Wednesday, September 21, 2011

Si POYO ni sahabat saya..


Ezaratul Nazihah Bt. Hassan.

Siapa minah ni??? Mai sini aku cita kat hangpa semua..

ZAMAN SEKOLAH RENDAH.

Aku mula-mula masuk sekolah SKKRU masa darjah empat. Lepas habis sekolah, aku kena terus balik rumah nenek aku. Budak baru.. Mana ingat jalan nak balik rumah?! mana ada handphone nak calling2 ni.. Redha jela. Tup-tup ada sorang kakak ni yang kebetulan jiran nenek aku. Fuhhh.. selamat. Hari-hari aku balik dengan dia. Kak Laila namanya. Dia darjah 6 masa tu. Time-time petang, aku selalu lepak kat depan rumah. Selalu gak la nampak sorang budak kecik ni. Pendek je. Selekeh gak ar.. Dia asik dok pandang aku. Ahhhh.. Aku malas nak tegur. Buat derrrkkk je la. Rupa-rupanya dia adik kak Laila tu. Umur sama baya dengan aku. Asal aku tak pernah nampak dia??

Dia budak kelas sebelah laaaaa...
Bermula dari situ la aku berkawan dengan dia tapi tak la rapat sangat sebab dia poyo!!! Dah la poyo.. Tudung tak lipat.. Dah la tak lipat, Muncung tudung tu dia pegi gosok sampai leper.. Dah la tudung leper, perasan nak jadi pengawas sekolah!! Baru jadi penolong ketua darjah, dah siap nak hentak2 meja guna rotan macam chekgu disiplin lak tuuuu.. Cehhh!! Memang poyo!!!

ZAMAN SEKOLAH MENENGAH.

Tingkatan 3 aku satu kelas dengan dia. Time ni agak rapat walaupun dia still poyo nak jadi penolong ketua kelas. Aku rapat pun sebab aku join 'nasyid'. Dia pun kaki alim punya budak & suara dia not bad. Aku & dia jadi SOLO dalam kumpulan nasyid sekolah yang diberi nama 'UKHWAH FILLAH'.

Lepas balik sekolah sampai ke petang kitorang stay back untuk practice nasyid & banyak lagi la activity. Time petang pulak, aku dengan dia serang kedai pakcik Baharom. pekena goreng pisang cecah sambal cucuk udang.. Superrrbb!!

ZAMAN BELAJAR KAT TINGKAT PALING ATAS.

Aku tak berapa banyak cerita pasal ni sebab aku dah berpisah dengan dia.. Saya tidak berada di Malaysia kerana saya terpaksa mengikut arahan ibubapa saya yang menghantar saya ke pesantren. T__T
Kami hanya berhubung melalui chat sahaja. (Itu pun jarang sebab 'masa' menghalang kami) Terima kasih! ^__^

ZAMAN PEKERJAAN.

Sementara nak menunggu examination results, aku kerja kat transport company. Dorang nak guna orang untuk buat billing. So, aku panggil la dia utnuk kerja dengan aku. Fuhhhh.. Time ni memang kitorang geng kaw-kaw. Banyak sangat benda-benda yang best antara kitorang masa tu.. Tak tercerita..

SEKARANG.

Dia masih sahabat aku.

WARKAH BUAT NAZIHAH.

Mek, dari kecik sampai besar ko dengan aku. Aku tahu perangai ko dan ko tau sangat perangai aku.
Aku rindu..

- Aku nampak goreng pisang, aku teringat ko. Aku rindu nak makan goreng pisang kat kedai Alap. Goreng pisang potong-potong pastu masuk plastic & tuang sambal cucuk udang. Lepas tu, ponteng mengaji & pegi beli ABC an-nei kat port garden masa hujan.
- Rindu time Abang Yong belanja ais krim. Ko terpelecok kat tangga & ketawa sampai nak terkencing sebab Abg Yong belanja??! Errrkk.. serius tak percaya.
- Rindu nak karok sama.. Nyanyi sampai suara jadi rockers!!
- Rindu masa kita dua duduk di satu sudut & nyanyi nasyid pasal kisah Rasullullah & kita dua nangis. Sedihkan mek??

Banyak yang aku rindu.. Ada orang kata aku dengan ko macam 'lesbian'. Teruk bila orang cakap macam tu. Tapi aku tak pedulik. Dorang tak tahu kita macamana. Aku tak kisah orang nak kata apa, orang nak pandang dengan guna mata yang macamana.

Mek, aku tau aku bukan sahabat yang baik untuk ko. Aku nak mintak maaf sebab aku bukan sempurna sebagai seorang sahabat. Masa ko nikah, aku takde kat sisi ko padahal hari tu adalah hari yang paling penting dalam hidup ko. Maaf mek. Aku tak dapat balik sebab tak ada cuti. Ko la orang yang selalu bagi aku hadiah time birthday aku. Walaupun aku tak pernah bagi ko.. Ko sanggup buatkan kek untuk aku. Aku terharu.. Ko selalu bagi kad raya walaupun aku tak balas. Kau selalu bersabar walaupun aku banyak kali marah ko, tengking ko. Ko selalu ada masa aku menangis tapi aku selalu takde masa ko menangis. Aku tau aku teruk. Masa ko jatuh bilik air dulu, aku lah hamba Allah yang paling takut. Aku takut aku kehilangan ko mek.. Masa jenguk ko, aku tak nangis sebab aku cover depan Naqib tapi bila balik, aku nangis sampai tak bernafas.

Setiap kali salam untuk raya, aku mesti nangis masa salam ko. Bukan sebab banyak dosa tapi aku rasa sayangnya aku kat ko.

Aku sayang sangat kat ko mek!!
Walaupon aku punya ramai sahabat, tapi ko adalah sahabat aku yang paling special di hati aku.

"Ya Allah, semoga persahabatan kami berkekalan sehingga ke pintu syurga. Aminn Ya Rabb".

2 comments:

katak said...

hargai sahabat anda :)

indah andika said...

Baiklah... saya dah mula sedar.. Mmg kena mhargai dorang =(

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...