Sunday, March 7, 2021

Dah lama tak guna passport.

 


Expired!

Tahun 2020 sampai awal tahun 2021 habis macam tu je. Bila la nak dapat guna buku merah lagi?
Alhamdulillah Malaysia dah mula dapat vaksin untuk fasa yang pertama. Aku harap cepat la semua orang dapat vaksin.

Hope semua kembali ke bentuk asal. Dapat travel, dapat makan-makan, dapat pergi masjid, dapat beraya, dapat dengar ceramah, dapat pergi konsert, dapat merentas negara  & dapat bernafas tanpa menggunakan mask!!

Wahai Covid-19, hapus la ko cepat-cepat dari muka bumi ini!


Friday, June 7, 2019

Aidilfitri 2019


Tahun ni aku balik beraya ke Melaka. Raya belah rumah mak aku. Wuhooo~

Selalunya setiap tahun kitorang memang akan pakai sedondon. Tapi tahun ni rasa nak buat kelainan sikit. We all decided untuk pakai pattern sama cuma colour lain-lain.





Belum ready lagi, dorang dah snap!

My parent.

Aku dah susah payah nak kecutkan badan. Nasib baik amik angle dari atas. 

Kitorang 4 adik beradik. Adik bawah aku dah kawin. Tahun ni dia raya Klang dulu pastu baru balik Melaka.

Ni baru separuh daripada cousin aku. Ada yang tak dapat balik beraya sebab kerja. Ada yang balik rumah mertua. Haaa.. Yang ada sekarang ni semuanya bujang trang tang tang!

Yang belakang tu suka nau menyebok!

Dari kiri : Mira , Maklang , me & my sister.

1st rumah, wajib pegi rumah Makngah kat Ayer Paabas.

Rumah Makngah memang syok. Pepagi bangun memang macam Cameron Highland. Sejuk! 

Punca lambat!




My Atok. Atok aku dulu jual ikan haruan / keli. Hari2 makan ikan. Untung kan..

Rumah Tok Teh

Kalau nak raya rumah Uda, kena singgah restoren dia. Baru dapat makan sedap-sedap.

Ni rumah Maklang.

Rumah cucu sedara atok. Tak kenal.













Ni cousin aku paling ngam!

Selamat hari raya korang.. Maaf zahir dan batin!

Thursday, August 30, 2018

Manager paling malas

Aku rasa macam dah tak tahan.

'Sufureshfesh' (aku guna bahasa F) adalah boss yang paling malas di dunia!! 


Arrrrrgggghhhhhh.. Sumpah stress.

Kat sini aku panggil dia 'apak' jela. Nanti kita sebut nama penuh dia karang, dia bleh tau. Bahaya sebab dia kaki Google. Huuhuu..

Si apak ni jawatan dia services manager kat company aku ni. So, dia pon menggunakan kuasa veto dia as manager dengan baik. Cara dia mengarahkan aku tu sampai aku jadi takut nak pergi kerja. Boleh dikatakan hari-hari nangis bila fikir nak kena menghadap benda ni hari-hari.

Tahap kemuncak yang aku rasa aku tak boleh nak go on bila aku kena panic attack. Otak aku boleh blank sampai tangan aku just pegang mouse tapi tak tahu nak buat apa. Jantung laju dan pandangan aku jadi kosong. Tinggal nak pitam je.

Dia jenis yang nak kan sesuatu immediately. Dia tak peduli ko tahu atau tak nak buat benda tu. Keadaan aku makin lama makin teruk. So, family aku terpaksa bawa aku pi klinik kesihatan sebab aku dah mula selalu rasa sesak nafas, menangis tiba-tiba tanpa sebab dan banyak termenung.
Masa kat klinik tu, doktor mengesahkan aku kena Anxiety dan tahap aku mungkin akan jadi makin teruk kalau aku tak pandai nak control. 

Then aku fikir, it's time for to move out from that company. Toxic!

Aku tau kenapa dia buat macam tu. Tu la cara dia untuk buang aku secara senyap. Dia nak terminate aku dari company tu tanpa sebab memang tak boleh sebab melanggar hak pekerja. So, dia buat la dengan cara macam tu.

End up, aku resign.

Sekarang, aku harus mulakan hidup yang baru dan semoga Allah sentiasa bersama dengan aku. Amin.

Tuesday, November 28, 2017

Was-was

Tekak ni macam lahabau nak minum air macam air 'sarang burung' atau 'Wong Low Kat'. Air yang boleh sejukkan badan la konon. Then aku pegi 99 speedmart. Takde pulak air tu. Nak beli air Oishi Green Tea pun tak ada. 

So, aku ternampak air MALTA ni. Aku pikir, "Oh air ni lebih kurang macam air barli". 
Aku amik then bayar.


Sampai je rumah, masukkan dlm peti ais. One hour later...

Sejuk bak hang. Tak sabar nak minum tapi mata ni macam dipanggil untuk tengok label tin tu. Sekali tu, aku terbaca yang air ni keluaran Heineken/Guinness yang buat air arak tu.

Errkkk.. Walaupun air tu dia tulis tanpa alkohol, aku tetap was-was. Ntah dia guna machine yg sama untuk buat air arak ke kan. Mana kita tau. 

Nasib baik aku tak minum. Nampak gayanya, kena buang jugak la air ni.. Huhuhuhu.. 


Yang 99 speedmart pon satu. Asal dia letak air ni kat sebelah air Wonda coffee. Ishhh.. Membazir dah duit aku RM2.80. Huwaaa.. 

Friday, November 17, 2017

Oh My Spicy Korean Burger



Adoii.. Tekak teringin ar nak makan Spicy Korean Burger ni.. McD tak nak buat lagi ke? Time aku beli aritu, tekak tengah sakit. Ada tonsil pulak. Gagahkan jugak la beli menda alah ni. Nak merasa punya pasal.

Ciss.. Sedap gila bai! Tapi sayang...

Aku dapat makan separuh je. Separuh lagi tapau. Nikmat tersekat-sekat dek kerana tekak perit.

McD.. Please la hidupkan balik Spicy Korean Burger nih!!






Thursday, April 13, 2017

Masalah ketinggian


Aku rasa aku terpaksa la jual seluar-seluar aku ni. Hari tu nasib baik aku tak tersungkur tersembam kat tanah. Malas nak alter punya pasal & aku perasan yang aku ni konon-konon tinggi macam Amber Chia. Huhuuu.. 

Punah harapan aku. Ada hati lak tu nak bergaya ala-ala HIJABISTA. Denggg~

Thursday, April 7, 2016

Breakfast makanan Jepun.


Assalammualaikum.. Good morning guys!

Korang breakfast apa?? (Soklan feveret Amran Fans. Hahaha..)
Hari ni aku breakfast ala-ala Jepun.

Ni aku nak share something dengan korang. Pasal makanan. Hari tu aku kena beli breakfast kat petrol pump sebab tak sempat nak menyinggah mana2 untuk makan pagi. So, dalam kepala otak aku ni mencari 'sandwich' atau pun 'roti' je.

Tengah dok mencari makanan sedap, tetiba mata aku ternampak satu sudut  tu yang ada benda 3 segi. 

Wahhh.. Onigiri!!

Aku amik la. Tapi bila check harga, mak aih. Sampai RM4. Kat Aeon baru RM2.50-2.80 je. Tapi aku pikir, tutup mata jela beli. Nak makan punya pasal. Untuk tekak kesayangan aku jugak kan. Pastu, aku pilih air Oishi. Memang ngam la makan dengan onigiri ni. Baik untuk pencernaan minum green tea pepagi.

Bismillah.. Aku harap sedap. Papppp.. 

Bila kunyah, pergghhh. Sedap beb. Tak macam kat Aeon. Patutlah mahal. Isi dia banyak. Tak kedekut. Klo kat Aeon tu, isi dia sejemput jea. Tapi still ok la kalau mengikut harga dia. 

Seriously, korang kena cuba. Cari 'Japanese Rice Ball Onigiri'. Macam-macam pilihan inti untuk korang pilih. 

Aku beli ni dekat Shell bersebelahan dengan Petronas kat Federal Highway. Yang nampak UiTM Shah Alam tu.. 

See yaa~

Thursday, February 25, 2016

Dua kerja

Ini kisah benar dan aku akan ingat sampai mati.
Dulu selepas waktu sekolah, aku selalu lepak kat bilik muzik kalau ada latihan vocal. Aku bukan la budak yang ambil subjek muzik. Cuma kalau ada even atau kena buat persembahan untuk majlis kat sekolah, aku kena practice
Aku ada 2 orang cikgu muzik. Yang selalu ajar aku, cikgu perempuan. Dia ajar vocal & cikgu lelaki ajar music instrument. Lepas waktu sekolah, selalunya akan ada beberapa budak yang ambil jurusan muzik akan stay sampai petang kat situ sebagai 'kelas tambahan'. Yang lagi best bila dorang practice untuk 'pancaragam sekolah'. Sekolah aku sangat aktif dalam pancaragam.. 
Music Note

Aku suka. Aku suka bila tengok budak-budak lelaki tu belajar & main percussion. Aku naik 'sheikh' nak plak bila dorang main caklempong atau traditional instrument. Yela kan. Sementara menunggu turn untuk mengadap cikgu, dapat la aku tengok. Kenkadang dorang kasi aku main. Cuma aku tak reti nak baca 'music note'. Setakat ketuk-ketuk boleh la.
Aku selalu bila sampai je time nak menunggu dorang, aku terus pegi kat tengah-tengah bilik tu. Ada piano. Duduk kerusi panjang & berangan. Tekan-tekan jea. Main lagu happy besday jela yang aku tahu.

Satu hari tu, cikgu yang lelaki tu tegur aku.
Cikgu: Awak suka piano?
Aku : Sukaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Cikgu : Hahh.. Tak payahla besarkan mata awak tu. Saya tahu awak suka. Saya ajar.
Aku : Nakkkkkkk. Cikgu, tolong la. Tolong la ajar saya. Pleaseeeeeeeeeeeeeeeee... (as usual untuk aku yang jenis birah)
Cikgu aku suruh aku pindah kat piano lagi 1 & dia bagi aku 1 buku yang takde 'music note'. Yang ada cuma huruf ABCDEFG & bila aku bukak penutup piano tu, setiap keyboard dia ada huruf yang diconteng dengan marker pen. Macam senang jea. Alaaa.. setakat main lagu tadika.
Masa 1st time main, guna jari belah kanan je. Agak merangkak tapi aku cuba gak la. The 2nd day, cikgu suruh aku main guna belah kiri. Aduhhh.. kekok tapi bila asik guna, boleh la. Masuk 3rd day, cikgu suruh aku main guna 2-2 belah tangan. Masa tu...
Aku tak boleh. Aku tak boleh main guna 2 tangan. Jari-jari aku akan ikut serentak. Macamana jari tangan belah kanan bergerak, macam tu la jari belah kiri aku bergerak. Seminggu. Selama seminggu aku belajar tapi tak boleh. 
Bila cikgu tengok aku tak boleh buat, cikgu aku sound.
"Erfiza, saya rasa awak ada masalah. Awak tak boleh buat dua kerja dalam masa yang sama. Awak ada sindrom yang buat otak awak tak boleh pecahkan 2 input dalam 1 masa. Awak tak boleh main piano. Nak main piano kena ada bakat tu".
Aku down. Aku terus stop & mintak izin untuk balik awal. 
Sampai ke hari ini, aku tak pernah sentuh piano & semenjak kes tu, baru aku tersedar yang aku ada 'sindrom tak boleh buat dua keje dalam 1 masa yang sama'.
***Nangis.

Friday, November 20, 2015

Pengalaman cabut gigi

Dah stanby perkakas dah...

1st time.
Sakit gigi memang seksa. Lobang kecik je tapi impact dia, peerrghhh. Dasyat! Memang mood bleh spoil dari pagi sampai malam. Nak jawab incoming call pon rasa tak larat. Time makan je larat. Haahahhahahaha..

Nekad cabut. Akak aku dah bising sebab aku asik memekak sakit gigi. Kali ni memang takde maaf dah. Jantung dup dap dup dap..

Dia inject bius. Macam rasa gigit semut kemendanya?! Sakit la jugak. Tapi kena gagah. Penat doktor tu suruh lembutkan badan. Tapi ketakutan aku tu melampau2.. Aku 'terkeras'kan badan lak. Takpe.. Semua selamat dah..

Tunggu dalam 20 minit. Dia bagi aku layan perasaan jap. Doktor tanya 'Ada rasa kebas tak?". Bila aku cakap 'yes' je, dia terus cabut dengan rakusnya. Gigi aku tak goyang. Susah sikit nak cabut. Pehhh.. Dia punya goyang2 kepala aku macam nak cabut paku yang terbenam kat papan. 

Tapi serius. Tak sakit!! Aku tengok gigi aku. Rasa nak pengsan! Gigi geraham aku dah rongak. Adehh.. Darah banyak gila!

Masa nak balik, dia bagi aku 3 bijik kapas bulat tu. 3bijik je!! Darah dah memancut-mancut keluar. Tak sempat 30 minit, aku dah ganti kapas. Aduhh.. Nasib baik bius tak kebah lagi. Takde la rasa sakit sangat.

Aku kulum ais. Baru kurang sikit darah keluar. Wahhh.. Lega. Tak sakit dah sekarang. Cuma ko tak selesa bila gigi ko kurang 1. Rasa tak best bila nak gigit. Tapi lama2 serasi la kot.

Aku memang cadangkan sapa yang sakit gigi, JANGAN TAKUT UNTUK CABUT. Serius!!

Wednesday, November 11, 2015

Bahasa Jepun : Pengiraan 1 - 10


Konichiwa..

Aku terfikir nak bukak kelas Basic Bahasa Jepun dan Korea secara online. Selalunya aku masukkan dalam Facebook. Tapi tetiba jadi tak berapa nak rajin untuk update sebab kalau masukkan dalam FB, nanti orang tak bleh refer 'status²' yang lepas2. Lagi pon, mesti dorang malas nak scroll down and nak check 1-1 status FB aku yang melambak tu kan?

So aku pikir, baik aku mulakan balik dari awal, letak dalam blog & bleh la korang refer dengan hanya klik pada LABEL. Okeh??

Guys!! Gambate Kudasaine..

Satu = Ichi

Dua = Ni

Tiga = San

Empat = Shi

Lima = Go

Enam = Roku

Tujuh = Shichi

Lapan = Hachi

Sembilan = Ku

Sepuluh = Ju.


Monday, November 9, 2015

Kerana kening..



Dulu masa sekolah, aku ada sorang classmate yyang bernama Delaila (bukan nama sebenar). Aku kira rapat jugak la dengan dia sebab bagi aku, dia 'nice girl'. Selalu gak datang umah dia lepak-lepak sampai mak dia kenal aku. Tapi semenjak aku jadi pengawas, aku dah kurang rapat dengan dia sebab kebanyakan aktiviti aku, dia takde.

Nak dijadikan cerita, dia buat hal. Dia tak datang sekolah. Bila budak yang 'rajin' datang sekolah tetiba tak datang sekolah 3-4 hari, mesti la kita pelikkan?? Cikgu dah mula cari budak2 yang rapat dengan dia. So, aku & geng aku kena siasat. Cikgu suruh kitorang pergi rumah dia.

Aku pergi la. Aku pergi dengan geng aku (Moon, Daeng & beberapa member yg tak berapa aku nak ingat. Heheheh..)

Masa sampai kat umah dia, mak dia kata dia ada kat dalam bilik. So, kitorang pon mintak izin untuk masuk bilik dia. Masa kitorang masuk, kitorang nampak dia tengah baring meniarap. Aku macam pelik la. Asal kita datang jumpa dia, dia buat tak tau je? Siap baring lagi. Aku jenis tak sabar. Aku angkat bahu dia supaya muka dia mengadap kitorang. Dia keraskan badan dia. Tetap tak nak berganjak. Siap tekop muka pakai bantal.

Aku tarik bantal tu. Sekali bantal tu tercampak. Masa tu baru kitorang perasan. Rupa-rupanya, kening dia takde sebelah!!! Dah kena cukur. Time tu aku dah mula confuse. Nak ketawa ke nak nangis?! Hahahahaaa...

Rupa-rupanya, akak dia nak cukur kening dia tapi dah tersilap cukup. Tu yang bertobek jadinya. Kan dah menyesal?!!

Hmm.. Ingatkan lepas tumbuh kening tu, dia datang sekolah. Rupanya idak. Dia berenti sekolah terus.

Semata-mata kening yang bertobek.. Huhuuu..

Tuesday, March 31, 2015

Semoga Allah dengarkan aku

Sebenarnya aku takut nak pegi keje esok.

Aku takut nak mengadap kerja yang aku tak tahu.

Aku takut sebab aku tak pernah tau perangai team aku macamana.

Aku takut nak mengadap situasi 'awkward' dari pagi sampai petang.

Allah, dengarkanlah aku. Kurniakanlah aku pekerjaan yang menggembirakan aku. Semoga aku happy pergi kerja. Kurniakanlah aku kekuatan hati dan jauhilah aku daripada sifat malas dan kedekut.

Amin Ya Rabb!

Monday, March 30, 2015

Alhamdulillah untuk hari pertama

Dah lama sangat aku pegang tittle 'Jobless'. So, hari ni hari pertama aku memulakan kerja baru, kawan baru & environment baru.

Arrghhh.. Perasaan sangat tak best. Tetiba aku dah mula rasa perasaan 'Monday Blues'. Dah lama tak rasa. Macam biasa kalau hari pertama, mesti settlekan 'taik-taik' yang dah lama tak dicuci. Aku kena buat. Malah aku mintak keje sebab takkan aku nak duduk membatu je kat tempat aku tu. Tak selesa aku. Sementara dorang nak setup kan system untuk aku, baik aku buat keje filling ke apa ke, kan??

Tapi...
Bila nama aku dah masuk dalam system, haaa.. time tu boss ko takkan kasi chance ko nak leka-leka buat keje orang. Terus mengadap 'GST System'. Aduyai.. Pening.

GST baik untuk negara tapi tak baik untuk budak-budak akaun. Kesian sebab banyak keje nak kena buat. Segalanya kena tukar.. Sumpah sakit tengkuk.

Macam biasa.. Tempat baru mestilah kita rasa kekok. Department aku, aku sorang je Melayu.. Layu la aku. Diam je. Nak makan pon sorang-sorang je. Rasa macam aku ni pelajar Malaysia yang baru sampai Korea dan rasa keseorangan sambil makan ramen kat 7eleven. Sedih tau..

Boss aku Scottish. Bila cakap, macam bercakap sambil kumam gula-gula. Asik dok cakap, "Owhh.. good to see you.. Good to see you.."

Eh jap.. By the way, aku rasa macam dah kekok nak menulis blog. Ayat banyak yang poyo. So, better aku stop.

  Bestnya dapat menikmati keindahan kegelapan malam.. Arrghhhh... Cepatnya nak ke besok!! Tak nakkkkkk~

Thursday, March 5, 2015

Interview untuk kali ke-119


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيم

Jika pekerjaan ini baik buat aku, keluarga aku dan agamaku, Kau kurniakanlah aku pekerjaan ini ya Allah. Hopefully company Korea ni tak ada sikap 'komunis'. Amin Ya Rabb~

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...