua jugak. Bagi mereka yang samseng bagai nak gila mcm 'along' ke 'chetti' ke.. beringatlah. Hidup korang semakin pendek. Baik kamu bertaubat!!!
Monday, May 25, 2009
Kisah Empat Sekawan..3 Orang cantik, Sorang Gemok..
Ada sekumpulan pelajar yang pernah menuntut di salah sebuah university tempatan. Geng ni terdiri daripada 4 orang gegirl iaitu Piah, Odah, Cici dan Ayu. 3 orang cantik dan sorang lagi gemok. Tapi cute. Geng gegirl ni boleh dikatakan top kat kampus. Sebut je nama geng ni, mesti orang tau, mesti orang kenal. Dorang terkenal pon sbb cantik.
Tapi yang bagusnya geng ni, dorang tak penah rasa meninggi diri ke or nak kondemkan orang yang kurang daripada mereka. Dorang layan semua org dengan saksama. Ayu (gadis Gemok) tu memang selesa kawan ngan dorang. Biasalah klo kat kampus. Mesti ada je jejaka yang kita attack utk jadikan bahan 'cuci mata' kan?? Dorang ada minat seorang lelaki ni. Lelaki ni memang agak terkenal kerana kepandaian dan kehensemannya. Ramai gila budak2 pompuan yang tergila2kan dia termasukla geng gegirl ni tadi.
Piah, Odah dan Cici memang tergedik2 bila nampak budak lelaki ni. Mcm Aaron aziz katanya. Tapi Ayu hanya minat dalam diam sahaja kerana dia rasa rendah diri dan sedar dimana kedudukannya berbanding teman2nya yang lain. Satu hari tu, geng gegirl bertembung dengan lelaki idaman mereka dan menegurnya. Lelaki ini melayan mereka seperti biasa kerana mereka merupakan 'classmate'. Setiap kali mereka berborak, Ayu mesti tak banyak cakap. Hanya lebih byk berdiam diri dan melayan perasaan sendiri tetapi dia tak perasan dan tak tahu bahawa dia selalu menjadi perhatian seseorang.
Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun mereka bersama. Berlumba2 untuk menuju ke pucak menara gading. Akhirnya mereka berjaya mendapat segulung ijazah dengan cemerlang. Selepas graduation day, mereka terputus hubungan. Selepas setahun kemudian, Odah dan Piah merancang untuk mengadakan reunion di genting.
Semasa di sana, semua kelihatan vouge dan ranggi dengan gaya masing2 termasuk Ayu and the geng. Semasa berkumpul utk menyantap makanan yang enak, ada sesuatu yang berlaku. Lelaki idaman mereka ingin mengumumkan sesuatu kepada mereka smua. Dalam keadaan yang mendebarkan, Lelaki itu menyatakan hasratnya utk berkahwin. Terperanjat berok smua terutama geng gegirl. Ayu mendengarnya dengan rileks dan dlm masa yang sama, mukanya berubah menjadi gugup. Semua tertanya2, sapakah gerangannya?? Siapakah lelaki yang bertuah itu??
Lelaki itu menyebut nama wanita yang berjaya menawan hatinya. Selepas pengumuman, smua terdiam dan bagaikan tidak percaya. Beberapa minit kemudian, Odah, Piah dan Cici terus memeluk Ayu. Mereka menangis. Bukan kerana sedih, tetapi mereka menangis kerana gembira. Nama yang di sebut oleh lelaki itu adalah "AYU"..
Lelaki itu meneruskan ceritanya mengapa dia memilih ayu sebagai teman hidupnya. Rupa2nya selama ini lelaki itu memang selalu memerhatikan setiap gerak-geri ayu. Dia sendiri tidak tahu mengapa dan kenapa dia seolah2 ingin mengetahui dan mengenali kehidupan gadis ini dengan lebih dalam. Hatinya mula terpaut apabila menyedari bahawa gadis ini mempunyai hati yang suci.
Ayu tidak menyedari bahawa tindakannya membawa makanan untuk 'makcik tukang kebun' di kampusnya telah membuatkan lelaki ini menyukainya dalam diam. Selama ini Ayu memang rajin membeli (belanja) mcik tukang kebun nasi bungkus. Klo dia tak cukup duit sekalipon, dia tetap akan membawa sekurang2nya satu ketul kueh utk mcik ni makan. Menurut cerita daripada geng gegirl, Ayu berasa simpati melihat seorang mcik dengan keadaan yang berpeluh2 membanting tulang utk mencari rezeki. Jadi, dia memang dah membuat keputusan ingin mngurangkan sedikit beban mcik tu dengan memberi mknan.
Kasih sayang dan keikhlasan hatinya kini dibalas dengan penuh hikmah kerana dikurniakan lelaki yang sempurna di mata wanita2. (Lengkap dari segi agama, paras rupa, kepandaian dan kekaya)..
Kini, Ayu dan Lelaki idaman ( Amar Mujahid ) akan melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi.
Happy ending kan???
Thursday, May 21, 2009
Senangnya Nak Beli Barangan Keselamatan/Keperluan...??!!
Ahad aritu aku ngan family pi TESCO (walaupon kena boikot tp aky tetap beli sbb tu yg paling dekat dr umah aku) utk beli barangan dapur. Nak ikutkan hati aku ni memang malas nak join pi beli barang. Tetiba baru aku ingat yang bedak aku dah abis. Baik aku ikut. Atleast klo pi ngan family aku, ayah aku ada untuk 'tolong' bayarkan. Heheh... Tgh2 bulan macam ni terpaksalah aku minta pertolongan.
Lepas aku dah amik bedak semua, aku pi tempat letaknya 'yogurt'. Aku terpaksa beli yogurt kerana aku TERPAKSA makan sb aku tengah mengerah tenaga utk kuruskan badan aku yang makin naik ni. Risau tul aku. Sekarang time kitorang bayar. Aku pi kaunter yang ke-3. Rileks2 tunggu turn, skali aku terpikir nak beli gula2 plak. Yela.. Klo aku lapar leh aku makan gula2 tu. Takdela aku nk terpikir makan yang berat2. Kan slalu klo korang pi supermarket, sebelum nak bayar tu mesti ada 'rag' yang ada jual gula2, coklat and etc. so, aku nak pilih gula2 mint utk kasegaran nafas la kononnya.
Adik aku pon pilih sama ni. Jap lagi, pilih punya pilih aku terperasan gula2 dalam kotak. Adik aku tengah pegang. Aku tanya adik aku " ko nak beli gula2 apa?".... "Ntah. Ewan pon tak tau". Aku rampasla gula2 yang dalam kotak tu dari adik aku. Jap lagi korang nk tau apa??
KONDOM!!! Korang bayangkan. Ada ke jual kondom dengan meletakkannya disebelah gula2? Siap ada perisa lagi. Siot betol. Jenamanya aku tak pasti. Yang aku sempat baca dia tulis 'FIT'.. Lagi apa ntah...
Ishh.. Ishhh.. Sepatutnya benda2 mcm tu tak bolehlah jual ditempat2 sebegitu. Mudahnya utk orang membeli. Perkara2 mcm ni jugak mcm menggalakkan orang utk membelinya..
Sampai aku confuse sama ada 'benda' ni keperluan or keselamatan???
Fuuuhhhhhhhhh......
Friday, May 15, 2009
Benda2 dan peristiwa2 yang buat aku takut dan fobia
- Kucing.
Peristiwa ni berlaku masa aku tgh syok dok lepak ngan member baik aku, si giha. Masa tu kitorang lepak kat depan umah giha. Petang2 aku memang slalu lepak kat boyan. Nak amik angin petang. Time2 tgh syok borak, tetiba aku dengar bunyi kucing. Mula2 sekor. Tetiba jadi 2 ekor. Hah... sah. Ni mesti kes gaduh ni. Jap lagi, tak sampai brapa second. Si kucing 2 ekor tu terkam aku ngan giha. Kitorang yang dok kat boyan tu memang confirm la tak dapt nak larikan diri. Kira time tu aku redha je ke hadrat Ilahi. Masa kucing tu terkam, aku punya la terperanjat berok sampai aku jerit mcm orang kena histeria. Kucing tu bukannya nak buat apa2 kat aku ke nak cakar aku ke, tidak. Dia just nak lalu je. Cuma dia lalu salah tempat. Disebabkan dia nak lalu dengan pantas la yang buat aku tak brani lagi nak dekat ngan kucing. Kesian kucing2 yang lain sebab dorang tak dpt belaian dari aku.
- Air laut
Masa tu aku pi bercuti ngan family blah ibu aku. Aku tak ingatla pi mana masa tu. Kalau tak silap aku, pi tanjung bidara kot. Aku turun ke laut dengan akak aku and pak lang aku. Time tu ombak biasa je. Takde la tinggi ke atau bergelora lebih. Tapi entah mcmana tengah syok2 mandi, tetiba kaki aku tak dapat nak cecah pasir. Udahh.. Gawat. Aku dah cuak ni. Aku try tuk bertenang tapi aku memang tak dapat nak cecah pasir. Aku pon Cepat2 capai tangan akak aku. Aku pikirkan selamat la klo dapat pegang tangan dia. Tetiba dia pon sama mcm nak lemas. Lagi teruk dari aku. Disebabkan aku pegang tangan dia, bebanan semakin berat. Dia tetiba mcm nak tenggelam dan kejap2 tenggelam timbul. Bila jadi mcm tu, aku lagi la bertambah panik dan terkapai2 mintak tolong. Aku panggil pak lang aku. Dia slumber je tgk aku dengan akak aku. Weehhh.. kitorang dah nak lemas ni dowh!! Ingat kitorang tgh main 'baywacth2' ke??? Bila dia dengar suara aku panggil nama dia sambil tertelan air masin tu, baru la dia gapai kitorang. Alaa.. tak jauh pon. Dia dok depan aku je. Masa dia slamatkan, aku rasa lega sangat. Ye yeahh.. aku masih hidup. Alhamdullillah.. Aku terus naik ke darat. Masa naik darat tu, aku terus tanya akak aku. Asal ko tadi? Akak aku cakap kaki dia mcm kena tarik. Pastu tetiba je tak dpat cecah pasir. Hmm... Kira sama kes ngan aku laaa....
- Angsa
Peristiwa ni berlaku masa aku kat kampung. Aku ngan cousin aku nak pi kedai ' tok sentul' nak beli kicap utk buat 'kicap gula cili padi'. Tuk cecah dengan mangga.. Fuhh.. Meleleh air liur aku seh. Masa dalam perjalanan nak balik ke rumah, kitorang kena lalu depan umah 'cik zizah'. Kat umah dia tu memang ada banyak angsa. Bukan angsa kecik2. Angsa yang dia bela tu lebih besar daripada kitorang. Time tu umur aku brapa je john. Dalam 7 tahun kot tak silap aku. Sampai je depan umah dia, kitorg dikejar oleh angsa2 tersebut. Peehh.. Time tu baru la aku tau bakat aku dalam olahraga. Memang terserlah. Aku lari selaju mungkin dan untuk tidak membuatkan kelajuan aku terjejas, aku campak kicap yang aku beli tadi. Aku dah tak kisah dah nenek aku nak marah aku ke apa ke, lantak la.. Bila aku dah berjaya selamatkan diri, aku rasa mcm lega sangat tapi aku mcm tertinggal sesuatu. Ya ampunnn...!! Cousin aku!!!!!!! Aku patah balik utk dapatkan cousin aku. Jap lagi aku nampak dia dari jauh tgh bersungguh2 berlari sekuat mungkin. Dia tertinggal skejap sbb dia tak dapat nak selamatkan diri dengan angsa yang sekor tu. Dia kena patuk kat bontot dia. Lepas kena patuk, dia terus kumpulkan tenaga lari selamatkan diri. . Akhirnya kami selamat sampai ke rumah. Ingatkan lega. Rupanya tak selamat bila berada dalam rumah sebab kena 'peluru berpandu' yang memang tak dpat nak elak dari nenek aku sbb pi kedai tapi tiada apa yang aku beli. Duit tetap abis. Bila aku citer yang aku campakkan kicap tu, nenk aku tak percaya. Apa laa.. Ingat aku nak buat ujibakat 'anak wayang' kat astro ke? Tapi klo aki borak2 ngan cousin tu, dia mesti ungkit benda yang sama. 'Ko ni memang cousin yang always selfish!!'. Heheheee... sbb aku tinggalkan dia tanpa menghiraukan keselamatan dia.... Sori my dear...
- Ikan Bilis.
Ikan bilis. Peerrghh.. Dulu makan benda ni la yang paling aku suka. Dulukan, nenek aku memang suka goreng ikan bilis. Pastu hidangkan nasi yang panas. Aku just makan tu je ngan kicap sebelum gi ngaji. Klo nak siang ikan bilis tu, bagi la job tu kat aku. Aku buat keje tu dengan bersungguh2 dan penuh dengan keikhlasan. Lepas buang taik ikan tu, terus aku masukkan ke dalam mulut aku tanpa dibasuh. Hehehe... Tu pasal antibody aku kuat leyy... Huhu.. Tapi ada satu hari tu, ikan tu telah membuat aku merana selama seminggu. Mana taknya, tengah syok2 mkn benda tu, tetiba ikan tu terselit kat gigit graham aku. Waaahh.. punya la sakit!! Memang melekat terus ke gusi. Aku try korek2 tp stil tersekat. Aku pon satu. Camner aku leh lupa yang gigi aku ni jarang dan mudah masuk sisa makanan??! Sengal tul. Dah seminggu tu, aku btol2 tak tahan sbb aku rasa mcm dh bengkak besar. Last2, aku dibawa ke klinik. Nasib baik tak kena bedah ko... Klo tak.. Fuhh.. Semenjak kes tu, aku tak berani nak makan. Bila tengok ikan bilis, tekak aku automatik kembang secara semulajadi.. Kira ok la tu... Terpaksa aku cari altenatif lain utk mkn benda2 yg berprotein tinggi......
Apa lagi ek yang aku tak suka??! Tak ingat la. Lain kali la aku citer klo aku dah ingat nnt...
Thursday, May 14, 2009
Hanya Kerana Pernah Bekerja Di 'KFC'
Nak diikutkan, Dr. Teo hanya ingin memilih 2 orang shj yang layak utk training kat company aku ni. Nak dipendekkan cerita, Dr. teo nak memilih orang yang mempunyai latar belakang yang baik dan menarik utk diterima training kt Marutech ni.
Pelajar yang pertama ni, dia mempunyai agrd yang bagus. >3.5... So, Dr. Teo pilih 'mamat' yang pertama. Yang kedua plak, agrd <3.5 tapi mempunya result SPM yang bagus. Yang ketiga plak, dia ni sama kes dengan mamat yang kedua tu. Cuma agrd dia kurang skit jer. Yang keempat plak, mempunyai spm yang kurang baik tapi mempunyai agrd yang baik.
Jadi, nak dijadikan cerita hanya tinggal satu je tempat kosong utk diisi. Sekarang semua keputusan ada dlm tangan Dr. Teo. Dia mesti pandai memlilih siapa yang harus training kat tmpat ni.
Pilih punya pilih, dia ckp amik 3 orang. Yang sorang lagi reject. Admin aku tanya la, napa budak (mamat yang ke-4) ni kena reject. Nak tau Dr. Teo jawab apa? Saya tak mau amik dia kerana dia penah keje kat 'KFC'..!!!!
What?? Tak masuk dek akal. Hanya kerana dia penah keje kat KFC, budak tu di reject mentah²?? Kesian tul...
Bila aku dengar berita tu, otak aku mula la berikir yang nggak-nngak... Apalah perkara yang penah berlaku pada Dr. Teo sehinggakan dia tak mahu menerima budak tu?? Adakah dia penah tersimbah dengan air coke kat KFC? Kena makan 'ayam KFC' sampai muntah?
Aku confuse.....
Akhirnya, nasib budak tu menyebelahi dia. Tetiba Dr. Teo mengubah fikiran dan mengambil budak tu training kat sini. Hmmm.. Semua dapat. Bila semua dapat training kat Marutech ni, baru best. Yang bestnyer, dapatla aku cuci mata everyday. Kira environment yang baru..
Baru tak lenguh mata ni.... Yaaahhooo......................
Monday, May 11, 2009
Manusia Akan Jadi Budak² Walaupon Dah Tua.... Serius!!
Umur 1-13 tahun.



Friday, May 8, 2009
Kerana Air, Lidah Binasa
Inilah keadaan aku setiap hari². Hari2 pikir pasal keje. Hari2 rasa keje tak bleh nak siap. Hari2 rasa keje ni bleh buat aku jadi giler. Ntahla....
Tapi peristiwa tadi telah membuktikan bahawa terlalu memikirkan keje bleh buat kita jadi serba tak kena. Huhuhuuu... Jam dinding depan aku ni dah menunjukkan pukul 10am. So, aku memang dah get ready. Memang dah tak sabar nak mentedarah dah. Lapar giler plak arini. Dah sanpai cafe, aku pon pi la amik beehoon+telur goreng+tempe. Pastu aku order air teh 'o' limau SUAM...
Makan dengan tenang sambil ditemani dengan geng2 gegurls... Air yang aku order pon sampai. Aku nak kena makan laju2 ni. Nak antar report sblom tjadi benda2 yang tak diingini berlaku. Bruupp.. Alhamdulillah.. syukur nikmat. Ehh.. Air tak minum lagi. Slluurrrpp... Jap lagi......Auucchhhh!!!!... Lidah akuuuuuuu!!!! Menggelupor wehh... Aku rasa tadi aku order teh 'o' limau SUAM.. Tapi kenapa...........??? Melecur lidah aku dowh.. Otak aku plak memang dah set yang air tu memang air suam. Tetiba brader ni bagi aku teh panas... aarrgghh.. Menyesal aku kerana tak bersabar. Disebabkan aku nak kejar masa, aku takde masa nak tiup air tu bagi sejuk. Disebabkan air yang brader yg mempunyai 2GB memory tu dah membinasakan deria rasa aku tuk 1 hari.
Aku kecewa btol sbb segala makanan yang aku makan arini mcm tak rasa apa sebab lidah aku dah melecettttttttttt............!!!!
Thursday, May 7, 2009
Aku Nak Beli Jugak...



Monday, May 4, 2009
Takde maknanya nak kongsi...
Tapi aku ada satu citer yang aku akan ingat sampai bila2. Bila ingat balik kes ni, memang aku tak dpt bayangkan betapa buruknya perangai aku. Masa tu aku kat skola tadika. alaahhh.. Klo time tadika tu jangan la korang kata aku ni budak baik. Memang confirm korang penipu. Ada la satu hari tu. Cikgu nak pilih somebody tuk menyanyi ms 'hari penyampaian hadiah'. Cikgu pun beriya2 umumkan bhw petang tu akan ada satu audition utk kami sertai utk pilih suara sapa yang sedap. Nnt leh nyanyi ms hari yang paling bsejarah buat kitorg. Ok.. Aku pon get ready la. Tup tup nama aku naik. Pehhh.. Bangga seh bila cikgu sebut nama aku yang bakal menyanyi time amik hadiah. Aku ingat nama aku sorang je.. Jap lagi cikgu panggil nama sorang lagi. Seingat aku nama budak ni ZAIDAH. Klo tak silap aku ar. Tp aku tak kesah sgtla sb budak yang bakal dgandingkan dengan aku ni memang baik. Aku suka kawan ngan dia. So, aku maafkan. Tapi yang buat aku takleh nak trima dia jd partner aku sbb ms latihan dia dh buat taik. Bukan apa, aku ni kan kira buat latihan dengan profesional. Tetiba aku naik angin sbb bila dia bukak mulot je dah leh buat aku hilang mood. Makk aii.. suara dia tak bleh blah. Tak sedap siot. Tapi disebabkan dia baik, aku tetap suka. Cuma muka aku berubah and jadi tak ikhlas la jadinya (tetap tak suka la tu!!) ngeee~
Sampai la hari yang dinanti2kan. Aku dengan baju kuning diraja dah siap sedia utk menaiki pentas. Aku kena amik hadiah dlu baru turn aku nyanyi. Kebetulan aku dapat tmpat pertama dlm kelas time tu. Diikuti dengan zaidah yg dpt no.2. Tu sbb aku kena nyanyi ngan dia. Kira persembahan dari pelajar cemerlang ( eehhwaaahh.. perasan lak aku)
Skrg berkumandanglah lagu 'janji manismu-aishah'. Aku dengan penuh perasaannya menyumbangkan suara yang merdu ini dengan semangat dan begitu juga zaidah yang menyumbangkan lagu dengan suara yang memang sedia sumbang (isshh.. jahatnya aku. wakakahh) Jap lagi aku kena kongsi mic. Waahh.. Ni yang buat aku benci nih. Dah la kongsi lagu. Kena kongsi mic lagi. Aku pon tpaksa la pegang mic dan arahkan mic tu dok tgh2 antara kitorg supaya ke2-2 suara kitorg dpt dengar.
Ehh..lagu aishah ni panjang. Naik lenguh ketiak aku dok pegang mic tu. Apa lagi, dengan secara tak sengajanya, tetiba je mic tu leh menuju ke arah mulut aku sorang. Kesian zaidah. Suara dia terus tenggelam. Alaa..Sori la zaidah oii... Tapi serius time tu memang aku tak perasaan. Tgk la.. Dalam keadaan secara tak sengaja pon bleh buat aku tak nak berkongsi. Apa ntah lagi time aku sedar..
Apapon, aku ttp tak leh kongsi dengan apa saja benda yang jd milik aku tp tgk situasi. Klo terpaksa, aku tpaksa gak la redha sb segalanya dlm dunia ni kita tetap kena kongsi. Kena kongsi ibu, kongsi ayah, kongsi kakak, kongsi adik tapi.. aaaiiipppp.. jgn nk kongsi bf/suami. Klo aku dpt tau, abis laa..!!!
Ni la yang dikatakan sahabat...
Girl A (Leader) : U, nnt kita jumpa lagi k??... Ummuahhh....
Girl B (berbadan kecik): yaa yaa... Pasti!!
Girl A : Haaa... U plak.. I nak peluk U lama2 'badan si gebu'...
Girl C (berbadan gempal) : Hahhh.. peluklah aku puas2.
Girl D : Weehh.. Aku mesti rindu kat korang...
Girl A : Ok.. Byee u all..... Miss u all... Kita jumpa lagi yaa.. huhu...
Girl D : Ok babies... Kita jumpa lgi this Monday..!!
Waaahhh... Peluk bagai nak giler. Macam takkan jumpa dlm ms 6-10 bln. Rupa2nya nak bpisah dlm 2-3 ari jerk. Memang bestfren 4eva laaa.....